Monday, August 24, 2015

Love Song

RIlke

Love-Song

touch on yours. How shall I lift it
over you to other things?
Ah, willingly I’d store it away
with some lost thing in the dark,
in some strange still place, that
does not tremble when your depths tremble.
But all that touches us, you and me,
takes us, together, like the stroke of a bow,
that draws one chord out of the two strings.
On what instrument are we strung?
And what artist has us in their hand?
O sweet song.

"The Walk"
My eyes already touch the sunny hill,
going far ahead of the road I have begun.
So we are grasped by what we cannot grasp;
it has its inner light, even from a distance –

and changes us, even if we do not reach it,
into something else, which, hardly sensing it, we already are;
a gesture waves us on, answering our own wave ...
but what we feel is the wind in our faces.
"The Walk" by Rainer Maria Rilke (1924

Tuesday, August 18, 2015

Manuskrip yang ditolak

Banyak kawan-kawan penulis dan yang baru nak cuba menulis bertanya tentang manuskrip mereka yang ditolak. 

 Aku jawab itu perkara biasa.

Manuskrip aku dulu pun banyak kena rejek sebelum berjaya diterbitkan. Aku pun penjaja manuskrip jugak dulu. Ya memang sadis dan sedih bila manuskrip seseorang penulis itu kena rejek. Menang frust dan rasa tak puas hati tu stendered. Penulis mana-mana pun pasti merasakan penulisan mereka dah sehabis baik huhu (termasuklah aku yang hina ni) . Jadi normal untuk sesebuah manuskrip tu kena tolak (instead of guna perkataan 'rejek')  Tapi itu tak membuatkan seorang penulis itu untuk terus berhenti menulis atau berputus asa menghantar manuskrip ke penerbitan buku. Penulis harus terus menulis dan terus submit karya mereka pada agent. Ok sini takde sistem agen tapi kau faham maksud aku kan?

Penolakan manuskrip ini tak mengira manusia, bangsa, agama dan pangkat. Sasterawan Negara pun banyak manuskrip mereka ditolak. Apatah lagi Knut Hamsun dan buku Confederacy of Dunces. Lu mau cakap apa lagi?

Ini adalah penilaian dari buku Santet dari sebuah penerbitan buku.



PENILAIAN MANUSKRIP DUKUN HITAM

PANEL 1 (TIDAK SETUJU)
Salam.

Cerita ini ok sahaja. Percubaan yang bagus tetapi saya tidak bersetuju kerana cara penyampaiannya yang kurang menarik.

PANEL 2 (TIDAK SETUJU)
salam sejahtera  .

saya sudah menilai manuskrip dukun hitam ini

1.secara keseluruhan cerita ini biase,apa yang disampaikan biasa dan sederhana sahaja
2,jalan cerita yang biasa,tak ada yang menarik dan masih perlu dibaiki
3.bahasa yang baik,santai dan kadang-kadang lawak juga :)
4.penggunaan tanda baca perlu disemak semula,ada huruf besar,ada huruf kecil tak senang untuk mata melihat .

p/s- penulis perlu perbaiki lagi penulisan anda supaya mantap dan memenuhi kehendak pihak penerbit ..

saya tidak setuju jika manuskrip ini diterbitkan oleh pihak penerbit  .

salam satu  Malaysia ! :)
Description: https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gif

PANEL 3 (TIDAK SETUJU)
Salam . Saya sudah meneliti manuskrip Dukun Hitam ini. Baiklah, pertamanya, saya mendapati jalan cerita yang ditampilkan agak unik dan lain dari yang lain, namun begitu, dukacitanya saya kurang berminat dengan jalan cerita ini. Dari sudut gaya bahasa dan penceritaan, saya dapati bahasa yang digunakan agak bersahaja dan mudah difahami namun gaya penceritaan saya kira masih kurang matang dan kurang berkesan. Untuk itu, saya tidak bersetuju manuskrip ini diteruskan. Diharapkan, jalan cerita yang dipilih diperkemas dan teknik penceritaaan diperbaiki. Sekian, selamat maju jaya.

