Wednesday, January 26, 2011

Babak Kegemaran Dalam Filem # 1:



















The famous line that missing from the picture slot;

" You know what the fellow said – in Italy, for thirty years under the Borgios, they had warfare, terror, murder and bloodshed, but they produced Michelangelo, Leonardo da Vinci and the Renaissance.
In
Switzerland, they had brotherly love, they had five hundred years of democracy and peace – and what did that produce? The cuckoo clock"

(Walaupun kemudiannya orang Switzerland menafikan yang merekalah pencipta cuckoo clok. Tapi bunyinya sedap)

Tuesday, January 25, 2011

The Best Malaysian Female Singer E-vah

The Best Malaysian Female Singer Ev-ah

ianya satu kejadian yang megubah persepsi aku tentang apa itu good vocal.
ianya berlaku pada satu malam many many years ago.
Ketika itu aku dan beberapa orang rakan dan diradio lagu KRU berkumandang.
"What u think of KRU Saat?"
Aku dah lupa apa aku jawab. tapi as always its something positive.

Dan kemudiannya entah bagaimana, kami terlibat dalam debate dalam mempersoalkan.
Satu against two.
Im on Yusry side and the other cuba meyakinkan aku yang Yusri sebenarnya tak boleh menyanyi.
Aku kata suara Yusry sedap dan mereka kata tak.
"Cuba kau dengar baik-baik Saat" kata mereka.
Akhirnya mereka ketawa dan mengatakan kali ini taste aku dalam menilai seni salah.

AKhirnya aku akui kenyataan itu ada benarnya. Yusry mungkin ada Hummer(warna Kuning. Gosh didnt he realise that Yellow is the worsr color for car? now in the 2000's anyway) tapi dia tak pandai menyanyi. Sekurang-kurangnya tak sebaik a good singer should.


Bertitik tolak dari itu aku mula mempersoalkan estetika dan taste aku pada vocal. Benar kata mereka Yusri tak pandai menyanyi. At least not like one of a good singer should be. Ianya bukanlah satu statetement yang ganjil kerana Aziz Sater sendiri pernah menyatakan yang P Ramlee sebenarnya tak pandai menyanyi. P Ramlee hanya 'adjust' suaranya supaya ianya seiring dengan melodi. Begitulah yang dapat aku rangkumkan.

Here are some of the best female singer in the country. And below is the worst list of them all.
By best i mean my favorite of course.
Lupakan tentang persembahan, gosdsip, the idea of entertainer sebentar;kita menilai mereka hanya melalui the key wordws that makes a song sounds good;vocal.



10) Rosiah Chik - Penyanyi lama adalah yang terbaik. Suara bagi aku adalah part of identiti bangsa. sebagai contoh bila kita dengar old timer macam rosiah Chek menyanyi, ianya sesuatu Mariah carey tak boleh jangkau, no matter how high note she try to scream.
Penyanyi lama begini, walaupun pelik bunyinya, tapi ianya mengingatkan aku bagaimana rasanya menjadi Melayu dan dikelilingi oleh adat.


9) datuk Siti Nurhalija –Ah kena ada nama ni. Pada mulanya aku tak minat sangat Siti. Bagi aku shes hiding behind her good look. Phrase popnya takde beza dengan kontemporari artist ketika itu. Hanya bila dia menyanyi Cindai. Siti buktikan yang jika kau nak dianggap penyanyi serius di Malaysia, kau kena menyanyi lagu Melayu Asli. Itu yang dia buat dan dia Berjaya. As a performance siti Cuma yang terbaik, dari diarak menaiki beca sehinggalah menjadi robot. Tapi sweet vocalnya dalam Cindai yang Berjaya menarik perhatian aku.

8) Salamiah Hassan-

7) Rafeah Buang- lagi penyanyi bersuara klasik. Gandingan yang mantap dengan Ahmad Jais.


6) Ziana Zain
- perlu ke aku tulis pasal kakak Anuar Zain ni?

