Gembiranya ABU hari ni kerana akhirnya dia akan bertemu dengan hero pujaan hatinya.
Dengan kembalinya Chin Peng ke Malaysia, Abu telah menjemput heronya itu untuk hadir dikampungnya bagi meraikan kepulangannya. Untuk itu dia bercadang mengadakan kenduri doa Selamat secara besar besaran. Untuk menjayakan kenduri itu Abu sanggup tumbang lembu 10 ekor, kambing 40 ekor dan ayam 2 ekor.
tapi Abu tahu, kalau dia mewarwarkan kedatangan Chin Peng bekas komunis itu, pasti akan ada penduduk kampung yang membantah. terutama kerana beberapa minggu kebelakangan ini filem Bukit Kepung ditayangkan semula di kampung itu melalui channel Astro.
Jadi Abu mengubah strateginya. bagi mengaburi mata penduduk kampung, dia mencanangkan yang Anwar Ibrahim, bekas pemimpin UMNO akan turun melawat kampung itu. Maka berduyun-duyunlah penduduk kampung berganding tenaga membantu mempersiapkan diri untuk majlis tersebut.
Abu ketawa gelihati kerana berjaya menipu orang kampung haha.
Maka pada hari yang ditunggu, maka berkumpullah semua penduduk kampung. Kompang, bunga manggar dan silat telah sedia menunggu disimpang jalan. Reporter seluruh pelusuk dunia hadir melaporkan kejadian bersejarah itu. Bunga api yang merak menyala juga sudah disapkan untuk pesta pada malamnya. Tepat pada masa yang dijanjikan, muncullah sebuah kereta Limo besar berwarna hitam. Penduduk kampung mula bersorak. Tapi bila yang keluar daqri kereta itu hanyalah seorang lelaki bernagsa Cina dan tua, semua penduduk mula keliru.
"Ini bukan Anwar Ibrahim. A. I. hensem, bukan macam ni" kata penduduk kampung.
Maka semua pun bersurai dengan hampa kerana pemimpin yang ditunggu bukanlah seperti yang disangka.
Hanya Abu seorang yang ketawa besar.
Dia terus mempelawa Chin Peng untuk menjamu selera makanan yang disediakan. Chin Peng mengucapkan syabas kepada Abu kerana dia memang tidak menyangka kepulangannya akan disambut mesra oleh lelaki bernama Abu.
Abu dan Chin Peng terus bersembang macam kawan lama. Chin Peng yang peramah membuatkan mereka semakin cepat mesra. AChin Peng mudah membuatkan Abu ketawa dengan lawak-lawak komunisnya, lawak yang disimpan sejak 1950an sehinggalah keruntuhan Russia.
“Bila Chin Peng bertanya tentang perkembangan politik di tanahaair, Abu mengajak Chin Peng untuk turut serta dalam Mogok laparnya.
“Molok Lapar? Haiya Lu gilalah. Wa turun balik sini Malaysia pun sebab wa .mau makan manyak manyak woo..Watpau mau molok lapar? Kita berperang komunis duduk dalam hutan bertahun-tahun pun supaya lu orang boleh makan sedap-sedap wpp.Watpa wa mau ikut lu Mogok Lapar? Lu gila lah ” kata Chin Peng terus beredar.
Abu mulai resah. Strateginya nampak tak menjadi. Dia tahu kalau dia berjaya meyakinkan dunia yang Chin Peng mahu turut serta dalam Mogok lapar, sudah tentu dia akan menarik perhatian semua.
Tiada jalan lain, Abu kena paksa Chin Peng ikut serta dengannya.
Hanya ada satu jalan sahaja fikir Abu untuk menghalang Chin Peng pergi ; ABU harus berbaring diatas jalan menghalang kereta Chin Peng.
Chin Peng terus meluru kekeretanya. Tanpa berfikir panjang, Abu dengan kain pelikatnya terus merebahkan dirinya dengan berbaring diatas jalan bagi. bagi Abu hanya itulah cara yang paling realist, yang paling murni yang paling bijak dan yang paling radikal untuk menghalang Chin Peng dari pergi. Ya, Abu memang fanatik.
“Haiya lu gila ah. Itu sultan punya kereta lu tahan dengan lu punya baring bolehlah dia tak langgar sama lu. Itu Sultan sayang sama lu! Wa bukan macam dia. Wa tak takut woo woo mau langgar sama lu”kata Chin Peng dari balik cermin keretanya.
Tanpa berfikir panjang Chin Peng terus memacu keretnya lajudan menggilis badan Abu yang masih terbaring dihadapan jalan. Abu menjerit kesakitan tetapi Alhamdulillah Abu tak mati, dia cuma tercirit keluor taik hijo. Orang kampung bergegas cuba menyelamatkan Abu.
