Thursday, July 27, 2017

DUNKIRK

Ada satu scene awal dalam DUNKIRK yg sangat mengingatkan aku pada Inception.Ianya berlaku bila Cobbs dan Ariadne muncul dari pesisir pantai dan masuk kebangunan/bandar yang dia bina untuk mencari isteri Cobb. Bandar itu kosong tak berpenghuni. tapi bangunannya cantik besar dan komplek.
Dalam Dunkirkpula,watak remaja itu keluar dari Dunkirk yang kini kosong dan tak berpenghuni,laridari tentera German yang menembak dan pergi ke pesisir pantai dimana askar askar beratur panjang penun displin menunggu kapal membawa mereka semua pulang.

Alam mimpi dan kembali dalam realiti direverse?

Jap aku nak pergi breakfast.




Wednesday, March 15, 2017

Penat

Tired.

Penat. Tanpa sebab.
Umur. dan kederat pun dah tak larat.

Tapi sekarang aku dah tahu secret of life. Dan aku takkan share dengan kau.
Kau kena fikir sendiri.

I miss my youth lebih dari aku rindu pertama kali aku melihat gadis paling cantik pernah dilahirkan disepanjang peradaban dunia.

Aku rindu main bola tak pakai kasut, kaki aku dan rumput bersatu sama dengan lecah.
Itu aku rindu.

In the end life is what matters. To live to love. TO live is to love.

Memori lama semakin segar walau tubuh badan kau semakin letih dan lesu.
Apa yang tinggal hanyalah kerusi kosong dan tingkap yang terbuka. Mana angin?

Ok ini bukan puisi.

AKu penat. Tapi Tuhan sangat adil dia ada rancangan untuk kita semua termasuklah aku.
Akhirnya yang penting ialah untuk hidup itu sendiri. Samada kau dapat A atau tidak dalam subjek aku itu bergantung pada kehadiran kau dalam kelas.

Enough about you lets talk about me. Sebab ini blog aku.

Kalau esok aku mati, aku anggap diri aku sebagai manusia yang gagal. Tapi bagaimana nak anggap aku gagal kalau aku telah mendengar Fleet Foxes dan kau masih belum?

AKu harus berani memandang cermin dan berkata dengan penuh gembira "Ini aku dan aku adalah aku." Tapi tak. Aku tak pernah berselfie.

Dan endingnya apa? Endingnya sentiasa sama. Aku tidur diatas sofa itu dan berharap pada mimpi-mimpi yang sama.




Thursday, December 29, 2016

2017


Aku tak ingat banyak tentang 2016.

Its all good I guess. Watched many cool films/theatres. And thats the most important things.

Oh ya. Ada pengalaman sakit nak mati, sakit paling teruk pernah aku rasa. 2 kali Jumaat aku tak boleh jalan. Merangkak untuk ke tandas. Kencing dan berak pun menyenget badan. Tapi alhamdulillah aku dah pulih sekarang.

Masih menulis. Benda paling enjoy aku boleh buat. Yang suka aku buat.

Trump menang! Yes! walaupun ianya takde kena mengena dengan aku sangat. Aku raikan kerana aku suka support underdog. Dan Trump memang anjing.

AKu habiskan manuskrip novel aku tepat pukul 12.30 pada 30 hb Disember 2016 selepas 3 kali edit. Novel yang paling susah untuk aku tulis setakat ini. aku bermula bulan Ogos rasanya, dan tamat pada hujung Disember. Progress memang slow sebab sibuk dengan kerja kerja hakiki. yang penting aku berjaya achieve KPI aku untuk menulis sekurang-kurangnya satu novel satu tahun.   Dan sekarang aku in the mood to celebrate it.

Thursday, September 8, 2016

Rancangan 10 tahun



10 year plan/ Rancangan 10 tahun

2016-2026

Ini rancangan penulisan untuk 10 tahun. Tapi Manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan.
Methodnya mudah sahaja, satu hari satu page. Satu tahun satu buku. Yang lain lain boleh kita gunakan untuk berhibur dan makan. dan tidur.
Mungkin akan ada perubahan, itu sudah tentu. Tapi inilah dia yang kita rancang. Jadi kalau kau ajak aku memancing pada tahun 2024, aku boleh cakap,"maaf, aku busy."

1) 2016 -SEJADAH (fiksyen)
in the future,2052, dibawah revolusi Islam, setiap umat Islam di Malaysia perlu memakai E-Sejadah.

2) 2017- 80AN -90AN (non fiction, memoir)
membesar di tahun 80aan hingga ke 90an bersama muzik dan wayang gambar.

3) 2018- TENTANG LAKONAN DAN TEATER (Esei)
Esei-esei tentang lakonan dan Teater.

4) 2019- ALIEN (fiksyen)
Kisah seorang gadis yang diculk makhluk asing dan dibawa ke planet luar sistem.

5) 2020 -EMAK (fiksyen)
Kisah tentang wanita-wanita yang kita sayang.

6) 2021 -HARI-HARI TERAKHIR SEORANG PENSYARAH (Fiksyen)
Kisah tentang pensyarah sebelum dia bersara dan politik pendidikan.

7) 2022- KRITIKAN FILEM (Esei)
Mostly on Ozu, P. Ramlee, Jim Jarmush, Kubrick dan horror film

8) 2023- BUNGA (Fiksyen)
Boy meets girl and the lonely streetlight.

9) 2024-KOLOMPO (Fiksyen)
 Pychon-like neo noir dysfunctional world.In KL.

10) 2025 - KOLEKSI CERPEN VOL 2: A TRIBUTE TO JIN WAI (Fiksyen short stories)


Wednesday, June 1, 2016

Tuesday, May 10, 2016

P. Ramlee

Sekarang aku tengah menulis novel bertajuk SEJADAH. its a futurist  fiction. Islamic-futurist (self proclaimed). Tapi progressnya slow. Sangat slow. Satu perkataan satu jam. Banyak terhenti sebab nak cari satu perkataan yang sesuai. Itu ditambah dengan godaan mobile internet yang sebenarnya tak membantu apa-apa pun, kecuali melayan gossip gossip liar dan amarah orang-orang tua di twitter.


Memilih nama watak pun bukan satu kerja yang mudah. Nama-nama watak dalam penulisan aku dulu pun banyak yang fake sangat. Margaret Atwood dulu pernah cakap nama karater define watak,maka ianya penting. Nama watak-watak dalam tulisan aku  itu (yang dulu-dulu) hanya ambik masa few seconds untuk dipilih which is not the right thing to do. 

Ya betul. Some artist memang pandai memilih nama untuk watak -watak fiksyennya. Antara yang aku suka ialah P Ramlee.

Sunday, December 20, 2015

21 Disember 2015

Tuhan, aku takut

Tuhan,aku rindu

Tuhan,aku pasrah

Tuhan, aku resah.

Tuhan,aku takut.





Puncak Perdana, 21 Disember 2015