5) Khatijah Ibrahim-
persolan fav. Masa kecik ada album Khatijah Ibrahim.also a good performer at stage too. Naural performer.Like all great Malaysia singer her best works is her early works.
Songs to download lol; Ku Sangka Siang rupanya Malam


4) Ramlah Ram
- Sebagai salah seorang alumni Bintang RTM yang berjaya dan kita akan sentiasa refer Ramlah Ram bila membicarakan tentang bagaimana Johor produce good singer. namanya seiring dengan Amy search dan juga Zaiton Sameon. Bila Ahmad Nawab pick you, we know shes going to be good.

3) Zaleha Hamid- Saham Zaleha Hamid mungkin turun sedikit kerana menyanyi lagu pop macam Dangdut Reggae dan lagu-lagu dangdut. Sebelum itu dia adalah penyanyi Melayu Deli yang baik. Suaranya one of a kind, beb. But she still the best singer there is.


2) Saloma- nama Saloma sebenarnya dilindingui sebagai isteri the great man. Ianya membuatkan kita lupa betapa hebatnya Saloma sebagai seorang penyanyi. Suaranya serak2 basah dan dalam masa yang sama ada bass sikit. That’s unique. Hasri raya is not hari raya tanpa lagu Saloma.


1) Sharifah Aini
– kita selalu lupa betapa besarnya Sharifah Aini dalam konteks pembangunan seni suara tempatan ewah. Katanya sebelum sharifah Aini, org tempatan lebih cenderung pada penyanyi Indon. Sharifah Aini diangkat oleh URTV supaya org tempatan lebih kenal dengan penyanyi tempatan.

Memang sebelum Sharifah Aini sudah ada scene, tapi Pop yeh Yeh baru tamat. P Ramlee and Saloma already consider retired. New decade needs a new hero. Come a young Johorean with a lemak merdu vocal.

Sharifah Aini for us is like Aretha Franklin for the US. Oh man im not talking about the size. Im talking about the impact. Ditangan Sharifah Aini kita create nahu baru dalam vocal; Suara lemak merdu. Yes it’s a word we never heard again these days. Why? Cause there is no such singer now. Forget it.

She has work with all the best talent in the industries, from Ahmad Nawab to S Atan to M Nasir.





Ok that’s the list of the best. And the worst? Ada 2 yang aku boleh fikirkan ketika ini.

1) Jaclyn Victor

2) Anita Sarawak.

Jaclyn Victor ada suara gedik yang macam dia tercekik tulang bila dia menyanyi.


Dan Anita Srawak? Go back to my early story of Ysury KRU. Cuba dengar betul-betul suara Anita Sarawak dan kau akan setuju yang dia sebenarnya tak pandai dan tak boleh menyanyi. No wonder they two can hang out together.

Monday, January 24, 2011

Kelas Seni Visual. Part One.

Aku bukak cerita history. Dari Lukisan Altamera Spain ke Romantism. Dari Leonardo Da Vinci yang ada anak ikan ke Gustave Courbet yang tak percaya Tuhan.

Akhirnya selepas Cezanne aku singgah ke Van Gogh.
"Siapa pernah dengar nama van gogh?"
takde seorang pun mengangkat tangan.
Aku pun tunjuk painting Van Gogh.
"Pernah tengok work-work ni tak?"
Tak seorang pun angkat tangan.
Aku tak kecewa. Only special people saja yang notice important work of art ni. Ehem ehem.

Kemudian aku bercerita panjang tentang Van Gogh.
Aku cerita apa yang berlaku sebelum Van Gogh. Aku cerita tentang betapa hebatnya Rembrant dan Vermeer dan bagaimana Holland hampir-hampir nak beat Spain difinal World Cup 2010 tempohhari.
Aku cerita betapa Van Gogh ni takdelah hensem sangat orangnya. tapi dia suka lukis diri sendiri.
Seorang yang sedikit kasar.Dan lambat memulakan karier dalam painting.
betapa sepanjang umur hidupnya dia ada 2 ribu painting.
betapa sepanjang itu hanya 2 terjual ketika hayatnya masih hidup.
pada hujung-hujung hayatnya dia melukis 3 painting sehari.

