Sunday, April 12, 2009

JB Trip dan Jamal Abdillah's trip....


Aku ditempatkan di JB untuk interview student baru.
Aku excited dgn perkembangan logistic ini kerana aku belum pernah sampai JB lagi. Dan bila aku ke JB, maka cukuplah complete satu Malaysia aku menjejakkan kaki disetiap negeri.

Lagi satu yg buat aku excited sebab aku percaya JB dan negeri Johor banyak melahirkan
seniman(thats a fact dont u ever try to deny it)…Amy Search, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Zainal Abidin, Herman Tino, Yasmin Ahmad, Hamzah Tahir,Dan..pergh…. banyak lagilah lagi. So bila aku diberitahu aku ditempatkan di JB, aku pikir aku akan bertemu dengan banyak new talent yang bagus2. Good for the faculty. jadi aku cukup ghairah dengan this whole temuduga in JB thing.

Aku ke JB naik kereta universiti. Driver kami bawak kereta laju nak mampus. Ada juga masa-masanya aku terasa nak tutup mata. Ada masa-masanya aku berpegang kuat pada pemegang.Kalau ikutkan hati aku nak je aku cakap kat brother tu "eh brother, rileks ah sikit. Slow sikit. saya baru khawin ni" taapi sebab aku control macho maka aku tak cakap camtu. Aku pura-pura rileks sambil sesekali beristighfar dalam hati. . Dia seorang Kelantan yang manis mukanya. Aku rasa dia takde kena mengena dengan rusuhan peminat bola di Stadium Kelantan hari itu. Bukan dia yang terbalikkan lori polis tempoh hari.

Aku ditempatkan di sebuah hotel yang teramat senyap sunyi. Aku rasa hanya aku dan colleague aku sajalah tetamu hotel itu pada malam minggu itu. This makes sense sebab ketika aku bersarapan pagi, hanya ada aku dan seorang lagi rakan sekerja di dining hall itu yang terbongkok-bongkok menghabiskan scrumble egg itu. JB tak ubah macam KL aku rasa, terlalu banyak hotel.

Lepas je check in dan hantar beg kebilik, macam biasa aku akan keluar dan ‘usha' sekeliling aku. Hotel tu rupa-rupanya jauh dari pusat Bandar. Jauh dari orang. Malam itu aku hanya sempat duduk digerai berdekatan dan makan malam nasi ayam penyetnya. Its very nice. pengalaman Makan nasi ayam penyet itu adalah saat-saat paling manis ketika aku berada di JB. Dihujung sana aku nampak Singapore melambai-lambai aku.

Pagi2 kami bangun dan terus ke kampus cawangan JB. Banyak yang tak tahu tentang kewujudan kampus cawangan ini. Kawan yang duduk kat Kampung Majidi pun tak tahu dimana letaknya bangunan ini. Bila sampai disana barulah aku tahu kenapa;sebab ianya terletak dikawasan perumah dan masuk keceruk dalam. baru setahun beroperasi.


Driver JB kami adalah seorang yang kelakar. Pernah kenal dia dulu ketika di Shah Alam dan sekarang ditempatkan di sana. Dia bercerita bagaimana perubahan jalan baru telah membuatkan kebanyakan kedai perniagaan di pusat bandar JB tutup dan gulung tikar. JB dah berubah, dah tak macam dulu katanya lagi. Barang pun mahal. Dia memang kelakar orangnya. Aku terasa nak suggest dia masuk Sinaran Paspot kegemilangan atau Raja Lawak, tetapi aku terlupa nak cakap kat dia tentang itu kerana aku sibuk melayan pemandangan dikiri dan kanan aku.

Sampai disana ramai pelajar baru telah sedia menunggu untuk diinterview. penuh kawasan bangunan itu dengan anak-anak muda yang dari tali lehernya kita tahu mereka hanya memakai tali leher itu sekali setahun. Tapi mereka bukannya datang untuk temuduga Fakulti Tek Kreatif dan Artistik sebaliknya datang untuk interview Art n Design, FSPU dan masscom.
Pelajar yang datang untuk interview FTKA adalah 2-3 kerat orang. Teringin juga aku kalau yang beratur untuk ditemuduga oleh fakulti ini beratus orang ramainya.Tapi setakat ini ianya masih belum menjadi kenyataan lagi. Aku masih lagi menemuduga calon-calon yang keliru dengan pilihan mereka sendiri.
Kenapa demand untuk application ke FTKA tak banyak? I thought everbody wants glamour. Aku rasa semua orang nak jadi pelakon. Aku rasa semua orang mahu jadi pengarah filem.Bukanlah semua orang nak jadi penulis? Tapi sebaliknya..semua sibuk nak masuk masscom, nak masuk Art N Design macamlah takde cabang lain nak berkarya….hehe (jangan marah lecturer AD kalau terbaca ni ok)
Tengok Que Haidar dapat kawin dengan Linda Jasmin. Que Haidar tu sape? pelukis? Journalist? bukan! Dia pelakon ok!! (lol) Nak aku cerita Nabil tu sape pulak?

