I Aku rasa tak ada salahnya menonton filem yang sama berulang kali.
Its like a fan of Michaelangelo melihat Monalisa berkali-kali tanpa jemu. A good work of art should have that power and strenght.
Dan filem juga begitu. FIlem yangb aik seharusnya mempunyai kekuatan untuk membawa kita menontonnya berkali-kali.
Kenapa tidak?
Sama juga sepertinya dengan Cd muzik. Kenapa ianya bukan sesuatu yang pelik kalau kita mendengar lagu yang sama berulang kali?
”Eh kau dengar lagi CD tu? Tadi dah dengar kenapa dengar sekali lagi? Kenapa tak buang je Cdtu lepas dengar sekali? Kenapa kena dengar berkali-kali?”
Pelik jugak kan? But not. Society says kita boleh dengar lagu yang sama berkali-kali tapi tidak pada filem.
FIlem seolah-olah mmebuat utopia bahawa apa yang perlu adalah untuk melihat jalan ceritanya dan juga .
Oh kita menonton Sixth Sense dan Usual Suspect hanya untuk mengetahui bahawa bruce Willis adalah hantu dan Kevin Spacey adalah Kaiser Sosey. Dan bila kita sudah tau tentang itu, we forbid to watch that movie again.
Kenapa manusia tidak dibenarkan untuk melihat filem yang sama berulang-ulang kali? Adakah ianya dianggap membazir?
Pada filem is to experience, among other. Its like a walk to the memory lane sometimes. Wold u do it once in a while just to get that great feeling. A feeling that you like.
Aku suka menonton Blade Runner kerana filem itu put me in a soekind of state. Menghasilkan sebuah perasaan yang aku tak dapat pada my actual life.. And why it puzzle people i have no idea.
Menonton filem yang sama berulang kali memberi pengalaman baru. Dan percaya atau tidak, sesetengah filem kelihatan lebih segar pada second viewing dan seterusnya. Ini yang aku alami bila menonton Unforgiven, The Crime of Padre Amaro, About Schmidt, Casablanca dan termasuklah filem-filem P Ramlee serta lain-lain. Any mat Rempit wont understand this. (And they themselves must have watch Rempit or Adnan Sempit more than once for god sake)
Tak salah kalau menghayati seni lebih sekali.
Lagipun kita adalah peminat seni dan orang yang belajar tentang seni. Ianya sebahagian nature kita untuk study ruang dan bentuk yang ada dan yang pernah kita lalui. Its something that normal people outside dont understand.
But still the best form of art yang boleh ditonton berkali-kali adalah teater. One of the best performance ive seen is Tinggi-Tinggi Si Matahari. A performance by a student of UiTM Fakulti Seni Persembahan.
Aku boleh tengok pementasan itu setiap hari, I don’t mind.
II Atas sebab itu aku menonton kembali Blue Velvet minggu lepas.
Some scene bugging me.
Especially babak dimana Frank datang kerumah Ben.
I want to hear Frank menjerit “Lets fuck!! I fuck everything that moves!” and disappear.
AKu tertarik dengan hubungan Frank dan Ben. The notorious Frank boleh rapat dengan suave Ben yang macam pondan.
Bagaimana Frank boleh hanya tercegat disebelah Ben ketika dia menyanyikan lagu “ Candy Colored Clown they called the sandmannnnnn….”
Gangster memang jarang duduk diatas kerusi didalam filem. Dan karakter lain pun harus punya alasan yang baik untuk duduk diatas kerusi.
Michael Corleone duduk diatas kerusi kerana ianya melambangkan power. Dan bila consiglier berbisik ditelinganya menyampaikan arahan, ianya bermaksud kuasa. Like Julis Caeser and all the Romans king.
Begitu juga dengan Goodfellas, bila Joe Pesci dan kawan-kawan mempersendakan Ray Liotta dibar dengan jenaka poyonya.
Dan juga mr White, Mr Orange and Mr Pink dalam Reservoir Dogs bila mereka berbincang tentang Madonna’s Like a Virgin.
They all have good reason to sit down in a chair.
Frank tidak. Ada kerusi di rumah Ben tetapi dia memilih untuk terus berdiri dan mendengar Ben menyanyi.
Kenapa dia terus berdiri dan memperlihatkan ruang bilik itu pada kita.
I think partly of the reason adalah untuk Frank membuat memek muka ganjil bila Ben menyanyi. It put a “characther’ to the character Frank. Dan karakter itu tak akan menonjol(berjaya) jika Frank duduk bersama kawan-kawannya yang lain.
Babak terakhir dalam Unforgiven yang aku suka juga melihatkan William Munny berdiri menunggu d\wang upahnya datang sambil the kid duduk minum wiski sdibawah pokok berlatarbelakangkan beautiful western scenery.
William Munny berdiri kerana untuk memastikan tiada siapa yang mengekori perempuan yang membawa duit itu. Tapi sudah tentu ianya menampakkan karakter yang lain pada kedua-dua koboi itu.
Ianya satu gesture yang ready to rumble dari William Munny. Dan Kid yang hanya duduk menunjukkan dia sudah berputus asa melakukan pembunuhan dan juga berbohong mengatakan dia biasa dengan pembunuhan.
Its a beautiful gesture.One of my faveret combination of composition.. 2 lelaki. Satu berdiri, satu duduk dibawah pokok. Perfect.
Babak itu sendiri seolah-olah meletakkan Clint Eastwood sebagai dihadapan dalam hero koboi untuk sekian lama dan selama-lamanya (while the young prentice just sit down and in position of not ready)
Shakespeare tak pernah mengalami kesulitan yang aku rasai.
.
Atau sekurang-kurangnya solutionnya pada masalah yang aku hadapi adalah mudah.
.
Kisah tentang dua remaja dan tajuknya adalah nama hero dan heroinnya; Romeo dan Juliet.
Kisah tentang King of Denmark dan tajuk adalah watak utamanya.