Betapa dia depressed sebab karyanya tak terjual . Dan bukan itu saja, Van Gogh depressed kerana bapak kekasih hatinya menolak percintaan mereka. Betapa dia juga depressed kerana Paul Gaugain yang dianggap kawan baiknya mengkritik palitan berusnya pada lukisan Sunflower. Lelaki macho yang melukis bunga Matahari bukanlah Jaafar Onn.

Kecewa dengan dunia akhirnya Van Goh menjadi gila. maaf, separuh gila. Dia dimasukkan ke hospital.

Dan akhirnya dengan penuh dramatik aku ceritakan bagaimana dia menyisihkan dirinya dari masyarakat lalu dia mengambil gunting baju dan menggunting telinganya sendiri.
Dan kemudian dia menulis tentang itu semua pada adiknya yang setia Theo.
Dan kemudian Theo bergegas mendapatkan abangnya itu yang akhirnya mati diatas ribanya.

Satu kelas tergamam. Mereka terlopong.

Aku tak sure mereka terlopong sebab ngeri dengar Van Gogh potong telinga sendiri ataupun sebab tak faham apa yang aku cakapkan.



its a routine every semester dan aku suka melihat mereka ternganga. Makin diaorang keliru makin diaorang nampak cute.

Sunday, January 23, 2011

Ok imagine aku adalah Bill Cosby doing my stand up routine. And here are the jokes.

"The worst part of being a fat guy is that everybody think youre fat because you happy. Thye would say things like “wah dah gemuk sekarang. Maklumkah hati dah senang ye?

Mereka anggap semua lelaki gemuk adalah happy.
Mereka anggap semua manusia kuat makan sebab mereka fikir bila manusia makan, diaorang takde masalah.

Antara soalan yang paling jijik adalah restoran kegemaran.
Ini soalan-soalan orang zaman moden.Zaman orang senang zaman orang banyak duit. Orang zaman Jepun takde tanya-tanya soalan macam ni.
Aku takde restoran kegemaran. Semua restoran adalah restoran kegemaran aku.

Dan kemudia disuratkhabar pada hujung minggu pasti ada artikel tentang masakan baru. Siapa yang baca semua ni? Dan yang paling peliknya, kemana-mana kamu pergi pun orang akan pesan makanan yang sama saja.
"mamak! roti canai satu!"
.....dan air teh tarik.
Tak perlu anak Chef Wan nak jalan-jalan jauh-jauh nak cari makan. Kita makan benda yang sama aje tiap-tiap hari.Tak kebulur pun. Gemuk lagi adalah.

Bercakap tentang chef wan.....The best chef in the world are male. makin besar pangkatnya makin tinggi topi apronnya. tahu kenapa makin tinggi pangkat makin tinggi topi?
Senang nak curi makan kalau ada barang lebih.

Lelaki lebih pandai memasak daripada perempuan. Itu hakikat yang pelik. Maksudnya lelaki lebih pandai potong bawang, gaul sambal dari perempuan.

Tak apalah, asal jangan cakap perempuan lebih pandai memandu dari lelaki.

Semua chef yang hebat adalah lelaki kurus.
Tengok Jimi Oliver. Dia kurus. Dia boleh pakai jeans. Chef wan bukanlah lelaki gemuk,Chef yang baik patut gemuk macam Pavarotti. Jangan percaya lelaki kurus sebagai chef yang baik.
Kalau dia taknak makan makanan yang dia masak, takkan kita nak makan?

Mungkin sebab itu Burger King tak pernah tunjuk siapa yang masak burger diaorang.

Kadang-kadang kita dengar mid age people say something like “Oh I stop counting my age when I reach 35”
Me? I stop counting my perut after it reach 35.

