Thursday, March 31, 2011

Good Fences Make Good Neighbours (?)


Aku dah tinggal di Saujana Utama hampir setahun. Dan kini kami diancam dengan pecah rumah yang berleluasa. It almostly done by a ghost since no suspect being caughted so far.

Kisahnya bermula begini. Semalam......

Semalam At 1 o clock, aku mendapat call. Aku tengok handphone. Nombor tak kenal aku tak angkat. Benda yang aku belajar dari seorang kawan nama Mazli.

Kemudian dia call lagi. Aku pun terus buat tak tahu. Selain kalau bukan nombor rumah kampung, nombor wife, bukan nombor office aku tak risau. Its not going to be emergency. Or is it?

Dia call lagi. Bersunguh-sungguh dia nak bercakap dengan aku;oh penting jugak aku ni ye? Aku terus tak jawab. Bila dah aman sikit aku sms dia.

Beb gua penulis, gua lebih suka sms dari talk on the phone ok.

Aku pun sms cool "Ye?"

dia tak balas sms aku. Dia terus call lagi. Aku mulai gementar. Biasanya kalau student atau budak2 dia akan faham mesej aku tu dan dia akan reply dengan sms. orang ni betul serius nak call aku,fikir aku.

Dia terus call. Aku terus tak jawab. Aku pretend takde orang call. Aku pretend macam aku takde handphone. Aku pretend macam takde orang call aku.

Kemudian dia sms aku" Saya Fitri SU Bidara....nak tanya ada contact no owner 46 Jln Bidara....rumah dia kena pecah masuk"

Aku mula gelisah. Ada dua isu disini,
1) Aku pun dah lupa apa nombor rumah aku.
2) Kalau betul ianya jiran aku, akau sedih sebab aku takde nombor dia.

Aku angkat handphone dan aku terus call Encik Fitri.
"Sorry saya tak tahu nombor dia. nanti saya telefon wife saya" kata aku.

Kemudian aku telefon wife aku. First aku tanya nombor rumah aku (aku takut Fitri silap tanya dan yang sebenarnya rumah aku yang kena pecah)
Jaja cakap nombor rumah aku 42.Aku lega.
Jaja cakap dia takde nombor lelaki itu .

baru aku sedar yang aku tak simpan sorang pun no HP jiran aku.

Aku pun teringat sebuah sajak dari Robert Frost;The Mending Wall.

XXXXXXXXXX

Berita pecah masuk rumah ni dah heboh sejak awal tahun dikejiranan aku. Dalam seminggu ada yang sampai 4 kes.
Semuanya berlaku waktu siang/pagi.
dan jika diikut geografi,rumah aku hanya tunggu masa untuk dipecah masuk.
Persoalannya siapa yang berani sangat buat kerja berani mati tu?
Local thug? Indons? Viatnamese? Local matcha?
Orang perumahan sendiri?

Polis pun ada sound" Kalau jumpa nak pukul boleh tapi janganlah sampai mati" katanya.


Meeting penduduk rumah banyak membincangkan macamana nak menangangi masalah ini. Cadang nak buat RELA peronda. dan untuk itu setiap rumah kena bayar RM35 sampai mati. Tapi dari 270 rumah, hanya 120 yang berani bayar.
minggu lepas siap bawak Sarjan dari Balai Polis. Sarjan explain yang dia tak cukup orang untuk mengawal kawasannya yang luas.


Sepanjang aku hidup, persoalan pecah rumah ni tak pernah menganggu hidup aku. Kemana saja aku pergi aku hidup happy dan tenteram.
Hanya baru-baru ni aku mula fikirkan tentang keselamatan rumah dan persekitaran. Saujana utama adalah 3 top ten kawasan pecah rumah di Hulu Selangor. This is new developing neighbourhood;lubuk emas
Shit man! Im going to think about this for the rest of my life!

Dunia tak lagi selamat. Ada few manusia diluar sana yang malas bekerja dan mengharap untuk mencuri bagi menampung kehidupan seharian.

Perlukah aku risau barang aku kena curi?
Honestly not really. Why? sebab aku rasa aku takde harta.

Selain tv usang, radio, dvd player dan maybe komputer Jaja....yang lain cuma pakaian dan besi buruk sahaja. Most of it i got nothing to loose.

But of course Im lying.

.....Aku ada DVD, CD dll yang aku amat-amat sayang. Bila aku mati nanti ini jelah harta yang aku boleh bagi kat naufal dan Isfahan. Duit takde :(

So in a way aku kena cuba stop juga Burglars tu dari pecah masuk rumah aku dan curi barang aku.

aku cuba mengingat Columbus's Home Alone.
Ada beberapa trick yang boleh aku practise untuk peprangkap pencuri itu.
Tapi idea itu sebenarnya soft semua. hanya pemyamun kelakar je boleh makan trick Kevin tu. In real actual life i need more aggresive stuff.

Sehinggalah aku teringat beberapa babak akhir dalam Sympathy of Mr Vangeance.
Eletrick volt! good idea.
Electric Volt yang digantung ditombol pintu! More good idea.
Aku akan gantung benda tu kat grill besi aku belakang pintu.
Pintu depan, pintu belakang dan tingkap besi.

So nanti orang luar yang pegang grill aku, pintu, tombol aku mereka akan kena volt yang kuat sampai boleh hangus satu badan.

Tapi setakat ini aku tak jumpa mesin keselamatan macam tu. The one they made in that Korea movie? that must be hand made.

Apa lagi yang boleh aku buat? Kalau aku ramli Ibrahim dah lama aku bela anjing. Tapi aku bukan Ramli Ibrahim, aku tak pandai menari.

tak banyak yang aku boleh buat.......cuma berserah pada Tuhan agar suasana rumah kediaman aku dalam keadaan aman dan damai.

