Monday, August 31, 2009

Writers Block of a Blog's Writer # 3

I
WHO menganggarkan mungkin 5 juta rakyat Malaysia akan mati akibat H1N1. Scary shit huh?
Tapi aku tak rasa kita, orang Malaysia takut dengan statement itu.
Di shopping complex hanya 10% yang aku lihat memakai mask.
Di pasar Ramadhan hanya 5% yang aku lihat memakai penutup muka.
Di surau sembahyang Terawikh takde lansung yang memakai pentup muka.
Lalu aku pun membuat kesimpulan aku sendiri; Rakyat Malaysia lebih rela mati dengan rasa terhormat dari hidup dengan kongkongan.


II
Merdeka.
Apa ertinya? Aku tak tahu. Atau aku tahu tapi saje aku buat-buat tak tahu. Aku tahu tapi tak secara detail.Aku ibarat orang lumpuh yang dicucuk2 kakinya dengan senjata tajam. Aku tahu ianya memberi kesan, tapi aku tak rasa impactnya.
Jangan salahkan aku sebab tak dapat menghayati merdeka. Mak aku yang menyorok celah hutan, celah pokok pisang tengah malam dari Jepun, bukannya aku. Aku tak boleh alami apa yang bukan aku telah lalui. Seribu Stanilasvki juga tak mampu memberi impak dari teknik lakonannya magic if itu untuk memungkinkan aku merasa penderitaan orang-orang pra merdeka menetang penjajah dan memungkinkah aku untuk menangisi pengorbanan mereka setiap kali Merdeka menjelang.

Merdeka dulu bagi aku overnight di Dataran Merdeka. Dan menjerit sekuat hati bila tiba larut malam.
Merdeka bagi aku sekarang mengintai ditepi tingkap melihat bunga api.
Merdeka bagi aku lagu Sudirman yang patriotik.
Merdeka bagi aku English lari, Jepun datang dan pijak perut tok nenek aku lepas tu lari dan English datang balik.
Merdeka bagi aku cuti dari kerja. Duduk kat rumah dan tengok tv.
Dan kalau itu definisi aku tentang merdeka aku rasa aku tak salah.

Aku perlu duduk dalam gelap dan bertakafur buat seketika untuk merasai nikmat kemerdekaan itu dan merasa betapa bertuahnya aku dengan kehidupan yang aku lalui sekarang dengan merasakan semua ini adalah kesan dari kemerdekaan 52 tahun dahulu.

Masalahnya sekarang adalah..........Kadang-kadang aku rasa admirer pada orang yang boleh menjawab dengan cantik dan baik bila ditanya apa pengertian merdeka pada mereka. Means aku rasa cemburu. Statement seperti itu banyak aku baca dalam berita dan suratkhabar setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan.
Mereka akan mention tentang membebaskan diri dari penjajah dan bukan itu sahaja malahan banyak lagi bla bla bla bla.....Memang cantik ayat mereka. Jujur atau tidak, tak penting. Tapi definisi mereka cukup jelas dan bermakna. Aku cemburu.
Dan kalau soalan yang sama ditanya pada aku, jawapan aku pendek.
“Merdeka itu bebas dari penjajah”
Jawapan aku yang klise. Seperti filem-filem hantu Melayu di hari raya.
Aku perlu cari jawapan yang lebih kreatif. Yang lebih teknologi dan lebih artistik.

Kadang2 aku cuba berfikir sebaliknya. Bagaiamana kalau memang kita masih belum merdeka. Bagaimana kalau kita masih dijajah British. Bagaimana kalau rombongan Merdeka dari Tunku Abdul Rahman dll ditolak mentah2 oleh British dulu. Adakah negara kita akan jadi lebih baik? Setakat mana kita akan maju? Bolehkah kita memperaktikan kebebasan yang kita ada sekarang dengan hilai tawa yang besar? Sehebat mana hedonism kita? Jujurkah kita pada sekuar yang kita alami? Atau kita hanya masih mempamerkan fake orgasm?
Siapa tahu? Kita mungkin boleh jadi seperti Hong Kong atau Singapore? Adakah jati diri aku akan hilang?
Adakah kebebasan yang kita dapat lebih baik kalau kita masih belum merdeka? Mungkinkah kita akan lebih unite kalau kita masih belum merdeka? Seperti India, bila merdeka dari British ada yang mengatakan lebih baik mereka terus berada dibawah pentadbiran British kerana pertumpahan darah berlaku antara orang Islam dan Hindu selepas mereka Merdeka?

I dont want to puzzle myself with a basic question. Sudah tentu Merdeka lebih baik. Biar jadi kuli dengan bangsa sendiri dari jadi kuli dengan bangsa luar? (betul ke? Hehe) Ya Merdeka lebih baik dari terus dibawah kuasa dan orang lain.Kita boleh buat pilihan kita sendiri.
Nak buat jarum atau nak buat kilang kereta.
Nak kena sebat atau tak kena sebat.
Kereta Jepun atau korea.
UMNO atau PAS.
Chelsea ataupun AC Milan?
Kita boleh pilih tanpa ada pengaruh orang luar.