Dulu my wife try to buy me my pants. Dia Tanya size pinggang saya berapa? Aku cakap saya tak tahu. Aku cakap jangan beli seluar, beli kain pelikat, takde saiz.

Orang zaman dulu memang demokratik, takde diskriminasi pada orang gemuk. Semua pakai kain pelikat. Seluar takde size. Sekarang semua ada size. Burger King pun ada size.
“Encik nak medium ke large?”
Sistem kasta bermula dari saiz pinggang manusia."

Thursday, January 20, 2011


Antara 2 beradik ni yang mana satu Noel, yang mana satu Liam?



Ianya hanya Januari tapi aku sudahpun mendapat a gift of the year.

A bundle of rock n roll magazine!

Semalam aku dapat sms dari Shah Moloko. katanya dia dalam proses mengemas rumah dan perlu membuang beberapa majalah dari biliknya. He wants me to have some of his best magazine.

Dulu Shah Moloko bagi aku Vinyl single radiohead yang rare dan sekarang dia bagi aku majalah. tak terbalas aku jasa lelaki yang berwajah comel ini.

Aku yang pantang mendengar perkataan magazine bergegas ke Klang sebelum Shah mengubah fikirannya.

Aku tak mengambil masa lama untuk sampai ke rumahnya. Bila aku masuk kedalam, interiornya masih lagi cantik dan inspiring.

Sampai sahaja aku terus membelek koleksi-koleksi vinylnya. "woah!"kata aku. Cover Vinyl never impress me. This is art kataku.

"CD takde nak buang ke Shah?" tanya aku. Shah yang sedang meneguk air hampir tersembur air sejuknya sambil ketawa.

"Betul kau nak buang semua ni?" tanya aku sekali.
"Betul" katanya. Sebagai seorang peminat muzik yang setia pada citarasanya aku tahu betapa pentingnya majalah-majalah itu pada beliau. Ianya ibarat Jimi Hendrix bagi gitar kesayangannya pada orang.

Sempat aku melihat bayi comel diatas ribanya. "hai Hana. ni muka macam ayah ke emak?" kata aku berbuat baik sebab ayahnya baru bagi aku magazine Modjo, Q, Uncut dan macam-macam lain.

Tapi aku tak stay lama. Aku ambik majalah tu dan sumbat masuk kedalam beg. Selebihnya aku masuk dalam plastik yang dibagi Shah. Sebelum Shah berubah fikiran aku cepat-cepat turun kebawah lift.





Thank you so much Moloko. God bless u and your family. thats a rare stuff. 50 years from now, no magazine will ever exist on earth.

Tuesday, January 18, 2011


Aku perlu lakukan ini-Review Astro Raja Lawak.

Walaupun ketika menulisnya ada unsur-unsur poyo dalam diri aku dan gaya penulisan. But I still feel the need to write or review something about Raja Lawak.

Macam kau juga, aku fan comedy. Aku suka semua jenis comedy. Good comedy, bad comedy. Stupid comedy. Toilet humour, intellectual humour. Scenario. hamid Gurkha I don’t give a shit. I like comedy. Aku suka komedi macam Michael Jackson suka pada kanak-kanak.

If I want to expert on anything, I want to be expert on comedy. Ada doctor cacing di UM. Doktor Kartun di UiTM.aku nak jadi doctor untuk comedy.

The best comedy ever perform in Malaysia adalah smoething that we yet to see. It appear in theatre. . But not in tv.

Tapi aku masih percaya, dalam arena jenaka kontemporari tempatan, watak-watak yang mewarnai komedi Malaysia, mereka datang dari tv. Dari siaran tv. Ini aku dah tulis dahulu.

Dari Bakat TV RTM ke Sinaran Paspot Kegemilangan ke Raja Lawak Astro, the winner 9and some the losers) are going to be the whos who in Malaysia comedy. Particularly bahasa Melayu comedy.

