Sunday, June 1, 2008

PERNIKAHAN BERDARAH: 1988

Antara pengalaman menonton wayang yg paling best berlaku pada tahun 1988. ketika itu hari raya aidilfitri. Filem yang aku maksudkan adalah PENIKAHAN BERDARAH dan panggung wayang yg aku maksudkan adalah panggung REX. REX bagi aku adalah panggung kedua paling happening ketika itu selepas panggung CAPITOL.

Ok, PERNIKAHAN BERDARAH adalah filem usahasama MALINDO. Dibintangi oleh Raja Ema, Willy Dozan. Sabri Fadzel (yang tiada dialog) dan lain-lain lagi.

Aku menonton filem ini sebanyak 2 kali iaitu pada hari raya pertama dan hari raya kedua. Antara tarikan utama yang menyebabkan filem ini pecah panggung adalah mungkin kerana tarikan seksualnya. dan mungkin juga sebab tayangannya pada hari raya.
Dan ketika tayangang filem itu aku rasa jumlah penonton yang ada melebihi kerusi yang ada di panggung tersebut. Aku masih ingat lagi bila aku pergi ketandas, ada juga beberapa penonton yang duduk dihadapan dengan kerusi lain dan menonton filem ini sambil mendongak terlentuk (kesian brother ni)
jadi apa yg menariknya menonton filem ini? actually bukan sebab filem itu yang menarik . Filem itu biasa sahaja, ada 2-3 adegan pertarungan ala-ala van Damme diakhir ceritanya . dan adegan menunjukkan peha Raja Ema( atau stand in?) thats the highlight of the movie.
tapi yang membuatkannya meriah dan fun adalah reaksi dari penonton filem itu sendiri. Seingat aku sejak awal lagi semua penonton dan bersorak bagai nak rak. Bayangkan satu panggung semua nak bersuara . macam menonton tv dirumah sendiri. Semua sibuk mengeluarkan lawak masing-masing dan sellaunya seisi panggung akan ketawa mendengar lawak tersebut. ya, rasa macam menonton dengan family sendiri.
penonton mula menjerit sejak awal, sehingga tak dengar lansung suara penonton berdialog. Tapi tak ada pula orang yang berani untuk mesyyyy! kan penonton lain. kadang-kadang terdengar suara budak kecil menjerit hulk hogan! bila hero mula beraksi dan kami semua ketawa beramai-ramai. Aku pun ada juga cuba menjerit sama melaungkan lawak jenaka aku yg kukira amat kelakar tetapi seringkali saja dipancung oleh teriakan-teriakan penonton yang lain. This is much more fun than watching football i think.
Disebabkan fun menonton kali pertama itu maka esoknya aku dtg semula menonton Pernikahan berdarah buat kali kedua. :) Keadaan yang sama terjadi juga. Semua menjerit bagai nak pengsan. tambah-tambah lagi bila mula aksi-aksi berahi pelakon utamanya.Semua macam barbarian.
ianya adalah pengalaman yg takkan dapat aku ulangi lagi bila menonton filem-filem yg lain selepas itu. Mungkin kerana manusia semakin bertamadun, atau skima, atau mula lebih control handsome dan sebagainya. Walaupun ketika menonton filem-filem Stepehn Chow Sing Chi yang sepatutnya lebih chaos, tetapi penonton2 cina lebih rileks dan bersahaja.
Beberapa tahun kemudiannya bila aku cuba mengulangi pengalaman itu, dipanggung yang sama, REX, dengan menonton filem HARRY BOY, aku tak lagi merasai kegilaannya. penonton mula berkurangan dan tak sechaos dahulu. where have all the cowboys gone?
itu yang berlaku pada tahun 1988. Mungkin jug kehangatan menonton wayang lebih chaos pada tahun sebelum-sebelumnya? 1950an? 1960an, 70an awal 80an? tentu lagi seronokkan? dan aku tak rasa pengalaman yang sama boleh berlaku dipanggung-panggung Cineplex yang sekarang ini bersepah dia setiap shopping complex. The luxury of the place makes the audience more secure and to be gentle about their behaviour. Thats boring. We should go and watch movies as were about to watch a football game.
P Ramlee dulu dikatakan bila menonton wayang pun dia akan kecoh, bersorak dan bertepuk tangan bila filem tamat (U can imagine him doing that can u?)
those were the days.....

7 comments:

Ayu Hasman said...

if 1988,wa br 2 thn..hahaha...br nak knal dunia..nak jln pun x lepas lg... =))

Christina Y. said...
This comment has been removed by the author.
Christina Y. said...

human's turning into a living machine... hahaha... tht's y! there's no longer emotion! we are a bunch robot! lol

fadz said...

woo hoo. ur own cinema paradiso! mate, can i publish the link to my blog? nak orang lain baca juga!

Yeah, i love ur observation, betul2 macam filem Itali tu. Fatutlah ayah saya waktu tu pun sibuk mintak nak menonton filem tu! But i did watch it at the telly the next year.. boleh tahan.. i learn smtg (dont anyone?), kalau kita berjunub pun, kita masih ada kuasa menentang syaitan, hahaha!

Ur experience ni mmg berbaloi lah untuk diingat. Saya tak pernah lalui sebegini, mmg mulut celupar atau menjerit kerana hantu adalah (kebanyakannya penonton Melayu) bila menonton Jgn Pdg Belakang.. But this one is like, 1 in a million mate!

saat omar said...

ty Fadz...eh bukan ke kau dah memang link kan blog aku ke blog kau?

Sweety Cutielady said...

mmm.. adakah comment ku telah didelete kerana unsur² kelucahan.. errrmm... :|

saat omar said...

hehe cutie..tak perasan pulak terdelete....tertekan kot..sorry ye..kau post apa ek hari tu?