Strategi Abu untuk membawa Chin Peng pulang dan mengajaknya menyertai Mogok Lapar tidak berjaya kerana tarikan makanan yang sedap-sedap di Malaysia ini.
Orang kampung yang bersimpati dengan Abu walaupun Abu telah menipu mereka, telah cuba menelefon klinik yang tedekat. Sementara Abu dikejarkan kerumah sakit kerana perutnya perlu dijahit, Chin Peng pula terus pergi dengan kereta Limonya meredah kegelapan malam dan tak kembali lagi.
Abu oh Abu……..
Tuesday, May 26, 2009
Wednesday, May 20, 2009
3 Budak Melayu....

3 Budak Melayu- tajuknya seakan mudah untuk dibaca. Sorang UMNO, sorang PAS dan sorang PKR. But no sir, this film is not about politics. Thats not their agenda. Like Dude, Wheres My Car whos journey just about for the Demi Moores husband to find his missing car, this 3 Budak Malay as a struggling students with lack of funding and money, just want to make movie. Sounds familliar? yeah just like us all. A subject that is close to home.So thats their struggle. And meeting Ah Long in the process. Whether we believe that thats a true subject or not, thats a different lookout.
On a fine day I would say, 3 Budak Melayu probably has best introduction dialog ever. A personal favourite. A dialog on how lazy Malay students are, how useless, how blur they are. The statements itself already makes this film as one of the best.
One famous France male( Godard that is) once said, when he gave Lynch's Wild At Heart the award of the best film at Cannes many years ago"The first few minutes (of the film) are the best I ever seen, so why bother to continue watching?" Something like that. Same goes with 3 Budak Melayu.
Yes with that honest statement about how lazy our students are, This is more importan opening line than American Beauty's intro line "..... My name is Lester Burnham . Less than a year, I'll be dead" or Bravehearts "....... I shall tell u about William Wallce. Historian from England will called me a liar. But histories are written by those who hang heroes", or any other brilliant line opener.3 Budak Melayu line opener falls into that category. A dialog that is shakes u up when u heard it first time..
But of course it takes a guts to say something like that. And as Malay student themselves, its kinda give green light for the production on 3 Budak Melayu to say the most brilliant first few minutes...that malay student is...... Only they can say that and get away with it.
So why keep on shooting when the story should just end there?
No sir, it got to be more than just that, not just their ordinary short film title.
It has to be in a full lenght. A feature film. A digital feature film nevertheless.
With RM15K, this is the first feature film made by a local university students.
So a mat Fit, an Ah Long who suggest they make a porn movie, a jawa boy should come in between and fit the whole story. Imagine 8 1/2 meets Ferris Bueller Days off. No just kidding.If the first intro seems convincing, their next journey not.
kalau mereka sanggup bersiap kemas cantik untuk makan dikenduri orang lain, kita tak ditunjukkan pun betapa laparnya mereka?
Kalau mereka desperate sangat untuk membuat filem, kita tak nampak pun paksaan dari pensyarahnya( yang hanya kita nampak beberapa adegan pensyarah menyalah guna kuasa)
Kalau mereka desperate sangat untuk membuat filem, mana prosesnya?
Kalau mereka desperate sangat untuk membuat filem, mana ending shot nya? mana ideanya dan apa kisahnya?
Dan banyak lagi...
Kenapa tak develop itu semua sebagai basic structure untuk storyline?.....Tapi itu formula filem moden lama; give an excuse for a reason, then built up a character, a story from that. We might be fed up with the same formula. So 3 Budak Melayu come and go and do things for no reason. Of course this is not the first movie that play with that kind of storytelling. A postmodern works? postmodern is a big word but might close to it.
Ada beberapa babak membuatkan aku tertanya kenapa perlunya kewujudan babak tersebut? Especially tentang babak yang menccertikan tentang pensyarah yang membuat filem....ianya kelihatan lebih kepada personal attack on somebody.
I dont think that scene is necessary.
3 Budak Melayu mula nampak "meriah" dengan kemasukan Sham Mat Pit dan Azim as Ah Long . its a good sign cause all the lead actor in this movie, (except for Zaidi Omar dan Liza Othman of course) are acting students. And theyre doing they job well.
Aizam is doing well at narrating the whole film and as actor hes doing the best he can by just being himself. Cuma Yaya dan Arjun nampak sedikti terpencil. Kalau mereka juga diberi peuang untuk menjadi 'lead' dengan narrate sedikit babak akhir, sudah tentu lebih menarik. Eceh. kalau dialog mereka dipanjang lebarkan aku rasa sudah tentu mereka akan lebih mampu untuk menonjol ,dengan karakter2 natural mereka.
