Wednesday, December 29, 2010




Hello 2011.
Goodbye 2010.

Monday, December 27, 2010

Laser.


Laser yang digunakan oleh penyokong Malaysia untuk menyinari kepala Markus adalah laser sama yang digunakan untuk membelah celah kangkang James Bond dalam Goldfinger.



Bila Malaysia kalah 5-1 dengan Indonesia ,aku tak rasa team kita boleh pergi jauh. Its the same every year.
tapi bila menang dengan Vietnam 2-0, ianya seakan memberi sinar untuk menonton perlawanan akhir. The game to end year.

Abu yang mula datang pada aku mengajak pergi kestadium. Dia yakin team Harimau boleh beat Garuda.
"Bagaimana kau boleh yakin Abu?" Tanya aku.
Aku ada secret recipe" jawab Abu tersenyum.
"Apa tu? kasut sakti?"
"Bukan?
"Vuvuzella?"
"Juga bukan. This is better than Vuvuzella"
Abu buka bungkusan tu. Ianya laser. "Ini laser sama yang digunakan oleh Luke Skywalker masa berlawan dengan Dark Vader di Death Sader.
"Bukan Dark vader...Darth Vader" jerit aku yang sangat sensitif dengan salah sebut nama icon Hollywood.
"well whatever. Aku akan tujukan laser ni pada kepala botak Markus, biar dia tak nampak bola haha"
Tuju kat kepala? kalau nak kenapa tak tujukan pada matanya? "
"well whatever. Hanya cara ini sahaja Malaysia boleh beat Indonesia. Then be it"Jawab Abu dengan lirikan senyuman evil itu.

Abu memang sakit hati dengan Indon sejak incident kena tipu dengan kontraktor Indon bila rumput dilaman rumahnya tak siap-siap. bagi Abu Malangsia lawan Indonsia is not just a game, bagi Abu this is war.
"Tak payahlah main kasar Abu. Orang putih dah main bola beratus tahun dah. Tak pernah kacau game dengan maser-laser ni" pujuk aku supaya Abu menghentikan niat jahatnya itu.
"Eh Saat! Kau tau kenapa english league main bola waktu petang? Ah sebab taknak orang suluh laser kat Pepe Reina ok! "jawab Abu.
"Abu semua tu tak perlu. Laser bukan sahaja boleh merosakkan mata. tapi juga hati dan perasaan. Gunakan laser itu untuk tujuan murni.Macam pertanian, penderaan dan sebagainya. Tapi bukan untuk tujuan kesukanan. Please Abu"

"Are u a moralist Saat?" Tanya Abu lagi yang membuatkan aku tersentak.

Aku tiada pilihan lain kecuali berdiam diri. Aku ikut Abu kestadium kerana aku akan cuba sabotag rancangan Abu nak letak laser dimata Markus walaupun sebenarnya aku lebih suka menonton bola dirumah.

Dalam perjalanan kami sempat bersembangan tentang sejarah konflik antara.
"Kita british, mereka Belanda. British tinggalkan segala-galanya untuk kita. Apa yang Belanda tinggalkan untuk orang Indonesia?.
Walaupun orang British ambik hasil bumi kita tapi orang British bagi kita education, dan juga Little Britian. Apa yang Belanda tinggalkan pada Indonesia? Kincir angin pun takde kat Bandung ok. Orang Britain menggalakkan education, Belanda percaya pada kerja kerja dan kerja. Kita patut berterima kasih pada British" kata ABu. Aku mengangguk-angguk.

Sampai distadium Bukit Jalil ,suasana sudah mula sesak. Aku dan Abu terus masuk ke pintu stadium. Di hadapan pintu pengawal keselamatan mula menuggu untuk memeriksa kami.
Abu mula berpeluh-peluh.
"Abu aku takut Abu. Macamana kalau mereka dapat tahu kau bawak laser"
"Jangan takut Saat. laser tak termasuk dalam bom" jawab Abu cuba membuat aku tenang.
tapi disebalik itu aku melihat Abu yang berpeluh-peluh. Anjing pemeriksa bernama German Sherpard mula menyalak pada Abu.
Pengawal keselamatan yang misainya melintang itu melemparkan pandangan sinis pada Abu.
Aku cuma senyum,walaupun kelat.


Tiba masa kami diperika. Aku dan Abu dipaksa untuk kangkang seluas-luasnya. Mesin penggera yang berbunyi beep beep diletakkan disetiap sisi badan kami.
Aku berjaya melepasi pemeriksaan itu dengan bersih. Cuma Abu sahaja yang mencurigakan pegawai keselamatan itu. Mesin bunyi beep beep berbunyi beep beep bila ianya diletakkan dikocek seluar Abu.
"Apa ni?" Tanya pengawal keselamatan itu bila Abu mengeluarkan laser dari kocek yang berbungkus dengan suratkhabar dari seluarnya.
Abu tak menjawab.
"Aku tanya! Apa ni?" tanya pengawal keselamatan bermisai melintang itu tegas.
"Laser" jawab Abu tenang.
"benda ni boleh meletup? " tanya pengawal itu.
"Tak boleh"
"Ok masuk masuk cepat" kata pengawal keselamatan itu.
Aku dan ABu masuk dengan senang hati. Dibelakang kami penyokong Indonesia mula menjerit-jerit.