Begitu juga dengan Othello King Lear dan lain-lain lagi.
.
Mungkin sekali sekala dia akan megubah angin dan memberi tajuk seperti Midsummer Nite’s Dream(instead of Donkey Head ?) dan juga Much Ado About Nothing (which basically in a system of a title literally its about nothing actually)
.
.
.
Masyarakat moden tak seperti itu.
.
Pada mulanya tajuk manuskrip aku adalah Kesimpulan Dengan A.
Dan bila aku tukar kisahnya, aku pun tukar tajuknya.
.
.
.
Aku nak semuanya bermula dengan huruf A. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca........
.
.
Atas sebab-sebab yang sukar untuk aku jelaskan, tajuk yang terpancul diotak aku akhirnya membawa aku kepada perkataan Amanah di Tanah Merekah.
.
.
Entah kenapa aku pikir tajuk ini aku pun tak tahu.
.
Tapi ianya satu kenyataan yang benar bila rumah opah aku (yang dimana kisah ini didasari) adalah tanah bekas lumpur yang merekah dihadapan rumahnya.
.
.
Pada mulanya aku pun tak rasa ianya sebuah tajuk yang catchy.
Kemudian aku mendapati sebuah kebetulan yang mengasyikkan.
.
.
AMANAH DITANAH MEREKAH=12 huruf dan 3 perkataan
RANJAU SEPANJANG JALAN=12 huruf dan 3 perkataan.
.
Eureka! Adda persamaan. Its an ode to probably the greatest wortk of fiction ever written by our most famous writer.
Dan kisahnya juga berkaitan dengan sawah padi dan bendang.
Aku pun semakin teruja dengan tajuk Amanah di Tanah Merekah ini.
Jadi aku pun mencadangkan tajuk itu untuk novel kedua aku.
Tapi suatu hari aku mendapat panggilan terlefon dari editorku. Seorang perempuamn yang agak sweet.
.
.
.
Tajuk aku itu tak diiktiraf dan aku kena cari tajuk baru katanya.
Aku cuba juga untuk explain persamaan sinkronim tajuk itu dengan Ranjau Sepanjang Jalan, tapi sudah terlambat.
.
.
.
Whats with title?
Selain dari kulit buku aku percaya tajuk sesuatu hasil karya seni juga kena ada umph! Kena catchy. Kena membuatkan kita bernafsu bila mengadapnya.
Tajuk sebuah hasil karya seni seharusnya mengundang vocabulary baru dalam perkataan. Tajuk-tajuk macam Sgt Peppers Lonely Heart Club band, Ok Computer, Blood Sugar Sex Magik, Rage Against The Machine, Smells Like Teen Spirit, London Calling, Highway 61 Revisit Belenggu Irama, Mentari Merah diufuk Timur, Perempuan Isteri dan dot dot dot, Jerangkung Dalam AlmariLelaki Komunis Terakhir, Big Durian, Space Gambus Experimental, Carberator Dung, Lagenda Budak Setan . Dan termasuklah juga Kopi Dangdut.
.
.
Now, what the fuck is Kopi Dangdut?
Kopi Dangdut probably doesn’t mean anything. But it sounds good. Bunyinya seakan-akan membuatkan aku mahu terus berdangdut sampai kepagi.
So I try my luck. Ada beberapa perkataan boombastik yang aku cuba. Harap jika ianya diterima ianya boleh memberi imej dan identiti baru pada novel aku ehem ehem.
.
.
Ini beberapa tajuk yang saintifik bunyinya;
1) Akronim Untuk Amir
2) Alegori
.
Itu antara nama tajuk baru yang aku cadangkan yang aku hantar pada email Editor aku. Ada unsur-unsur boombastik disitu.
.
Beberapa hari kemudian aku mendapat panggilan telefon yang cadangan nama itu direjek dan aku perlu mencari nama baru dalam kurang dari 24 jam.
.
Aku rasa aku tahu apa editor aku tu mahu. Nama kampung yang mudah untuk orang kenal pasti. Something yang very ordinary. Satu nama yang mudah disebut walaupun ketika sedang mengunyah rambutan mahupun durian.
.
.
Aku pun tulis beberapa nama untuk tajuk baru.
1)Amanah Untuk Amir.
2)Anak-Anak Bendang
3)Akhir Hilang
4)Abai
.
Aku kira beberapa nama cadangan aku ini sudah menepati citarasa mereka. Sudah tentu ada antara 4 cadangan tajuk itu yang sesuai untuk dijadikan tajuk buku.
.
Tapi tanggapan aku silap lagi. Pagi Isnin ketika merempit motor aku mendapat panggilan telefon dari editor aku. Betul-betul pukul 8.30. Mak ai awalnya pergi kerja, fikir aku dalam hati.
”Encik Saat.........”
”Ya” Aku memberhentikan motor aku ditepi jalan.
”Tajuk tu masih tak kuat lagilah encik Saat”
”OH ye ke?” Aku yang tak pernah terkejut dengan apa jua berita berpura-pura terkejut.
”Encik Saat masih nak mula dengan huruf A jugak ke?” Tanyanya pada aku. Beberapa hari lalu aku menyatakan niat aku yang mahu tajuk novel ini bermula dengan huruf A.
”Ya puan. Kalau boleh saya nak semua tajuk buku saya bermula dengan huruf A. ..saje nak buat trademark.“ Aku macam tak percaya aku sebut perkataan trademark. So cheap that word.
.
.
“Ok” Dia terdiam. Tapi aku tahu dia tengah memerah otak memikirkan beberapa tajuk untuk aku. Pagi ini dia kena present pada mesyuarat katanya.
.
“Bagaimana dengan tajuk Amanah Dari Dia?”
“OK jugak tu puan” jawab aku jujur.
“Ataupun bagaimana dengan Amanah Untuk Amir?” Cadang aku pula.