III
Tepat pada masanya aku pun keluar. Di pertengahan jalan ada seorang pemberita menghalang aku.
”Encik boleh saya interview encik sikit”
“Ya silakan. Berkenaan apa ni ya?”
“Oh ya ini tentang sambutan Merdeka yang tinggal beberapa hari saja lagi. Apa erti merdeka pada encik?”
“Errr…..Erti merdeka pada saya ya?”Aku tahu harinya akan tiba bila aku diajukan soalan ini. Aku pun menggaru kepala.
“YA encik apa erti merdeka pada encik?”
aku tak tahu nak jawab apa.Tiba2 melihat seorg pakcik berumur pertengahan tahun berjalan melenggang dihadapanku. Dia mempamerkan senyumannya yang lebar.
“Merdeka pada saya bermaksud...Pergi beli ayam percik di Pasar Ramadhan dengan tak payah pakai penutup muka H1N1.....dan......dan mati dalam keadaan terhormat” Jawab aku konfident.
“Oh ya? Hmmm.... Lain sungguh definisi merdeka bagi encik. Tapi tak mengapa itu hak encik.Terima kasih encik kerana sanggup meluangkan masa untuk interview ini”
“Sama-sama”

Struggle sesuatu bangsa itu adalah bergantung pada masa dan keadaannya.
.
* Orphan is a kick ass movie..a sick movie but cute too. reminds u of Nicholes Roeg's Dont Look Now. Pergi tengok filem ni kalau ada duit. kalau takde duit, duduk kat rumah diam-diam

Thursday, August 27, 2009

The Genius of Alex Turner

Penatlah menulis....layan gambar jelah.

Ni cover album baru Arctic Monkeys. Humbug. Tolong beli dan bagi aku pinjam, ok.

Sunday, August 23, 2009

Happy Anniversary

Aku akan sentiasa ingat bulan Puasa sebagai bulan dimana aku mula berhenti menghisap rokok.

In a way, dah setahun aku tak hisap rokok. Terima kasih demam dan sakit tekak yang secara tidak lansung mendorong aku untuk merealisasikan cita-cita aku itu. Dan Bob Dylan's Blonde On Blonde.

Happy anniversary Saat, kata jantungku tersenyum. Its ok my heart, u help me to save my own money. Did I told u its never impossible, katanya lagi. yeah its not.

Ini ulangtahun yang jarang-jarang aku sambut. Alhamdullilah kepada Tuhan kerana telah mengabulkan permintaan aku.selain menjadi penulis, smoking free adalah sesuatu yang aku idam-idamkan.

Dulu aku takut berhenti hisap rokok kerana takut kreativiti aku terhalang. Aiceh! Konon! Walaupun aku tak lagi rajin menulis, walaupun masih takde idea-idea besar yang aku kemukakan, tapi aku tak rasa ianya mempengaruhi lansung apa yang aku buat. (kreativiti aku tak berjalan lancar sebab godaan movie dan TV)

Dan kesannya ? Aku rasa dunia ini lebih indah dan udara lebih segar untuk disedut. Aku tak lagi semput bila naik tangga. Aku dah mula boleh berlari 100 meter dibawah 20 saat.( Walaupun perut aku menjadi boroi akibatnya, tapi tak ape...itu kesan dan akibat yang aku sanggup tempuhi)

Walaupun dah setahun aku tak merokok, tapi kadang-kadang keinginan untuk menghembus asap karbon itu masih meluap-luap dalam fikiran aku. ah ianya adalah godaan yang tak akan berakhir.Tambah lagi bila selepas makan nasi sambal sedap, atau tom yam atau masakan yang pedas-pedas. Pergh! Dulu memang sedap menghisap rokok sambil bersandar tepi dinding lepas makan makanan macam tu. Kadang-kadang ketika berhenti tepi lampu isyarat pun tiba-tiba teringat nak menyedut dan menghembus asap rokok. Pergh sedap gila! Kena lentuk beb.Sebagai anak jantan, takde yang lagi best dari hisap rokok beb.rasa macho giler.Sedapnya memang susah nak bayang. jantung yang menggelegak dan tekak yang gatal2. Pergh....
Tu belum makan sireh lagi tu....

Keinginan untuk merokok bertambah lagi bila duduk berdua dengan Ajin dikedai mamak. Ajin minum teh o dan aku minum Nescafe panas. Pergh! Cuba bayangkan betapa ianya meleleh ditekak ku. teringin je tangan aku merayap menarik keluar batanng rokok dari kotaknya dan menyalakan rokok itu dan melekat kemulut aku.Tapi nasib baik Ajin hisap Sampoerna je, kurang sikit nafsu aku untuk mencuba rokok kretek tu.....

So sape yang hisap Dunhill, Marlboro aku taknak jumpa. Sorry. Jangan ajak aku berbuka sama dengan korang. Ty.

Nothing is impossible. Tiru macam saya. Berhenti menghisap rokok dan bibir anda akan kembali seksi.

Wednesday, August 19, 2009

Rabun, Cik Siti Wan Kem dan Waiting For Godot Too

Dah kerja hampir 10 tahun tapi inilah kali pertama sesuatu yang berharga tertinggal dirumah bila aku dah sampai opis. Dan kesannya aku separuh buta.Nope bukan tertinggal dompet, bukan buku, buku lagi kunci pejabat, tapi cermin mata. tertinggal seluar kat rumah takpe, asal jangan tertinggal spek. Kesannya? Sepanjang hari aku hampir meraba-raba.

Kesnya klasik. Cermin mata tertinggal dalam bilik, dan bilik itu berkunci. Dan kunci bilik itu ada pada wife. So? Takkan aku nak naik motor pi kerja dgn mata aku tak nampak? Mungkin aku patut ambik cuti. Tanpa cermin mata aku takde bezanya dengan orang yang buta. Tapi apa alasan aku untuk MC? Tertinggal cermin mata dalam bilik? Tak pernah dibuat orang….Not a good excuse. mereka tak akan percaya. bagi mereka yang tak pakai cermin mata itu alasan yang remeh. Jadi aku tiada pilihan kecuali pergi kerja juga...

