Monday, October 8, 2007

8 Oktober 2007


8 Oktober 2007. beberapa hari sebelum cuti raya bermula. tapi suasana dah mula senyap sunyi. Ini membuatkan aku mual. Aku suka sunyi. tapi sunyi sebab cuti raya adalah yang paling menekan. ianya bagaikan daerah yang dilanggar geroda.


hari ni petang aku ke kompleks PKNS. ada beberapa majalah Dewan Sastera lama (tahun lepas) yang dijual murah di kedai buku Marwillis. Seringgit satu. Aku belanjakan RM10 untuk beli semua yang aku boleh dapati.



hari ni juga aku berbuka puasa seorang dalam bilik macam biasa.


kenapa aku bercadang untuk mempunyai blog sendiri aku pun tak tahu. Sedangkan dulu pernah juga beberapa kali aku mencuba untuk ada blog sendiri tapi semuanya terus senyap begitu sahaja. Tapi yang aku tahu, atau yang aku harapkan adalah dengan mempunyai blog sendiri ianya akan secara lansung memberi semangat, galakan untuk aku terus menulis. Seperti yang selalu aku jelaskan pada diriku sendiri; Tiada lain yang aku mahu dalam dunia ini sekarang kecuali hanya mempunyai kekuatan untuk menulis.


Apa yang harus aku tulis pada blog ini ?Konsep apa yang harus aku bawa? ; itu persoalan yang seterusnya yang harus aku jawap....tapi bukan sekarang. Ketika ini aku cuma mahu fikirkan apa yang harus aku makan ketika berbuka petang nanti.
Sekrang dah pukul 5.50 petang. Aku harus ke pasar ramadhan sebentar (walaupun makanan yang akan kubeli sama saja setiap hari ). :)

3 comments:

Aidil Khalid said...

Salam,

Semoga abang akan diberikan kekuatan untuk menulis oleh Allah swt. Tapi apa-apa pun, pertama-tama sekali, kekuatan itu harus datang dalam diri sendiri terlebih dahulu.

p/s: lukisan tu abang yang lukis?

Minister Of Mind said...

quote:
Apa yang harus aku tulis pada blog ini ?Konsep apa yang harus aku bawa? ; itu persoalan yang seterusnya yang harus aku jawap....tapi bukan sekarang.
------------
dah tahu ke jawapannya..?

saat omar said...

Minister...dah tahu dah jawapannya..aku nak merepek dalam blog ni hah hah!