XXXXXXXX

pagi ni bila buka pintu untuk pergi kerja aku ternampak pemandangan yang membuatkan aku rasa nak ketawa. Ada sederet RELA yang pakai baju kuning melintas depan aku.

Theyre as old as black and white television.

Aku terus pakai helmet dan start motor aku.
Sempat aku berpaling pada rumah jiran sebelah. Sunyi sepi.

Dan aku masih takde no HP dia, dan dia pun takde nombor aku.

Tuesday, March 29, 2011

Aku Makin Tua


Aku dah makin tua.
Dah tak larat nak naik tangga,
Baju pun dah tak muat,
takde masa untuk menyemat.

Badan aku semakin berat,
Nak naik tangga pun dah tak larat,
Apatah lagi nak mengorat,
seluar yang aku pakai pun makin sendat.

Aku dah makin tua,
selalu pening kepala,
nak menulis pun takde masa.
Asyik terlentang mengadap siling,
Kipas angin laju berpusing.

Aku dah makin takde kederat,
Nak berlari dah tak larat.
Kena elak makan banyak karbohidrat,
No kolestrol, no makanan berat-berat.

Aku dah makin tua,
Selalu migraine pening kepala
Kadang-kadang juga pelupa.
Eh hari ni hari apa?

badan aku makin besar,
Makin gemuk dan makin sendat.
Kawan jumpa tanya kenapa makin bulat?
Aku jawab banyak makan takde exercise,
sebab itu terlebih size.

Aku makin tua,
Semakin hari semakin takde tenaga.
Naik tangga pun aku cuba nak gagah,
Sampai diatas termengah- mengah.

Aku makin tua.
muscle makin kecut dan kendur,
Bila tiba waktunya akan datang juga,
Masa untukku baring dan terus tidur.


Mac 2011

Sunday, March 27, 2011

Suratkhabar Hujung Minggu

Bangun pagi Ahad dan berkejar membeli suratkhabar untuk membaca tulisan Joceline Tan.

Kemudian tersenyum.

Dulu seingat aku suratkhabar adalah highlight of the weekends. Apart from Thundercats at 5 pm.

Mingguan malaysia used to be hype. Tanpa mama Juwie aku tak mungkin kenal Bon Jovi, Van Halen (which for some might be a good thing lol) mama Juwie promote rock kapak more than any other journalist. Dari mama Juwielah aku tahu konsert Lefthanded dan konsert Search.
Dari Mama Juwie jugalah aku tau tentang Burnmarks dan lagu Secebis Rayuannya

Kemudian bila mula pandai membaca aku tertarik dengan Kisah Benar by Wahid Kasran. Wahid Kasran menulis ada unsur-unsur lucah tetapi lirik bait tulisannya ada lenggok. prose kata orang putih .

Contohnya: "Jadi drebar teksi kalau tak sabar dah lama gulung tikar, kerenah penumpang yang tak sopan dan bersikap kasar, nak ditegur tentu bertengkar, dibiarkan semakinlah kurang ajar, dahlah jalan jem bikin hati berdebar, semua benar-benar mencabar".

atau:

"Mungkin begini keadaannya bagi perempuan-perempuan yang jadi fulltime house wife, sex is very important in life, kononnya tengah muda and still alive, gian jikalau tidak didrive".

Kisah Benar oleh Wahid Kasran . metafornya untuk alat sulit lelaki dan perempuan memang membuatkan pembaca berdekah-dekah ketawa.
Kisah Benar banyak berkisar tenang hidup orang-orang kota yang pervert, lol.

Mula disiarkan pada 5 Januari 1992. dan ianya bertahan beberapa tahun kemudian. Aku dah lupa bila Wahid Kasran berhenti menulis tetapi kemudian the next best thing adalah Astora Jabat.

Kalau Wahid Kasran provoke fahaman kita tentang lucah, Astora Jabat pula provoke pembaca tentang politik dan pemahaman agama.

Itu dulu, sekarang? Dan siapa journalist yang gah ketika ini aku pun tak tahu. Semuanya dull dan tak bermaya. Most newspaper play safe ketika ini.


Ruangan sastera juga dulu adalah sesuatu yang aku selalu tungu-tunggu. Ada provokasi sesama penulis berlaku setiap minggu.

Ditahun 80an ada banyak debat antara Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad.

Kemudian Affandi Hassan. Affandi Hassan memang no mercy kalau kritik penulis lain, dan yang sellau kena 'attack' darinya adalah penulis-penulis besar tanahair yang kebanyakannya berpangkat Sasterawan Negara. Semuanya kerana menyimpang dari idea Persuratan Barunya.

Kini takde. Buat seketika dahulu ruangan sastera pun seakan dihentikan buat seketika. Kita ada semula, tapi tiada topik-topik besar yang dibicarakan. Semuanya play safe.



Sekarang suratkhabar hujung minggu hanya menjaja gossip-gossip murahan. Gambar-gambar seksi artist perempuan diletak didepan sebagai tarikan jualan. Ada yang terkangkang, ada yang nampak ketiak.


jadi persoalannya: kenapa aku masih beli suratkhabar hujung minggu? Aku tak tahu.

Mungkin aku hanya nak keluar dari rumah pagi Ahad.


Thursday, March 24, 2011

Message(or Massage) In The Bottle


Botol kosong. mana anunya?






“Itu je?” jerit seseorang dari belakang. Aku pun menoleh …..


XXXXXXXXXXX


Anu Dalam Botol.


Ok first thing first; Aku faham kenapa Scorsece direct mobster movie. Aku faham kenapa John Woo buat Hard Boiled. Aku faham kenapa Spielberg pilih Schindler’s List. Aku faham kenapa Raja Azmi buat Black Widow. Tapi raja Azmi menangangi filem gay? Aku tak nampak jalan penyebabnya. Bukanlah karya seni seharusnya didasarkan dari pengalaman peribadi? Rentetan-rentetan peribadi yang mencorakkan gaya bercerita sang pengkarya?