Dalam stadium perang mulut mula berlaku.
"Pramoedya! Pramoedya! " jerit penyokong Indon-mereka membandingkan hero icon mereka yang lebih baik berbanding icon Malaysia.
"Shahnon Ahmad! Shahnon Ahmad!" jerit 70 ribu penyokong Malaysia pula membalas .
Sukarno! Sukarno!!" jerit penyokong Indon lagi.
"Tunku Abdul Rahman! Tunku Abdul Rahman! Tunku Abdul Rahman!" balas penyokong Malangsia 2 kali lebih gegak gempita dari barisan penyokong Indonesia.

"Dewa 19! Dewa 19! Dewa 19!!"
....Kami balas "Amy Search! Amy Search! Amy Search dan Wings!!" pada mulanya kami nak sebut M Nasir, tapi kami rasa takut nanti membawa Singapura dalam konfrontasi ini maka kami hanya sebut Search dan Wings sahaja.


"Peter Porn! Peter Porn!" jerit penyokong Indonesia pula.
"Edry KRU! Edry KRU! Edry KRU! "Jerit penyokong Malaysia pula.

Suasana makin panas.

"Laskar Pelangi! Laskar Pelangi!! Laskar Pelangi!!!" jerit penyokong Indonesia itu lagi yang menambahkan gegak gempita stadium.
Kini penyokong Malaysia mula berpandangan sesama sendiri. Kami tak tahu nak counter attack dengan apa.
Tiba-tiba Abu menjerit kuat "Ngangkung! Ngangkung! Ngangkung" yang disusuli dengan jeritan penyokong-penyokong lain pula.
"Booooooooo!!! "Jerit penyokong Indonesia sambil disusuli dengan ketawa seisi stadium.
Aku hanya menepuk dahi dan menyuruh Abu jangan menyampuk lagi.

Perlawanan pun bermula.
dua-dua belah pihak saling serang menyerang.
Freekick untuk Malaysia. "Ah ABu, apa lagi suluhlah muka Markus tu sekarang!" jerit aku.
Abu memerhatikan sekeliling, memastikan line clear.
Bila dilihatnya polis yang ada sibuk makan burger, Abu mengeluarkan laser dari poketnya.
Dia pun menyuluh ketengah padang.
"Aduh! tak boleh pakailah . Lupa nak beli baterilah" kata Abu sambil mengetuk-ngetuk laser tu.
Aku mengeluh.
"habis tu macamana nak menang ni kalau takde laser?" Aku menjerit marah pada Abu. Nampak kesal diwajah Abu kerana lupa singgah 7 eleven.
Abu meminta diri, dia keluar dari situ dan terus ke toilet. Aku rasa Abu menangis dalam jamban, menyesal kerana tak dapat membantu Malaysia menang lawan Indonesia.

Ketika Abu ditandas itulah jaringan demi jaringan dilakukan oleh pemain Malaysia bagi membenam Indonesia.
Abu keluar dari tandas dan menyertaai kami bersorak sorai kegembiraan dan mengibarkan bendera Malaysia.


3 gol Malaysia dijaringkan tanpa bantuan laser.
Satu lagi perlawanan akan diadakan di Stadium Bung Karno, Rabu ini. Kali ini penyokong Indonesia dari pelusuk dunia akan turun bagi membantu Indonesia mengalahkan Malaysia. This time it will be war. Uruk Hai dibangunkan. Jaka Sembung dihidupkan semula. Semua hantu hantu, serigala jadian akan dihantar untuk menakut nakutkan pemain Malaysia distadium keramat itu.

This time its war. North Korea vs South Korea? pergh . bagi Abu, this is the real war.

di pihak Malaysia, rata-rata yakin bahawa kemenangan bersih 3-0 itu sudah cukup sebagai bekalan untuk menjadi juara piala Suzuki . Sebelah tangan sudah menngengam piala itu kata mereka . Eh jangan terlalu konfident sangat.

Tapi kenapa tidak?
Hanya ada satu pasukan sahaja yang boleh bangkit dari ketinggalan 3-0; Liverpool circa 2005 magic of Istanbul.

But Indonesia aint no Liverpool brother.

Thursday, December 23, 2010

A- Z 2010


A to Z of 2010




A untuk Amir Isfahan. second boy. Terasa macam dah lama budak ini dilahirkan, tapi hanya awal Ogos tahun ni rupanya. Nama Isfahan diambil dari rancangan astro yang menunjukkan masjid-masjid indah didunia, malam dia dilahirkan. Dr Faizal sudah tentu suka dengan nama ini. Sekarang Amir Isfahan pandai hisap jari dan champion of menjerit! kalau menjerit takde siapa yang boleh lawan dia.

B untuk Bandar Seri Damansara. My feveret of neighbourhood. Dekat dengan Curve, One Utama , highway exit, sekolah multi races, kedai makan dll. Banyak pokok dan redup. Lovely place to stay. Mungkin aku akan tulis sesuatu tentang Bandar Seri Damansara suatu hari nanti. I miss the place.