Terhegeh-hegehlah aku menunggang motorsikal itu. nasib baik tak langgar anjing.

Baru aku tahu macamana rasanya jadi orang buta. Memang siksa.

Ketika naik motor aku berangan2 aku mencipta device yang boleh mengesan cermin mata. Kalau aku American dah lama aku kemukakan idea tu pada siri TV American Inventor. Aku rasa ianya satu idea yang bagus. Sebab aku, dan juga seorang kawan pernah mengeluh kerana kehilangan cermin mata. Dan dia sendiri pernah spend setengah hari mencari cermin mata yang hilang tu.
Dengan alat yang aku cipta ni, bila ditekan butang itu cermin mata yang hilang akan turut berbunyi dan mengeluarkan warna merah. I could be rich. But to think of it, its a stupid invention anyway.....

Maka menontonlah aku preview Cik Siti Wan kembang dan Waiting For Godot Too dalam keadaan separuh buta, separuh blur, separuh sedar. Ye, barulah absurd melayan teater absurd dalam keadaan jelas tak jelas.

Menonton dramatari CSWK membuatkan aku sedar apa yang missing dalam hidup aku. Baru aku sedar yang sebenarnya suka tengok orang menari. Dan tak banyak dance yang aku tonton sebenarnya. Maybe next time kalau ada tarian lagi aku akan pergi tengok. Antara show paling enjoy pernah aku tonton adalah 10 Emas ditangan Suhaimi magi, Joseph Gonzales, Ramli Ibrahim, Dr Zul dan lain-lain lagi.

Waiting For Godot Too (yang dulu pernah dilakonkan oleh 2 komedian Amerika Stever Martin dan Robin William, pelakon kesukaan FIona Kab).
dilakonkan oleh 2 pelakon tempatan yang cukup serasi diatas pentas. Aku suka dengan ton Shukri yang light dan bersahaja.Dia dah pandai mula mengawal nada suaranya dengan baik, sesuai dengan karakternya. Kalau dia terus berusaha insyallah, dia boleh mendapat tempat bila-bila masa sahaja dalam drama swasta TV, melakonkan watak dan karakter 'anak mak' menggantikan Ako Mustapha. Dia cukup serasi dengan watak2 begitu.
dan Fiona pun boleh pergi jauh melakonkan watak multi cultural dengan kepelbagaian slang bahasanya.

Walaupun rabun, tapi dari jauh aku boleh nampak yang mana satu Fiona dan yang mana satu Shukri. Itu tak sukar.

WFDT Bermula dengan persoalan atheist dan berakhir dengan perkataan 1 Malaysia…seolah-olah mengetengahkan idea bahawa isu keagamaan bukan lagi soalan pada zaman ini sebaliknya isu 1Malaysia adalah yang harus ditangani. Idea pengarah untuk sesuatu yang junub dan falsafah yang tinggi kepada sesuatu yang lebih ringan, rasional, logic dan terkini.

Sebagai pengkarya Muslim, sudah tentu Syali tidak mahu menyentuh persoalan agama dengan lebih meruncing, tetapi temptation untuk mengadaptasi naskah klasik ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditolak godaannya. Kerana pada sesuatu masa ianya kelihatan lebih dekat dengan kisah Zoo Story (another famous absurd play by Edward Albee yang memperkenalkan genre Absurd di Amerika Syarikat). means to have a play based on this famous play of absurdity is..say hard to resist. Walaupun tema dan pendekatannya tak sama dengan Beckerd’s original idea. .. It just like I make a short film title Blade Runner After Deckard, or Life in Mordor After The Ring’s Demise dan juga Who Killed Mr Orange? Not a parody but just a tribute title. That makes Waiting For Godot Too seems like a perfect title for a 10 minutes play.

it nice to stage a play about play. either its a statement agaians it or just to support it. I myself have plan to wirtie something as a reaction against Camus Outsider.

But I think the best thing about that play is that we have to pay to see it. This is rare in this faculty. But a good and revolution. I hope in next stage the students have guts to ask money from the audience.At least with this effort students will have some money and work hards of their production.
This probably a reaction from Ahmad Tarmimi Siregar statement weeks ago in dialog Puncak Perdana on Muzikal Production in Malaysia. “We need to pay the money to see play. No more free stage. No more free Theatre.We have to respect the artist and all their titik peluh and so on bla bla bla”

So this is a good start. 3 ringgit for Waiting For Godot Too will reminds u of 3 Penny Opera by …ahh the mention of that German Brecht again makes me shrink......

Are u ready for Chalk Circle?

Monday, August 17, 2009

Tahniah dan Takziah.

Tahniah
Tahniah kepada Sasterawan Negara ke 10, Dr Anwar Ridhwan.

Aku pernah beberapa kali berjumpa Dr Anwar. Di majlis, bengkel penulisan dan juga ditepi jalan. Orangnya bersih, kemas, sentiasa berpakaian warna putih (kalau tak pakai baju kot) dan kecik-kecik je orangnya.
Beliau orang yang susah nak senyum.

Lepas ni siapa pula yang boleh dinobatkan SN ke 11?

Aku ada cadangan aku sendiri. Oh ye untuk menjawab soalan itu aku ada satu teka teki bodoh .

Kalau atlit lelaki dipanggil Olahragawan, dan atlit perempuan adalah olahragawati.
Kalau penulis lelaki adalah sasterawan Negara, Penulis perempuan?
Jawapannya: Sasterawan Negeri.