Jadi aku anggap Anu Dalam Botol ini sebuah filem dendam. Dendam pada seseorang yang telah lama pergi.


Ok kita lupakan itu dulu. Kita cuba nilai filem ini seadanya yang boleh.


TGV Bukit Raja.

TGV Bukit Raja telah menjadi gelanggang wayang kegemaran aku ketika aku masih bujang dahulu. Ada sesuatu yang urban tentangnya. Pertama kali aku menonton disini adalah filem Donnie Brasco. Inilah filem Cineplex yang pertama aku tonton. Probably the only movie yang aku tonton ketika belajar di universiti. Itu hampir dua puluh tahun dulu.


Sekarang TGV dah berubah. Dah renovate. Mungkin sebab itu tiketnya pun dah mahal. RM11!...Tapi sebab aku cool, aku bayarkan jugak. Nak tengok Anu dalam Botol punya pasal.


Aku sebut Anu Dalam Botol pada penjaga kaunter budak lelaki India itu instead dot dot dot. Dia faham filem yang aku maksudkan.


Aku beratur beli pocorn. “popcorn medium set ye” pinta aku.

“Nak masukkan popcorn ni dalam cup ni ye bang….atau….”.

“Popcorn masuk dalam pastik, anu kau yang masuk dalam botol”jawab aku bergurau.

Orang tahu filem je yg boleh ketawa dengan jenaka macam tu.

Dan budak tu ketawa. Dia tahu apa yang aku katakan. Buat apa dia kerja di popcorn station kalau dia tahu filem apa yang sedang ditayangkan kan?



Aku pun masuk kedalam. Tempat pertama yang aku pergi;tandas. Apa-apa kita kencing dulu. Aku tak bawak botol nak kencing kat dalam panggung.


Patutlah TGV Bukit Raja mahal harga tiketnya. Tandas pun dah cantik;macam tandas Inception. Dulu kat sinilah tandas paling buruk Cineplex.(baca Transporting)


Aku terus masuk kedalam dan duduk diam-diam.


Beberapa gezek filem Melayu ditayangkan. Wah makin rancak industri tempatan, banyaknya gezek filem akan ditayangkan nanti dan aku pun tumpang bangga. Banyaklah duit aku akan aku habiskan disini nanti, fikir aku lagi.


Filem bermula.


Beberapa babak awal menunjukkan 2 lelaki camping ditepi pantai. Lantas mengingatkan aku pada Jaws. Kalau mereka mandi bogel dilaut sudah tentu anu mereka dimakan jerung. Tapi tak. Couple tu hanya buat projek dalam khemah sahaja. Pengalaman menonton filem Spielberg itu membuatkan mereka belajar one and two things about rules kat tepi pantai waktu malam.



First 15 minutes-dark. Dan penuh dengan emosi. Hero menangis sepanjang masa.banyak terduduk dan tergolek menagih simpati dan kasih saying Ghaus (Ghaus nama yang sedap, kalau aku ada anak laki nanti aku akan namakannya Ghouse) Serasa perlu untuk lightened up a bit for the character. Aku kenal jugak beberapa ponds ni…Mereka happy, enjoy, ketawa, kelakar dan mereka takdelah depressed macam Ruby ni.


Perlu bawak Ruby ke disko dan bergembira. Biar dia ketawa, tersenyum. Dan biar dia lepak dengan beberapa kawan-kawan sepesyen dengan dia. Tak manis kalau dibiarkan Ruby nampak tak berteman.


Perkataan Bi banyak sangat keluar, sehingga memualkan aku.


Selepas lebih 15 minit Anu Dalam Botol masih Anu Dalam Botol. Pengarah kena cari jalan untuk keluarkan anu dalam botol dan sumbatkan ke mulut audience! –Ghaus dan Ruby masih digambarkan lemas dalam adegan marah dan sayang-rajuk dan rindu. Perlu ada babak-babak kick in the ass!


Hanya bila Ruby bertemu dengan ayahnya (lakonan Jalil Hamid) semacam ada punch to the mood. (aku yang mengantuk tiba-tiba segar semula) And what a beautiful dialogue they two deliver!

Dan kemudian the story took a turn bila Ruby bertemu dengan Dania Danielle. (or Diana Danielle?) Diana walaupun gadis kampong, tapi boleh tahan pandai menggoda. Tak padan yang kampungnya!



Ruby terlalu serius makes u wonder kenapa Diana boleh jatuh cinta dengan lelaki murung macam ni?

Dan jika Johan berkhawin dengan gadis bawah umur dalam Khurafat, Ruby juga mengikut jejak langkahnya dengan menghawini Diana (nama karakter tak ingat) yang sama bawah umur.

Di hari perkhawinan Ruby dan Diana, Ghaus tiba-tiba muncul untuk merosakkan program.

Dia datang dan bagi botol berisi dot dot dot pada Normah Damanhuri sebagai bukti kepondanan Ruby. Damn u Ghaus!


Ogy masuk kebilik Diana ketika gadis itu sedang bersiap sedia membetulkan maskaranya. Dalam adegan yang kritikal, tanda dialog dan hanya pergerakan fizikal yang rakus. Ogy ‘ memberitahu’ anaknya Diana yang Ruby telah tiada kemaluan dan tak guna untuk menghawini lelaki seperti itu. One of the define acting in the movie. Khir Rahman takkan dapat apply acting begini jika dia tidak menonton filem-filem Perancis.


Sementara Ruby yang lari dari berkhawin, menumpang teksi untuk pulang kekota. Pemandu teksi itu adalah anak Mak Limah dalam filem Hantu Mak Limah Pulang Kerumah. Lewat malam mereka sampai dikota, tanda kota yang penuh dengan kegelapan. Mana Ruby dapat duit untuk bayar pada pemandu teksi itu? Itulah teka teki yang harus dijawab untuk penonton ketika bangkit dari kerusi dan meninggalkan pawagam.