C untuk Cathay Cineplex dan Curve. Aku pergi Cathay Cineplex lebih dari mana-mana panggung wayang tahun ni dan tahun sebelumnya. C juga untuk Comment Generation(the term i coined myself untuk merujuk generai komen di youtube, blog, Amazon, Facebook. The good and the evil of internet. It creates a generation yang hanya duduk dirumah dan tak tahu nak buat apa kecuali revie album yang 20 tahun lamanya.

D untuk Dodol. Biasanya pada hari raya yang lepas aku kempunan dodol . Tapi aidilfitri kali ini dapat juga makan dodol. Walaupun beli kat pasar malam je.

E untuk England. England FC. another World Cup and another dissapointing match. they should win against German and meet Argentina in semi final. If that happens that would be war. And possibly going to be best game of the tournament. tapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya gol german adalah gol gol counter attack yang mudah. Paginya tu aku kena sound dengan KP orang.

F untuk facebook. Apa lagi? Everybody have one. Walaupun dah 2 tahun lalu aku ada FB tapi tahun ini adalah the boomnya. And with the movie and Mark Z menjadi Time's person of the year, this is great year for the gang. Not in a million years aku boleh imagine yang aku akan jumpa balik kawan sekolah lama. Oh tidakkkk! Siot ah Mark Zuckerberg ni.

G untuk German. Terima kasih untuk German sebab beat Argentina 4-0. Sekurang-kurangnya kekalahan England 1-4 pada German taklah teruk sangat. heh(refer pada E)

H untuk Hassan. Bapa mentua yang passed away beberapa hari selepas bulan Ramadhan.
semoga Tuhan mencucuri rohnya.

I untuk Inception dan Ice Kacang Puppy Love, filem yang aku suka tahun ini.

J untuk Jaja. 2010 could be a mix feeling year for her. Another baby delivery. And father passed away at the same time. Dan the worst of it, rumah ke tempat kerja yang semakin jauh. dengan Isfahan raja menangis its another sleepless night for her. Pity her.

K untuk kepala hotak kau.

L untuk Lower Dens, fav album of the year. L juga untuk Liverpool.Why? cause red is the only color for jersey. dan semakin Liverpool kalah semakin itu aku akan berjalan seiring bersamanya. Ewah.

M untuk manuskript. Walaupun tahun ni tak produktif sangat tapi aku sempat berjaya menghabiskan satu manuskript setelah setahun menanganinya. Seharusnya keluar awal 2011.
have pity on me cover designer.

N untuk Naufal. Siapa lagi? Naufal baru 2 tahun tapi rasanya sebahagian dari aku membesar bersamanya dah lama. Dia cepat tangkap dan aggresif. ketika ini sifat-sifat panas barannya mula kelihatan.

O untuk Opah. my own mom. Opah pada Naufal. Shes been very helpful dengan menjaga Naufal. I cannot imagine my life without her. O juga untuk Obese. lol. semalam Jaja belikan aku seluar. "size pinggang berapa?"tanyanya ditelefon. "38!" jawab aku konfident. Bila aku cuba seluar tu, tak muat. And you know what that means? It means mengempiskan perut adalah agenda utama 2011.

Q untuk Qurbani. lagu dari filem itu yang aku download dari 4 shared. Dan kemudian berpuluh-puluh lagu lagi sampai rosak PC aku.

R untuk Rock Record. kedia muzik is dying. Rock Record is few yang tingal with Victoria. (why? (sila refer Q) But iahte muzik store to be closed. Im trying to contribute my love for music once a while with buying original cd.
R juga untuk Raleigh, basikal idaman aku.

S untuk Saujana Utama. Neighbourhood baru. aku masih struggle untuk menjadikan rumah ini sebagai 'rumah'. Jiran-jiran tak banyak yang friendly. Tapi kata orang putih, theres only one house, the one where u being born. jadi aku masih berjinak-jinak dengan kejiranan ini.

T untuk Tagged dari Facebook application. I hate tagged. It flooded my email. orang lain komen orang lain punya tag, emailnya pulak yang sampai ke aku.
But the genius of Facebook actually lies in the tag. itu yang Friendster dan Myspace takde. Tanpa tag Facebook will still be struggling to get 500 million members.

U untuk Utara-selatan. Lebuhraya Utara Selatan. Aku sudah menjadi regular pada highway ini lebih dari tahun-tahun sebelumnya.

V untuk Vinyl. Love it. Screw digital, analog rocks! The cover and the sound. Cuma terlalu mahal kadang-kadang. But you always can get rare Vinyl with RM10 price.

W untuk World Cup. Tahun yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun, walaupun sepanjang ini tak pernah pasukan pilihan aku menang . Shah Moloko belikan aku Vuvuzella yang sekarang ini terletak didepan tv ruang tamu. See ya in Qatar pada musim sejuk 2012!

X untuk oh come on! Jngan biarkan aku berbohong pada kamu. Tak banyak perkataan dengan huruf X ok!

