Tuesday, July 28, 2009

Satu Dalam Seribu: Antologi Drama

Maka inilah dia ghopenya....(eh aku bukan bercakap pasal Naufal 8 bulan ok, aku bercakap tentang buku Antologi skrip pentas sulung aku)

Tajuk: Satu Dalam Seribu.
Jenis buku: Fiksyen-koleksi Pemenang Sagu hati Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2009
mukasurat: 563 helai
Harga: Entah.
.
.
Ada 5 skrip pementasan drama dalam buku ini ;
.
1) DALANG DAN PEMANDU KERETA API oleh Othman Haji Zainuddin
2) DARI DAMASCUS KE GANG MADU SARI oleh Abdul Rahim Sabri
3) LANGGAM MERDEKA oleh Mohd Saat Omar
4) MUZIKAL WARDAH oleh Nor Majwa Azmee
5) SATU DALAM SERIBU oleh Jaafar@Mustafa Hassan
.
Soalan: Adakah aku berpuas hati dengan covernya? haha...diluah mati bapa ditelah mati emak....Nak cakap segan tak cakap pun segan.
.
First impression bila tengok cover buku ini seolah-olah ianya buku fiksyen Chit lit. Bukannya sebuah buku sastera yang mampan.
.
Verdict: Kena serius sikitlah beb pasal cover-cover buku ni. Janganlah buat cover yang main-main. Kenalah jaga standard DBP beb. Ni bukan pasal buku aku je tapi pasal cover buku-buku yang lain pun sama jugak....nampak tak serius dan dibuat dengan sambil lewa. Serius lah sikit beb. Ni buku DBP beb bukannya penerbitan yang biasa-biasa. Mungkin aku kritikal sikit tentang bab ni sebab aku dulu mengaji art, tapi aku rasa mungkin ada yang lain yang sama sependapat dengan aku....cover buku DBP kena lebih 'seni'nya dari publisher-publisher lain.
.
Bak kata Ajin (yang juga diambil dari cikgunya, Tuan Haji )Dont Judge a book by its cover.....tetapi! jeng jeng jeng...... Millions of book are sold because of its cover. jadi kita boleh nampak dan akur, design kulit buku penting untuk menjual buku. karya-karya klasik masih boleh dijual sampai sekarang macam goreng pisang panas pun sebab cover bukunya yang menarik, beb.
.
Sebenarnya aku rasa ada anjakan paradigma(gila ah ayat) sedikit tentang cover naskah dan terbitan DBP.Bukan takde, ada. Poster Intan yang Tercanai cantik (sebab Bayu Utomo yang buatlah kaeen?). Cover majalah Dewan Sastera yang baru pun nampak cantik. ada style, ada kelas, ada pengisian, nampak anggun, ada makna. ..nampak Kemelayuan, nampak kenusantaraan, nampak kesatu Malaysiaan..Tapi itu majalah dan poster teater, sedangkan buku-buku terbitannya, terutama novel, masih tak nampak gah......Tak nampak ianya ditangani dengan serius. kadang-kadang aku rasa buku-buku DBP pada tahun 1980an lebih cun dan bernilai. Sudah tiba masanya pihak DBP9atau sesiapa sahaja) yakin yang dengan ada cover kulit buku yang menarik, ianya turut akan menarik minat pembeli.
.
Kena pandang seriuslah pasal benda-benda ni beb. Sudah tiba masanya buku-buku DBP nampak cantik, cun dan 'berbeza' dirak-rak buku dikedai-kedai buku yang baik.
.
Aku sebenarnya takut gak nak tulis komen2 ni.....takut kena banned ke ape ke nanti dengan DBP hehe. Takut gak aku kan. tapi takpelah. Dah terlanjur tekan publish post nak buat camne. Lagipun ni pendapat ikhlas aku.Sudah tentu pihak DBP nak aku berterus terang pada mereka tentang apa yang boleh menaikkan industri buku dan martabat sastera dinegara ini. Dan aku rasa betul pun apa yang aku cakap.Kan?.
.
Seriuslah sikit beb.......Lu ni main2lah buat cover. Tak seriuslah lu ni. Adeh.....Letihlah lu.
.
Atau mungkin ada yang rasa cover buku ni baik? Dan penilaian aku yang salah?
.
Tapi apa-apa pun, terima kasih pihak DBP atas usaha menerbitkan buku ini. You the bestlah....

