Hari ni takde dvd. Takde movie. TV pun aku tak tengok.
Jadi hari ni aku nak cerita kisah aku dan Orang Batu….
Pada suatu haru aku bertemu dengan seorang orang batu. Nama betulnya Urghk Arghk. Tapi kawan-kawan lebih senang memanggilnya Uga- Uga. Aku pula, kerana aku manusia moden dan lebih advande daripadanya, aku memanggil dia Caveman. Ya Orang Batu.
Dia tengah cuba menyalakan api dengan melagakan 2 bijik batu yang sebesar tapak tangannya. Kurasa hampir sehari suntuk dia cuba mendapatkan api dari teknik ini, tapi tiada lansung wajah putus asa dari riak mukanya.
“APa cerit dunia moden? “tanyanya pada aku. Cerit tu maksudnya cerita (short form) dan Moden itu maksudnya yang terkini.
“Sekarang manusia semua memberontak sebab minyak naik harga”Jawab aku.
“Memberontak sebab minyak? Minyak nak buat apa? Takde sebab lain nak memberontak?”
Lalu aku pun explain semua tentang sistem dunia dan bagaimana minyak petrol, diesel menjadi boleh berfungsi menjadikan kehidupan lebihsenang, mudah dan juga makmur. Tanpa minyak, semua jadi huru hara, tamadun yang manusia cipta akan jadi hancur, back to zero balik. Kembali kepada kamu semulawahai orang Batu, kataku, yang tak berniat lansung nak memperlekehkan dia sebenarnya.
Minyak petrol? Buat apa petrol? Aku biasa dari Shah Alam ke KL jalan kaki je…
Kau lain oranmg batu. Kaki kau kematu. Kakai kami maskulin dan kulit kami lembut. Tak boleh berjalan jauh. Kalau nak pakai kasut yang baik pun harganya mahal. Nike sampai hantar ke China untuk kanak-kanak buat kasut yang baik.
Lagipun dulu zaman kamu cuaca redup lagi. Sekarang ini lapisan ozon dah makin menipisdan panas.berpeluh-peluh nanti satru pakaian kalau nak berjalan kaki sejauh itu. Ianya tentu tak menadi masalah pada kamu kerana kamu tak pernah ada pakaian Orang Batu”kataku, sudah tentu sebagai Orang Moden aku takmahu kalah pada Orang Batu sepertinya.
Lagipun sekarang ini tak cool lah Orang batu nak berjalan kaki. Orang zaman sekarang Cuma berjalan kaki kalau ada sukan sahaja dan di Olimpik”
Kalau minyak penting sangat kenapa kau tak gali je sendiri minyak tu?”
“Boodh jugak kamu ni Orang Batu. Bukan keaku tengah bercakap dengan kau ni. Mana ada masa aku nak gali minyak.”
Kemudian Orang batu itu terus membebel Katanya dia tak paham kenapa Orang Moden zaman aku masih nak bergantung kepada minayk untuk terus hidup senang. Dia terus membebel mengatakan aku ni pemalas, lembik dan macam-macam lagi. Aku rasa macam nak tumbuk je Orang Batu ni. Tapi aku tahan je sabar. Kemudian aku mendapat idea bagaimana nak annoy dia Haha aku ketawa kuat. Bila dia masih terhegeh-hegeh nak membuat api dari 2 batu tersebut, aku mengeluarkan lighter dari kocek aku, kemudian aku mengelurkan sebatang rokok dari poket bajauku. Dihadapannya yang masih lagi struggle menghidupkan api, aku nyalakan rokok aku itu dengan hanya sekali petik. Aku hembus asap rokok itu kemuka dia.
Niat aku memang nak menyakitkan hati dia kerana dengan teknologi manusia zaman akau dengan mudah dapat menghasilkan api, tetapi kemudian dia berkata sesuatu yang membuatkan aku rasa macam sial. Katanya “Eh kata dulu nak berhenti hisap rokok. Siap buat blog lagi. Ni dah hisap balik. Lu cakap tak serupa bikin ah brother!”
Anginnnn je aku dengar dia cakap. Pandai pula dia pulang paku buah kerasa pada aku. Siot je. Aku pun mula menyimpan dendam padanya.
Bila akhirnya dia mula berjaya membuat unggun api dari gesekan 2 bijik batu itu, dengan perasaan yang dajal, aku meniup unggun api itu sampai terpadam. Kemudian aku ketawa dengan kuat. Dia mula merenung aku dengan mata merahnya. Kataku “Fire should remains undiscovered” Sengaja aku bercakap dalam Bahasa Orang Putih supaya dia tak faham apa yang aku katakana padanya.
Tapi bila sahaja aku bangun dari situ, dia mengeluarkan tangannya dan menunjukkan minddle finger pada aku! Dalam hati aku cuma berkata Kurang hajar punya orang batu.
Aku pun terus beredar dari situ dengan perasaan gagal. Ya aku gagal untuk meyakinkan dia bahawa teknologi dan inventionnya yang bermula dari membina api itu akhirnya akan memusnahkan dunianya sendiri
Aku terus beredar sambil memasukkan rokok ke mulut aku dan membakar hujungnya. Asapnya kusedut puas-puas dan kuhembus ke langit yang terang dan terbuka. :(
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sooo chim ah saat your story this time... I catch no ball aahhhh.. adeehhh... gini ek org sastera story..hehehe..jgn mare ya abe saat...
ehemmm...sangat lah banyak taipo nya..tapi nasib masih boleh difahami lagi :P
hoo~~.. giler best..
Post a Comment