“OK jugak tu”
.
“Saya suka perkataan Amir ada disitu. . Sebab anak saya nama Amir. Adalah unsur sentimental value sikit hehe” Kata aku. Wajah aku tak ubah macam wajah Roman Abromovich bila Chelsea menang/kalah game. Dan yang paling aku tak percaya aku sebut perkataan sentimental value. That word is so 80s.
.
“ Ok. Bagaimana kalau Amanah Terakhir?” katanya lagi tak berputus asa.
“Boleh juga” kata aku ikhlas. Ketika ini aku dah tak kisah dah tentang tajuk.
.
Aku pun meneruskan perjalanan aku. Setengah jam kemudian editor aku telefon lagi.
”Salam encik Amir. ”
”Ya puan” Jawab aku sambil bergegas menaiki tangga.
Aku seharusnya meneruskan niat dan cita-cita aku untuk menulis tentang cikgu-cikgu yang mempengaruhi aku. Sebagai rasa penghargaanaku pada mereka sempena hari Guru beberapa hari lepas.
.
Ketika aku membonceng motor pulang, dan kerana cuba terus mengelak dari terus berfikir tentang kekusutan akibat proses key in markah yang terllau kompleks(Komputer seharusnya menyenangkan kerja manusia bukan?) Aku sudahpun membayangkan bagaaimana malamku akan kuharungi.
.
Aku akan duduk dimeja study ,dihadapan laptop bodoh ini dan menulis sesuatu tentang cikgu-cikgu yang telah memanusiakan aku.
Begitu juga ketika aku singgah dipasar malam itu dan membeli yong tau fu. Itu yang aku fikirkan;beberapa ayat permulaan dan juga wajah-wajah Cina, India, Melayu , lelaki dan perempuan yang pernah berkongsi ilmu dengan aku. Kebanyakannya aku dah lupa nama mereka.
Pertama guru yang mengajar aku disekolah Rendah Kebangsaan Horley Methodist:1983 -1988
Sekolah Menengah Seri Perak Teluk Anson;1989 -1993.
ITM: 1995-1999.
.
Selepas malan malam, itulah yang aku lakukan.
Aku buka laptop bijak aku ini dan aku mula megetuk huruf-huruf rumi ini..
Tapi aku ibarat seorang pelukis potret yang melukis gambar perempuan cantik;tyang hasilnya seekor monyet yang hodoh..
Aku tak menulis tentang cikgu-cikgu. Aku menulis tentang apa-apa walau tangan aku terus mengetuk keyboard.
Tiada alasan untuk aku menulis tanpa berpijak dibumi nyata. Tanpa plot. Tanpa rancangan tanpa asas. Kerana aku tahu, akhirnya aku akan akur pada struktur juga.
Zaman percubaan itu telah gagal menyulurkan kegilaannya. .
Ini ekperimental kata mereka. Ini abstrak kata mereka. Dan abstrak mungkin terus subur mekar pada lukisan cat minyak, tetapi bukannya pada penulisan.
Iany telah dibuktikan gagal.
Form dan content? oi form is still king.Dont let anybody tell u differently.
Tapi aku masih mahu terus menulis tanpa tahu arah tujuan. Seolah-olah aku bermain aci nyorok dengan diriku sendiri. Nak di sim diri sendiri, nak dibiarkan terus menyorok tapi tahu dimana aku menyorok.
Scary world eh?
Tapi hakikatnya Aku kini mulai bosan menulis sesuatu yang aku tahu penamatnya dan selok belok perjalanannya. Sesuatu yang aku tahu bagaimana ayatnya akan berhenti dan bagaimana ianya akan bermula.
Menulis bagaikan Jackson Pollock dan lukisan drippingnya;we imitate nature and not physical. But what nature looks like?
Jadi aku akan terus menulis dan menulis.
Menulis tentang guru bukanlah lagi satu cabaran buatku. Aku boleh bayangkan wajah-wajah mereka. Mereka-mereka yang mempengaruhi hidup aku sehingga aku mampu membaca dan menghafal Ab hingga Z. Alif hingga ya. Satu hingga sepuluh.
Sesetengah dari mereka aku tak kenal nama mereka.
Aku tak tahu nasib atau untung hidup mati mereka.
Jadi aku berhenti dari menulis tentang mereka.
Lagipun kamu (yang kamu yang membaca nukilan malam ini) bukannya kenal mereka-mereka ini. Kamu masih lagi ingat cikgu-cvikgu yang mendewasakan hidup kamu kan?
Atau mungkin aku patut menulis sahaja tentang Ponirin Amin (juga cikgu kegemaran Shah Moloko)
Mungkin kemudian bila hari baik bulan baik aku akan menceritakan betapa hebatnya lelaki ini. Sama juga pada suatu hari seorang manusia akan menceritakan betapa hebatnya Lin Dan menewaskan pemain nombor satu didunia dengan tarian robotiknya yang tak berbaju. Dan juga menweaskan Taufik Hidayat dengan mudah sambil melenggang kankung.
Tapi sekarang aku hanya akan membiarkan tangan aku terus dimamah keyboard yang semakin pudar hurufnya ini.Aku ketagih mengetuknya.
Aku ingin menulis sesuatu yang absurd. Sesuatu yang tak berijak dibumi nyata.
Sesuatu yang tak masuk akal.
Sesuatu yang misterius.
Sesuatu yang tidak ada hujung pangkalnya.
Atau apa yang dikatakan oleh Latif Mohidin sebagai, naik baik api, dan turun bagai sepi.
Sesuatu yang menggila dan tak waras dipandang akal yang lemau.
Sesuatu yang samar-samar dan tiada ketentuan pada hak dan batilnya.
Akui mahu menulis seperti lirik Radiohead.
Pointless in certain way.
.
Ponirin Amin is not like that.
.
Tapi untuk itupun, untuk satu pengembaraan yang tak nyata pun mampu membuatkan aku terhenti dan kekurangan idea.