Well anyway,The poster is nice in my opinion. 3 Budak Melayu yang memilih untuk membelakangi audience mereka seolah-olah takut atau malu untuk memeperkenalkan diri sendiri. Not a conventional idea but it works here. Tho its not original idea (Forrest Gump anyone?) 3 malay students looking at their own faith (in a words writeen by others? hehe)
Walau apa pun, tahniah kepada semua produksi 3 Budak Melayu ini. Its a good and brave effort.Diharapkan semua pelajar boleh menyinar diluar nanti, sama seperti bersinarnya subang ditelinga sang Pengarah Filem ini ketika Press Conference di Finas tempoh hari.
*3 Budak Melayu adalah produksi honor showcase pelajar-pelajar filem Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Insyallah akan ditayangkan dipawagam digital yang berhampiran dengan anda.
Sunday, May 17, 2009
ABU dan Jualan Gudang

Lately ada banyak warehouse sale dimana-mana. Jualan murah. Everything must go katanya. baik buku perabut, tilam, barang elektrik, komputer dan macam-macam lagi.
Abu paling beriya ajak aku setiap kali dia terdengar ada warehouse sale.
“Jom Saat, Ahad ni ada jualan gudang kat PJ” kata dia menelefon aku.
Jualan gudang? Jual apa? Baju? Buku? Perabut? Eletronik?” Tanya aku balik.
”Entahlah saat. Aku baca ada Jualan Gudang je. Tak kisahlah jual apa, janji warehouse sale. Inilah rahmat dari recession!”katanya lagi menjerit kuat. “Sikit lagi Ipod, Apples, BMW, Mercedes pun akan dijual secara gudang. Gila tak gila ah! Penangan kapitalist!”
Betul gak cakap Abu. Selsema babi tak selsema babi, Masa nilah nak shopping gila babi. Adakah ini rahmat dari recession?
Kami kesana naik motor. Dan sepanjang itu Abu membebel pada aku tentang teori ekonomi. Impak capitalist pada dunia ketiga. Aku antara dengar tak dengar sebab desiran angin kuat ketelinga.
Bila sampai dihadapan kilang itu, tempat itu hanya dipenuhi dengan mat indon keluar masuk. Ianya kelihatan lebih macam konsert Dewa 19 dari konsert Black Dog Bone.
“hah ko tengok ni Saat. Orang Indon ni lagi pandai berbelanja dari orang kita. Mereka tahu menghargai nilai wang mereka dengan hanya berbelanja di tempat-tempat yang ada sale, terutama di tempat jualan Gudang seperti ni. Kau pernah nampak Mat Indon ni shopping di One Utama? Mid Valley? Mane deeeee” kata Abu bangga.
Bila masuk kedalam, ruang hanya sunyi sepi tak nampak macam jualan Warehouse seperti biasa. Takada muzik yang membingit telinga, yang ada hanya kedengaran alunan muzik dangdut yang samar-samar.
”Eh mana pergi orang ni Saat? Takkan sunyi je. Biasa sesak kalau ada warehouse sale ni”
Dihadapan kami terbentang berpuluh-puluh meja tetapi ianya bukanlah jualan gudang barang eletrik, jual baju, jual buku ...tapi yang terbentang diatas meja itu katun-katun rokok.
Aku mula naik angin.
"Ek eleh Abu. Memanglah jualan Gudang....tapi Gudang Garam!Bukan warehouse sale! Ishk Abu ni” kata aku pandang Abu kecik je sebelah mata.
”hahaha Sorrylah Saat. Aku tak baca habis iklan tu semalam. Sorry”
”hah! Apa lagi Belilah rokok Gudang Garam tu sekotak”
” Sorrylah Saat wa hisap Marlboro je. tak hisap rokok kretek ni...” kata Abu macam kerek sikit.
Abu oh Abu......
Tuesday, May 12, 2009
Seraphine
Biasanya inilah yang berlaku ketika aku cuba menonton filem France di pawagam."Seraphine? Serapine?" Aku mula gelisah macamana sebutan yang betul harus aku tuturkan. Kalau aku silap sebut nanti budak kaunter tu gelak kat aku. Its easy with Amelie, But Seraphine....
Ye biasanya itulah yang berlaku....And since the only French words I know is comse comsa, others French language makes me tremble.
Maka aku pun memberanikan diri pergi ke kaunter. Budka yang jaga kaunter tu kurus dengan tagname bernama Aziz. Dia tersenyum. Aku pun membuka mulut.
“Seraphine satu. Pukul 7 malam” kata aku confident. Seraphine. Aku sebut ‘pine’ tu macam ‘pine’ darah. Macam orang English sebut Seraphine.Nasib baik budak kaunter tu tak gelakkan aku kerana hanya selepas menonton filem itu barulah aku tahu,Seraphine ejanya SEGHAPIN!” ‘Sera’ dengan Idgham Maalghunnah dan Pine..adalah pin, macam pin baju.