Y untuk Yamaha. Motor Yamaha aku. Teman setia kemana sahaja. walaupun tayar pancitnya lebih teruk dari tahun lepas. Paling teruk ialah ketika aku balik dari rehearsal Sirih Bertepuk ketika lewat malam. Aku mula membayangkan tidur tepi Petronas TTDI. nasib baik Jaja berani ambik aku tengah-tengah malam.

Z untuk Zoo. Dah lama tak pergi Zoo Negara. Hidup tak lagi monyet-monyet tu?



Cuba teka huruf apa yang tertinggal?

Sunday, December 19, 2010

Marlon B


DIkatakan tak pernah ada sekolah filem/sekolah acting yang tak menjadikan babak dalam file mini sebagai rujukan. Well, kecuali di FACT.

Tapi kekurangan FACT itu bukanlah yang ingin aku nyatakan disini. Sebalaiknya aku ingin menilai bagaimana adegan itu menjadi penting. Bukan sahaja dalam memperkatakan tentang perkembangan karier Marlon Brando. Tetapi juga evolusi acting dalam filem.



Ah , secara terus terang lagi dalam memperkatakan tentang pengaruh method acting dalam perkembangan acting in film Hollywood.

Ianya satu babak dalam pertengahan filem On The Waterfront. Dan marlon Brando sebagai Terry Maloney.

Ianya bukanlah sebuah babak yang penuh dengan emosi at any level. For most part it probably the most dull scene in On The Waterfront.
Dalam babak ini Marlon Brando bercakap dengan seorang gadis sunti. Ianya seharusnya babak sessi suai kenal’ yang biasa- Kecuali bila marlon Brando mengambil. It’s a sudden. Its accidental and its very spontaneous. Such simple action yang merivolutionaized( ayat yang over aku gunakan ok, but get over it will ya). Jikalau babak itu membawa maksud lain dalam keseluruhan filem itu ianya hanya didasarkan kepada babak boxing pada babak terakhir.
Tapi tindak balas spontan Marlon Brando mengutip sarung tangan itu memberi definasi baru pada natural acting dan juga improvization.

Bagi Jack Nicholson, Marlon Brando memberi kebebasan (freedom) kepada pelakon.

He is. Dan sedekad kemudian tiada lagi pekaon-pelakon kayu yang static dalam filem dan juga pentas.
[engaruh Marlon Brando dan ‘natural acting’ ini dapat dilihat dalam filem-filem independence yang berani dan bebas. Kesan dan pengaruhnya dapat dilihat jelas dalam filem-filem Mike Nichols. Mike Figgis dan juga Mike Leigh. Especially Naked.

Marlon Brando akan sentiasa menjadi contoh dan teladan untuk method actor selamanya. Bila berbicara tentang method acting, nama-nama seperti Robert De Niro , Al Pacino, Ben Kingsley, Nicolas cage(yes you heard me right) dan lain-lain lagi. Tetapi nama Marlon Brando akan sentiasa mendahului senarai nama tersebut.

Namun begitu ketokohan Marlon Brando bukanlah dicapai secara tak sengaja. Sejak dalam kelas lagi dia sudahpun menjadi contoh dan teladan baik untuk rakan-rakan sekelas yang lain bagi mencapai apa yang Eliza Kazan mahu. Dikatakan dalam sessi meniru gaya binatang, gurunya itu telah mengatakan “apa yang kamu buat semua bukan macam ayam. Nak tahu bagaimana rupanya ayam kehilangan anak? Tengok Marlon Brando” kata lelaki itu.
Dan apa yang Marlon Brando buat? Dia hanya berdiri ditepi pintu sambil memerhatikan yang lain berteriak macam ayam.

Apa pengajaran dari semua ini? Aku pun tak tahu.

Tapi Marlon Brando sebenarnya lebih dari itu. Dia adalah rebel. In and out of set. Dalam Mutiny on the bounty, dia mengepalai krew dan pelakon-pelakon lain untuk merebel against the producer. Walaupun filem itu siap tetapi reputasi Marlon Brando.

Jadi bila Francis Ford Coppola mahukan Marlon Brando sebagai The Don, kepala Paramount menolak mentah-mentah.
Tapi Coppola yang berkeras mahukan Brando sebagai pelakon utama ataupun dia menarik diri dari projek itu. dan akhirnya semua akur pada cadangan lelaki itu. beberapa tahun kemudian Marlon Brando menghantar perempuan Red Indian untuk mengutip oscar pelakon terbaiknya.
Godfather melonjak semula nama marlon Brando sebagai pelakong yang ulung.

Tapi godfather bukanlah watak dan persembahan terbaik dari Marlon B. bagi aku persembahannya sebagai lelaki tak diundang dalam The Last tango in Paris adalah lebih menyerlah. Heh. Dalam salah satu dialog penting , Marlon B bermonolog lama menceritakan kisah hitam hidupnya pada gadis france berambut perang itu. The actual scene is not in the script.

Jadi dimanakan kekuatan Marlon B sebagai pelakon sebenarnya. Ada 4 filem yang harus ditonton untuk mebgetahui dimana stengh lelaki yang amat membenci yahudi ini. On the Waterfront, A Streetcar Named Desire, The Godfather, last tango in Paris. Dan mungkin juga Apocalypse Now. Err Superman tak.