Ye aku harap untuk next Sasterawan Negara, Fatimah Busu boleh diangkat. Dr Fatimah Busu. Aku tak boleh berdebat panjang lebar kenapa aku pilih beliau . Mungkin kerana aku rasa sudah tiba masanya penulis wanita dihargai sumbangan mereka. Tapi yang utama adalah kerana aku hormati pilihan dia menolak Sea Write award kerana membantah kegagalan Thailand masalah pergolakan kaum/agama Selatan negara itu. And for that she deserve Sasterawan Negara……or like I suggest, Sasterawan Negeri.

Takziah.
Takziah kepada ustaz Asri, yang terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani.

Alfatihah. Arwah masih lagi muda. 40 tahun.
Kalau Yasmin Ahmad jatuh pengsan di TV3, Ustaz Asri jatuh pengsan di RTM.

Semua bersetuju Ustaz Asri mempunyai suara yang menarik. Bukan sahaja bila dia menyanyi tapi juga bila dia melaungkan azan. Termenung mendengarkan antara suara Thom Yorke , tiupan trumpet Miles Davis dan mendengar laungan azan arwah Ustaz Asri adalah satu perkara yang sama.
Kombinasi dia dan Amy Search untuk menyanyikan kembali lagu Mentari Merah diUfuk Timur adalah antara yang paling ganjil, tetapi berhasil.

Memang menarik untuk melihat sumbangan Rabbani dalam perkembangan

Pada tahun 1990, hanya ada beberapa major pergerakan dialam muzik tempatan. Kru, 4u2c, Nico dengan rap melayu, kemudian muncul pula Siti Nurhaliza. Dan gerakan atau revolusi yang paling besar pada dekad 90an bagi aku ialah kemunculan kumpulan nasyid Pop. Seperti yang ktia tahu bermula dengan raihan, kemudian Rabbani, Brothers dan lain-lain lagi.
Interesting period, kerana bila nasyid muncul ianya membawa satu style baru dalam persembahan dan gaya. Nasyid bukanlah asing dalam muzik tempatan. Pada awal 80an ada banyak kumpulan nasyid yang dibarisi oleh penyanyi wanita seperti Hijrah dan lain-lain lagi (aku lupa namanya tapi M Nasir ada mencipta lagu untuk kumpulan2 ini) . Yang kita boleh lihat di RTM setiap hari Jumaat (shooting di public spaces dengan pemandangan air terjun ) tapi akhirnya kumpulan nasyid wanita itu tenggelam dalam arus perdana . Walaupun ada antaranya yang terus merakamkan ambul but it remains underground.

Kemunculan Raihan dan rabbani mempopularkan muzik nasyid ternayat memberi nafas baru kepada perkembangan muzik tempatan yang ketika itu ketandusan idea baru. Mereka hadir dengan baju yang cantik, gaya yang simple . ya ianya terus menjadi trend; baju Raihan. Kopiah rabbani dan lain-lain lagi. Album Raihan ketika itu dijual sebanyak 100 ribu unit!
Satu rekod yang aku rasa akan terus kekal untuk satu jangka masa yang lama.
Walaupun aku takde album nasyid ni, tapi aku hormat perjuangan mereka. Ya nasyid Pop adalah ‘the happening’ things in the 90s for me…

Kalau Raihan adalah Backstreet Boys dan Rabbani adalah N Sync, Maka perbandingan itu memang wajar kerana dari N Synclah terhasilnya Justin Timberlake which is…..Ustaz Asri himself. an artist that only can depends on himself alone to move on.
But of course, Ustaz Asri is more than that.

Di facebook, ketika memberi komen tentang kematian arwah, aku menulis "Yang baik-baik pergi meninggalkan kita , Yang tinggal kat dunia sekarang hanya orang-orang jahat macam kita ni"

Wallahualam.

Sunday, August 16, 2009

writer's block of a blog's writer # 3

I
Ianya dunia yang gila bila asam boi dieja dengan asam boy.

Kita banyak mendengar dan menyebut sesuatu benda sehingga lupa ejaan yang sebenar benda tu. Seolah-olah kita tahu jasad tapi tak kenal roh yang mana. Ini satu lagi konflik falsafah dunia yang Plato dan Sokrates tak pernah bangkitkan.
Sebab sepatutnya ejaan datang dulu, baru sebutan. Bukan begitu?
Pengajaran: kenal ejaan dahulu pastu baru tahu sebutan)
Tapi mulut manusia, dia peduli apa.

Aku pun sama. Tapi ketika itu aku kecik lagi, mana aku tahu. Aku sebut apa yang senior aku sebut. Aku ikut apa yang senior aku ikut.

Contoh ayat 1: “Ali terar main baling selipar”
Contoh ayat 2: “Ahmad terar panjat pokok”
Contoh ayat 3: “Sazali terror Matematik”

Teror bagi kami maksudnya pandai. handal . hebat. Tak boleh ditandingi.
Teror dalam kamus bermaksud ketakutan yang amat sangat.
Terrorist pula bermaksud pengganas.

Takde kena mengena lansung dengan hebat, handal atau apa sahaja.

tak ke jauh lari tu?

Yang kelakarnya perkataan ini (aku rasalah) digunakan oleh banyak budak2 di seluruh Malaysia. Bukan kami yang di Perak sahaja, di Pahang, di terengganu mugnkin. Di Johor maybe.
Jadi mesti ada seorang dalang bahasa yang tersilap sebut, tersilap maksud telah mempeloporkan ayat dan bahasa yang salah buat semua kanak2 di seluruh Malaysia….

