Tuesday, June 16, 2009

RAM Video Centre ( I miss u)


Dulu kat kampung aku (Teluk Ensen) ada 2 kedai video major. Satu RAM Video Centre dan satu lagi Maju Intan Video centre. So kalau kau ada VCR dalam tahun 80an dan duduk di Teluk Ensen, samada kau melanggan dengan Ram Video Centre ataupun dengan Maju Intan Video Centre. Ram Video Centre adalah kepunyaan seorang benggali dan Maju Intan adalah kepunyaan Melayu.

Aku dan keluarga melanggan di Ram Video Centre kerana Maju Intan punya VHS semuanya cetakan dari cinema copy.

Aku suka semua tentang kedai video itu. Aku suka baunya. Aku suka tengok VHS yang disusun bersebelahan satu sama lain dialmari besarnya. Aku suka tengok poster filem dididinding nya. Aku suka bila dia mainkan sedikit antara babak dalam VHS yang disewa orang .Ah tengok bilboard Ram Video centre pun dah buat aku suka.

Selalunya aku pergi sorang je sewa video. Bila aku nak sewa, aku mintak mak aku RM2.00. Cukuplah dapat satu video dan tengok ulang-ulang selama seminggu. Biasa orang sewa 10 video dalam satu masa, aku cuma sewa satu je. Cukuplah nak lepas gian. thrill masuk kedalam kedai video tu sebenarnya memang layan. Dapat tengok gambar poster ditepi dinding itu pun dah cukup memberi kepuasan kepada aku.

Ketika itu Ram Video centre dijaga oleh dua awek hot chicks. Seorang India dan seorang Melayu. kedua2 bercakap Inggeris bila bersembang antara satu sama lain.

Aku akan naik kedai mereka ditngkat atas ,dan mata aku mula meliau mencari mana2 poster filem yang best.

Biasanya setelah aku bagitahu video apa yang aku nak sewa, mereka berdua akan melihat sesama sendiri, confuse, keliru dan seperti rasa bersalah.

"Boleh ke dia tengok filem ni? " kata salah seorang dari mereka cemas. "can he watch this movie?" katanya lagi.

Bila mereka cemas aku pun jadi cemas. berdosakah tengok video yang aku mintak tu? Aku bukan mintak Salo atau Tinto Brass ok.

"hes the one who wants to see it. Kan? adik yang nak tengok filem ni kan?'
Aku mengangguk macam budak nerd. Mereka takut aku tengok filem yang tak senonoh. Tapi sebenarnya filem yang aku minta tu adalah aku dapat dari iklan2 di suratkhabar, sudah tentu ianya tak jadi masalah untuk aku tengok kan?

Biasanya begitulah yang berlaku. kadang2 mereka membenarkan aku tengok VHS yang aku mintak itu dan kadang2 mereka sendiri akan mencadangkan filem apa yang harus aku tonton. tapi biasanya aku dapat apa yang aku nak hehehe. dari filem orang Putih ke filem Indon ke filem Hindustan.
Satu hari aku rasa macam nak tengok filem Police Story.

Aku pergi ke Ram Video centre dan lepas aku mendongak tengok poster2 filem kat dinding itu, aku cakap kat awek hot chick tu

"Bagi Police Story" kata aku yang sememangnya dah lama tertarik dengan filem Jackie Chan itu.

" Police Story? Ok wait eh" katanya sambil membelek-belek video dalam rak itu dan mengambil satu antara banyak.

Aku tengok title yang diambil dan aku mengeluh. itu bukanlah yang aku nak. filem apa2 ntah dia bagi kat aku.

" Bukan2 ni. Police Story."

"This is police story"katanya konfident.

Bukan. Jackie Chan Police Story" kata aku membetulkan dia. Sejak bila dia ingat aku speaking orang putih dengan dia?Budak jujur macam aku ni.....aku minta mengikut title ok. Pirates of the Caribbean:The Curse of the Black Pearl-penuh aku sebut semua tajuk kalau sekarang.

Akhirnya dia bagi juga video yang aku nak : Police Story. Naisb baik aku tak mintak Toy Story. Kalau tak entah filem apa2 yang dia bagi kat aku.

Itu jelah pengalaman aku bercakap dengan penjaga kedai video itu. Dan sekarang semua ni dah takde. Ram entah kemana. Tak ada lagi Ram Video Centre dan Maju Intan. Tak ada juga Ram DVD Centre. Atau Ram DVD pirates Video Centre sekalipun. Penjual DVD haram hanya nak untung cepat sekarang....dunia oh dunia....

Apa yang aku cuba maksudkan ialah..... aku rindu nak sewa VHS. sekarang mana ada entertainment yang boleh disewa lagi, semua kena beli.

2 comments:

aloy_paradoks said...

masa gua sekolah menengah kedai tu ade lagi rasanya kalau tak silap la... tapi dah kurang maju... byk citer citer india je... sbb itu je pelanggan yg tinggal... itu pun VCR org tak sewa dah, tapi org beli CD... skang ntahla..... ada lagi depan Aik Aik kot.

saat omar said...

ada lagi ke?
filem Tamil memang ada permintaan..tu pasal tayangan kat pawagam banyak filem Tamil je...