Ada beberapa filem yang aku tak boleh kata tidak (means kena tonton) 1) Filem yang diarahkan oleh pengarah kegemaran....... 2) Filem yang dilakonkan oleh pelakon kesukaan...... 3) Filem yang berdasarkan biografi........ 4) Filem yang berkenaan pelukis, baik biografi, docu ataupun total fiction. I cannot say no to this film. Seraphine is about a struggling artst yang akhirnya menjadi gila. How can I say no to this film? Even van Gogh sendiri would line up to watch his contemporary if hes still alive. And one more thing, shes a naive artist. Gosh I'll skip Wolverine and a thousands of Bohsia , and i straight to que to buy tickets for Seghapin.
.
How to rate this film? I have no idea. Premisnya mudah sahaja,filem ini dibuat untuk dunia tahu yang dulu pernah ada seorang pelukis naive bernama Seraphine. Pada awal abad ke 20. Itu sahaja. Takde surpirse. Takde effect. Paling kuat pun ianya boleh menuntun persembahan lakonan baik dari pelakon utamanya.
Jadi aku rasa tak adil untuk memberi bintang atau thumbs up pada filem sebegini bagi aku.
Not like Ghandi or anything else. Filem ini bergerak mudah dari satu bahagian ke bahagian yang lain tanpa ada sebarang kejutan (dari sinopsis ia telah menyatakan Seraphine akan jadi gila)
Kekuatan filem ini adalah seharusnya ia memberi inspiration kepada penonton.Especially struggling painter like me. The idea is its inspire people to keep on working and working and just be honest with yourself, with your arts. And if u have talent, one day people will recognize u.
And Seraphine is one lucky woman kerana dia bekerja sebagai amah di rumah yang didiami oleh Uhde, seorang pengumpul seni dan gallery owner yang mampu menghargai karya-karya avant garde, naive ini. A state of luck or faith?.
Peranan WilhelmUhde sebagai art collector juga menarik untuik diperkatakan. It sugegst that as an art collector, kita seharusnya bergerak mencari artist (mengetuk pintu rumah artist itu sendiri) dan bukannya hanya duduk melenggang kaki digaleri menunggu artist/pelukis sendiri datang menyembah kamu.
Seraphine probably the orginal naive artist. Dia di ‘discovered” pada sama masa ketika Henry Rosseau mula dikenali dalam lukisan-lukisan naivenya 9atau Modern primitive according to Uhdel. Maka adalah penting untuk pengkarya filem Peranchis yang rasa mereka bertanggungjawab untuk mengetengahkan nama Seraphine ini dimata dunia untuk membuat filem mengenainya.
Seraphine for me is an original artist. Not a fake one neither plastic one.Dia melukis bukannya kerana dia terpengaruh dengan karya-karya lain dalam bilik Uhde, dan bukan juga kerana itu adalah escapistnya bila kesunyian (Dia melukis sambil menyanyinya lagu kemegahan kepada tuhannya...ya obses pada Tuhan adalah inspirasi utama kepada pelukis-pelukis2 naive atau outsider terutamanya di Amerika Syarikat dan di Amerika Utara) . tetapi Seraphine memang original artist lama dahulu sejak sebelum dia mula melukis. Dia seorang inviromentalist yang setia. Sukakan kepada alam.Dan dia juga selalu bercakap dengan pokok hence shes really artist.
And by being mad just put her in the same category as van Gogh and others crazy people. Are they really crazy? yes they are. The price of being different and genius and highly talented. And for that honor, they make a movie out of her.
Naive art atau Raw Art atau Outsider Art atau Art brut adalah cabang seni yang menjadi pilhan aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selain dari Henry Rossuea, Dubuffet, Adolf Wolfi, Merati, Cy Twombly,Picaso (karya-karya akhirnya sebelum dia mati) ada beberapa nama penting lagi dalam seni naive ini. Dalam seni catan tempatan pun , naive art menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini dengan Yusof gajah dan beberapa pelukis perempuan muda yang lain yang giat berkarya dan semakin diterima oleh peminat seni catan tempatan.
tapi memang sukar untuk mengenal pasti kesemua pelukis naive kerana jumlahnya yang banyak. Mereka didiscovered hampir setiap hari dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Banyak juga pelukis yang mula dikenal pasti hasil catan mereka setelah beberapa tahun mereka mati. Seraphine adalah salah seorang dari mereka..
Seraphine just won cesar Award for best film this year. Best Actress for Yolande Moreau, Best script, cinematography, best costume dan...err banyak lagi sial.
Now, if the government (our goverment that is...our outority) have budgets to make film, I suggest we spend it on a biografy movie like this. We could make movies out of Latif Mohidin’s life (should make interesting on cause as a child he conidered as a prodigy) , or Syed Ahmad Jamal or Chuah Teng Teng, Ibrahim Huseein, Redza Piyadasa,. Or Jailani or Wong Hoy Cheung or ...gosh so many names of locals important painter/artist. No fancy stuff, no extravagant set and such, just shoot it as it is, with great acting it will be just worth made.