Mungkin kerana malam makin panas.
Mungkin kerana angin cemburu dan sengaja mahu mengejek aku.
Ah sekali lagi aku menyalahkan pada dingin malam yang tak peramah.
Dihadapan aku ada sebuah kipas yang lebih tua dari aku.
Anginnya angin panas.Ianya bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan aku dan dia gembira.
Siapa yang suka pada angin panas dan angin kering?
Aku tak kemana-mana.
Im writing neither absurd neither reality.
(But hey aku masih menulis!)
.
.
Suatu hari nanti, ya suatu hari nanti akan ku ceritakan juga tentang Ponirin Amin. Cikgu yang paling hebat pernah aku jumpa. Lelaki yang sama yang membuka mata Shah Molok pada keindahan bahasa dan kemurniaan bangsa .
Untuk menulis tentang lelaki hebat aku memeriukan masa dan ruang yang.secukupnya. Agar aku tak tinggal sebait ayat yang baik pun. Dan juga agar pertimbangan aku terhadapanya sejajar dengan kehebatan beliau ketika dia berhadapan dengan anak-anak muridnya
.
Dan malam ini, kesederhanaannya tak cukup mesra buat aku menyusun ayat yang baik untuk lelaki baik seperti itu.
Alam yang muram sekali lagi menganjakkan masa buatku dan berjanji untuk suatu hari nanti.
.
Ah menyebut namanya sahaja sudah membuatkan tangan aku menggeletar.
Ada antara bekas cikgu-cikgu kamu yang meninggalkan kesan sampai begitu sekali?
Aku cuba ingin menulis tentang hari guru. Tapi tak boleh. Cuaca yang panas betul2 menekan aku. Idea tak keluar dan kepala pening. Bila aku sakit kepala nothing good (and nothing bad) coming out of my head. I just cant think.
Hujung minggu kebelakangan ini memang selalu diganggu dengan panas yang merimaskan.
Komedi Badul di TV pun tak mampu membuatkan aku ketawa kerana panasnya cuaca.
Tidur petang pun diganggu dengan angin panas. Dan pada malamnya,walau kipas tak henti berpusing, tapi panas terus masuk kedalam. Angin menyorok dibalik rumah flat yang berdinding hitam dan warna lampu kalimantan yang suram itu.
Begitu juga semalam. Tidurku tak lena. Baik waktu petang mahupun waktu malam. Gelisah aku diatas katil.
Dunia makin panas.
Seingat aku masa aku kecil dahulu aku boleh tidur pada waktu siang dan pada waktu malam tanpa pasang kipas. Tapi sekarang..... Sekarang pukul 10 aku dah pasang 2 bijik kipas dipejabat. Dan itu berlaku pada pukul 10 pagi. Itu pada pukul 10 pagi. Kalau pukul 1 tengahari? Pukul 1 tengahari aku tinggal spender je dalam pejabat.
Ketika aku mulai mahu merajuk, hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit hujan turun menyembah bumi. Dan pohon dihadapan pun bergoyang dengan lajunya. Dan angin semakin mesra, masuk kedalam rumahku dari segenap sudut.
Tubuh aku mula menggigil kesejukan. Dan aku buat apa yang aku biasa buat bila hujan mulai turun. Aku terjun keatas katil dan menyerkup satu badan dengan selimut. Aku terlalu excited pada hujan dan romantiknya sehingga aku lupa tujuan asal aku membuka komputer bodoh ini;
Setiap yang amatur bercita-cita untuk jadi professional.
Begitu juga aku.
Aku pun pernah berangan2 nak jadi penulis sepenuh masa dan kkerja hanya menulis menulis menulis dan menulis dan menulis.
Macam Faizal Tehrani dan macam Ahadiat Akasyah (ada tengok gambor rumah dia kat Anjung seni?)
Bukan sebab duit. Tapi sebab fun.
At least aku tak payah pikir pagi pasal sukan SAF, pasal OBE, pasal ISO.
Walaupun kerja disini antara yang seronok bagi aku.
lumrah setiap artist tak mahu dikongkong oleh protokal yang melemaskan.
Begitu juga aku.
.
Bukan sebab nak jadi kaya raya.
Kata orang menulis ni masyuk. Ada yang beli tanah, ada yang beli rumah dan ada yang tukar kereta 5-6 kali. kata mereka dan few memang dah sukses pun.
Tapi aku?Dengan cara dan gaya aku sekarang, tukar motor pun tak dapat lagi.
.
Bukan sebab duit. Cukuplah kalau kais pagi makan pagi. Cukuplah lepas makan pagi makan malam. Cukuplah hujung minggu boleh belanja Naufal makan KFC. Cukuplah kalau dapat pergi Umrah dan buat Haji. Cukuplah kalau weekend boleh lepak hard Rock Cafe layan band Filipina.
Ok yang part pergi Hard Rock Cafe tu aku exagerrate sikit.
.
Dan aku nak menulis pun bukan kerana nama. Tapi kerna sifat kkasih pada sesama insan....oops oops tu dah lagu Ramli Sarip.
jadi ya. aku pun macam kamu juga. Bercita-cita untuk menjadi penulis professional yang kerjanya hanya menulis-menulis dan menulis.
.
Tapi cita-cita aku itu aku kuburkan sahaja bila semalam aku pergi MPH.
.
Ada berjuta penulis Melayu. Ada beribu buku novel Melayu dipasaran.
How can I beat them? Fikir hati aku.
Aku pun lupakan sebentar niat aku nak jadi penulis sepenuh masa.
Aku akui aku jarang baca buku novel tempatan. Jarang disini bermaksud 20 tahun sekali. Aku pun dah lupa apa novel tempatan terakhir yang aku baca.
.
Walaupun aku akui aku sebenarnya aku begitu memilih subjek bacaan aku. Aku tak choosy dengan pakaian aku. Kenderaan aku. Cara orang menilai aku. Tapi aku memilih bahan bacaan.