Mana Ruby ambik duit nak bayar pemandu teksi itu? Dan tirai pun dilabuhkan.

“Itu je?” Jerit seseorang dari belakang bila credit title tamat. Aku pun menoleh, ianya seorang perempuan yang menonton solo.


Aku terasa mahu ketawa. Dia bertanya dengan nada yang kuat hingga hampir seisi pawagam boleh mendengarnya.


Aku pun terasa benda yang sama, tapi aku takde kederat untuk bertanya”itu je?’ seperti dia. Dia memang seorang yang berani.dan benar persoalannya itu. Itu je? Dia, macam aku juga mengharapkan akan ada liku-liku yang boleh dipanjangkan dalam konflik Ruby dan dunia barunya itu. Tapi tiada.


Dari segi jalan cerita, Anu dalam Botol boleh dikira straightforward. Dan bagi sesetengah penonton ianya terlalu mudah, sedangkan aku rasa conflictnya boleh dipanjangkan lagi. The end is too easy.


Dialognya santai dan bersahaja. Dan sudah tentu ianya lebih baik dari filem-filem Syamsul Yusof. Kita jangan lupa disebalik kontroversinya bahawa Raja Azmi juga adalah seorang penulis novel.

Khir Rahman, sebagai pengarah tahu apa yang dia buat dan tahu kekuataan yang dia ada untuk membawa filem itu lari dari mood cliché filem-filem drama tempatan yang sedia ada. Gaya editing membezakan Anu Dalam Botol dengan filem-filem temporari tempatan yang lain…….


Atau mungkin muzik dalam Anu Dalam Botol yang membuatkannya grand?. Bravo pada producer kerana berani spend duit untuk muzik yang membawa kelainan dalam filem ini.


Jadi apa genre Anu dalam Botol? Drama? Horror? Comedy? Gay movie? Aku lebih suka melihatnya sebagai psychology thriller. Ya bagi aku filem ini ada potensi untuk bergerak kearah genre itu., tapi endingnya sedikit menyimpang dari apa yang aku harapnya. All in all it just a gay drama movie.


Entah macam mana babak yang mencuit hati aku(babak kegemaran) ialaha ketika Ruby dan ibunya masuk ke dewan serbaguna kampong. Ditepi badminton court ada beberapa kanak-kanak sedang bermain badminton. entah mengapa aku rasa ini adalah babak paling 'jujur' dalam filem ini.. It’s a very typical Banting-lite kinda view. The kind I expect to watch if u shoot in Banting. And also very Sidek’s family kinda shot ,of which Raja Azmi is partly one of the member of the family. Well, sekurang-kurangnya bukan Rashid Sidek yang main badminton kat situ.....



Kalau kau suka Anu Dalam Botol, cuba tonton My beautiful Boxer, Dilwalee Dulhaniya le Jayengge(pengantin perempuan Dibawa Lari), Crying Game atau err…..Boogie Nights.

Wednesday, March 23, 2011



Q: Apa pendapat awak tentang skandal video sex terbaru Anwar?

A: rakyat dah jelak. Dan tak peduli pun. kalau betul pun Anwar buat semua benda tu, so what?

Q: Bagi awak tak salah ke salah laku Anwar macam tu?

A: lu kena ingat. Gua ni old school sikit. Bila gua cakap gua ni old school means im really old school. Bukan back to the 80s je, tapi back to the medieval time. Abad ke 16 ok. Raja boleh ada gundik. Beratus gundik! kenapa PM tak boleh?

Q: Question of moral...

A: Oh moral ?! come on......

Q: Persoalan agama juga agak penting dalam menentukan kredibiliti seorang pemimpin yang baik.

A: Tentang agama biar diaorang je yang jawab dengan Tuhan. Kalau seseorang itu melanggan pelacur bukan soal agama yang menjadi pertaruhan. Soal pelacur itu patut bayat tax atau tak. itu yang seharusnya menjadi perdebatan ketika ini.

Q: Gila mu ni. Apa kebarangkalian betulnya video itu?

A:Oh ini soalan yang popular. Ada 3 kebarangkalian. Pertama yang video itu memang adalah Anwar Ibrahim. yang kedua adalah, pendapat popular yang mengatakan bahawa itu semua memang konspirasi BN. Dan yang ketiga adalah ianya disetkan oleh Anwar sendiri.

Q: Takkan Anwar nak set himself up.

A: well, he gain more support when case macam ni dihiglightkan. Orang tak pikir apa, mereka terus anggap ini kerja BN dan UMNO je.

Q: Takkanlah Anwar sanggup buat macam tu.

A: Kau ingat siapa yang tembak JFK?

Q: betul juga. Ok. Bolehkah Anwar jadi PM?

A: Kau mesti ingat aku ni Superstitious sikit orangnya. Aku percaya sangat pada teori RAHMAN itu. N untuk Najib. Dan apa lepas Najib? Wallahualam. Mungkin setakat itu sahaja dinasti BN, agaknyalah.

Q: Apa akan jadi kalau bukan BN yang memerintah.

A: entahlah. Aku cuma harap DVD Foreign terus akan terjual di Kota Damansara. Itu je yang aku minta.

Q: Apakah dasar-dasar yang akan dibuat kalau PKR memerintah.

A: Aku harap sistem education dan peluang untuk belajar di IPT akan lebih terbuka kepada semua kaum. Kita boleh beri ruang pada non malay untuk belajar pada peringkat yang tinggi. Theres always enough room for everybody.
Tapi kau kena ingat, yang memerintah mungkin PM. Tapi dasar-dasarnya bukan ditentukan oleh beliau, tapi oleh US. Jadi sesiapa pun yang jadi PM tak penting.

Q: Terima kasih kerana meluangkan masa.