Ah fucklah! Kadang2 aku dah tua ni pun pakai perkataan teror tu lagi
Contoh ayat: “C. Ronaldo tu terror tapi gerrard lagi teror ”
Contoh ayat 2: “Geofreey Rush tu memang teror berlakon”

Terar? Itu pasal bila baca satu blog tu aku ketawa dia eja terror…teringat kembali zaman kecik-kecik.

Atau ada maksud lain atau ejaan lain bagi terar(atau terror) tu?
Sebab satu lagi maksud terror (dalam kamus yang aku ada) bermaksud orang atau barang yang menyusahkan…..so? lol
Atau mungkin memang asam boi dieja dengan asam boy?

II
Ianya dunia yang gila bila asam boi dieja dengan asam boy.

Betul! Banyak ejaan makanan yang kelakar-kelakar lu boleh jumpa dikedai makan.

Macamana pula ejaan betul bagi char kuey teow?
Ah Peduli apa tentang ejaan makanan ye tak? Yang penting sedap tak sedap..itu aje.

Thursday, August 13, 2009

Writers Block of a Blog's Writer # 2

Antara anak, student dan menulis.(dan juga hubungan dengan tuhan)

Antara hobi, tanggungjawab, Amanah, beban dan juga DVD pirates.

Aku kena selalu ingatkan ini. Bila aku lost, bila aku tergapai-gapai dan bila aku cucuk duit kat mesin ATM.
Aku kena focus. Kena ambil setiap kesempatan yang ada. Masa itu emas dan demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Ianya satu struggle yang tak akan tamat.
Sekali aku menyertai Right Brain Society, aku tak boleh pandang belakang. Aku kena terus melukis, menulis dan bergossip.

Sebagai manusia aku masih belajar untuk jadi manusia..
Sebagai penulis aku masih terus meneroka kealam bawah sedar aku sendiri.
Sebagai guru aku masih cuba mendalamni perasaan dan konflik anak2 muda ni. (kenapa mereka ni lembab sangat?)
Sebagai ayah aku baru sahaja merangkak untuk menjadi ayah.
Sebagai orang yang duduk dikota aku masih lagi tercari-cari dimana KLPac (eh jangan gelak ada orang Sentul pun tak tahu mana KLPAC ok)

Aku kena kerja keras. Kejayaan tiada jalan pintasnya. Bukannya seperti highway yang boleh tekan minyak 130 km sejam. Dan juga tak ada tol. dalam dunia yang mencabar ini, if u dont work hard enough, you die. Or be nothing. Siapa nak bayar PTPTN kau?

Aku kena kerja keras. Work hard and be nice to people adalah motto kita diakhir zaman ini. (hello H1N1)
Ya aku kena kerja keras………Get Rich or Die Trying kata Ajin. Aku kata Work Hard or die Trying.

Cuma sesekali aku rasa aku perlu mengunjungi kedai2 karaoke itu.
Lama tak test power suara beb.

Monday, August 10, 2009

Writers Block of a Blog's Writer

Kadang2 aku perlu mengingatkan diri aku yang aku sedang sibuk menyiapkan tulisan fiksyen. Aku sepatutnya dalam misi yang serius. Ya kerja menulis ni bukan satu kerja yang main-main. Tak perlu membuang masa menulis benda2 macam ni….

Aku ada semua yang aku perlukan; laptop yang boleh on off bila2 aku suka.
Bangku yang membuatkan aku sakit punggung bila aku duduk tapi masih mampu bertahan untuk 2-3 jam sekali duduk. Meja yang......macam meja. Kipas angin yang berpusing tepat kepada aku setiap kali aku kepanasan. Air panas dan milo atau kopi yang mampu membuatkan aku terus panas. Dan juga CD yang membakar semangat aku.

Cuma ada satu je masalah aku. Masalah yang membelenggu selama ini. Dihadapan aku ada pokok yang dipotong rantingnya. Pokok biasa sahaja sudah cukup untuk memberi inspirasi? Tak cukup. Itu tak cukup, aku perlukan pokok-pokok itu terhoyong hayang bila tiba waktu malam, seperti biasa yang pernah berlaku dahulu. Ini pokok kering kontang tak bernyawa. Itu je dah buat aku spoilt. Penulis dan inspirasinya bukanlah sesuatu yang boleh dipeprkotak-katikkan.

Begini kisahnya...., aku tinggal disemua rumah yang kecil. Kalau Martha Graham melompat kaki kirinya menyentuh hujung sudut bilik ini dan kaki kanananya boleh sampai kedapur.Begitulah kecilnya rumah yang aku duduk ni sekarang.
Namun begitu ada beberapa alasan membuatkan neighbourhood ini yang paling sesuai bagi aku selain daripada sewanya yang berpatutan. Dihadapan ruang tamu ada sebuah tingkap kaca yang besar. Dan ditepinya ada pokok yang rendang. Kadang2 bila angin malam bertiup, daunnya membelai memanggil2 aku. Cantik bayang-bayangnya diatas laman penuh rumput itu. Kadang2 bila aku tak boleh tidur, aku layan pokok tu membelai malam. Kau yang pernah mengalaminya pun tentu tahu betapa indahnya perasaan itu bila ianya berlaku. Romantik ialah rasa keindahan pada alam.