Bukan kerana aku memandang rendah dengan karya tempatan. Tidak. Err sikit-sikit adalah. Tapi tak secara keseluruhannya.
Ada beberapa perkataan yang aku tak suka dalam penulisan tempatan.
Antara perkataannya adalah ’dek’
Dek kerana, dek this and dek that....Kalau ada perkataan dek dalam tulisan kreatif terus aku potong stim. terus buat aku rasa letih.
Kalau aku baca novel atau cerpen yang ada tulisan dek, aku terus meninggalkan penulisan tersebut.
Aku tak boleh nak jelaskan kenapa aku benci perkataan' dek' tu.
The same reasion why I cannot go on with George Clooney.
Lagipun dek tu bunyinya macam fake bagi aku. Heh-he.
.
Sesetengah penulis memang suka menggunakan perkataan dek itu.
Lagi satu perkataan yang aku tak suka adalah ’bodoh’. Dan macam-macam perkataan negatif yang lain. Aku tak suka.
Sesetengah penulis memang suka gunakan perkataan ’bodoh’ ini.
Kalau baca namanya sebagai penulis aku boleh tahu yang perkataan ’bodoh’ ni mesti akan keluar.
Aku boleh kira dalam cerpennya ada lebih dari 10 kadang-kadang perkataan ini.
.
.
Mungkin sudah tiba masanya aku kembali membeli novel tempatan. Membeli dan membaca dan menghabiskan bacaan pada novel tempatan.
Kebelakangan ini seperti yang kita tahu ada permintaan yang baik pada tulisan-tulisan tempatan.
Penulis dan penerbit muncul bagai cendawan tumbuh seperti zaman rock kankang dipenghujung tahun 1980an.
Is that a good sign?
Thats always a good sign. Jika orang makin minat membaca, its always a good sign.
Jangan Biarkan surau Ini Roboh adalah tulisan taufiqurrahman Al Azizi. Buku ini keluaranPTS Publications & Distributors Sdn Bhd. PTS adalah penerbit paling galak. Di mana-mana kedai buku ada buku terbitannya. Cover kulit bukunya juga Nampak serius.
.
Gambar surau usang dengan rumput yang cantik. Komposisi dengan susuk tubuh lelaki yang sipi-sipi create somehow a perfect balance between horixontal dan vertical line. A good combination between human and building structure(wood) . bagi orang kampong macam aku, letak gambar rumah lama dan rumput je sudah cukup menarik perhatian aku. Ianya kelihatan seperti dalam mimpi.
.
Tambah lagi awan dilangitnya yang mendung-mendung basah begitu. Nampak surreal. Kita tahu hujan akan turun, dan apa nasibnya surau yang usuang itu? Basah dan tanpa perlindungan.
Walaupun cover kulit bukunya berlandaskan taste pop. Tapi ianya sudah cukup menunjukkan satu hasil kerja yang serius.
.
.
Alasan kedua kenapa aku memilih buku ini adalah alas an yang paling utama sebenarnya. Tajuk novel ini adalah Jangan Biarkan Surau Ini Roboh adalah satu tajuk yang telus(pinjam ayat Ajin, dan juga sila refer pada post aku bertajuk Education) Dan ada persamaan yang nyata dengan kisah manuskrip aku yang baru aku siapkan.
Atau dalam kata lain aku juga menulis tentang surau usang.
Sementara tajuk manuskrip aku itu lebih berselindung, JBSR ini lebih direct tajuknya.
Jadi bila kali pertama aku ternampak novel ini, aku tersentak. “ Damn! itu sepatutnya tajuk novel aku”fikir aku.
.
.
.
Betullah kata pegawai DBP itu dulu; tema penulisan surau yang usang sudah menjadi klise dalam penulisan kreatif tempatan. Aku tiada alasan untuk tidak percaya pada statement itu.
.
Lalu aku pun buat apa yang patut aku buat; Aku beli novel tu.
.
Balik rumah aku baca sambil menerap. Setengah jam kemudian aku tersengih.
Aku suka.
aku suka sebab ianya tak sama macam yang aku punya.
Bagi rakyat tempatan , hanya ada dua cara sahaja untuk menilai seni.
.
cara yang pertama adalah best.
.Dan cara yang kedua adalah tak best.
.
” PGL camne?”
” PGLbest”
.
“Hurt Locker camne?”
“Hurt Locker ok. Best”
.
“Adnan Sempit best?”
“Best”
.
“Clash of the Titians best?”
“Kureng. Tak best”
.
Begitulah mudahnya kita menilai seni.
.
Tapi kenapa tidak? Sedangkan kita hanya ada 2 pilihan; kiri dan kanan. Laki atau perempuan.
( Dan juga Gweyneth Paltrow atau Scarlet Johansson.)
.
Its the same with Ebert and co too. Its either two thump up or two thumps down kan?
.
Maka aku pun menonton wayang.
.
”Yang tinggal hanya couple seat je bang” katanya pada aku. Matanya seakan mengejek’abang ni ada ke kapel nak duduk seat ni” heh. Dahlah berjanggut. Jambagnya tak save pulak tu.
Nasib baik aku tak tengok kwayang dengan Ajin. Kalau denghan Ajin sudah tentulah ianya bukan pilihan yang baik. Aku dan Ajin duduk kapel seat? Nak buat ketawa dengan Bangladesh jaga torchlight tu je.
.
Aku pergi dengan Jaja. In a way couple seat not a bad idea.
.
“Berapa ringgit ye coupl;e seat?” Tanya aku lagi.
“Lapan ringgit” jawab perempuan tak bernama itu.
“Seat biasa?”
“Tujuh hengget”
.