A: Sama-sama. Kirim salam kat Gaddafi ye kalau kau jumpa dia.

Q: ok nanti aku kirim salam kat Dafi. :)

A: urghhk.......

Tuesday, March 22, 2011

A Malaysian Speaks Up by Hooi Chin Gian

A Malaysian speaks up ...
by Hooi Chin Gian

I am a female Chinese Malaysian, living in the Washington DC area in the United States. I have read many of the letters that often talk about foreign countries when the writers have no real knowledge of actually living in those countries.

Many draw conclusions about what those countries are like after hearing from someone else or by reading and hearing about them in the media or after four years in a college town in those countries.

I finished STPM with outstanding results from the prestigious St George's Girls School in Penang. Did I get a university place from the Malaysian government? Nothing. With near perfect scores, I had nothing, while my Malay friends were getting offers to go overseas.

Even those with 2As got into university. I was so depressed. I was my parents' last hope for getting the family out of poverty and at 18, I thought I had failed my parents.

Today, I understand it was the Malaysian Government that had failed me and my family because of its discriminatory policies.

Fortunately, I did not give up and immediately did research at the Malaysian American Commission on Education Exchange (MACEE) to find a university in the US that would accept me and provide all the finances. My family and friends thought I was crazy, being the youngest of nine children of a very poor carpenter. Anything that required a fee was out of our reach.

Based on merit and my extracurricular activities of community service in secondary school, I received full tuition scholarship, work study, and grants to cover the four years at a highly competitive US university.

Often, I took 21 credits each semester, 15 credits each term while working 20 hours each week and maintaining a 3.5 CGPA. A couple of semesters, I also received division scholarships and worked as a TA (teaching assistant) on top of everything else.

For the work study, I worked as a custodian (yes, cleaning toilets), carpet layer, computer lab assistant, grounds keeping, librarian, painter, tour guide, etc. If you understand the US credit system, you will understand this is a heavy load.

Why did I do it? This is because I learnt as a young child from my parents that hard work is an opportunity, to give my best in everything, and to take pride in the work I do. I walked away with a double major and a minor with honours but most of all a great lesson in humility and a great respect for those who are forced to labour in so-called `blue collar' positions.

Those of you who think you know all about Australia, US, or the West, think again. Unless you have really lived in these countries, i.e. paid a mortgage, paid taxes, taken part in elections, you do not understand the level of commitment and hard work it takes to be successful in these countries, not just for immigrants but for people who have lived here for generations.

These people are where they are today because of hard work. (Of course, I am not saying everyone in the US is hardworking ... There is always the lazy lot that lives off of someone else's hard work. Fortunately, they are the minority.)

Every single person, anywhere, should have the opportunity to succeed if they want to put in the effort and be accountable for their own actions. In the end, they should be able to reap what they sow.

It is bearable that opportunities are limited depending on how well-off financially one's family is but when higher education opportunities are race-based, like it is in Malaysia, it is downright cruel for those who see education as the only way out of poverty.

If you want to say discrimination is here in the US, yes, of course it is. Can you name a country where it doesn't happen? But let me tell you one thing – if you go looking for it, you will find it.

But in Malaysia, you don't have to go look for it because it seeks you out, slaps you in your face every which way you turn, and is sanctioned by law!

Here in the US, my children have the same opportunity to go to school and learn just like their black, white, and immigrant friends. At school, they eat the same food, play the same games, are taught the same classes and when they are 18, they will still have the same opportunities. Would I want to bring my children back to Malaysia? So they can suffer the state-sanctioned discrimination as the non-malays have had for over 50 years?

The injustice the non-Malay have to suffer in frightening silence is the most damaging problem one has to face throughout one's life. You just have to look at the mighty govt structures which completely favours only one 'race', the UMNO Malay. The Chinese and Indians are treated no better than the illegal Indonesians. Racism and corruption are openly practised by the Malay politicians everywhere, Courts, schools/uni, police, govt offices, contracts, GLC, NEP, ISA, local govt.

It's so powerful and intimidating that you walk with fear and keep your mouth shut on anything and everything political. Religion is taboo unless you talk good about Islam.

As for being a slave in the foreign country, I am a happy 'slave' earning a good income as an IT project manager.

I work five days a week; can talk bad about the president when I want to; argue about politics, race and religion openly; gather with more than 50 friends and family when I want (no permit needed) and I don't worry about the police pulling me over because they say I ran the light when I didn't.


The dream of a Malaysian 'race' in the future is nowhere in sight with the present govt.

Where is Negara-Ku???

Thursday, March 17, 2011

Friday Night's Movie

Aku menonton Khurafat semalam.

and the timing couldnt be perfect. I was alone in the house and its Friday night.
kalau aku nak rasa 'feel' ditakutkan oleh movie, aku mahu ditakutkan dengan filem tempatan.

But im not a fan of horror movie per se horror movie. Im old man now and nothing scares me.
kalau Khurafat nak buat aku impress, bukanlah dari segi adegan-adegan menakutkan. Tapi dari segi storyline and development plot.

Khurafat dari segi penjanaan ekonomi mungkin akan sentiasa dikenang sebagai trilogi 8 juta, bersama Ngangkung dan Hantu Kak Limah Pulang Ke whatever. Dan dalam tiga-tiga filem ini, aku paling suka Khurafat.At least filem ni tak memualkan aku.

Babak pertama dimulai dengan tangisan di muka Samsul. So much that it makes you think that after he won best director in FFM, he went straight straight to shoot this film the next morning.

Ada dialog 'skima' dalam filem ini, but not as bad as Gerak Khas the tv series. But then its ok I think. Its kinda part of Skop Production punya trademark.

Liyana Jasmay terlalu muda untuk jadi isteri Samsul. Dah macam Samsul ni kawin dengan underage girl pulak rasanya.Liyana Jasmya juga boleh menjadi pelakon yang baik. Instead director hanya 'biarkan' dia terlentang atas katil sebagai mangsa kena kacau.