Begitu juga dibilik kecil yang aku gunakan sebagai bilik menulis(melukis). Dari balik tingkap, ditepi jalan raya itu ada sebaris ada pokok yang cantik yang lebat daunnya. Tapi itu dulu,pokok yang rendang itu kini tinggal togel. Macam ayam yang dah dicabut bulunya. Tak ubah macam pokok di Hiroshima kali pertama kena bom dulu (Saje je aku exagerrate kasi nampak over sikit) Sejak kali pertama ianya dipotong gondol sehingalah sekarang, aku tak bersemangat lansung untuk menulis. Aku tak faham kenapa mereka buat begitu.... Sejak bila ranting pokok membahayakan manusia? Berapa banyak kes ranting pokok membunuh orang? Maka dengan itu aku declare, takde orang yang lebih aku benci ketika ini dari orang yang memotong pokok dan ranting pokok. They the worse. Splitters!

Mungkin aku perlu alihkan meja aku ini ketempat lain untuk pemandangan yang lebih cantik, tapi buat masa ini biarkah aku meratapi pokok yang telah dinodai itu. Atau mungkin aku perlu tanam pokok baru dihadapan bilik kecil aku ni Ah! Gampang!



Dan jika soalannya kenapa aku mengambil masa untuk menyiapkan tulisan fiksyen aku itu; jawapannya adalah kerana dihadapan bilik aku pokoknya dah takde kick. Inspirasi aku dah hilang bersama jatuhnya ranting dan daun-daun yang berguguran itu. Ah! Gampang.

Jangan diperkotak-katikkan intiusi seorang penulis dan inspirasinya.
(Gabbo sendiri pernah pindah negeri hanya kerana katanya negeri itu tak memberi inspirasi kepadanya Ah! Apatah lagi sebatang pokok!)

Bagi memujuk hati yang lara aku bayangkan kalau aku ada sebuah bilik dihadapan pantai yang ganas ombaknya. Mungkin aku boleh menulis terus 12 jam tanpa henti!
Tapi aku akui, imaginasi aku tak sampai kemana. Aku bukannya didepan pantai yang bergelora, sebaliknya aku di Bandar Sri Damansara mengadap pokok yang tandus puncaknya.

Kalau aku lambat hantar manuskirp kat diaorang atas alasan pokok , agaknya diaorang boleh terima tak?

Sunday, August 9, 2009

Waiting For Godot Too (Wednesday 12 Ogos 2009)


Tajuk: Waiting For Godot Too

By Fasyali Fadzli Saiful Bahri
Host:Short And Sweet Malaysia
Type: Performance

Price:RM30/RM15 (Senior Citizen & Student)
Start Time:Wednesday, August 12, 2009 at 8:30pm
End Time:Sunday, August 16, 2009 at 11:30pm
Location:Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)


Storyline: Berkenaan dua orang manusia yang tak kenal satu sama lain sedang menunggu sesuatu. dua-dua cakap orang putih. tapi mudah faham. dalam masa menunggu ni, banyak benda diorang bercakap. nak tau derang cakap apa? datang lah menonton teater ini.
.
Interesting project to watch. How different it will be from that Beckets original or it just a mock of absurdity in the first place?. Or fasyali just use to title to provoke you (the audience and soon will be the audience) cause looking at the poster at first glance it looks like Albee's Zoo Story..Since this is one of the earliest of its genre( if u consider that Ubu Roi is the first absurd play) its important to see young talented artist like Fasyali tackel the subject with his own intrepertation (God, religion and Existential).
.
Aku akan cuba pergi Insyallah, walaupun aku dah lupa jalan nak ke Sentul.

Thursday, August 6, 2009

ROCK OTAI


* Cuba cari kat mana aku dalam gambar ni?
.
.
.
( Dengar cerita ramai yang tak puas hati dengan konsert Search 1 Ogos tu ek? kesian. nasib baik aku tak pergi.....Bilalah Kings of Leon nak turun KL ni...)

Sunday, August 2, 2009

ABU, Demo dan H1N1.....