Aku pelik kenapa couple seat lagi mahal dari seat biasa. Sedangkan untuk couple seat pawagam ni dah save untuk kusyen letak tangan. Damn! Well this is Malaysia. Untuk membuat onar dan maksiat,rakyat Malaysia terpaksa spend lebih seringgit dari harga biasa.
.
Aku pun beli dua tiket.
.
Hari tu Hari Rabu. Banyak pulak budak Melayu dipawagam ini hari ini. Maklumlah Melayu nak yang murah je.
.
Nombor kami menyala. Aku dan Jaja terus masuk kedalam. Lelaki tu pun tanpa banyak soal terus koyak tiket aku.
.
Macam biasa aku terus ketandas dahulu. Pergi ketandas actually part of the excitement menonton filem. Terutama di Cineplex besar macam ni. Masing-masing yang ada disitu semuanya hadir kesitu atas satu tujuan;menonton wayang.
Tapi dengan pilihan yang berbeza-beza.
Its fun to wonder whats the other trying to watch.
“Eh borhter lu tengok filem apa?”
“Hoppers”
“Wah manyak bagus support filem Melayu. Saya belum tengok itu movie ,tunggu Rabu depan ah”
“Lu pulak tengok filem apa brader?”
”Saya tengok Nightmare on Elm Street” tipu aku.
”Wah ,romantik movie saya manayak syiok jugak”
”Eh itu brader yang kencing tak pandang depan tengok filem apa ah?”
“Itu mesti tengok filem hantu punya”
“hahaha”
We all must be friendly. We all like movies kan?
It’s a men thing.
.
But in reality that’s not what happen. Kita masuk ketandas. Kita kencing kat mangkuk kencing tu dan kita ignore kawan-kawan lain yang sama-sama kencing macam kita. Kita tak friendly sesama manusia yang kongsi sama hobi dengan kita. Semua nak menyombong. macamlah filem yang diaorang tengok tu lebih baik dari filem yang lain.Macam ni nak buat logi nuclear?
.
Kami pun masuk panggung.
.
Gezek Robin Hood. Aku pun bertepuk tangan. Nak tengok nanti.
.
Gezek Persian of Donnie Darko. Masuk ni dah beratus kali aku tengok gezek ni. Walt Disney punya filem, maybe syiok.
.
Gezek Shreck. Kucing gemuk masih dengan lawak yang sama. Tak berapa sangat nak tengok.
.
Iklan Nokia. Iklan apa ntah dan tiba-tiba terus filem bermula.
.
Mungkin patut macam teater, ada announcement matikan telefon bimbit . Should be no problem. Lelaki Bangladesh itu at least boleh perbaiki Bahasa Melayunya.
.
Tapi takde.. Dari gezek ke iklan filem terus bermula tanpa pembayang.
.
Sejam kemudian aku mula menggeliat. Panasnya. Takde aircond ke panggung wayang ni” tanya aku pada Jaja. Tapi actually aku sengaja cakap kuat supaya kapel kat belakang pun dengar.
.
Kemudian Jaja suruh aku pegang perut dia. “baby tengah gerak” katanya. Tangan aku pun merayap ke perut.
Takde pun.Aku tarik tangan aku keluar.
Fokus pada Scarlet Johansson.
Jaja tarik balik tangan aku ke perut dia. Tiba-tiba aku rasa perutnya bergerak kuat. Aku ternganga. Jaja buat muka comelnya.
Memang betul bergerak.
”Tak geli ke? ”tanya aku.
”Kadang-kadang
Pada masa itu aku bayangkan filem yang kami tonton adalah Ridley Scott’s Alien. Sudah tentuJaja akan mengingau bila tengok scene perut John Hurt kena robek. Tapi ini bukan Alien. Ini filem Robert Downey Jr yang bukan Trophic Thunder. Takde yang menarik berlaku dalam filem ini.
.
Tangan aku masih diperut Jaja. Sesekali memberi tumpuan pada lakonan Don Chesel. Sesekali bayi bergerak. Denga naggresif. Mungkin siku dia mungkin tangan dia. Tapi gerakannya kuat . Dan bila ianya berlaku aku rasa amazed yang amat sangat. Ini membuatkan aku terfikir; Macamana rasanya jadi perempuan ya? Its an experience I will never know. Must be fun ada rasa something dalam perut. Cute.
.
“Panaslah. Aircond takde ke?” Tanya aku yang terus gelisah. Bukan kerana aksi hebat difilem. Tapi sebab panggung wayang panas.
.
Bila filem tamat kami pun balik. Jam hampir pukul 12 malam.Aku mengantuk. Jaja mengantuk. Dan bayi dalam perutnya pun dah lama tidur.
Untuk meraikan progress muzik tempatan yang semakin layu, here is a list yang julung-julung kali dibincangkan di majalah hiburan, suratkhabar tempatan dan juga ROTTW. (sebab wartawan hiburan hanya sibuk terjah sana terjah sini)
Ladies and genital! I present you the best local album for the past 2000 years! Please note that 6 out of 10 list here ada sentuhan Listrik M Nasir.
Best Local Album (almost ever)
1)Search –Mentari Merah di Ufuk Timur
2)Wings-Belenggu Irama
3)M Nasir-Solo
4)Alleycats-4
5)Jamal Abdillah-Derita Cinta
6)Wings-Hukum Karma
7)Sweet Charity-Pelarian
8)XPCD-Brutal
9)M Nasir-Manifestasi Akustika(live)
10) Ramlah Ram-Kau Kunci CIntaku Dalam Hatimu
Next post: why Mentari Merah Diufuk Timur the best album and how after 20 years Search and Wings still the only local band can sell out stadium.
Ada lagi gambar Jose Mourinho yang lebih meriah tapi aku tak jumpa.
Aku terbangun awal.
Ada sejam lebih lagi sebelum Inter vs Barca bermula.
Kalau aku tidur balik aku akan terus tertidur sampai pagi.
Jadi aku buat apa yang biasa aku buat kalau aku insomniac; aku selongkar koleksi DVD mana yang belum tengok.