A Galak jadi A Galak. his 'best' performance since Pemburu Bayang I think.

Shamsul lelaki yang hensem, tapi dia hanya berkerja di hospital sahaja. And hes not even a doctor! Lakonan Syamsul(ye sekejap aku tulis Shamsul sekejap aku tulis Syamsul) takdelah mantap sangat.(dia bukanlah lahir dari diploma seni Lakon TEKA ok) Dan takdelah buruk sangat pun. Minimal skirp banyak menyelamatkan lakonan Samsul itu. naum begitu, masih aku merasakan bahawa director perlu menyuntik (menyuntuk being a favorite world for local director) saat-saat manis Syamsul, supaya nampak dia happy, gembira, hype dan .Untuk reference sila tonton Black Swan: Walaupun Nina selalu dilanda stress akibat latihan dll, babak disco mampu membuatkan Nina(Natalie Portman) menyeringai;which is her best asset I think. (ye senyuman Natalie is rare sebab nampak gusi dan curve mulutnya)

Atau dalam bahasa lain, watak Syamsul tu tegang sangat. kena rileks sikit.

Adegan-adegan 'shocking' kemunculan hantu dimerata tempat adalah repetitious pada mana-mana horror tempatan (mahupun luar). its getting boring and dull. any other attempt for horror movie(especially local) should try to avoid this.

tapi babak-babak mudah macam tu akhirnya berjaya dicover dengan 'twist' at the end of the movie.

Ada double twist dalam Khurafat.Thats rare for local film.

Ada 2 approach dalam filem ini yang aku suka;terutama endingnya. the ending that starts with the beginning is not now of course. But I never tired of that formula. It gives new meaning to the beginning of the film.

Dan aku juga suka mantra "its not them, its me" or "its not you, its me" yang digunapakai oleh Johan bila dikejar pocong dalam hutan dibabak akhir(ok kita admit babak itu macam kartun sikit, but the man not an actor ,theres not much we can do about it then). Ianya mantra self-discovery yang aku telah alami sejak kebelakangan ini. Lol.


I think I like this movie.Syamsul boleh pergi jauh lagi. Dan dia tak perlukan speed- car- chasing- movie for that matter.

Tuesday, March 15, 2011

Lat Kampung Boy


Dot Dot dot Dalam Botol? Kenapa kita tak berterus terang je? Anu Dalam Botol? come on, kenapa kita tak frank sahaja? Its Punai dalam Botol ok.

Or Kote Dalam Botol. Kenapa nak sembunyi-sembunyi? Hina sangat ke perkataan kotey tu? Kenapa kita perlu biased denga anggota tubuh badan kita sendiri?

Hikayat Merung Mahawangsa? Segan aih aku nak tengok Khir Rahman berlakon tak pakai baju. Aku pulak yang naik malu.

Aku tak kisah menonton Black Swan untuk kali ketiga pun kalau aku nak menonton wayang.

Ok Lat Kampung Boy. Mungkin aku patut menulis tentang ini sebab semalam aku tengok teater ini. Aku tengok free.

Aku sepatutnya membawa emak menonton Lat Kampung Boy di Istana Budaya. If that so that would be her first Istana Budaya experience. Tapi akhirnya emak menolak. Dia seorang nenek yang lebih suka berdamping dengan cucunya lebih dari. Dan selepas menonton Lat Kampung Bpy kukira ianya bukanlah satu idea yang baik untuk bawak mak yang dah 70tahun itu; Teater itu bermula 8.45 dan berakhir pukul 12.20! Letih kejung mak aku tu menunggu dalam dewan tu.

Ok where to begin?

Pukul 7 aku gerak dari rumah(ye ianya membuatkan aku miss sembahyang maghrib)

Sampai ke Istana Budaya ponggong aku lebur, hancur dan leper. Lat punya pasal aku gagahkan juga.

Sampai Istana Budaya, ruang legar penuh sesak dengan manusia. Manusia yang nak tengok teater sebab dapat tiket free.

Kami dapat tiket tingkat atas. Bila masuk kedalam auditorium semua pakat gayat "Eh gayatnya!kata aku. Yang peliknya setiap kali menonton teater kat Istana Budaya aku akan dapat seat ini. Dan setiap kali itu juga aku akan complaint benda yang sama. "Eh gayatnya". Aku bukannya seorang sahaja yang complaint gayat, ada dua tiga lagi suara yang mengadu gayat bila menjejakkan kaki dalam aduitorium tingkat tiga ni.


Aku duduk belakang Fifi.Nice seat.

Hans Isaac dan Harith Iskandar muncul didepan audience memberi sepatah kata dua. Kami pun bertepuk tangan. Pukul 8.45 persembahan bermula.

Nyanyi punya nyanyi dan lagu demi lagu. Tarian demi tarian. Dan nyanyi lagi Bercakap tentang muzikal, the best muzikal Ive ever heard adalah Diploma Showcase my own students years back. lagu-lagu dicipta oleh Hafiz Askiak. Sehingga sekarang kalau tanya Hafiz, apakah karyanya yang paling baik, dia akan mengatakan Selendang Jiwa.

Kemudian nyanyi lagi. tarian lagi. beberapa karakter yang kita kenal dalam kartunnya mula muncul. Kami bertepuk tangan lagi. Aku suka rumah Lat;its a work of art(sebab dah memang art pun)


Bila Awie muncul akulah orang pertama yang menjerit "Husin!" (dan diikuti dengan orang lain.

Pukul 10.30 intermission.Diluar takde popcorn. Sebab takut tempat duduk aku diambik, aku tak bergerak walau pundit-pundi kencing aku meronta untuk kencing.

Pak Agi bangun dari tempat duduk dan bersalam dengan aku.

“Pak Agi pernah kerja dengan Samad Ismail?”Tanya aku membuka bicara.