Dalam kebanyakan babak2 itu Marlon B . Timing penting. Ayat diperhalusi dengan nadanya yang santai. Dan kita yang mendengarnya seakan tidak boleh tidak untuk tekun mendengar satu demi satu butir ayat keluar dari mulutnya. Patience. Dan juga suspense.

Tapi Marlon Brando tidak selalu champion dalam lakonan. Sampai ketika hujung hayatnya dia bukan sahaja menyusahkan produksi dengan gelagatnya. Tetapi demanding yang bukan-bukan.
Dalam The Island of Dr Mareu, marlon B refuse untuk meghafal dialog. Maka bibit-bibit perkataan ditapal pada setiap kamera, pada set dan prop untuk dia lafazkan sahaja dialognya.

Aku ada tampal satu poster Marlon B dibilik pejabat aku. Dan setiap kali pelajar Seni Lakon masuk kedalam bilik aku akan bertanya mereka tentang siapa gerangan lelaki itu.
“tak kenal lah “ jawab mereka jujur.

Bagi aku kalau tak kenal Marlon B macam pemain bola yang tak kenal siapa itu Maradona.
“Ahmad Yatim kenal?” tanya aku lagi. Aku perlu berlaku adil pada mereka dan juga pada karyawan tempatan. Jika mereka tak kenal Marlon Brando tetapi kenal Ahmad Yatim, aku masih boleh urut dada lagi.
“tak kenallah Encik Sahat”
“AC Mizal kenal?”
“Hah! AC Mizal kenal! Kenal lah”
“Yeah!!”
Kami pun bersorak sorai kegembiraan.

Wednesday, December 15, 2010

^J^..^J^..^J^..^J^..^J^

Kalau Jaja tak ucap happy anniversary pada aku , aku akui aku mmg tak ingat exact date aku khawin dulu. Im not sure its either November or Disember.

Ada kisah yang ingin aku ceritakan pada kamu semua. Agar semua maklum betapa murninya hati beberapa insan yang kugelar stranger. Agar kamu juga mengerti bahwa wang ringgit tak mampu membuat manusia bersifat murni dan prihatin, apa yang diperlukan untuk mempunyai sifat-sifat baik itu hanyalah perasaan dan niat yang baik.



Ianya berlaku beberapa minggu selepas aku bersanding.

Suatu hari pintu bilik aku diketuk.
Aku pun membuka pintu. Cuak jugak aku, barangkali ada pelajar tak puas hati dengan markah yang aku bagi. Ataupun ada agen jual Insurans yang nak aku meluangkan masa sejaum dua untuk mereka.
Bila aku buka pintu alangkah terkejutnya aku melihat 3-4 orang makcik clenar berdiri sambil tersenyum lebar. ditangan mereka ada hadiah berbalut yang cantik.
"Selamat pengantin baru encik" kata mereka tersengih.
Aku terkejut yang amat. This is surprise ever.

Aku tak tahu nak kata apa.
Who are they? theyre not my friends. I dont even know their names. Apa jasa yang aku buat pada mereka sehingga mereka berbuat baik pada aku? Aku minum teh dgn mereka pun tak pernah and now here they are giving me prizes for my wedding. Oh god.

Aku rasa nak menangis pun ada. kawan aku sendiri pun tak peduli dengan wedding aku. Jangankan hadiah, wedding aku pun diaorang tak datang. Bukan itu sahaja,No sms wish either. Not even FB wish.

Aku cuma ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Aku sambut hadiah itu. Its seterika baju! Must be hundred something. whats on their minds when they decide to collect their own money and to give it to me as hadiah? Berapa sangatlah gaji mereka berbanding dengan gaji beribu-ribu kawan dan boss aku dapat.

Selepas mengejutkan aku dengan hadiah itu mereka terus beredar melakukan kerja harian mereka, menyapu lantai. Aku masih speechless didepan pintu.

Entah kenapa aku teringat beberapa babak dalam filem Ahmad Albab.



Sampai sekarang aku tak tahu kenapa mereka bersikap baik dengan aku.Tapi of of all the sweetest + shocking things ever happen to me, this is the one worth mention and remembers well.

Tuesday, December 14, 2010

^J^

Kali ini aku pasrah. Metrowealth here I comes. Im curious.

Filem Melayu seburuk manapun ada sedapnya. Gmabaran tempatan membuai memori lama.Ini aku dapat dari babak-babak pokok kelapa yang bergoyang ditiup angin. Gambar-gambar longkang tempatan, jalan raya tempatan. Gambar-gambar kedai malan tempatan yang aku boleh relate sekelilingku. Juga Gambar wajah-wajah tempatan yang sama warna dengan kulit warna aku sendiri.
Dan yang penting sekali bahasanya.

Mungkin atas dasar itu aku tak pernah give up dengan filem Melayu.
kata orang, hujan batu bla bla bla.


Aku selalu prihatin pada perkembangan komedi tempatan. Sejak zaman bahgsawan dengan Man Belon, S kadarisman ke P Ramlee and the gang ke studio Merdeka, ke revival filem komedi Melayu zaman filem berwarna dengan Aziz Satar, Ibrahim Pendek ke Badul and The gang ke senario dan ke alumni Raja Lawak. Aku mengikuti perkembangannya secara telus.