13 comments:

razin salleh said...

haha sorri beb, tp mmg tak cantik la cover dia.. nmpk cincai dan nmpk sgt budak baru yg buat design nih.. dan betul gak ko ckp, as a big publisher like DBP they should have their standard maintan.. ni design cam publisher kecik baru nk bukak kedai jek...

but anyways, congrats for the antology!!!

Anonymous said...

Kan?
Font warna oren...dah macam buku remaja pulak. Background hijau pulak tu..tak kena.
pastu gambar padang mana ntah dia ambik...tak nampak karakter lansung. Apa dia nak tunjuk pun tak tau. Lainlah kalau pokok tu cantik rantingnya..ni nampak biasa je.Takde yg menarik lansung.

Asal boleh jer buat design....kah kah kah.

divakampung said...

anak anda naufal, anak hambapun bernama naufal....selamat menyemarakkan bloig dan seni tempatan ye...

saat omar said...

Yes Divakampung..nama Naufal mmg trend untuk bayi ketika ini hehe

Anonymous said...

Tak boleh salahkan DBP ...sebenarnya soal cover buku, kulit buku, edaran dan penjualan buku2 terbitan DBP bukanlah kerja mereka secara lansung...DBP dahpun subkan ke company lain untuk tujuan-tujuan tersebut...

Jaja Lita said...

naufal lak jadi model untuk buku ni yer??? hahahaha.... tahniah.. tak sempat le nak belek2 buku tu kat rumah... huhuhuhu

SHAH MOLOKO said...
This comment has been removed by the author.
kekure said...

Saat aku tolong jawab yek bg statement Anom tuh..
Tak boleh salahkan DBP ...sebenarnya soal cover buku, kulit buku, edaran dan penjualan buku2 terbitan DBP bukanlah kerja mereka secara lansung...DBP dahpun subkan ke company lain untuk tujuan-tujuan tersebut...
Saudara/Saudari,
memang DBP telah subkan kepada Dawama bagi tujuan2 yang dinyatakan.Tetapi apa yang orang tidak tahu ialah reka bentuk sesuatu buku/majalah keluaran DBP akan ditentukan oleh sekumpulan orang yang dipanggil Design Council..Mereka inilah yang menentukan untuk menerima atau menolak reka bentuk yang telah di buat oleh pereka grafik designer Dawama..Masalahnya mereka di dalam Design Council itu adalah org DBP yg veteran..Tidak perlu diperbincangkan secara lanjut akan sikap dan sifat mereka yang kita memang sedia maklum..

SHAH MOLOKO said...

It's the cute model that captures my views! Book Cover is Vital.
Imagine Hunter S Thompson without Ralph Stedman!
Imagine Fear & Loathing In Las Vegas without it's Iconic Cover!

saat omar said...

kekure..design Council? kah kah kah...dah macam Star Wars plak...haha good luck young padwan!

Hmmm..i wonder how Kekure knows a lot about this stuff eh? hehehe...

yes Shah...Ralph Steadman mmg sinonim dgn Gonzonya..eh bila nak buat open house? boleh aku dtg dgn Abang Wan ...

razin salleh said...

kekure tahu pasal dia tak habis2 minat budak botak dawama sorang tuh haha...

yup but its true, dawama is handling design DBP dan kata putus masih terletak di tangan DBP.

situmas chicken said...

tahniah en saat. moga2 nnt akan ada org pentaskan langgam merdeka.

kekure said...

Oit Ajin tu kawan aku jeh la..pepandai buat pitenah..aku rasa ko dah salah ingat mamat la hahaha