“Eh pernah!” jawab dia.

“Dia memang garang macam tu ke?” Tanya aku lagi.

“Mencarut!”jawab Pak Agi dan aku terus ketawa.

“semua orang takut dengan dia ya?”

“Tun Razak pun takut dengan dia!”

“Wow”

“Lim Kuan Yew pun takut dengan dia!”

“Wow” jajwab aku. Dalam diam aku menyimpan cita-cita untuk berkerja dengan Samad Ismail. People like that, rare stuff.

Persembahan disambung. Lat di England. Lat kembali dirumah. Nyanyi nyanyi. Menari dan menari.

Pada babak-babak sentimental yang menyentuh hati aku Nampak Fifi mengambil sapu tangan dan mengelap anak matanya. Aku pun tersentuh juga;ah makin tua dan bila ada keluarga ni babak-babak hubungan ayah dan anak memang touching.

Bila show tamat, aku hanya sempat bangun ketika Awie mengumumkan dato Lat ada among the audience. Yang lebih tak larat nak tepuk banyak-banyak, mata dah kayu, dah ngantuk.


Overall, without being too critical I would say that Lat Kampung Boy the musical is impressive work. How good? its so good that with all the effort, energy, idea, spirit, aku berjanji takkan memperkecilkan Hans Isaac dan Harith Iskandar lagi.



Thursday, March 10, 2011

babak Kegemaran Dalam Filem # 5: Deckard's Balcony






Giorgio De Chirico's


Ini adalah satu lagi babak mudah yang merubah segala struktur filem ini.ianya boleh dilihat dengan pendekatan yang sama melalui babak Voigh Komff test Rachel yang aku paparkan sebelum ini.

kebanyakan filem, termasuklah Hollywood (terutama mainstream Hollywood movie) hanya berkisar dan memenetingkan development cerita dan characther, sehingga mereka lupa kebolehan set, landskap dan surrounding view untuk bercerita. dan bukan sahaja untuk bercerita tetapi untuk create mood.

Babak ini mudah, Deckard (Harrison Ford) baru berdepan dengan Rachel (Sean Young) yang cuba menafikan dia adalah Replicant, robot. Rachel cuba meyakinkan Deckard yang dia mempunyai memori semasa kanak-kanak. Dan Deckard pula cuba meyakinkan Rachel bahawa memori itu sebenarnya diambil dari sepupu Tyrell, pencipta mereka.

Rachel merajuk dan beredar, sementara Deckard seperti typical American hero hanya akan minum arak untuk melegakan perasaan simpatinya kerana baru sahaja memberitahu seorang awek bahawa dia bukanlah manusia sejati.

Kemudian Deckard memandang keluar balkoni dan melihat kesesakan lalu lintas. What a beautiful view there is! Itu sahaja. Dan ini adalah antara babak kegemaran aku dalam filem ini(antara yang banyak)

karakter yang melihat kecelah tingkap lantas mengingatkan aku pada Captain Benjamin Willard ( Martin Sheen) dalam the sublime Apocalypse Now. Bila dia berkata "Saigon, Shit!" Tapi bezanya Captain Benjamin dan Deckard ialah Captain itu benci pada pemandangan diluar, dan dia lebih suka terperuk didalam biliknya dan berlawan dengan cermin. Sementara Deckard pula menikmati pemandangan Los Angeles 2019.

babak ini penting kerana ianya babak yang menampakkan perspektif. Ianya mungkin the only scene yang memaparkan perspektif dalam Blade runner, yang mana adalah satu pendekatan penting dalam filem yang bermain dengan set dan ketinggian yang nyata.

Bercakap tentang perspektif, seperti yang ktia tahu perspektif adalah antara great invention by Renaissance period. ianya antara titik temu lukisan dan lukisan kejutureraan. Tanpa bangunan dan struktur, perspektif drawing seperti Parallel Perspektif takkan wujud. Jika sudut pandangan Perspektif drawing adalah lambang kemajuan tamadun barat, ianya selari dengan keseluruhan konsep dan idea disebalik filem ini.A statement against classical invention and idea or a definition on the term?
Bila robot sesempurna manusia dicipta yang lebih hebat dari manusia ciptaan tuhan itu sendiri, aku lebih suka melihatnya sebagai reaksi pada perkembangan Renaissance itu sendiri. Hey Renaissance itu sendiri bermakna kelahiran semula.

tapi perspektif dalam babak ini tak jelas. Vanishing pointnya tak jelas. Tanpa kedudukan Vanishing Point yang jelas ianya hanya menunjukkan misteri 'feeling'.Dan seperti yang aku katakan sebelum ini, the mysterious feeling yang ditimbulkan itulah yang menarik aku pada filem ini. Cuba lihat persamaan babak ini dengan dua lukisan Giorgio Di Chirico diatas.
Chirico of course is being associated with Surrealism art. Dan yang membezakannya dengan French Surrealism pula adalah idea metaphysical paintingnya.

xxxxxx

Kenapa Deckard menjenguk keluar?Takde specific reason sebenarnya. dia hanya menikmati pandangan. Kalau aku tinggal di pangsapuri yang tinggi, ini jugalah yang akan aku lakukan. Tinggal dirumah yang macam kotak merimaskan aku. AKu sentiasa mahu tinggal ditepi lebuhraya supaya aku dapat melihat kenderaan bertali arus. Aku hidup di zaman moden dan itulah pemandangan yang aku akan nikmati untuk merasakan aku 'tinggal dizaman moden'.
Kebanyakan filem tak mahu untuk menggunakan kelebihan tinggal dirumah tinggi. Seingat aku banyak filem Yusof Haslam, era Sembilu, karakternya selalu tinggal di Hotel/rumah pangsapuri. Tapi mereka tak pernah sekali pun menyelak langsir untuk melihat pemandangan luar.


kalau kita tinggal ditingkat atas, kita kena tunjukkan pada penonton setinggi mana kita tinggal. Ini mengingatkan aku pada kata-kata seorang lelaki handsome. katanya kalau pada babak pertama nampak senapang tergantung atas dinding, babak kedua haruslah digunakan senapang itu untuk menembak seseorang;jika tidak, tak guna senapang itu tergantung.
babak ini lebih kurang macam tulah juga :)

Tuesday, March 8, 2011

Babak Kegemaran Dalam Filem # 4: Rachel's Voight-kompff Test Scene.






