Thursday, June 3, 2010

.


Even before u asked me, Im gonna tell u that im no a racist.

.

Walaupun pada suatu hari nanti jika aku katakana kepada kamu bahawa aku sokong segala jenis dictator.

Walaupun pada suatu hari nanti jika aku katakan pada kamu bahawa aku sokong segala macam jenis keganasan.

AKu mungkin hanya melawak.

.

.

Bila seseorang bertanya pada aku tentang isu-isu racist, aku akan segera berkatakan kepada mereka yang aku dibesarkan di Teluk Intan. Maka isu-isu macam itu ibarat asam garam bagi aku.

Aku mula ‘berkenalan’ dengan bangsa Cina sejak aku darjah 1.

.

Aku duduk kerusi diapit oleh seorang budak Cina bernama Lee jack Soon (yang suka kutuk Melayu) dan dengan seorang Singh bernama Surjit (yang juga suka kutuk Melayu….tapi kadang-kadang dia juga kutuk orang Cina)

Aku bersekolah disitu sampai aku darjah 6.

.

.

Selepas itu, dunia aku hanya dikelilingi oleh orang bangsa aku sendiri.

.

Termasuklah sekarang, bila bekerja di universiti ini yang kebanyakan tenaga pengajarnya adalah Melayu dan 95% pelajarnya adalah Melayu.

Aku akui, kadang2 aku terasa sedikit janggal untuk memperkenalkan diri aku dimata orang luar. Dan bila mereka tahu dari mana aku berasal, aku semakin berasa kurang selesa pada mereka.

Ini berlaku sebenarnya sejak aku graduate dahulu.

.

Terlalu lama berada dalam comfort zone membuatkan aku sedikit janggal untuk berurusan dengan orang luar. Ini aku akui.

Tambahan lagi kalau mereka tahu aku datang dari mana.

Aku selalu rasa yang aku tak cukup bagus berbanding mereka.

Aku selalu rasa yang aku dan kawan-kawan aku tak cukup usaha berbanding mereka.

Sedikit demi sedikit aku cuba mengelak untuk bercakap tentang ‘asal usul’ aku.

.

“Kerja mana boss?”

“Puncak Perdana”

Aku tak berani nak sebut perkataan besar itu.

.

Mungkin aku takut yang mereka tahu aku tak cukup bijak.

Atau mungkin aku takut mereka fikir betapa bertuahnya aku diberi peluang untuk belajar dan bekerja disatu tempat yang mereka tak pernah bermimpi nak pijak.

.

Atau mungkin aku takut mereka fikir yang aku seorang yang memilih perkauman dalam menentukan beberapa pilihan.

.

.

Baru-baru ini aku didatangi oleh 2 kontraktor. Kedua2 nya menawarkan aku buat grill rumah.

Seorang lelaki Cina dan seorang lagi lelaki Melayu.

Aku tak tahu mana diaorang tahu tentang kewujudan aku, bila aku sampai je kedepan pagar tu Cina tu dah sedia menunggu.

Dia keluarkan katalognya dan pok pek pok pek.

Tak lama kemudian datang seorang pemuda Melayu. Ku kira dia ni berbangsa Indonesia (pun dikira Melayu jugak kan)

Pok pek pok pek dia cuba pengaruh aku upah dia buat grill.

Pada kedua-duanya aku cakap benda yang sama; Let me think first ok.

Akhirnya aku pilihj untuk berurusan dengan lelaki Melayu ini. Bukan sebab dia Melayu. Bukan sebab aku ada unsure nak tolong bangsa sendiri. Tapi sebab harga yang ditawarkannya lebih murah sedikit dari harga yang ditawarkan oleh lelaki CIna ini.

.

.

.

Tapi sebenarnya dalam Dalam beberapa perkara aku sebenarnya lebih suka pada orang Cina.

Contoh yang paling nyata adalah pusat fotostat kegemaran aku.

Setiap kali nak fotostat paper hanya ada satu tempat yang menjadi pilihan aku. Sebuah kedai adik beradik perempuan Cina diseksyen 2.

Bila aku nak fotostat paper, hanya kedai itu yang menjadi pilihan pertama aku. Dah hampir 10 tahun aku berulang alik kekedai yang sama.

Sejak zaman student hinggalah zaman aku obese.

.

.

Aku sanggup jalan jauh dari Puncak Perdana ke seksyen 2 hanya untuk pergi fotostat walaupun aku tahu aku boleh sahaja buat benda yang sama di Puncak Perdana atau tempat lain.

Hari tu hari Ahad. Ada buku penting yang aku perlu fotostot. Aaku kena selesaikan semuanya pada waktu pagi kerana ada urusan penting yang perlu aku selesaikan lewat tengahari itu.

.

Waktu itu jam 8.30 pagi. Memang tak banyak kedai dibuka seawal itu pada hujung minggu. Tapi aku yakin,.kedai yang aku tuju tak akan mengecewakan aku.

ku pun melenggang ke seksyen 2 dengan berharap kedai feveret aku akan dibuka. Dan seperti yang aku jangkakan, kedai dua beradik Cina itu adalah satu-satunya kedai yang bukak pagi Ahad itu.

.

Aku hanya tersenyum sendirian. Betul sangkaan aku dan Setakat ini mereka tak pernah menghampakan aku.

2 comments:

SHAH MOLOKO said...

Aku serik berurusan dengan Melayu- Jika Hal berkaitan Rumah, Reno, or bertukang- finestnye kureng, cakapnya lebih, pastu Ada je extra charge- Cina normally keja with pride, India- tak berani nak try..

But I'm glad I'm a MELAYU!

saat omar said...

yes Shah Moloko...thats what Im trying to say.