Thursday, April 9, 2009

VENUE DI LIBRARY YANG TAK PRAKTIKAL

First things first, library, perpustakaan, khutub khanah adalah tempat meminjam buku dan tempat mentelaah. Itu sesuatu yang kita ketahui sejak zaman berzaman. People have set up the rules and we follow them. Orang-orang yang nak mengulangkaji dan membaca buku perlukan suasana yang aman tenang untuk mengulangkaji.Since when Library oleh jadi tempat function venue talk dialogue yang meriah? It only can happen in Fakulti Seni Persembahan. With fakulti Seni Persembahan, kenduri pun boleh dibuat dilibrary huhu.
so back to the basic title which is...venue di Library tak tak berapa praktikal. But then ..this is just my opinion.

And actually I have nothing against it. Yeah we suppose to be creative right?
What I object is the process of cleaning up the space yang memang meletihkan. Tolak meja kesana tolak meja kesini. Dahlah pening nak pikir mana nak susun meja satu hal. Nak perah tenaga pulak nak angkat meja tu balik satu hal. Tak praktikal. Then it makes the whole idea tak praktikal lansung. Dah susun meja untuk mulakan majlis , kemudian kena susun balik ketempat asalnya bila majlis tamat. Hamba abdi di mesir feudal bertungkus lumus membuat Piramid , tapi jasa mereka sampai sekarang orang kenang kerana kagum melihat binaanPiramid. Tapi meja-meja yang disusun di library? Penat lelah pelajar yang mengerah segala tenaganya siapa yang tahu?

Kenapa mesti terus membuat function di Library ? Bukankah kita dah ada bilik Panca delima yang complete segalanya? Kerusi cukup, projector ada. Apa lagi yang tak cukup? Panca Delima takde aircond? Tak happening?
Nak nampak exclusive kat library? Letak je bunga rose kat Panca Delima pun dah cukup Boleh hias sikit no problem..letak gambar Sultan, Perdana Menteri kat dinding dan kita akan nampak bilik itu lebih friendly dan 'exclusive" right? Kalau nak kasi nampak macam libray gak no problem....beli je buku-buku dan letak kat rak tepi. very academic!
But still mereka berkeras kepala nak buat di library....Why oh why?
Nak menarik pelajar luar untuk datang menonton function kita?Oh as a promosi eh? Takde pelajar luar pun yang berminat. Malahan function kita disitu pun dilihat hanya menganggu mereka nak study dan mentelaah sahaja (atapun melayan facebook dan YM)
So why oh why must must we continue buat function kat library?. Saje nak tunjuk kat pustakawan tu yg kita ada function?

Apa yang aku takutkan ini nanti akan menjadi trend. Oh nak buat talk? Nak buat kat mana? Mana lagi kalau bukan kat Library? Siapa yang nak menyusun kerusi, menangkut projector, slide semua pejadah?Sape nak buat semua benda tu? Itu kerja student! Kerahkan lah mereka semua..... kenapa tak buat kat Panca Delima?Oh Takut nanti orang taknak datang. Takut takde style. Takut tak happening. takut tak cun. Takut tak nampak akademik. Siapa pula yang nak menyusun kerusi meja? Itu semua kerja student! Student mana? Seorang pun tak dapat menjawab. ....
Dan akhirnya student FTKA, student FTCA, student FSP hanya pandai mengangkat kerusi bila dah grade nanti. Dalam interview nak kerja selepas graduate dari UiTM dia pun mengadap tukang temuduganya “Oh apa skill yang awak ada?" . “Saya pandai susun kerusi Library encik” “Itu sahaja yang awak pandai buat?” “ya encik itu sahaja yang saya pandai buat”
Spend 3 tahun di pengajian tinggi hanya pandai susun kerusi, susun meja, bawak trolley.....

This is a trend yang melemaukan. Now everybdy think its cool to have a big function in Library tapi tak ada siapa yang betul-betul prepare to handle that.

Dan audience….
Mana part 6 teater? Sorang pun tak nampak.
Mana part 1 seni lakon? Sorang pun tak hadirkan diri walau aku nak suruh datang hari itu.
Mana part 2? Pi function kat DBP?
Mana part 3? Tidur? Kalau function screen tayangan filem Yasmin Ahmad laju je pergi..screening pukul 8 pukul 2.30 dah terpancul kat DSB. Inilah yang dikatakan oleh Ajami sebagai..monyet dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan….heheh. Program Skrin diutamakan, sanggup jadi usher semua, tapi program teater hanya dipandang sebelah mata.
Kalau pensyarah orang luar tak mampu menarik perhatian pelajar sini untuk datang mengikuti talknya, aku tak tahu nak letak sape lagi untuk bagi talk agar semua datang. All and all it just makes me wonder what the hell are they doing here? Student acting tak minat mengikuti program acting.Eh lu orang kat sini nak belajar ke nak ape? Habis tu lu orang buat apa kat sini? Mengabiskan duit mak bapak? Banyak ah duit mak bapak kau korang nak habiskan... Kau tak tahu mak bapak kau pun dah bankrup! kecik-kecik taknak mati, dah besar nak masuk UiTM.

I suggest leave the library alone.
jangan kacau student luar nak membaca, mentelaah (dan layan facebook dan YM)
Kita ada Panca Delima hiaslah seadanya....
But I know they wouldn’t listen to me.
Once they start this urban myth that only library can full their lust..thats it. No other place can replace it.
So for the next session in Puncak Perdana Library, simpatilah kepada sesiapa sahaja yang bertungkus lumus menyusun meja (termasuklah aku kalau aku ada) mengemas semua untuk membuat program yang sebenarnya takde siapa pun peduli.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar degree Management dan Teater yang tertungkus lumus menyusun kerusi dan pelbagai lagi. Kalau takde korang pasti fakulti dah kena banned dari membuat function di Library kemudian hari (yang aku memang berharap pun hehehe) Semoga semuanya belajar sesuatu daripada program ini.

7 comments:

IRA said...

hmmm... marah? nanti kena lelong depan library. hehehe

Anonymous said...

hahah..tunggu....

Kristal Media Group said...

hahahahah.... =p

Idmalina Mohamad Ideris said...

em...bila fikir balik,btul juga cik saad.sometimes rasa pelik juga knapa lbrary jd pilihan utama anda kan...pun juga prnah trfikir,kita ni mcm dh x de tmpat nak buat apa2 show...hr tu makyong ngan dkir barat..ceruk parking nak dbuatnya...hurm...ntah la..mgkin diorg ada reason sndri kan...

kamal sabran said...

aku dulu curik buku library :0

Fasyali Fadzly said...

alamak, saya tak ada masa susun kerusi tu. hehe..

saya setuju dengan cadangan tu. tidak mengadakan event yang kecoh di library. tak praktikal... bising...

saat omar said...

hehe ira takdelah marah..saje je

Roy dan Semut Kecil ty membantu

betul tu idmalina...

No hal fasyali sebab kau dah perform...

Kamal..u a public enemy!