Pengajaran dari filem Seraphine:
1) jangan under estimate nilai dan penghayatan estetik orang yang tak belajar seni, terutama dari orang bawahan anda, hatta orang gaji yang tua sekalipun.
2) Art collector harus berani memperkenalkan karya-karya jenis baru kepada kontemporari audience.
3) Alam adalah sumber yang baik untuk inspirasi dalam berkarya. Eceh.
4) Kalau taknak bayar duit sewa rumah, jalan laju-laju bila melintasi rumah tuan punya rumah.
5) menjadi sunyi adalah sebahagian dari rangkumi kehidupan sesiapa sahaja yang mahu menjadi artist, maka mereka harus berani melepasi saat-saat getir itu, kerana jika kamu French, suatu hari nanti pasti ada pengarah filem yang akan mengarahkan kisah hidup kamu.
Monday, May 11, 2009
Blog Naufal

Amir Naufal dah ada blog sekarang ok, jangan memain.
Tajuknya Pengembaraan Naufal Budak Magik...konon-konon macam Naufal the Puff Dragon ah. Salah satu sebabnya sebab mak dia suka tengok Merlin. hah a.
Ini linknya.: http://amirnaufal08.blogspot.com/
Dan sudah tentu, aku yang tulis blog ni sebab Naufal hanya baru 5 bulan, jangankan menulis, merangkak pun dia masih belum boleh lagi ok. (jangan terpedaya dengan perkataan magik tu ok)
Thursday, May 7, 2009
A Hot Vacation.
I need a vacation. A hot vacation. aku perlukan satu percutian yang panas.
Aku ucma mahu keluar buat seketika..lari dari kehiudpan mundane. lari dari the same routine, perjalanan ke opis yang sama, lari dari motor yang sama, mahu lari dari asap lori dijalan raya, lari dari mesin yang sama, lari dari cermin yang sama, lari dari bilik opis yang sama, komputer yang sama, blog yang sama dan facebook yang sama.
Aku teringin untuk layan bungee jump. biar aku terapung diudara beberapa ketika dan jatuh menjunam, tapi ada tali yang merentap kaki aku.
aku mahu menyelam didasar laut di Pulau maldieves dan digigit oleh ikan-ikan asing.
Aku mahu bersiar-siar di kota paris dengan skuter yang laju dan aku memakai spek hitam dan tanpa helmet.
Aku mahu berpanas di padang pasir menaiki unta yang kehausan sampai terjelir lidah kami berdua.
I need a hot vacation.
2009 setakat ini ubkanlah tahun produktif aku. Aku menjadi semakin malas bila dikelilingi oleh orang-orang yang sama malas. Aku masih belum memulakan apa-apa tulsian novel. Aku masih belum merangka teater. Aku masih belum menulis satu sajak pun pada tahun ini. tapi aku sempat dalam masa 24 jam menyiapkan sebuah cerita pendek yang bertajuk Kami Bukan Anjing. Kisah tentang seorang FRU yang cuba untuk berhenti dari kerjanya kerana tak tahan melayan para demonstrator. Aku hantar ke Mingguan Malaysia tapi tak diterbitkan. apatah lagi kalau aku hantarke Harakah atau Suara Keadilan lol.
Aku tak produktif. tak ada salah siapa kecuali diri aku sendiri. Aku perlu disebat beratus kali dengan tali yang bersalut dengan paku yang tajam supaya aku kembali untuk bekerja macam anjing* ( diambil dari lagu Beatles..its been a hard days night, and i ve been working like a dog...remember?)
tiada apa yang mengembirakan aku kecuali dapat menulis sebuah lagi novel yang beratus-ratus muka surat.
Di Perak, lelaki-lelaki yang memakai baju Sgt Pepper Lonely Heart's Club Band itu bergasak lagi, merebut kuasa, sepatutunya itu yang menarik perhatian aku tapi aku lebih senang memikirkan bagaimana peluang Chelsea ke perlawanan akhir Champs League dirobek oleh Barcelona kerana referee itu tidak mahu memberikan Chelsea penalti.
Aku nampaknya memerlukan satu rehat yang panjang....dan begitu juga dengan engkau sebenarnya .

Tuesday, May 5, 2009
PWTC Pesta Buku Antarabangsa KL: Mohd Nazri beli buku aku.
Jem sepanjang PWTC sampai kesekolah Perempuan yang berdekatan.