PANEL 4 (SETUJU)
Salam ,

cerita ne agak best..tapi banyak typo...ade ayat yang kne baca berulang kali untuk fahamkan apa yang penulis maksudkan untuk "Dukun Hitam yang sudah bertaubat cuna untuk tidak terlibat dengan kerja jahat itu walaupun ketika ini dia sangat memerlukan wang". 
Ayat agak berbelit..so far yang lain okey sbb ade gak unsur lawak dalam penceritaan. Part yang tetibe speaking tu agak sengal sbb acam konpius negro dapat cakap melayu..ngee..papepon best.=)

setuju


PANEL 5 (SETUJU)
Jalan cerita yang menarik dan mendebarkan.


Setuju.

Wednesday, May 6, 2015

Fav Couple dalam Filem Tempatan



Fav couples on local film


10) Sudin dan Zaiton - dalam Bujang Lapok.

9) Azmil Mustapha dan Susan Lancaster -walaupun Julie Farida lebih cun,tapi sebab kalau nak pilih yg white look, its better to have the real orang putih kan?

8) Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud - Oklah mestilah kena ada Ali Setan kan?


7) A Rahim dan Normadiah - Dalam Semerah Padi watak A Rahim bernama Borek dan Normadiah bernama Galak.

6) Dharma Harun dan Noor Kumalasari - dalam filem Adik Manja. Noor Kumalasari ni bila bukak rambut, muka dia terus jadi lain. Tapi dalam Adik Manja dia bermula sebagai cikgu skema yang ikat rambut. Tak cun tak cun. Tapi bila dia lepaskan rambutnya, dia terus jadi gilang gemilang. Dan dalam filem Adik Manja, Dharma sebenarnya lebih prefer perah susu buatan sendiri dari perah susu sebab...well nevermind

5) P Ramlee dan Saloma - ok ini patutnya nombor 2 tapi aku malas retype. P Ramlee dan Saloma dalam Bujang Lapok ok bukan Ahmad Albab. Pinggang Saloma ramping gila dalam filem Singapore itu. Hanya orang yang dah kawin saja tau kepentingan pinggan ramping pada perempuan ni. Eh tapi ada babak dalam AHmad Albab yang bila P Ramlee gibberish dan Saloma hanya tengok je, yg itu real. Kau boleh bayangkan macam tulah coolnya Saloma bila tengok P Ramlee cakap German.

4) AR Badul dan Maria Arshad/Noreen Noor - heh. Badul is soooo into karakter aku rasa dia betul-betul nak.....Noreen Noor dalam Hantu Siang.

3) Nordin Ahmad dan Latifah Omar- Dalam Chuchu Dato Merah dan apa entah lagi.

2) P Ramlee dan Saadiah
- dalam Antara Dua Darjat dan Musang Berjanggut.

1) Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud - Mereka hanya appear dalam satu filem sebab Jamal Abdillah sibuk dengan benda lain;singing that is. Tapi ada chemistry yang tersangattttttlah chemistrynya sehingga aku boleh nampak cahaya dimata Ogy yang bersinar-sinar bila dia berhadapan dengan Jamal. Aku rasa Ogy jatuh cinta dengan Jamal masa shooting, atau sebaliknya. Tapi aku tak sempat nak korek gossip ini dari reporters di tahun 80an

Sunday, March 29, 2015

Kenangan Terindah-Langgam Merdeka 14-15 Mac 2015.


Kenangan Terindah.

Sehinggakan bila ianya berakhir aku terus tutup buku. Tempatnya disana. Apa yang berlaku di DSB terus tinggal di DSB. Telah kucampakkan dilautan hitam yang kita pasti  tak jumpa. Jangan silap, aku amat seronok terlibat dalam produksi ini (10 years in the making) cuma aku tak mahu mengulangnya lagi. Its so great its too painful to repeat it again.






Kuburkan aku dihatimu, demi cinta sebelum mati. Ewah- Samudera, Salam Sejahtera.










.


Thursday, January 22, 2015

Rebel-Februari 2015



Aku pun dah lupa kenapa aku tulis buku ni.