.
Ada beberapa filem yang menarik perhatian.
Tapi terlalu heavy. Takut tak terlayan. Pagi ni aku perlukan sesuatu yang santai. Sesuatu yang mudah. Bukan terlalu mudah tapi yang tak terlalu heavy. Faham?
.
Ditangan aku ada satu DVD dengan cover yang taklah menarik sangat.
Tapi gambar daun Cannes itu yang membuatkan aku terus terpesona menggengam dvd ini dalam tangan aku.
The Bands Visit tajuk filemnya.
.
Covernya ada muka perempuan dan lelaki Arab didepan pintu kedai. Pada hari biasa ini adalah pilihan yang mudah. Tapi kali ini ianya sesuatu yang sukar.
Ada sesuatu tentangnya yang sedikit menjengkelkan.
The Bands Visit adalah filem Israel.
.
Sesetengah dari kamu juga tentunya pernah bersangka skeptikal dan biased seperti ini. Aku juga begitu.
Mendengar sahaja nama Isreal sudah cukup membuatkan aku loya dan menggeletar seluruh badan.
Tapi aku tak selamanya mengharamkansemaian seni orang-orang yahudi. Mereka adalah antara penggiat seni yang aku kagum; Kubrick, Spielberg, Woody Allen, Seinfeld, Primo Levi, Bob Dylan,Naomi Klein,termasuklah Adam Sandler. (but no I never find Barbara Streisand cute in Funny Girl)
Tapi ini bukan sahaja Yahudi Eropah. Ini adalah filem Israel.
The sacred land.
Lama aku memegang DVD The Bands Visit. Samada aku harus tonton filem ini ataupun tidak. Antara berfikir samada harus aku teruskan atau tidak.
.
Dan ketika itulah baru aku tahu kenapa aku cuba nafikan dari menonton filem ini. Ya aku takut. Aku takut kalau akhirnya filem ini bagus ,aku takut aku give a nod to them jewish filmaker. Aku takut aku jatuh cinta pada mereka.
Dan yang lebih teruk lagi aku takut setelah menonton filem ini aku akan berasa simpapti pada Yahudi Israel.
Aku harus kuat. If not now when?
Perlahan-lahan aku masukkan CD ini kedalam kepala DVD Player itu (Sony ok!)
Malam ini aku beranikan diri. Aku rasa aku dah cukup kuat sekarang.
Orang Isreal takkan mendapat simpati dari aku sehebat manapun The Bands Visit ini. Schindlers List pun takkan mampu membuatkan aku simpati pada yahudi-yahudi itu.
Bismillahhirahmanirrahim. Aku pun tekan play.
Aku dah bersedia. Aku peluk bantal aku kuat-kuat.
If not now when?The Bands Visit aku beli setahun setengah yang lalu.
Hanya sekarang aku ada kekuatan untuk menonton filem ini. Mungkin kalau Liverpool tak kalah aku tak akan tengok kot filem ni. Tapi season ini teruk, and im not gonna loose anything.
Filem pun bermula.
Ah seseorang pernah berkata,If the film is good u gonna know it right away. Kata seseorang yang bijak itu. AKu dah lupa samada ianya orang Russian ataupun orang Peranchis.lupa. Seseorang tentu pernah mengatakan tentangnya. Kalau tak ada orang cakap macam tu mungkin aku sendiri yang beranggapan begitu.
Ah aku memang selalu quote diri aku sendiri.
Dan begitu jugalah dengan The Bands Visit ini.
2 minit filem ini bermula aku dah dapat mengagak yang aku akan suka filem ini. 2 minit file mini bermula kau sudahpun tahu yang filem ini filem yang akan membuatkan kau orgasm.
First imej; lelaki berpakaian Orkestra ditepi lapangan terbang dalam keadaan keliru. Shot ini sahaja sudah cukup membuatkan aku terpesona pada The Bands Visit. Lihatlah betapa hebatnya Yahudi ni.
5 minit menonton The Bands Visit,aku tak peduli lagi tentang Barcelona dan Inter Milan. Go away Messi and Special One, I gotta to finish this movie this morning fikirku lagi.
Maka begitulah aku terus menonton file mini. Sekejap aku tergolek tepi sofa. Sekejap aku menerap bawah lantai. Kadang-kadang aku garu celah kangkang aku. Tapi perhatian aku tumpukan penuh pada imej-imej. Beremsra dengan imej-imej minimalnya. Ruang digunakan sebaik mungkin. Pekan yang daif itu dintjukkan dalam ruang yangmembina dan terpencil. Sesekali warna earth itu diganggu dengan kehadiran lelaki-lelaki Orkestra ini yang memakai uniform berwarna biru muda.
.
Mereka boleh sahaja pulang, tetapi atas nama tugas mereka terus berjalan dikota asing itu.
Ah Isreal, dan juga landskap Palestin, Iran, Iraq ,Mesir apa bezanya? Warna yang dull dan pasir bertaburan dimerata-rata.
Ianya sudah cukup membuatkan aku menutup DVD ini dan menonton 10 Abbas Kiarostami pula. Sekurang-kurang yang memandu kereta itu perempuan yang cantik. Ini lelaki orkesdtra yang berjalan kehulu kehilir tanpa tujuan. Nak buang cincin pun tak, nak pinang Puteri Gunung Ledang pun tak.
Jadi dimana stimnya filem ini?
Clue:wajah Tawfeck yang bersahaja dan tak pernah putus asa.
.
Dan juga suspen mereka adalah lelaki Egypt dan berada di Tanah Yahudi.
.
Kisah The Bands Visit ni mudah sahaja.
Bagi sesetngah pembikin filem ianya boleh tamat 15 minit sahaja, tetapi ditangan pengarah filem ini (yang namanya aku rahsiakan atas sebab-sebab aku malas nak tengok cover dvd tu balik) ianya berjaya dipanjangkan sehingga hampir tamat game Barcelona dan Inter Milan itu. This is a typical arab/jewish film yang kita boleh lihat dari filem-filem terkenalmacam taste of Cherry dan Children of Heaven itu.