Tidak seperti pelakon tempatan yang kita tak tahu asal usulnya (akademik) pelawak melayu banyak dilahirkan dari pertandingan Bakat. Ini satu fakta yang menarik.
Jamali Syadat adalah juara komedi radio.
Badul, Tawil, Yahya Sulong, Mr Os dari Bakat TV RTM.
Senario dari Sinaran Paspot Kegemilangan.
Nabil, ZIzan, Johan dll dari Raja Lawak Astro.

memang tak semua juara pertandingan komedi ini menjadi star di filem. Ada diantaranya yang tak menang pun, tapi pencapaian mereka lebih memberasangkan dari yang menang; Apek, Yassin, Zizan, Johan dll.

Sorry Awie dan AC Mizal aku tak anggap sebagai comedian.

Aku masih belum menonton Adnan Sempit. Jadi aku curious dengan apa yang filem mendapat pulangan berjuta ringgit itu boleh offer aku.

Im a fan of comedy. And Im a fan of new talent.

jadi aku pun mengambil kesempatan yang terluang untuk menonton Ngangkung. Hantu Kak Linah boleh tunggu dulu, jangan balik rumah dulu.

2

Ada 2 perkara menarik berlaku ketika aku menonton Ngangkung ini ya saudara dan saudari.

Yang pertama ada couple Cina menonton filem ini. Mungkin terpengaruh dengan blog TMBF. Kalau itu baguslah. Atau mungkin juga sanak saudara David Teoh yang teringin meninjau bagaimana pakcik mereka boleh kaya raya. Hah!

Yang keduanya, ada kapel beromen bila aku menonton filem ini.
mereka berada dihujung sudut kerusi. Aku nampak kepala lelaki itu sering tenggelam. dan kemudian ada tangan manis yang membelai telinganya. Amboi amboi.
20 tahun dahulu aku akan baling kuaci kebadan mereka yang mengulangi babak Sumpah Semerah Padi itu.
"Oi jangan meromen. sini ada budak!" jerit aku.
Bila dia tanya mana, aku akan angkat jari dan tunjuk mukaku sendiri.
"Ini filem Ngangkung ok, bukan Ngongkek!" jerit aku lagi. "Kalau nak beromen get a room. Ni nak bayar murah beromen dalam panggung wayang. Malulah sikit pada David Teoh!"
But of course I didnt do that.
beberapa minit sebelum filem tamat mereka keluar.
Lelakinya dalam lingkungan 40an. dan perempuannya pula mungkin sebaya. berpakaian serba hitam dan bertudung. Its not your regular shuffle kids, its pakcik and makcik.
bastard!

Ok mari kita cerita pasal filem Ngangkung. Its not a good movie. At least not the one yang deserved 4-5 millions. And not bad either. Bila filemnya mempunyai mesej, dan mesejnya adalah tentang mengajak manusia kearah kebaikan wajarkah filem itu dianggap buruk? ah ianya sesuatu yang kau tak dapat dalam filem-filem arahan Professor Universiti tempatan.

The first 5 minutes is promising. A huge leap in local make up.
well not really actually, but its not bad shot either.Buat seketika ianya membayangkan kaau akan melihat sesuatu yang hebat.

Adegan suami-isteri memang memualkan. Its a total rip off. tahukah kamu bahawa perkataan paling overly used dalam filem/drama Melayu adalah 'Abang' dan 'Sayang'. Mendengar dua perkataan ini membuatkan aku geli geleman. Tambahan lagi membayang dua kapel tua yang sedang bercengkerama itu. So please nasihat aku pada future filmmaker, kalau nak buat filem ada babak suami isteri cuba lari dari dua perkataan ini ok)



Lawak Ngangkung sederhana. Highlight of the joke bagi aku adalah(suprisingly) scene Azli ketika menjadi doktor. Memang mata juling Azli itu mejengkelkan. Tapi babak ketika dia menggayakan operation menggugurkan bayi mampu membuatkan aku tersenyum sinis.

Mungkin babak itu tak banyak membantu kepada plotnya. tapi babak dibilik doktor itu mengukuhkan 'mesej dan pendidikan' dalam filem ini.

Akhirnya para pemuja syaitan yang tak kaya-kaya itu bertaubat dan mula ke masjid.
Pengajaran yang mudah tapi tetap sweet. Professor universiti tempatan pun tak boleh fikir ending macam ini ok.

Dan ditepi pokok surau ada poster David Teoh tersenyum girang. dibawah gambarnya bertulis 'Siapa nak jadi duit sila jumpa dia'. Begitulah lebih kurang.
Ini dia ada kat pokok tepi masjid. Mungkin dua tiga tahun nanti David Teoh akan masuk masjid.

Sunday, December 12, 2010

<-U-U-U-X-U-U->

Ada billions manusia di planet ini. Hanya seorang sahaja yang come out dengan idea untuk buat Facebook dan jadi billionaires. Or is it?

Idea- jangan tanya dari mana ianya datang. Tanya kemana ianya pergi.