Musim berdemo datang lagi.
Awal-awal ABU dah ajak aku ikut dia, Tapi macam biasa aku akan menolak.
Sehari sebelum kejadian bersejarah tu kami pun duduk bersembang, bercerita dari hati ke hati. Abu masih cuba mempengaruhi aku menyertainya.
“Sabar jelah Abu. Suatu hari nanti ISA tu akan dibubarkan juga.”kata aku. Abu pun pok pek pok pek memberi alasan dan hujahnya.
Dalam hati aku cuma berfikir, “sibuk je Abu ni. Macamlah tuk nenek, mak bapak dia pernah kena tahan ISA. Mereka mencarut pun tak, takkanlah nak kena tangkap bawah ISA. Dah macam takde benda lain nak diperjuangkan.”Kata aku dalam hati.
Abu terus pok pek pok pek. Aku diam aje. Kemudian aku cakap, memberi beberapa alasan kenapa demo tu bukanlah satu cara yang baik meluahkan rasa tak puas hati.
“Kesian peniaga-peniaga kecil. Bukannya orang lain, kat area tu; kebanyakkan bangsa kita jugak. Hari minggu nilah mereka nak berniaga, nak cari untung. Bila kau berdemo nanti semua kedai tutup. Takde pelanggan nak datang. Jalan raya pun boleh jadi sesak, jam. Menyusahkan orang! Macamlah kau tahu yang demo kau tu boleh buat kerajaan harmakan terus ISA ni. Janganlah selfish sangat Abu oi. Malaysia merdeka takdepun nak berdemo banyak semua. Tunku Abdul Rahman dengan bijaknya slow talk dengan orang sana mintak merdeka. Ada caranya Abu. Tak perlu nak bersesak-sesak tengahari rembang tu, kena baling asap, simbah air semua. Ah kau ni saja je nak famous ni kan Abu?“ Kata aku lagi dan Abu pun tertunduk malu.
“Nak famous tu satu hal Saat. Tapi ini isu human right. Freedom of Speech. ..” Kata Abu pok pek pok pek.
Abu terus membebel ISA ni zalim, tak berperikemanusiaanlah.
Aku diam kan aje. Mugnkin betul katanya tu. Bila orang dah menghayati politik taksub begitulah jadinya.
”Memang ISA tu melanggar hak asasi manusia. Tapi sebusuk-bususk ulat pun ada kegunaannya Abu. Mungkin cara praktilannya tu yang kena ubah sedikit kot. Malaysia ni negara unik. Orang-orangnya sensitif. ISA gunanya bukan untuk satu bangsa je, bangsa lain pun boleh dapat faedah dari ISA ni kalau betul caranya. Kalau Melayu kutuk bangsa lain, obleh juga kita kenakan tindakan ISA pada mereka no hal” kata aku.
“Tak boleh Saat, tak boleh. Ini dah melanggar hak asasi dan human right manusia. ISA harus dihapuskan dari muka bumi ni!” Kata Abu yang marah sangat!
”Bagaimana kalau demo yang kami buat tu berjaya membuatkan kerajaan haramkan terus ISA ni? Adakah kau pula akan berdemo cara yang sama meminta ISA ni diadakan semula?”
“EH aku takde masalah kalau kerajaan nak haramkan ISA ni, Abu. Aku ikutkan aje cara kerajaan nak uruskan negara. Pantang anak Melayu menderhaka kepada raja dan pada pemerintah Abu. Dan kalau aku nak buat demo pun, aku tak pergi ke tempat lain. Aku pergi Kompleks PKNS je”.
”Kompleks PKNS demo apa?”
”Kat Kompleks PKNS je ada studio jamming .Dataran Merdeka mana ada. Buat demo lagu!”kata aku ketawa.
Geram je Abu dengar aku putar belitkan katanya. Kemudian dia cakap;
”Baiklah Saat, kalau kau taknak join. Aku terpaksa menyertai mereka semua. Aku bukan macam kau, aku dilahirkan memang untuk berdemo, Aku dilahirkan untuk hidup dan mati ditengah jalan, sebagai pejuang demokrasi.”
”Kalau begitu, baiklah Abu. Aku doakan kau selamat pergi selamat balik” Kata aku. Kami berjabat dan berpelukan. Abu mengesat matanya tanda kesedihan.
”..lagi satu perkara Saat. Aku nak mintak tolong kau ni sikit. Kalau aku kena tangkap nanti, kau tolong jamin aku ok”
”Baiklah Abu. Tapi mana duitnya?”
”Alah...kau pakailah duit kau dulu. Nanti aku gantilah kalau aku ada duit. Kalau takde....kira burn ah ok”
“Aku pun mana ada duit Abu”
“Alah kau mintaklah student sapa2 yang ada PTPTN. Diaorang kan ke banyak duit! ”
“Baiklah Abu”
Abu pun berangkat ke KL pada hari itu juga. Aku melambainya dari perhentian bas mendoakan dia selamat pergi dan selamat pulang.

Pagi berikutnya, aku dapat sms dari Abu “Saat, aku telah dijangkiti dengan virus H1N1. Aku kesana sebenarnya nak sebarkan penyakit ini pada semua orang. Kalau aku kena demam ni, semua orang lain pun patut kena. Aku akan bersin pada setiap manusia yang aku jumpa, baik anti ISA, pro ISA dan juga sesiapa sahaja kah kah kah. Matilah kau “ tulis Abu. Huh?! Aku terkejut! Betulkah sms yang aku baca ini? Abu ingin membalas dendam pada semua sebab dia dapat selsema babi? Babi betullah Abu ni. Bila aku bertanya kesahihan cerita ini, Abu tak membalas sms aku. Aku mula risau. Bagaiamana dengan beribu-ribu anak muda Melayu yang akan berdemonstrasi nanti? Bagaimana pula dengan pihak polis dan FRU yang bertugas hari itu? Bagaimana dengan Mat Sabu, Lim Kit Siang , Nasution, dan Hishamudin Rais? Mereka itu hero-hero Malaya. Kalau mereka kena demam H1N1, siapa yang nak jaga Malaysia ni lagi? Siapa yang akan jadi pembangkang?Siapa yang akan menegakkan keadilan? Macamana orang Malaysia nak tahu Socialist dan Komunis tu lebih baik dari Kapitalist kalau orang-orang ni takde lagi? Aku mula mengucap panjang. Tiba-tiba ada satu kekuatan baru dalam diri aku untuk memperjuangkan nasib mereka. Aku rasa aku perlu selamatkan mereka. Bakar lilin tak bakar lilin, aku kena perjuangkan nasib semua dari dendam dan nafsu serakah si Abu ni.