Bukan sahaja kereta diparking kiri dan kanan jalan tetapi bas besar tersekat-sekat dalam kesesakan lalu lintas dihadapan. Nasib baik gua pergi naik motor. Kalau gua pi naik kereta dah lama gua sakit jiwa stuck dalam traffic jam wa cakap lu. Aku park motor aku dicelah-celah motor yang lain, tak jauh dari pakcik yang jual aiskrim tu. Kalau sebab tak ramai budak2 sekolah berkumpul mengelilingi pakcik kaiskrim tu, mahu juga aku singah ke gerai bergeraknya itu dan menghabiskan 2-3 ringgit aku untuk sesuap aiskrim . tapi nak control macho dan control hensem, aku tak berhenti digerai situ sebaliknya terus berjalan dengan laju walaupun aku tak lambat walaupun aku tahu, ice cram dan buku makes a good combination.
Show (show lah sangat) aku bermula pukul 3 dan sekarang baru pukul 2.05 minit. Yes kita kena punctual. Walaupun kita ni bodoh. Lembab takpe. Tapi kena tepat janji. . kena datang awal. Janji mula pukul 3 kita kena terpancul pukul 2!
Dengan baju batik jawa aku melenggang. Beberapa kanak-kanak duduk ditepi jalan sambil memegang plastic majalah Ujang. Ada beberapa signboard “use main door”. Tapi mana satu main door aku pun tak pasti. Setelah beberapa kali kehulu kehilir berpusing sampai ke Chow Kit aku akhirnya jumpa pintu masuk ke PWTC.
Ye orang memang ramai pada hari Ahad pesta Buku KL 2009. Berlanggar bahu jantan betina tua muda , orang yang ada dit nak beli buku dan orang yang hanya nak tunjuk muka (macam aku). Bukan sahaja orang muda, pakcik-pakcik yang sebaya P Ramlee pun ada tolong memeriahkan suasana. Kenapa mereka semua ada disini aku pun tak tahu, bukankah rakyat Malaysia hanya membaca 3 mukasurat sahaja setahun? takkan mereka ni semua nak beli buku? fikirku lagi. Mereka ada ke duit nak beli buku? takkan mereka ni semua tahu baca buku, fikir aku lagi.Atau mereka semua datang kesini nak tengok aku dalam sessi bersama penulis anjuran DBP itu?Lagi tak masuk akal. Akhirnya aku mengambil keputusan yang mereka ini datang ke PWTC memang kerana mereka sukakan buku.
Dicelah sudut, ditepi dinding yang tersorok ada seorang ibu yang menyalin pampers anaknya.
Dibeberapa sudut yang lain pula anak-anak kecil berkejar-kejaran.

Orang Malaysia malas membaca? Betul ke? Tapi tak mungkin statistic itu dipersoalkan kebenarannya hanya kerana ada ramai pengunjung di KL book fair ini. tapi kalau mereka kesini bukan untuk buku habis tu untuk apa? Mungkin perlu diperbetulkan statistic itu. Make it 4 pages a year…...
Tak susah mencari Gerai DBP walaupun penat bersesak-sesak aku jumpa juga tempat yang ingin dituju. Aku memberanikan diri menyelinap kecelah-celah rak buku itu. tengok buku-buku aku. Aku tersenyum sendirian macam tak percaya tengok nama aku atas kulit buku itu. Kalau aku kaya memang aku beli 10 buku aku tu dan bagi percuma kepada yang lalu lalang. But im Not Mother Theresa and Im not Bill Gates. Kau nak beli buku ni kau pakailah duit kau sendiri, fikir aku lagi.
Tepat pukul 3, Mohd Nasruddin Dasuki dan Mohd Shahidan, moderator sudahpun duduk dibangku itu. Mohd nasruddin ni memang cool orangnya. Semua Solana dijawab tenang olehnya dengan kakinya yang bersilang. Kalau tak silap aku kali terakhir aku jumpa dia, rambut dan misainya masih hitam lebat tapi sekarang dah mula beruban. Tapi apa-apa pun Mohd Nasrudin Dasuki dan Mohd Shahidan memang cool.
Dia Tanya aku jawab. Dia Tanya aku jawab.Soalan2nya seperti yang telah aku jangkakan tapi ada masa-masanya aku jawap merepek jugak. Dengan tangan yang berbelit beli tak ubah macam Bruce Lee dalam The Big Boss.
Dia Tanya macamana mula timbul minat menulis….aku kata ketika masa aku kecil ayah aku bagi diari untuk aku tulis. Dari situ mula minat menulis timbul.
Dia Tanya siapa penulis yang inspire aku..aku jawab Nora, Shahnon Ahmad dan Albert Camus( Tanya aku 100 tahun pun aku beri jawapan yang sama) ermasuklah majalah Gila-Gila dan Variasari…
Dia tanya halangan aku ketika menulis....aku jawab aku takde PC sendiri.
dia tanya nasihat kepada penulis baru....aku kata akulah penulis baru. Dan aku tak boleh basihat diri sendiri.
Akhirnya aku berterus terang, kata ku buku ini bukanlah buku yang aku nak tulis. Aku tulis ni sebab nak masuk pertandingan je. Aku juga katakan yang aku tak puas hati dengan penulisan buku ini dan kalau diberi masa lagi aku boleh menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagiku.I'll be back, kataku . ya sempat aku promo filem baru Terminator kat situ.