Modern invention diwarnai dengan idea-idea yang bodoh dan tak masuk akal. Cubism sendiri pun, satu pencapaian awal Moden yang merubah segalanya, juga pernah dianggap sebagai tak masuk akal. "Cubism? to think of it now. its ridiculous to divide shape into cubist, right?" <------ Ini bukan aku yang cakap. Ini Willem De Koning yang kata. Selain Cubism yang samar-samar inovatifnya, begitu juga dengan Impressionist, Dada, Pop Art dan apatah lagi Minimalism.

Ini adalah beberapa idea ciptaan manusia yang mengarut dan botoh.

1) Karaoke- karaoke adalah antara ciptaan bodoh orang Jepun. Ianya adalah kombinasi mikrofon dan MTV. karaoke dicipta untuk orang yang tak pandai menyanyi dan Karaoke dicipta untuk orang yang tak menghafal lirik.

2) Kereta- ianya bodoh kerana selepas membeli kereta kamu kena perlu juga membeli minyak dengan harga yang mahal dan membuatkan tok Arab kaya in the way.
Kemudian jalan tar harus dibina. Highway kena buat.
Tol pun kena bayar. Manusia seharusnya berjalan kaki atau menaiki unta kemana sahaja mereka pergi. heh.

3) Realiti TV show- Realiti TV penuh dengan idea-idea bodoh dan tak masuk akal. Siapa nak tengok kehidupan Ozzy Osbourne. Amazing Race? Pesert pergi dari satu negara ke negara lain dengan kapal terbang?

4) Kilang Memproses Belacan _ ok yang ni aku main-main je. Aku tak obleh hidup tanpa belacan dan begit juga kamu.

Oh stupid idea that generates money ada berlambak-lambak diluar sana.
click sini
clik ini juga

Tapi siapa aku untuk mengatakan sesuatu idea itu bodoh jika ianya berjaya? Bila idea itu berjaya generate money siapa kita yang boleh argue? atas nama komersil. Boleh tanya pada semua anak Melayu yangn beratur di Amapng Park karaoke centre mereka semuanya sudah tentu tak bersetuju.
Tanya kepada George W Bush yang siri TV kegemarannya adalah The Osbourne, sudah tentu dia tak bersetuju.

Sesetengah idea kelihatan bodoh bukan kerana ianya kelihatan bodoh, tapi kerana aplikasinya masih belum wujud lagi.Kerana ianya belum ditest pada wide audience lagi.

FB bukanlah idea original.

Tapi of all creation in ealry 21s century , FB exciting of all 'comment' websties (youtube, Twitter, Myspace dll) Bukan saja kerana David Fincher membuat filemnya, tetapi kerana Ianya mungkin paling berjaya. Tapi adakah FB ciptaan yang paling menarik?

do but it did make Mark Z a billionaire.

Did telephone make Graham Bell Billionaire? no sor.
Did Car makes Ford billionaire? no sir.
Did the toilet makes the toilet inventor , a French guy billionaire? it should but its not.

Aku mula dapat idea untuk facebookKids( a working title) ketika aku menaiki motorsikal ke Subang Jaya. Ianya bertitik tolak bila account Naufal kena tolak sebab dia tak cukup umur.
jadi aku pikir kanak-kanak juga perlu dibuai dengan Social Network seperti itu. Dan ianya akan jadi lebih educative and informative.
Facebook yang ada hanya didasarkan kepada gossip dan kepoci. Tak ada bezanya Facebook dengan Sunday's morning Malay Newspaper.
U poke me I poke u.
U tag me I tag u.
U comment me I comment u.
U put sing like in my status and I put like sign in your status.
Now im not sure if its a good idea or not.
The premis is there. Suatu hari nanti manusia akan merasa bosan dengan FB dan mereka inginkan sesuatu yang lain pula.

so whats left? A new serious social network maybe. Which is what? Nerds and businessmen still trying to found out.

So i guess and idea about social network for nursing kids is not a bad idea after all eh?

And idea, is like oil. Its out there looking to be found. Kalau Mark Z dan Eduardo Saverin tak 'menjumpai' facebook, orang lain akan.
Kalau Tom tak mencipta Myspace orang lain akan.
Aku tak tahu siapa cipta Friendster.


Dulu aku ada cuba buat Master. Hypothesis aku adalah tentang warna dalam filem. dalam kata mudah aku ingin mencipta 'warna identiti 'dalam filem Melayu/tempatan/Malaysia, supaya bila filem itu dibikin, warna itu akan muncul dan menjadi metaphor mudah.
its a chaos idea. Its like to pick whjats a fav. tv show going to be even before TV was invented.
The idea is too absurd dan hypothesisnya tak dapat aku buktikan.
Ketika presentation, Dr Kamy kata permasalahan itu aku timbulkan sendiri. Sementara ketua Program bagi Post Gradute suka idea aku.
Kerana hypothesis aku itu sukar untuk aku buktikan maka aku drop master aku.

Now the Newkids Network,it may or may not be a stupid idea. Only time will tell.

I may not going to pursue it. Theres billion people out there looking for cool idea everyday to make them billionaire;how could our idea better than them?

Oh such an inspiring words .......

