Monday, May 17, 2010

Elegy to a Great Teacher in a Windless Night.



Aku seharusnya meneruskan niat dan cita-cita aku untuk menulis tentang cikgu-cikgu yang mempengaruhi aku. Sebagai rasa penghargaan aku pada mereka sempena hari Guru beberapa hari lepas.

.

Ketika aku membonceng motor pulang, dan kerana cuba terus mengelak dari terus berfikir tentang kekusutan akibat proses key in markah yang terllau kompleks(Komputer seharusnya menyenangkan kerja manusia bukan?) Aku sudahpun membayangkan bagaaimana malamku akan kuharungi.

.

Aku akan duduk dimeja study ,dihadapan laptop bodoh ini dan menulis sesuatu tentang cikgu-cikgu yang telah memanusiakan aku.

Begitu juga ketika aku singgah dipasar malam itu dan membeli yong tau fu. Itu yang aku fikirkan;beberapa ayat permulaan dan juga wajah-wajah Cina, India, Melayu , lelaki dan perempuan yang pernah berkongsi ilmu dengan aku. Kebanyakannya aku dah lupa nama mereka.

Pertama guru yang mengajar aku disekolah Rendah Kebangsaan Horley Methodist:1983 -1988

Sekolah Menengah Seri Perak Teluk Anson;1989 -1993.

ITM: 1995-1999.




.

Selepas malan malam, itulah yang aku lakukan.

Aku buka laptop bijak aku ini dan aku mula megetuk huruf-huruf rumi ini..

Tapi aku ibarat seorang pelukis potret yang melukis gambar perempuan cantik;tyang hasilnya seekor monyet yang hodoh..

Aku tak menulis tentang cikgu-cikgu. Aku menulis tentang apa-apa walau tangan aku terus mengetuk keyboard.

Tiada alasan untuk aku menulis tanpa berpijak dibumi nyata. Tanpa plot. Tanpa rancangan tanpa asas. Kerana aku tahu, akhirnya aku akan akur pada struktur juga.

Zaman percubaan itu telah gagal menyulurkan kegilaannya. .

Ini ekperimental kata mereka. Ini abstrak kata mereka. Dan abstrak mungkin terus subur mekar pada lukisan cat minyak, tetapi bukannya pada penulisan.

Iany telah dibuktikan gagal.

Form dan content? oi form is still king.Dont let anybody tell u differently.

Tapi aku masih mahu terus menulis tanpa tahu arah tujuan. Seolah-olah aku bermain aci nyorok dengan diriku sendiri. Nak di sim diri sendiri, nak dibiarkan terus menyorok tapi tahu dimana aku menyorok.

Scary world eh?

Tapi hakikatnya Aku kini mulai bosan menulis sesuatu yang aku tahu penamatnya dan selok belok perjalanannya. Sesuatu yang aku tahu bagaimana ayatnya akan berhenti dan bagaimana ianya akan bermula.

Menulis bagaikan Jackson Pollock dan lukisan drippingnya;we imitate nature and not physical. But what nature looks like?


Jadi aku akan terus menulis dan menulis.

Menulis tentang guru bukanlah lagi satu cabaran buatku. Aku boleh bayangkan wajah-wajah mereka. Mereka-mereka yang mempengaruhi hidup aku sehingga aku mampu membaca dan menghafal Ab hingga Z. Alif hingga ya. Satu hingga sepuluh.

Sesetengah dari mereka aku tak kenal nama mereka.

Aku tak tahu nasib atau untung hidup mati mereka.

Jadi aku berhenti dari menulis tentang mereka.

Lagipun kamu (yang kamu yang membaca nukilan malam ini) bukannya kenal mereka-mereka ini. Kamu masih lagi ingat cikgu-cvikgu yang mendewasakan hidup kamu kan?

Atau mungkin aku patut menulis sahaja tentang Ponirin Amin (juga cikgu kegemaran Shah Moloko)

Mungkin kemudian bila hari baik bulan baik aku akan menceritakan betapa hebatnya lelaki ini. Sama juga pada suatu hari seorang manusia akan menceritakan betapa hebatnya Lin Dan menewaskan pemain nombor satu didunia dengan tarian robotiknya yang tak berbaju. Dan juga menweaskan Taufik Hidayat dengan mudah sambil melenggang kankung.

Tapi sekarang aku hanya akan membiarkan tangan aku terus dimamah keyboard yang semakin pudar hurufnya ini.Aku ketagih mengetuknya.

Aku ingin menulis sesuatu yang absurd. Sesuatu yang tak berijak dibumi nyata.

Sesuatu yang tak masuk akal.

Sesuatu yang misterius.

Sesuatu yang tidak ada hujung pangkalnya.

Atau apa yang dikatakan oleh Latif Mohidin sebagai, naik baik api, dan turun bagai sepi.

Sesuatu yang menggila dan tak waras dipandang akal yang lemau.

Sesuatu yang samar-samar dan tiada ketentuan pada hak dan batilnya.

Akui mahu menulis seperti lirik Radiohead.

Pointless in certain way.

.

Ponirin Amin is not like that.

.

Tapi untuk itupun, untuk satu pengembaraan yang tak nyata pun mampu membuatkan aku terhenti dan kekurangan idea.

Mungkin kerana malam makin panas.

Mungkin kerana angin cemburu dan sengaja mahu mengejek aku.

Ah sekali lagi aku menyalahkan pada dingin malam yang tak peramah.

Dihadapan aku ada sebuah kipas yang lebih tua dari aku.

Anginnya angin panas.Ianya bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan aku dan dia gembira.

Siapa yang suka pada angin panas dan angin kering?

Aku tak kemana-mana.

Im writing neither absurd neither reality.

(But hey aku masih menulis!)

.

.

Suatu hari nanti, ya suatu hari nanti akan ku ceritakan juga tentang Ponirin Amin. Cikgu yang paling hebat pernah aku jumpa. Lelaki yang sama yang membuka mata Shah Molok pada keindahan bahasa dan kemurniaan bangsa .

Untuk menulis tentang lelaki hebat aku memeriukan masa dan ruang yang.secukupnya. Agar aku tak tinggal sebait ayat yang baik pun. Dan juga agar pertimbangan aku terhadapanya sejajar dengan kehebatan beliau ketika dia berhadapan dengan anak-anak muridnya

.
Dan malam ini, kesederhanaannya tak cukup mesra buat aku menyusun ayat yang baik untuk lelaki baik seperti itu.

Alam yang muram sekali lagi menganjakkan masa buatku dan berjanji untuk suatu hari nanti.

.

Ah menyebut namanya sahaja sudah membuatkan tangan aku menggeletar.

Ada antara bekas cikgu-cikgu kamu yang meninggalkan kesan sampai begitu sekali?

2 comments:

SHAH MOLOKO said...

PONIRIN-He may sounded arrogant tapi he got balls! When he cakap omputih-kalah orang putih bercakap! at first i kinda of annoyed by him- but soon as i get to know him...ya he's cool & Chema thought that so..PONIRIN IS COOL!

saat omar said...

well Im glad u like him Shah...hehe.