Sessi itu berlansung sejam lebih. Berbuih buih mulut aku menjawab soalan-soalan En Mohd Shahidan itu. Tekak aku terasa haus. Dan memang meletihkan. My 15 minutes of fame? make it 16 minutes. (tho nobody really notice and pay attention to words we said hehe)
Dalam beribu-ribu manusia yang ada kat PWTC ketika itu, hanya ada seorang budak kecil yang beli buku Rahsia Malam Merdeka. Actually ayahnya yang belikan untuk dia dan kemudian diserahkan kepada aku untuk tandatangan. Nama dia Mohd Nazri…. Dia mungkin kurang dari 11 tahun.Aku tak tahu nak sign apa, aku Cuma tulis “Mohd Nazri……belajar rajin rajin” ….ye itu je yang aku tulis. Aku tahu bunyinya macam fake sangat tapi ko ingat aku biasa sangat ke sign2 benda macam ni?!
Selesai sahaja sessi soal jawab, bila aku melompat je keluar dari bangku itu, aku terserempak dengan sahabat lama , Din namanya. A nice young man yang memang minat dengan idea-idea revolusi dan pemberontakan. dia memang banyak libatkan diri dalam kerja-kerja NGO dan kebajikan ini. Aku kenal Din dah lebih 10 tahun. Pernah dengar rumours dia ni nak dimasukkan ke ISA. Tapi aku rasa dia terselamat.
“KAu tulis buku apa ni? Askar? Revolusi?” tanyanya bila dia tengok cover buku aku. Aku Cuma tersengih. Aku tak tahu nak jawab apa.
“Aku bawak RM50 je. Aku tak tahu nak beli buku kau ke buku Hishamudin Rais ni” katanya bergurau. Dan aku pun hanya ketawa. Ya itu memang kelakar.
“pergilah kegerai sebelah. Hishamudin rais ada buat book signing. Dekat tu je. pergilah” katanya.
“Hishamudin Rais? Where?” kata aku excited!
“kat sebelah gerai ni je”
Wow! Hishamudin Rais is here? That’s my all time favourite artist. I watch all his movie. Hes my fav indie director. Yeah, of course Im going to meet him, buy his book and get his signature. he is my fav film direcotr, my fav politic analysis and my fav men in dress” kata aku menguntum senyum.
Bila dia beredar, aku pun terus keluar dari PWTC.
Ketika aku bersesak sesak keluar dari bangunan itu, melihat semua manusia yang ada, satu pertanyaan terlintas difikiran aku... Satu persoalan yang ingin aku tujukan kepada seseorang adalah sesuatu yang berbunyi begini. “This is Kuala Lumpur Festival Book” tapi kenapa Melayu je ramai? Mana bangsa lain?
Kenapa? Tapi inilah yang berlaku biasanya di pesta Buku KL sejak dulu. Melayu je datang.
Yes In Malaysia we have set a standard. Kalau dijangka Melayu akan hadir.penuh pada satu2 acara, bangsa lain mesti tak akan datang. Dan kalau bangsa lain punya program melayu mesti tak turun and its not Alam Tam’s concert were talking about. Dimana visi One Malaysian yang kita nak capai itu? Buut then again bila difikirkan, memang ada gap berlaku antara mansyarakat majmuk di Malaysia ini. dan kita tak boleh buat apa untuk hilangkan masalah ini. We comfortable with what we are. Dan…we are all comfortable with that situation. Well itu tak penting, yang penting boyfriend Elizabeth Wong adalah lelaki Melayu. Dan yang lagi penting sekarang adalah….. Mohd Nazri dalam keadaan sihat dan sejahtera.( I should remember the name all people who bought my books haha ..)
.
Dalam aku melenggang nak balik, aku hanya mengidam satu: makan aiskrim pakcik motor itu. Tapi bila aku sampai disana, dia sudahpun tak ada. Aku doakan bisness dia masyuk hari ni. Ice cream dan buku memang satu kombinasi yang baik.
Pastinya dia akan datang lagi ke PWTC untuk festival Buku pada tahun hadapan dan menjual ais krimnya. .Aku mendongak keatas langit, hari nak hujan. Aku letakkan helmet diatas kepala dan aku rempit selaju-lajunya untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang aku berdoa Mohd Nazri akan menjadi budak baik dan rajin belajar. :)
Terima kasih DBP.
Sunday, May 3, 2009
ABU komunis menangis tengok filem Bukit Kepung
Seperti yang kita semua tahu, ABU adalah komunis.
Dah hampir 6 bulan dia tinggal dalam hutan dan makan daun tiap-tiap hari.