Ini sebuah babak yang mudah. Tapi Ridley Scott dan crew melakukannya dengan pendekatan yang berbeza thus effectnya kepada penonton(particular aku) adalah gambaran sesuatu yang lebih mendalam.


Ini adalah babak Rachel's Voight-Kompff test ,atau menurut wikipedia Blade Runner Sun scene.

Dalam babak awal ini, Deckard melakukan Voight-Kompff pada Rachel, yang tak tahu dia Replicant.


Too bright in here” Jawab Deckard dan Rachel ‘menutup langsir ” ditepi bangunan dan cahaya sekitar pun berubah. Dihujung pemadangan horizontal yang tak ada penghujungnya dan juga matahari 'akhir zaman" yang kudus dan tandus.


Tak banyak babak dalam filem dimana pengarah begitu menitik beratkan tentang landskap dan surrounding scenery, dimana perubahan watak atau karakter padanya mengubah keseluruhan babak.


Kalau dalam filem tempatan bayangkan babak ini ; Tuan rumah didatangi oleh tetamu. Mereka duduk berbual diruang tamu , kemudian tuan rumah suruh isterinya buka tingkap kerana nak bagi angin atau cahaya masuk. Itu babak yang jarang kita lihat, bukan sahaja dalam filem/drama tempatan tetapi juga filem Orang Putih.


Kebanyakan pengarah hanya tertumpu pada watak dan jalan cerita sahaja.

dalam Blade Runner Ridley Scott mahu lebih dari itu, ia mahu set menjadi sebahagian karakter dan penceritaan dalam filem.

. Babak ini bukanlah satu-satunya unsure kekaguman terhadap set ditunjukkan. Ianya istimewa kerana berlaku perubahan setting dan landskap. Dan yang lain satu, ianya berubah gerakan aktviti manusia.(bila Rachel switch the langsir off)

Blade Runner selalu dihubungkaitkan dengan postmodern-etika. Ini mungkin merujuk pada settingnya mencantumkan classical period setting dan juga mood) dengan modern deco.


Lampu dan cahaya memberi kesan yang kuat pada perkembangan Enlightment di eropah dan Amerika. Penciptaan mentol dan lightbulb adalah kemuncaknya. Bagi sesetengah manusia termasuk aku, mentol (lampung dll) adalah antara ciptaan manusia paling berfaedah(selain dari bahasa dan roda) .Tiada lagi takut pada malam!

Dagi segi ekonomi juga ianya memberi kesan pada US untuk menjadi teraju utama dunia. Had Russian created mentol , it would be a different things. Ssetengah org mungkin berkata yang kalau itu berlaku, Komunis tak wujud di Russia.Ok yang ni aku hanya bergurau.


Jadi bila karakter bermain dengan kesan perubahan cahaya dalam babak semudah ini, ianya bermain dengan sejarah perkembangan tamadun dunia sendiri.


Ada juga beberapa kisah menarik berkisar tentang pengamatan peribadi yang boleh aku sandarkan tentang cahaya dan lampu itu. Generasi yang membesar dengan lampu gasoline is dying. Ada beberapa org kawan aku juga tak pernah merasa bergelap tanpa lampu elektrik pada waktu malam.Diaorang org KL.


Aku ingat lagi pada waktu itu, awal 80an tak semua rumah di Malaysia ada eletrik. Dirumah Opah aku diKampung Gajah, setiap malam kami memakai lampu picit untuk kerumah Tok Ya menonton tv-charge-baterinya . Dan setiap kali waktu senja opah akan mengepam lampu gasoline dua tiga bijik.

Aku masih ingat lagi ketika Senja tiba, kami akan berebut untuk menutup tingkap. dan pada waktu malanya pula duduk dalam ketakutan kerana kegelapan.Diluar takut ular, takut kaki skodeng dan juga takut orang pecah rumah.


Well, like the movie said, All Those moments will be lost in time like…tears in the rain.


(bersambung)

Sunday, March 6, 2011

Babak Kegemaran Dalam Filem # 3: The Arrival of Pris














kadang-kadang babak yang stuck diminda kita bukanlah sesuatu yang berkisar tentang fundamental of art itu sendiri. kadang-kadang ianya hanya pure scene tanpa layered meaning.

for some reason, i like this scene.(ada beberapa babak lagi nanti aku kupas kalau rajin) Must be the Vangelis music.

Bila Daryl Hannah muncul dalam babak ini dia shes almost unknown(selan dari video yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Brian pada Deckard diawal scene).ianya adalah kemunculan pertamanya dalam filem ini. Tapi kita akan terus tahu dan maklum bahawa dia adalah sebahagian daripada geng Replicant itu. Dan begitu juga dengan kemunculan Sebastian nanti. its a pure beginning dalam development of characther dalam Blade Runner.


Selain dari itu aku juga suka dengan asap disekeliling set. Ianya memberi tafsiran Industrial yang nyata pada landskap sekelilingnya. Perasaan sama aku rasa ketika asap dan teknik yang sama digunakan dalam beberapa babak dalam Cameron's Terminator.

Bagaimana babak ini menghantui aku? sukar untuk aku jelaskan.There is no reason. it jusst pure instinct. tapi ini sehampir pada mimpi yang boleh aku relatekan dengan babak-babak kegemaran dalam filem.

(bersambung)