One thing about comedy tempatan its like makan belacan. Hanya Melayu sahaja yang faham betapa sedapnya. Others wont understand. Kalau aku bagi filem P Ramlee pada outsiders, Chess Skinner misalannya, dia sudah tentu tak faham lawak-lawak begitu.



KOPI O
Antara pilihan peseta yang gagal kali ni. Kopi O boleh masuk ke peringkat ini sebab judge fikir dengan wajah yang kelakar mereka boleh produce sesuatu yang kelakar. Ini dapat dilihat pada sessi ujibakat bila mereka menggayakan mime ballet. Oh come on! Semua orang boleh Nampak kelakar kalau mereka menari ballet! Untuk ujian bakat we need to see dialog, story, lontaran vocal. Hanya dengan itu kita boleh Nampak kemampuan sebenar peserta. KopI O get my vote untuk peserta pertama yang harus keluar.

LEMAN –
Pelawak kegemaran Leman adalah mazlan Pet Pet. Statement itu sebenarnya lebih lucu dari persembahannya. Memang sukar utnuk menjadi pelawak stand up. Gaya yang dibawa oleh pelawak tempatan tak banyaak boleh dijadi contoh. Key words untuk performance solo Berjaya adalah suara yang loud dan confident. Syamsul Ghau Ghau hanya repeat dialog yang sama ketika dia menang Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 90an dahulu. Tapi ianya Berjaya menarik perhatian penonton. And its not really that funny but it works. Gaya Leman banyak kepad bercakap’ dengan penonton dari berkisarkan kepada cerita yang mempunyai plot. It doenst matter, as long as its funny and make people laugh. Gaya selamba Leman ketika minum getah pada episode ke 2 mungkin highlight of his performance. Leman tak mempunyai wajah yang kelakar (tak macam Epy) jadi kekuatan Leman perlu datang dari jalan cerita yang menarik. And he lack the punch words! Tapi yang menarik tentang Leman adalah watak-watak orang marhaen yang dipaparkan setakat ini. Penjaga Lembu, tukang penoreh getah. Shall he continue with the same character he’ll get my support to be the best 4.

LUCKY
Aku lupa yang ini.

BALAS
Kumpulan kegemaran aku. My type of comedy. Not intellectual or anything tapi semua comedy yang involve dengan bahasa Slanga English type (aka Melayu yang cakap English dengan slang poyo ) akan mudah mendapat perhatian aku. Atau dalam bahasa yang lebih sopan, lawak poyo. Balas , berbanding dengan R2 mempunyai body language yang baik,walaupun masih boleh dibentuk menjadi lebih solid lagi. Mereka juga perlu ‘blocking’ lebih kearah audience daripada bercakap secara berdepan sesama sendiri. Karakternya bernama Tom dan Jerry (!). Kalau mereka mengekalkan lawak jenaka begitu, aku rasa kumpulan ini boleh ke final.

BOBO
Mata juling lelaki gemuk dalam Bobo itu boleh diunjurkan menjadi komedi yang meyakinkan. By this I mean Bobo boleh jadi the next Azli Senario. Cuma Bobo macam kumpulan2 lain dalam Raja Lawak 5 ni, kurang content. Lawak2 tentang perempuan buta dan lain-lain telah biasa sangat kita dengar. Dan tak kelakar dah pun.
Ketika ini ditulis, mereka menjadi kumpulan pelawak pertama yang out Raja Lawak.
Their best performance adalah memek muka tak percaya mereka bila diumumkan mendapat undi paling rendah. Heh.

EPY
Epy ada character. Dia boleh pergi jauh kalau dia pandai aplikasi physical comedy. Patut kena tengok banyak komedi Buster Keaton, WC Field dan seantero dengannya.
Kalau ada pelakon Raja LAwak 5 yang boleh tembus ke Hollywood, its Eppy. Sebab muka dia ada macam Wayans brother sikit. Wassup!
Tapi epy kurang 2-3 tangga untuk capai apa yang Nabil telah lakukan. Jenakanya tak berpusat pada satu kisah yang linear. Tidak akan kesinambungan pada cerita dan plot. It started with a bang but endup with a bong.Kinda.