I don’t understand u people, kat aku dalam hatiku lagi. Marilah masuk fakulti aku ni oi!! jerit aku lagi macam penjual sayur dipasar pagi Ahad. Macam-macam ada kat sini! Belajor menari, belajor menyanyi, belajor berlakon, belajor buat wayang,belajor pasang lampu, belajor melukis pun ada...dan macam-macam lagi.
fakulti kurang promosi? i dont think so...Aku rasa mereka yang bertanggungjawab untuk promosi fakulti dah cuba membuat yang terbaik untuk memperkenalkan fakaulti ini diluar. semua tahu Farid Kamil dari mana. Semua tahu PM Razak bekerja dimana. Semua tahu dimana Hassan Mutalib bekerja. Semua tahu Hamzah Tahir mengajar dimana. Mek Nab kat mana....Tetapi permohonan untuk masuk kefakulti ini masih ditahap kurang memberansangkan. Fakulti kurang happening? oh please...
Fakulti kurang akademik? oh come on...kami ada banyak prof madya ok :D

Pernah semester lepas, aku turun naik KL Central, turun naik KLIA, naik teksi ke Alor Setar then ke Sg Petani then balik ke ALor Setar. Pastu naik kapal terbang dari Alor setar ke KLIA ..then naik teksi balik ke Shah Alam hanya untuk interview hanya seorang candidate!

Dari 5 orang yang aku interview hari itu…Kalau ikutkan hanya seorang dua je yang betul-betul layak. Yang lain diterima hanya kerana nak cukupkan kuota sahaja. AKu boleh tahu muka2 mana yang akan ponteng kelas bila belajar di Puncak Perdana nanti. Yang mana akan jadi virus. Yang mana akan repeat psychology. yang mana akan tidur ketika kelas mereka berjalan. Yang mana akan datang kelas pukul 10 pagi walau kelas bermula pukul 9.30. ye kita akan terus menjadi second class.
Tapi apa boleh buat……kena ambil juga calon-calon yang kurang memberansangkan ni. Kalau tak…tak cukup kuota. Kalau satu kelas Cuma ada 5 orang je student, fakulti akan tutup. Dan bila fakulti tutup, pensyarah takde kerja. Bila pensyarah takde kerja…..
Tu yang jadi darurat macam kat Thailand tu.

Memang kalau ikutkan aku boleh kata budak2 yang apply untuk FTKA ini bukanlah pilihan pertama mereka. ..banyak yang tak tahu apa yang mereka pohon.
teater sepatutunya bukannya asing dalam kelas form 1 hingga ke form 5 sekolah menengah Malaysia. Seharusnya mereka kenal dengan sekurang-kurangnya karya-karya penting penulis Malaysia ..Sirih bertepuk Pinang menari, Alang Rentak Seribu, Tok Perak, Di Pulau Sa dan Di, Bukan Bunuh Diri dan lain-lain lagi. …That’s very basic for me. kalau mereka berminat dengan seni (seperti yang diakui oleh kesemua candidate itu , mereka seharusnya sudah arif dengan teks-teks tersebut) Tapi bila aku tanya tentang itu, tentang skrip dan siapa penulisnya, tentang penggiat seni teater tak seorang pun boleh menjawab. Tak ada seorang pun minat dengan perkembangan teater di Malaysia. Bila ditanya siapa pelakon yang mereka suka, sejak dari tahun 2001 hingga sekarang.... .90% akan menjawab Rosyam Noor. takde seorang pun yang menyebut nama Ahmad Yatim, Mazlan Tahir, Hamzah Tahir, Namron ke....tiada. Non ado. so how?

Aku balik sebaik sahaja habis temuduga. Tak sempat nak jalan-jalan. Maybe next timelah aku pi Singapore....

Dan oh ye lagi satu...tentang Jamal Abdillah..... katanya penyannyi yang berasal dari Teluk Intan ini akan dikawal pergerakannya supaya dia tak akan mengambil dadah lagi? Siapa punya idea ni? Yusof tu?PENGASIH ? Duit siapa yang sponsor untuk program ni?. Leave Jamal and his addiction alone ok. Biarlah dia nak hisap dadah kalau dia nak hisap dadah. Duit dia, darah dia nyawa dia.Jamal Abdillah dah 50 tahun. Dah nak pencen kalau kerja dengan gomen. tak payahlah nak kawal dia sampai macam tu sekali.... Sedap hisap dadah ni kita tak tahu....So biarlah dia nak rasa kesedapannya. Dah ketagih nak buat macam mana kan? So tak payahlah kita nak kawal dia sampai macam tu sekali ok. Biarkan dia terus hisap dadah apa salahnya....
Boleh?

6 comments:

IRA said...

ye ke? tapi kan,berdasarkan ucapan jamal kat ABPBH semalam, macam dia dah isap balik je...hahaha

saat omar said...

Tulah IRA...spek hitam tak tanggal tu...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Idmalina Mohamad Ideris said...

mmg...memang setiap kali bc post cik saad ada saja yg mencuit hati...
hurm...sy kdg2 pernah buat analisis sendri2 knapa org tak teruja msuk fakulti kita...tp,mgkin tu pndgan cetek sy je kot...
masa bc post cik saad kali ni,tetiba teringat jaman2 interbiu ngan pn mastura ngan pn julina dulu...

Anas Ridzuan said...

pe pn fakulti kita terbaik!.
ckp apa yg kita x boleh!

zubin said...

Kau pegi interview jugak Saat, baguslah dapat jugak berjalan. Aku ni terperuk saja kat sini, cuma mengajar student yang banyaknya, yalah mengajar semua fakulti, tapi seronok, inilah masanya mencari suatu benda yang semua fakulti boleh faham, multidiscipline! best cite kau pasal CCC tu, nanti cite lebih panjang ok