Sunday, August 23, 2009

Happy Anniversary

Aku akan sentiasa ingat bulan Puasa sebagai bulan dimana aku mula berhenti menghisap rokok.

In a way, dah setahun aku tak hisap rokok. Terima kasih demam dan sakit tekak yang secara tidak lansung mendorong aku untuk merealisasikan cita-cita aku itu. Dan Bob Dylan's Blonde On Blonde.

Happy anniversary Saat, kata jantungku tersenyum. Its ok my heart, u help me to save my own money. Did I told u its never impossible, katanya lagi. yeah its not.

Ini ulangtahun yang jarang-jarang aku sambut. Alhamdullilah kepada Tuhan kerana telah mengabulkan permintaan aku.selain menjadi penulis, smoking free adalah sesuatu yang aku idam-idamkan.

Dulu aku takut berhenti hisap rokok kerana takut kreativiti aku terhalang. Aiceh! Konon! Walaupun aku tak lagi rajin menulis, walaupun masih takde idea-idea besar yang aku kemukakan, tapi aku tak rasa ianya mempengaruhi lansung apa yang aku buat. (kreativiti aku tak berjalan lancar sebab godaan movie dan TV)

Dan kesannya ? Aku rasa dunia ini lebih indah dan udara lebih segar untuk disedut. Aku tak lagi semput bila naik tangga. Aku dah mula boleh berlari 100 meter dibawah 20 saat.( Walaupun perut aku menjadi boroi akibatnya, tapi tak ape...itu kesan dan akibat yang aku sanggup tempuhi)

Walaupun dah setahun aku tak merokok, tapi kadang-kadang keinginan untuk menghembus asap karbon itu masih meluap-luap dalam fikiran aku. ah ianya adalah godaan yang tak akan berakhir.Tambah lagi bila selepas makan nasi sambal sedap, atau tom yam atau masakan yang pedas-pedas. Pergh! Dulu memang sedap menghisap rokok sambil bersandar tepi dinding lepas makan makanan macam tu. Kadang-kadang ketika berhenti tepi lampu isyarat pun tiba-tiba teringat nak menyedut dan menghembus asap rokok. Pergh sedap gila! Kena lentuk beb.Sebagai anak jantan, takde yang lagi best dari hisap rokok beb.rasa macho giler.Sedapnya memang susah nak bayang. jantung yang menggelegak dan tekak yang gatal2. Pergh....
Tu belum makan sireh lagi tu....

Keinginan untuk merokok bertambah lagi bila duduk berdua dengan Ajin dikedai mamak. Ajin minum teh o dan aku minum Nescafe panas. Pergh! Cuba bayangkan betapa ianya meleleh ditekak ku. teringin je tangan aku merayap menarik keluar batanng rokok dari kotaknya dan menyalakan rokok itu dan melekat kemulut aku.Tapi nasib baik Ajin hisap Sampoerna je, kurang sikit nafsu aku untuk mencuba rokok kretek tu.....

So sape yang hisap Dunhill, Marlboro aku taknak jumpa. Sorry. Jangan ajak aku berbuka sama dengan korang. Ty.

Nothing is impossible. Tiru macam saya. Berhenti menghisap rokok dan bibir anda akan kembali seksi.

8 comments:

IRA said...

bibir yg shekshi? hehehe... motivasi yg kuat utk ramai perokok tegar kat luar sana tu...

happy anniversary utk jantung yg sihat, saat hahaha

Fasyali Fadzly said...

tahniah..

divakampung said...

saya pun dah berhenti merokok. sejak lima bulan lalu sebab dalam perut saya ada insan tumpang hidup...

saya dan rokok, bila-bila masa je boleh dipisahkan...saya boleh merokok dan berhenti merokok begitu sahaja.

cuma ada masanya cuma teringin je nak berasap..itu je...rasa best..tak taulah.

Idmalina Mohamad Ideris said...

bibir cekci tau..hahhaha...
yeah!saya sangat suka orang yg tidak merokok!congratulations cik saad!

say NO to cigrate!

saat omar said...

lol Ira..kirim salam kat Abang Botak tu ye

ty Vitamin

diva..ada jenis mmg camtu..boleh merokok anytime dan quit anytime

ty Idmalina..

SHAH MOLOKO said...

I myself quit smoking, but when I dorn my office attire's IT'S TIME FOR ME TO LIGHT UP MY CIGARILLOS.

BRO NOW I'M INTO MILD 7. KEKADANG TARIK SEDAAAPPP TUHHH....

Wamat always Pissed Off by the Ashes created by US The Smokers Of Pualam #

Syahrul said...

Kau tak perasan yang bibir akupun dah kembali seksi??? hahaha

Jaja Lita said...

tahniah.. :D chaiyok2..