Idea-jangan tanya dari mana ianya datang. Tanya kemana ianya pergi.
.....Kebanyakannya masuk ke bakul sampah.

Wednesday, December 8, 2010

YYYYOOOOYYYY


80 % yang menonton Social Network akan pulang dan google siapa itu Eduardo Saverin pada keesokan paginya.

Ok-ok.Lets get serious.

Adalah mudah untuk mengatakan sebegini; Social Network harus difilemkan oleh America atas tujuan beberapa premis.iaitu;

1) Nak tunjuk betapa bijaknya Yahudi itu.
2) nak tunjuk yang graduate Harvard lagi bagus dari Yale, Oxford or any University di England, University of Shanghai, Al Azhar dan Universiti Malaya.


But Social network the movie is more than that.

itu politik filem, kita ketepikan dahulu. social Network seharusnya ditonton kerana jalan ceritanya sendiri. Ewah-ewah.



Im an arsehole if I say this :' if u have Facebook then u should watch Social Network' just like I should said if u have read the Harry Potter book then u should watch the Harry Potter movie.
Then all 500 million subsribers must have watched Social Network?! woah ho ho.

But i can say this:U should watch Social Network because its inspiring and good movie.

And i think I can say that.

Adalah menjadi sesuatu yang lucu bagi orang lama macam Peter Traves bila dia mengatakan yang filem ini mengubah hidupnya. woah ho ho.

Social Network is a fiction, kata hero kita mark Zuckerberg.

But sweetest thing comes from the idea and inspiration why and how the phenomenon started: its all because a girl named Erica (also jewish woah ho ho)

Bila Mark Z bertemu kembalai Erica disebuah kelab dan merminta maaf, Erica mengakhiri perbualan mereka dengan kata-kata penghinaan
"Go and play with your videogame" ketika Mark Z mengadapnya dan ingin meminta maaf, Mark Z pulang kecewa dan berkata pada Eduardo "We need to expend"

less than 5 years later pelanggan FB berjumlah 500 juta orang.

Imej erica sekali lagi muncul pada akhir movie, ketika Mark Z melayan saman dari Eduardo (our new Spiderman woah ho ho) Dia bukak FB erica (of all 500 million people yea) and add her.

Ah so sweet.

So thats its, the social web yang menjadi kegilaan remaja masa kini (ehem ehem) berasal dari sifat ingin membalas dendam pada seorang gadis yang kecil size bra nya.

Woah ho ho ho.

Dan mungkin benar juga kata mereka, selepas menonton filem ini kita tak akan merasa sama bila kita sign in FB pada keesokan harinya.

Mark Z is just . FB not original idea "Apa bezanya dengan Myspace dan Friendster?" tanya Mark Z pada Davindra.The ekslusivity" jawab Mark Z sendiri. Semua gadis ingin berkenalan dengan jejaka dari Harvard (baca KJ)


Ada dua adegan menarik perhatian aku dalam Social Network.

yang pertama adalah adegan berkayak dimana kembar kalah beberapa saat dari pasukana kayak Holland. if anything it suggest yang dalam kau boleh menjadi kaya dan tercicir. Life is a race for them.

Dan aku juga suka adegan akhir dimana lagu Credit title dinyanyikan oleh John Lennon.
A song Baby Youre A Rich Man from Magical Mystery Tour by The Beatles.

ya ada persamaan antara mark Zuckerberg dan John Lennon yang boleh kita rujuk.
Mereka billionaire muda.
Dan mereka berdua sukakan Oriental chick.

Tapi dalam masa yang sama juga ianya merujuk pada perbezaan zaman dan generasi.
generasi John Lennon sukalan glamour untuk berjaya.

Sementara Mark Z mewakili zaman Gen baru yang kaya raya tanpa publisiti.

ok ini lirik lagu Baby Youre a Rich Man by John Lennon;

How does it feel to be
One of the beautiful people?
Now that you know who you are
What do you want to be?
And have you travelled very far?
Far as the eye can see.
How does it feel to be
One of the beautiful people?
How often have you been there?
Often enough to know.
What did you see, when you were there?
Nothing that doesn't show.
Baby you're a rich man,
Baby you're a rich man,
Baby you're a rich man too.
You keep all your money in a big brown bag inside a zoo.
What a thing to do.
Baby you're a rich man,
Baby you're a rich man,
Baby you're a rich man too.
How does it feel to be
One of the beautiful people?
Tuned to a natural E
Happy to be that way.
Now that you've found another key
What are you going to play?
Baby you're a rich man,
Baby you're a rich man,
Baby you're a rich man too.
You keep all your money in a big brown bag inside a zoo.
What a thing to do.
Baby you're a rich man...

tapi kalau kau dengar betul-betul pada lirik terakhir itu John Lennon menukarkan lirik rich man too kepada rich fat jew.

Kononnya lah. Ah kan ke teori konspirasi semua tu. The Beatles ....lu tau jelah diaorang ni.

Tuesday, December 7, 2010

X-0-X-0-X-0-X



Amboi cantiknya shot dia. Will put this on the same level as Aaron Kwok's After This Our Exile on its own league.

Anwardi Jamil was right. This is the one who should won the best picture. I agree with that.