Kesian Abu, dalam kecoh2 Tomok menang 1 juta, Siti Nurhaliza menang album terbaik di AIM (ada 20 penerbit mana tak menang!) Dia masaih ketinggalan dalam bidang pop.
Keluarga dia pernah memujuk aku supaya memujuk Abu meinggalkan hutan dan kembali kemasyarat majmuk 1 Malaysian. Tapi aku kenal Abu, darah Komunis dah sebati dengan dirinya. Entah-entahkan Abu dan bertukar bentuk menjadi beruk sepenuhnya. Sape tahu?
Suatu hari aku mendapat tahu yang filem Bukit Kepung akan ditayangkan di TV. Ini peluang aku untuk mengenakan Abu, fikir aku nakal.
lalu Aku pergi kehutan mencari Abu.
Betul sangkaan aku, dia tengah memanjat pokok tak ubah seperti mawas.
”Abu, mehlah kerumah aku. Ada cerita best kat Astro aku nak kau tengok sama-sama dengan aku” Jerit aku. Apa yang dia buat kat sini pun aku tak tahu. Krusty habislah Abu tu.
”Jomlah Abu"aku terus memujuk Abu.
Malaslah.”
”Jomlah Abu. Aku akan order makanan sedap untuk kau”
”Makanan apa kau nak order”
“McDonald!”
“McDOnald? Raja segala capitalist? Ok aku turun sekarang. AKu nak set big mc large, plus slurpee sundae chocolate dan apple pie ok”
macam siot je Abu ni.
Abu pun ikut aku kerumah. terkejut dia tengok sekeliling dah berubah; Najib Razak dan jadi Perdana Menteri. Perak dah ada 2 Menteri Besar. 4 team besar English dah masuk semi final Champions League. .....tapi Siti Nurhaliza masih lagi menang album terbaik.....Abu pun terus masuk kerumah aku dan kami pun menonton filem itu.”Cerita apa kau nak tunjuk aku ni Saat?” tanya Abu lagi.
“Tengok jelah, kau mesti nangis punya tengok filem ni Abu”
Filem pun bermula. Bila tertera tulisan Bukit Kepung dalam skrin TV, Abu meyumpah seranah aku.
”Cilako ko Saat. Kau sengaja nak kenakan aku ye? Filem komunis kau nak tunjuk kat aku! Mentang2lah kau tahu yang aku ni Komunis” jerit Abu marah. Aku Cuma ketawa terguling-guling berjaya mengenakan Abu.
”Aku nak kau sama-sama nangis je dengan aku tengok filem ni Abu. Mana tahu kau boleh insaf taknak jadi komunis lagi”
Filem pun bermula. Hampir setengah jam berlalu tak ada pun tanda-tanda yang Abu akan tersentuh melihat Melayu diporak perandakan oleh Komunis. Memang komunis tegar si Abu ni rupanya...
Bila tiba scene budak perempuan menjengukkan mukanya dibawah lubang dan bercakap ”Mak dan adik dah mati” Aku menjadi sebak ya amat! Aku hampir-hampir mengalirkan air mata. Tapi bila aku berpaling mengadap Abu, dia rilek je. Cilake punya Abu.
...filem terus berjalan. Balai Polis telah ditawan. Rumah polis terbakar. Yusuf Haslam tercampak kedepan laman sampi songkok menutup mukanya. Dan banyak lagi Polis Melayu yang maut. Dalam keadaan cemas seperti itu aku pun turut merasa getarnya. Tapi Abu seperti biasa, nampak tenang sahaja.
..kemudian bila filem hampir sampai kepenamatnya, ketika adegan seorang ahli Komunis ditembak mati oleh Jins Shamsudin, aku lihat air mata Abu mula bergenang. Dan denagn tak semena-mena Abu terus menangis. Dia terus menangis macam anak ayam kehilangan ibunya.
”Kenapa kamu menangis Abu?”Tanya aku yang turut sebak Aku mula merapatkan mukaku kebahu Abu. Kufikir akhirnya berjaya juga aku untuk menjadikan Abu. A shoulder to cry on. Mana tahu Abu insaf dan kembali ke ajaran Islam.
“Aku menangis sebab Aril keluar AF!” kata Abu menahan sebak.
“Pasal AF je? Si Aril tu?"
Ha ah" kata Abu menahan sebak didada.
"kalau betulpun kau menangisi pemergian Aril AF tu, tapi kenapa baru sekarang kau menangis Abu?”
”Aku memang dah lama tahan Saat. tapi bila tengok filem ni, ketika tengok Komunis tu kena tembak macam tengah menari shuffle, maka tak tertahan lagilah air mata aku pun terus menangis dengan laju” kata Abu yang terus cuba menggosok matanya.
Cilake punya Abu. Rupanya dia duduk kat hutan berpura-pura jadi Komunis tapi tengok TV 24 jam Rasa macam nak terajang je ABU ni haha....

Subscribe to:
Posts (Atom)