Aku pun terus berlari keluar rumah. Dalam hati aku nekad nak selamatkan pejuang-pejuang demokrasi itu dari H1N1. nasib Malaysia baru kini berada dalam tangan aku. Yeah!
Aku terus berlari masuk ke Dataran Merdeka. Bila aku haus aku singgah kejap dikedai minum. Tapi semua kedai telah tutup. ”Makcik, air tembikai satu !” Tanya aku pada makcik yang jual air tepi jalan tu. Tapi makcik itu sudahpun mula menutup kedainya ”Makcik tak boleh jual air nak. Ada demonstrasi hari ni. Makcik kena tutup awal. Kalau makcik tak tutup kedia, habis semua barang makcik pecah, berkecai nak ”
”Tapi saya haus makcik. Kat mana saya nak minum ni? Makcik cakap je berapa ringgit saya boleh beli air makcik”
”Kalau kau nak air makcik, cakap kat kawan-kawan kau tu jangan berdemo kat tengah-tengah bandar ni. Orang nak meniaga susah!”
”Mereka bukan kawan saya makcik, sumpah saya tak kenal mereka” Jawab aku ,tapi makcik tu terus belah.
Aku pun pergi ke 7 Eleven. Sudah tentu kedai 24 jam itu tak tutup ketika ini. Tapi bila aku sampai disana, kedai itu sudahpun penuh sesak dengan orang. Ada juga yang kulihat mengambil kesempatan dengan mencuri air minuman yang ada. Bila aku nak masuk je kedalam kedai itu, dibelakang ada beberapa polis yang datang dengan cota masing-masing. Semua yang dalam kedia berkenaan mula lari lintang pukang. Termasuklah aku.
Aku pun terus berlari keluar. Aku bersesak-sesak dengan lelaki-lelaki yang lain. Disetiap jalan yang aku lalui aku cuba menjengah Abu. Tapi tak kelihatan. Kemudian bila smapai ditepi lorong Masjid India, aku nampak kelibat yang aku cari sejak pagi tadi.
Itu pun Abu! Dia dikelilingi oleh para demonstrasi dan juga pihak polis.
Abu berdiri ditengah-tengah dibulatan besar. Semua seolah-olah takut untuk menghampiri Abu.. Ketika itu dia sedang menyelak bajunya yang bertulis besar. AKU ADA H1N1 KAH KAH KAH. ”Jangan dekat aku! Nanti aku bersin karang” Kata Abu ketawa terkekek-kekek sambil mengejek polis itu.
“ABU!!!! JANGAN BERSIN!!!!! Kesian ahli parti pembangkang, mereka semua ada kat sini!!! “ Jerit Aku. Dan Abu berpaling, baru dia perasan kehadiran aku.
”Oi Saat? Haha akhirnya aku berjaya juga membawa kau bersama-sama untuk berdemonstrasi ni ye Saat! Kah kah kah” Jawab Abu yang tak habis-habis membetulkan hidungnya. Rasanya dia nak memaksa dirinya untuk bersin. Siot je Abu ni. Nampaknya dia benar-benar nak orang lain jangkit demam tu darinya.
”Abu! Kalau kau bersin sekarang, kau akan ditangkap bawah ISA!!! Ini isu keselamatan Negara, Abu!” Jerit aku lagi.
”Masuk ISA? Wow! Itu yang aku nak tu! Kah kah kah Lepas ni aku mesti akan jadi hero. Orang kampung mesti akan hormat kat aku sampai bila-bila. Kah kah kah. Ya ya aku mesti bersin untuk masuk ISA! Saat, jangan lupa ambik gambar aku bila aku ber-.....” Kata-kata Abu itu tak sampai habis kerana tiba-tiba sahaja air laju dipancutkan kemukanya oleh polis berhampiran. Sepantas kilat Abu terpelanting keudara . Bila dia jatuh kebawah, pintu lori telah terbuka luas untuknya. Dia masuk betul-betul kedalam lori polis yang sedia ada. Sebaik sahaja Abu masuk, polis ditepi pun terus menutup pintu lorinya. Sekelip mata sahaja Abu telah berjaya ditangkap polis.
Lori itu terus bergerak meninggalkan tempat itu.Aku terus mengejar Abu yang hanya mampu melihat keluar dibalik tingkap besi itu.
”Saat!”
”Abu!” jerit aku cuba mengapai tangan Abu tapi tak sampai.
”Saat, kau letakkan gambar aku ni kat setiap pokok pisang, pokok kelapa, surah dan kedai runcit kat kapung kita ya. Aku nak semua orang hormat aku sebab aku kena tangkap ISA. Orang pertama dari kampung kita yang masuk ISA”
”Baiklah Abu. Semoga satu hari ada nama jalan diambil dari nama kau Abu. ” kata aku.
Bila lori itu terus memecut laju, aku tak lagi boleh berlari mengiringnya. Abu hanya sempat melambai pada aku sambil tersenyum.

Hajat Abu aku tunaikan. Aku tampal semua gambarnya disetiap pelusuk kampung kami. Tapi bukan gambar dia masuk kedalam lori sebaliknya gambar dia menayangkan T Shirt H1N1nya kepada polis dan para demonstrasi.
Bila Abu pulang kekampung lepas aku jaminnya, Abu jadi terkenal. Tapi bukan terkenal sebagai hero yang masuk ISA, sebaliknya sebagai orang dikampung kami yang pertama sekala ada H1N1. Sejak itu juga, takde siapa beranai berjumpa dengan Abu. Dia dikuaranti dirumahnya sendiri dan dilarang bercampur gaul dengan penduduk kampung lain.

Abu yang berharap menjadi hero, sebaliknya penduduk-penduduk kampung aku mengangkat aku pula sebagai hero mereka kerana berjaya menyelamatkan nyawa pemimpin-pemimpin Parti Pembangkang. Malam itu seisi kampung bakar lilin untuk kesejahteraan aku. Abu hanya melihat semua itu dengan sebak dibalik tirai tingkap rumahnya....

Abu oh Abu. Kesian Abu...menang sorak, kampung tergadai.....