.
Masalah diberi dari awal. Masalah yang basic dan the idea of solving it through the whole film.
The Bands Visit mengisahkan sekumpulan pemain orkess
tra dari Egypt yang dijemput datang ke pekan teprencil di Israel untuk membuat persembahan kebudayaan.
Bila sampai di Airport takde siapa yang ambik mereka. Mereka, 7 lelaki berumur naik bas dan sesat sehingga ke sebuah café yang dimiliki oleh perempuan Yahudi horny bernama Dinna. Kerana takde hotel, lelaki-lelaki itu menumpang tidur dirumah Dinna dan rumah lelaki Yahudi yang lain.
.
Bands Visit tak mahu berbincang tentang soal-soal remeh sejarah antara dua bangsa dan dua negara itu. Ianya juga tak mahu berbicara tentang bagaimana politik memisahkan dua bangsa itu. Tak banyak dibicarakan perbezaan antara dua negara itu. Ini termasuklah bila bapak seorang lelaki Isreal bercerita bagaimana ketika mudanya dia juga bermain muzik dan dia mendengar The Beatles dan Rolling Stones. Tapi tak sekali pun mention Bob Dylan yang yahudi itu sebagai inspirasi. See?
It’s a movie about peace between teo nation that rather not to talkThe writer try to avoid racial subject here.
Kalau ada pun mungkin pada babak akhir dimana Dinna, tuan punya café yang baik hati menceritakan ketika kecilnya dia dan keluarga suka menonton filem-filem Arab lakonan Omar Sharif sampai menangis. Tapi itu dulu, kata Dinna. Samada mencadangkan bahwa filem Arab sekarang tak baik, ataupun mengatakan yang dia sendiri yang sudah berubah ataupun keadaan politik yang membuatkan filem Arab tidak lagi ditayangkan di Israel.
.
The Bands Visit cuba menolak menceritakan tentang hubungan Isreal dan dunia Arab secara jelas. In another words, it is about realtionship Isreal and Arab but not really relly on that subject.
.
Ada satu lagi babakmenarik yang aku suka. Bila lelaki-lelaki orkestra minum di cafe Dinna, di dinding tergantung gambar kereta kebal dan beberapa gambar kemenangan tentera Israel dimedan perang. Melihat sahaja gambar itu lelaki dari Egypt itu pun sudah rasa benci dan cuak.Lelaki itu menggunakan topinya untuk menutup gambar kereta kebal itu. Uniform topi yang ditanggalkan menunjukkan askar yang tak complete.
.
Namun begitu filem ini mungkin tidak akan berjaya tanpa lakonan cemerlang pelakon lelaki utamanya(namanya dirahsiakan sebab aku malas nak tengok cover DVD itu) Lakonannya yang bersahaja dengan hidungnya yang besar memang membuatkan watak Tawfek itu berjaya meraih simpati aku. Wajahnya ada iras-iras Pie sikit. Dia berjaya menunjukkan lelaki Arab yang benci pada Yahudi dan dalam masa yang sama dia berterima kasih dengan hospitaliti yang ditunjukkan oleh Dina itu.
The Bands Visit sepatutnya dicalonkan dalam Anugerah Academy 2007 dalam kategori Best Foreign, tapi kerana ianya lebih 50% dialog dalam Inggeris.
.
Aku terus menonton sampai aku tak peduli game Barca vs Inter Milan. Aku kusyuk menonton hubungan Yahudi dan Arab yang terlantar didaerah asing ini. Dinna dengan mudah menunjukkan dia sebagai wanita Yahudi horny yang bertimbangrasa. Dia mmenumpangkan lelaki-lelaki Arab untuk menumpang tidur (!) dirumahnya. Dan juga membawa Tawfek untuk berlajan-jalan disekitar kawasan pekan kecil itu pada waktu malam.
Tamat The Band Visit aku buka channel bola. Tinggal lagi 10 minit. Tak mungkin Messi mampu melakukan magik lagi.
Aku mula membayangkan ayam Nandos yang dijanjikan oleh Zali kalau Inter Milan berjaya ke final.
Malam itu beberapa peristiwa menarik berlaku.
.
Ada beberapa benda aku belajar. Tapi adalah pengalaman ini berjaya mengubah persepsi aku pada sesuatu yang lain?
The Bands Visit? Adakah The Bands Visit berjaya mengubah persepsi aku pada Yahudi Israel? Tak. Menumpangkan lelaki-lelaki berpakaian uniform dirumah semalam tak membuktikan mereka orang baik dan bertimbang rasa (kerana akhirnya Dina mendapat apa yang dia nak dengan berasmara dengan lelaki muda dan hensem dalam orkestra itu)
.
Dan Barcelona vs Inter Milan pula ? Yang ini mungkin. Messi mungkin the greatest player since Maradonna tapi dengan tektik yang baik, Barcelona boleh dikekang.
.
.
Ketika imej-imej dari filem The Bands Visit masih bermain-main difikiran aku, wisel penamat dibunyikan. Tamat harapan Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan Champs League di Madrid. Dalam kekalutan Xavi tak puas hati. Messi termanggu, diskrin tv dipaparkan seorang lelaki berpakaian suit hitam berlari ketengah padangan dengan tangannya tertunjang kelangit. Dia meraikan kemenangan itu dengan penuh bergaya dan style. Lelaki itu adalah Jose Mourinho. That night he looks like a star.
He is as what he claimed as The Special One.
.
Its not everyday I admirer a Portuguese dude as a football manager and Egypt actor.
Maybe next screening I should watch a black and white Portuguese.
Vidas Secas?
.
If not I would still stuck in desert somewhere in small town of Israel with Tawfeck and his Orchestra men.