Wednesday, May 26, 2010

Shakespeare dan Kopi Dangdut


Shakespeare tak pernah mengalami kesulitan yang aku rasai.

.

Atau sekurang-kurangnya solutionnya pada masalah yang aku hadapi adalah mudah.

.

Kisah tentang dua remaja dan tajuknya adalah nama hero dan heroinnya; Romeo dan Juliet.

Kisah tentang King of Denmark dan tajuk adalah watak utamanya.

Begitu juga dengan Othello King Lear dan lain-lain lagi.

.

Mungkin sekali sekala dia akan megubah angin dan memberi tajuk seperti Midsummer Nite’s Dream(instead of Donkey Head ?) dan juga Much Ado About Nothing (which basically in a system of a title literally its about nothing actually)

.

.

.

Masyarakat moden tak seperti itu.

.

Pada mulanya tajuk manuskrip aku adalah Kesimpulan Dengan A.

Dan bila aku tukar kisahnya, aku pun tukar tajuknya.

.

.

.

Aku nak semuanya bermula dengan huruf A. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca........

.

.

Atas sebab-sebab yang sukar untuk aku jelaskan, tajuk yang terpancul diotak aku akhirnya membawa aku kepada perkataan Amanah di Tanah Merekah.

.

.


Entah kenapa aku pikir tajuk ini aku pun tak tahu.

.

Tapi ianya satu kenyataan yang benar bila rumah opah aku (yang dimana kisah ini didasari) adalah tanah bekas lumpur yang merekah dihadapan rumahnya.

.

.

Pada mulanya aku pun tak rasa ianya sebuah tajuk yang catchy.

Kemudian aku mendapati sebuah kebetulan yang mengasyikkan.

.

.

AMANAH DITANAH MEREKAH=12 huruf dan 3 perkataan

RANJAU SEPANJANG JALAN=12 huruf dan 3 perkataan.

.

Eureka! Adda persamaan. Its an ode to probably the greatest wortk of fiction ever written by our most famous writer.

Dan kisahnya juga berkaitan dengan sawah padi dan bendang.

Aku pun semakin teruja dengan tajuk Amanah di Tanah Merekah ini.

Jadi aku pun mencadangkan tajuk itu untuk novel kedua aku.

Tapi suatu hari aku mendapat panggilan terlefon dari editorku. Seorang perempuamn yang agak sweet.

.

.

.

Tajuk aku itu tak diiktiraf dan aku kena cari tajuk baru katanya.

Aku cuba juga untuk explain persamaan sinkronim tajuk itu dengan Ranjau Sepanjang Jalan, tapi sudah terlambat.

.

.

.

Whats with title?

Selain dari kulit buku aku percaya tajuk sesuatu hasil karya seni juga kena ada umph! Kena catchy. Kena membuatkan kita bernafsu bila mengadapnya.

Tajuk sebuah hasil karya seni seharusnya mengundang vocabulary baru dalam perkataan. Tajuk-tajuk macam Sgt Peppers Lonely Heart Club band, Ok Computer, Blood Sugar Sex Magik, Rage Against The Machine, Smells Like Teen Spirit, London Calling, Highway 61 Revisit Belenggu Irama, Mentari Merah diufuk Timur, Perempuan Isteri dan dot dot dot, Jerangkung Dalam Almari Lelaki Komunis Terakhir, Big Durian, Space Gambus Experimental, Carberator Dung, Lagenda Budak Setan . Dan termasuklah juga Kopi Dangdut.

.

.

Now, what the fuck is Kopi Dangdut?

Kopi Dangdut probably doesn’t mean anything. But it sounds good. Bunyinya seakan-akan membuatkan aku mahu terus berdangdut sampai kepagi.

So I try my luck. Ada beberapa perkataan boombastik yang aku cuba. Harap jika ianya diterima ianya boleh memberi imej dan identiti baru pada novel aku ehem ehem.

.

.

Ini beberapa tajuk yang saintifik bunyinya;

1) Akronim Untuk Amir

2) Alegori

.