Ianya mungkin berbeza dengan apa yang biasa aku buat. Means its not a comedy. Rasanyalah.

tajuknya mungkin macam...tapi takdelah rebel sangat pun cerita dan karakter dalam buku ni. Tajuknya adalah tribute pada Albert Camus barangkali.  Ataupun tajuknya mungkin presnt apa yang bukan dalam buku ini. Sepanjang hayat aku ada 2 orang student cakap aku ni rebel. And i was like "what?" aku rasa akulah paling tak rebel. Atau mungkin dimata diaorang aku ni rebel, ataupun mungkin mereka ada definisi yang berbeza tentang apa itu rebel. Well anyway....macam yang aku tulis diatas tu, aku pun dah lupa kenapa aku tulis buku ini.Ianya bukan personal statement.

Cuma aku nak tulis pasal Subang dan juga New York. Kerana satunya aku suka Subang dan yang keduanya aku tak pernah pergi ke New York.

Rebel adalah cerita  straighforward. naratifnya konservatif sikit. Sedikit light approachnya, ringan. Ada gaya drama Melayu sikit...tapi kalau dibuat filem berpotensi jadi macam filem Terbaek Dari Langit. Kellas!

Ok jap aku dah tau kenapa aku tulis buku ini. Ketika ini aku sangat berminat dengan relationship 3 serangkai-2 lelaki dan 1 perempuan, yang BFF tapi cuba untuk tidak jatuh cinta antara satu sama lain. Boleh tidur satu bilik tapi tak beromen.Platonik relationship kata Seinfeld.

Terima kasih kepada Mocha kerana sudi menerbitkan buku ini. Sekurang-kurangnya KPI tahunan aku dah tercapai, satu novel satu tahun.


Tuesday, January 6, 2015

Wolfgang Amadeus Mozart

2015. God! another year?...ini tahun peralihan yang sangat dahsyat sekali dan aku semakin penat dengan pengulangan. I hate them all. And I love them all too. Im a lover and a hater at the same time.

Aku tak ingat 2014. Mungkin banyak yang berlaku. Banyak benda-benda yang cool, tapai aku makin lupa. itu maksudnya secara literal-aku memang pelupa. Tua dan dah makin nyanyuk. Aku akan ingata bila nak tidur, beberapa saat sebelum mata aku terlelap dan ketika itu ianya sudahpun terlambat. Tak banyak yang aku boleh buat untuk itu.

Sedikit sedikit aku yakinkana pada diri aku bahawa hidup ini bukan untuk aku seorang sahaja, dan semakin lama aku semakin faham erti falsafah itu- Untuk aku bahagia, aku perlu bahagiakan orang;kerana aku sudah tidak faham apa erti bahagia itu. Bahagia kini bermnaksud mengeluarkan duit dari dompet dan membeli mainan untuk budak berumur 4 tahun-kerana dia lebih memerlukan itu dari aku.

kadang-kadang aku kurang bernafsu untuk melakukan semuanya-dah makin malas membuka DVD, membaca apatah lagi (tapi membelinya adalah kemuncak hari aku) ,menulis pun sama juga. Lagu apa yang boleh membuatkan aku ghairah? Aku semakin sebu dengan sekeliling, dan bila aku meluat dengan sekeliling aku, sekeliling aku pun menjauhkan diri dari aku, Hanya buang air besar adalah kemuncak hidup aku. dan kadang-kadang sengaja aku teran perut supaya memerut. Heaven!

I lost the ability to love.

..I lost the ability to love dan di saat inilah perkhidmatan love aku itu sangat-sangat diperlukan-ketika mereka semakin membesar dan aku semakin tua.

Walaupun aku lemau, tetapi seringkali, setiap kali aku tak berdaya untuk melangkah, aku semmatkan dalam hati aku "Hey this is not so bad. This is the most important years of your life. Kau kena nampak lebih berani dan yakin. CHeer up. and dont play that old songs. Just tune in to the radio."

Aku dah penat berlagak berani, kerana yang sebenarnya aku dah tak peduli apa pun.

Wednesday, October 1, 2014

Filem-filem yang orang suka tapi aku kurang berkenan

Jangan tanya kenapa...

1) The Big Lebowski

2) Fight Club

3) Lord of the Ring-all

4) Avatar

5) Legend of the Falls

6) Curious Case of Benjamin Button

7) Argo

8) Speed

9) The Departed

10) Million Dollar Baby








.