Wednesday, June 3, 2009

Menonton Terminator 2: Judgement Days di Rex, Teluk Intan (1991)


Bila kau sudah tua seperti aku, kau hanya akan meluangkan masa berhargamu dengan terduduk diatas kerusi malas dan mengingati zaman kegemilanganmu ketika kau masih lagi sihat, young and dangerous.

Bila Terminator Salvation kembali ke layar perak aku teringat saat-saat aku menonton Terminator 2 di Teluk Intan, Perak.

Ketika itu tahun 1991 kukira. Ianya berlaku dipawagam yang kedua paling happening di Teluk Intan, iaitu Rex.

Tayangan berlansung pada pagi Ahad. Aku dan kawan-kawan, antara yang aku ingat, Fadhil, Wan dan mungkin Czar dan sape entah lagi memang menjadikan filem ini sebagai event of the week kami.

Dan seperti yang dijangkakan Pawagam Rex pada pagi itu penuh sesak dengan manusia. Tapi kami bernasib baik kerana dalam kekalutan kami berjaya mendapatkan tiket. Arnold here I come baby!

Abang Fadhil ,Che Wa datang lambat. dan bila dia berjaya mendapatkan satu tiket untuknya, dia duduk dikerusi sesuka hatinya iaitu dibelakang kami..Pada tahun-tahun itu,duduk sesuka hati tanpa melihat nombor kerusi adalah satu kelaziman bagi pengunjung pawagam, terutama yang di bandar kecil seperti ini. Ini kerana jumlah kerusinya yang banyak dan juga kerana tak ramai penonton. maka tak hairanlah kalau hari itu semua, termasuklah kami dan Abang Fadhil duduk kerusi yang asal boleh. tapi kerana sambutan terhadap filem baru James cameron yang luar biasa itu,..maka berlakukan sedikit masaelah antara penonton dan juga pekerja panggung wayang Rex itu.

Che Wa disuruh pindah tempat. tapi kerana sesak, dijangkakan satu panggung, semua orang akan berubah tempat nanti. So bayangkan! Sampai petang tak akan habis nak susun semula tempat duduk.

Dan che Wa disuruh bertukar tempat kerana lelaki yang sepatutnya duduk ditempat dia mengadu kepada penjaga panggung wayang itu seorang lelaki India berumur dan berkepala botak. Mereka terus berdolak dalih. masing-masing keras kepala dan tak mahu mengalah. Akhirnya Che Wa menjerit " tempat sudah penuh apa. mana boleh tukar. Bodoh punya botak!" jerit Che Wa yang never say no to a brawl kind of guy. badannya kecil tapi tumbukannya kuat kata orang.

Aku mulai cuak kerana ada unsur-unsur pergaduhan akan berlaku. tetapi bila Fadhil dan kawan-kawannya terus mengetawakan penjaga wayang botak itu, aku pun turut menyertai mereka semua dengan mancaci lelaki itu. ha ha ha. Dan sudah tentu, jauh disudut hati aku, aku amat bersimpati dengannya kerana menjadi lauk kami yang nakal macam cilake .


selepas itu bila suasana kembali aman,wayang pun bermula. dakam gegak gempita penonton yang bising kami ternganga dengan semua effect yang dihidangkan. Dan memang effectnya ketika itu (hingga sekarang pun filem itu filem itu bagi aku masih grand) mengagumkan. Diselang seli dengan lawak jenaka, risau( about the end of the world) dan juga sedih (bila Arnold terminate himself) Up until now, for me T2 is one of the best action ever produce by Hollywood.

We had a good time with the movie that we watch it again on Monday after. (as in we'll be back-lah and we did)

Dan seperti yang kamu tahu sekarang Rex Teluk Intan pun sudah diruntuhkan pada tahun 2008. Kalau kamu berkesempatan menonton filem After This Our Exile lakonan Aaron Kwok, ada satu babak dilakonkan dihadapan pawagam Rex ini. Check it out. A nice movie too.

Kepada penjaga pawagam botak yang aku tak tahu namanya, aku bagi pihak kawan2 aku memohon maaf diatas keterlanjuran kami pada hari itu. :( Dan bila aku bayangkan peristiwa itu, aku terbayangkan penjaga panggung botak itu berkata "I'll be back" dalam gelap seperti Arnold dalam T2, untuk membalas dendam pada kami.

2 comments:

ryann said...

teringat lak suasana tengok wayang dulu dulu zaman-zaman rex, odeon, pavilion, coliseum & cathay

saat omar said...

yes Ryann..pawagam lebih besar skrinnya dari Cineplex, lebih feel...:D