Itu antara nama tajuk baru yang aku cadangkan yang aku hantar pada email Editor aku. Ada unsur-unsur boombastik disitu.

.

Beberapa hari kemudian aku mendapat panggilan telefon yang cadangan nama itu direjek dan aku perlu mencari nama baru dalam kurang dari 24 jam.

.

Aku rasa aku tahu apa editor aku tu mahu. Nama kampung yang mudah untuk orang kenal pasti. Something yang very ordinary. Satu nama yang mudah disebut walaupun ketika sedang mengunyah rambutan mahupun durian.

.

.

Aku pun tulis beberapa nama untuk tajuk baru.

1) Amanah Untuk Amir.

2) Anak-Anak Bendang

3) Akhir Hilang

4) Abai

.

Aku kira beberapa nama cadangan aku ini sudah menepati citarasa mereka. Sudah tentu ada antara 4 cadangan tajuk itu yang sesuai untuk dijadikan tajuk buku.

.

Tapi tanggapan aku silap lagi. Pagi Isnin ketika merempit motor aku mendapat panggilan telefon dari editor aku. Betul-betul pukul 8.30. Mak ai awalnya pergi kerja, fikir aku dalam hati.

”Encik Saat.........”

”Ya” Aku memberhentikan motor aku ditepi jalan.

”Tajuk tu masih tak kuat lagilah encik Saat”

”OH ye ke?” Aku yang tak pernah terkejut dengan apa jua berita berpura-pura terkejut.

”Encik Saat masih nak mula dengan huruf A jugak ke?” Tanyanya pada aku. Beberapa hari lalu aku menyatakan niat aku yang mahu tajuk novel ini bermula dengan huruf A.


”Ya puan. Kalau boleh saya nak semua tajuk buku saya bermula dengan huruf A. ..saje nak buat trademark. “ Aku macam tak percaya aku sebut perkataan trademark. So cheap that word.

.

.

“Ok” Dia terdiam. Tapi aku tahu dia tengah memerah otak memikirkan beberapa tajuk untuk aku. Pagi ini dia kena present pada mesyuarat katanya.

.

“Bagaimana dengan tajuk Amanah Dari Dia?”

“OK jugak tu puan” jawab aku jujur.

“Ataupun bagaimana dengan Amanah Untuk Amir?” Cadang aku pula.

“OK jugak tu”

.

“Saya suka perkataan Amir ada disitu. . Sebab anak saya nama Amir. Adalah unsur sentimental value sikit hehe” Kata aku. Wajah aku tak ubah macam wajah Roman Abromovich bila Chelsea menang/kalah game. Dan yang paling aku tak percaya aku sebut perkataan sentimental value. That word is so 80s.

.

“ Ok. Bagaimana kalau Amanah Terakhir?” katanya lagi tak berputus asa.

“Boleh juga” kata aku ikhlas. Ketika ini aku dah tak kisah dah tentang tajuk.

.

Aku pun meneruskan perjalanan aku. Setengah jam kemudian editor aku telefon lagi.

”Salam encik Amir. ”

”Ya puan” Jawab aku sambil bergegas menaiki tangga.

”Bagaimana kalau saya letak tajuk Amanah Terakhir?”

”Boleh juga puan”

”OK terima kasih. Bukan senang nak kasi tajuk ni ye”

”Ya puan”

.

.

Amanah Terakhir? Hmmm…macamana nak kasi tajuk ni nampak lebih sexy?

3 comments:

MOLOKO said...

Komplikated juga ye bro?
Aku suka yang tanah merekah tu..rimanya sedap!

AMANAH YANG BERDEGUP!

Ada rasa cam kena Pam tak...haha..

syahrulfikri said...

haha trademark tu aku tak tahan beb... artist mmg kena camne pon trademark dia sendiri even how corny it might sound haha ...!

saat omar said...

yes Moloko....mereka masih tak dapat jelaskan kenapa mereka tak suka dengan tajuk Tanah Merekah ituew..

Ajin...i still in my opinion that if u want to be succesful as an artist, style is what define you and separate u from other artists...