KAMI
Girls aren’t funny aren’t they? Apatah lagi gadis yang cun. KAMI is quiet cun bagi aku (ehem ehem) Aku pun dah lupa siapa ahli komedi perempuan yang aku suka? Mungkin takde. Sarah Silvermanpun aku tak suka sangat actually. So at the end our conclusion adalah…girls are not funny. Well, except the one who wrote Blog Anak Mat Nor. But shes one in a million. Persembahan minggu kedua mereka tidaklah mengecewakan sangat. Ada cerita, ada point. But jokes is all about timing and punch line!. Itu yang missing pada group Kami. They nened to be loud and the attitude of ‘I don’t give a fuck!” Kami masih lagi membuat persembahan malu-malu dan sopan-sopan-memakai kain dan sebagainya. Cuba mereka pakai seluar dan duduk terkangkang that action will give them freedom and strength to act chaos. Mereka patut dibawak kehutan dan menjerit sekuat hati. Atau dihantar belajar vocal dengan mazlan tahir, then only they can become good. The best thing about this girls? Theyre masih bujang. Come on Ajin apa lagi.

TBO
TBO looks like they having fun whn they perfom. Dan kadang-kadang terlalu fun sehingga jenaka mereka itu hanya mereka saja yang faham dan boleh appreciate.
Sekali lagi, body language tak mantap. Kena rilex dan cool. Jangan terburu-buru melontar dialog.

R2
Bijak ,sederhana. Core of the group adalah lelaki tua yang kita anggap sebagai pakcik itu. Gayanya macam tak ubah seperti jiran disebelah rumah yang memberi kisah lucu tentang menanam rumput sambil berkain pelikat. Begitulah gaya sederhana kumpulan R2. tapi terllau sederhana. Terlalu santai. Kena ada punch line yang powerful. Bukannya berborak-borak macam tepi pagar rumah je. R2 ada idea dan juga boleh pergi jauh.

PUKAW
Pukaw patut dah terkeluar. Lawak tak ada isi. Takde content(content also means isi dalam Bahasa Melayu )tak ada arah tujuan. Apa entah benda yang mereka ceritakan aku tak tahu. Yang kelakar adalah suara kecik lelaki yang bertubuh kecik itu.

NAZMI
Kritik lupa untuk cakap yang nazmi performance pada minggu pertama is one the best Raja Lawak debut ever. Maybe better than Nabil’s debut. The best debut ever. Mungkin better than Nabil on his debut years ago.. Tapi content masih tak terarah. Kena up and down tempo. Strenghnya adalah loud vocal.

MAN
Man mungkin yang paling smart. Ada cerita, confident. Cuma Nazmi membayanginya. Cuma ideanya mengakhiri persembahan dengan pantun already lame.
Should be in the final with Nazmi dan BALAS or R2.

SATIYA- Ok Satiya bukanlah peserta. Tapi alang-alang review peserta aku review pengkritik sekaliguslah senang. Satiya ayau nama gelarannya Baby Face seharusnya sudah lama menjadi sebahagian dari keluarga Raja Lawak, as pengkritik or whatever. Hes the most funny of them all. Dia ada loud vocal dan keselembaan yang tak keterlaluan. Solanya bolehkah dia menjadi pengkritik. Setakat ini Satiya tidak mengecewakan. Kritikannya kebanyakannya membina dan ‘play safe’ Which means good as this stage and for that kind of show. Too bad kemunculan Satiya dan David Teoh disandarkan pada konsep 1Malaysia. Mereka ada disitu sebab talent mereka bukannya atas slogan.

DAVID TEOH- Aku suka juga David Teoh muncul dalam Raja Lawak. Sebagai producer paling produktif , kita perlukan money maker to boost the industry. Kehadiran David seharusnya membantu. Sekurang-kurangnya ada bakat2 yang boleh dia tonjolkkan dalam filemnya nanti. Tapi david bukanlah performance, jadi diatak boleh bagi banyak kritikan yang baik. Mungkin David sedar tentang ini dan kritikannya lebih kepada kata-kata semangat.

AFDLIN – setakat 2 minggu ni Afdlin boleh dikatakan mengecewakan. Dia masih lagi dibuai dengan kenangan bersama Bob Lokman dan Arwah Din Beramboi. Dia sepatutnya lebih hype dan bertenaga untuk nmenyokong komen-komen Satiya dan David. Hanya dengan cara itu David dan Satiya merasa lebih welcome.Banyak masa kelihatan Afdlin kurang tenaga dan longlai. Kalau dia boleh meloncat dan menari dengan peserta final Raja Lawak ke 4, kenapa kali ini dia nampak lesu?

ZIZAN dan JOHAN- Nafas pada Raja Lawak. Ah Chai karakter adalah kerja setengah genius. Ewah ewah. Yang peliknya ketika mereka menjadi peserta pada Raja Lawak pertama, Zizan dan Johan tak chaos sangat macam sekarang. If anything we could learn from that is, comfortable people can perform better

Monday, January 17, 2011

Mungkin aku patut lebih banyak menulis tentang murid-murid dan hubungan aku dengan mereka. Sekurang-kurangnya ini mengingatkan aku siapa aku dan apa aku buat kat sini. This is carrier.

I need to improve myself.And I have to take this job seriously.


Jumaat lepas, kelas dengan part one.


Seorang budak perempuan tiba-tiba minta diri masa aku tengah rancak menjelaskan tentang konsep ketuhanan dan Alienisasi dalam Tamadun Mesir Purba. Dan juga idea-idea yang menjuruskan tentang bagaimana Polly Clitus dan beberapa rakannya yang lain membentuk tamadun Greek yang penuh berahi itu.


“Sir, saya nak keluar kejap”


“Kamu nak kemana? Bersalin?” kata aku. Lawak aku tak dibalas dengan ketawa oleh pelajar. Semua serius. Mungkin tak lawak. Atau mungkin terlalu kasar.Atau mungkin pening kepala dengan teori matemik yang aku huraikan tentang bagaimana struktur Piramid dibina tadi. Oh student yang aku kasihi, aku memang suka buat mereka pening dengan teori-teori dunia itu.

“nak basuh sir” katanya dan terus keluar sambil menolak pintu.


Ditangannya ada sebotol kecil sebesar telapak tangan, tak ubah macam botol alcohol pencuci kaset tahun 80an itu . Apa bendanya tu?Dan apa maksud dia nak basuh?

“Nak basuh?” aku tak faham. Buat-buat tak faham dan betul-betul tak faham.

“Nak basuh period” kata kawan-kawan yang lain tanpa rasa bersalah.


Huh?Aku macam tak percaya dengan apa aku dengar.

Macam tu ke style sekarang? Aku tak tahu nak ketawa atau nak keliru atau nak apa. Pelajar yang lain pun take that as serious. Takde menampakkan muka-muka nak ketawa ataupun malu. Jadi aku pun cuba control terkejut aku.



Dulu kalau kakak aku beli kotex kat kedai pun kena balut dengan suratkhabar. Betapa malunya orang zaman dulu nak bagitahu kat duni yang mereka period. Not anymore.Kenapa pelajar ni tak simpan botolnya dalam plastik atau beg kecil? Aku kini patut terima yang period adalah sesuatu yang normal dan bukan sesuatu yang lucu, apatah lagi untuk dimalukan.



Aku pun meneruskan kelas dan menjelaskan tentang tamadun Mesir Purba

“Baiklah kelas, siapa yang bina Piramid?”

Diam.

“Tahu siapa bina Piramid? “Tanya aku lagi.

Mereka diam lagi.

“Alien. Alien yang bina Piramid ye” jawab aku konfident. Sesetengah dari mereka tergamam.


Aku dah bagitahu dah dulu –kelas aku ni advance sikit.