Wednesday, April 29, 2009

Kamal Sabran's Space Gambus Experiment: Between Human Rights movement and Sound from Outerspace.


It always interesting to follow kamal’s progress as an artist, as a musician.
Cause I was there to see he develop from a grunge kid to a devoted ambience minimalist. I was there with Kamal. Sitting at class of 1995 and we talk about music, mostly about Kurt Cobain and Grunge and all. Then 10 years later when I met him back, he already leave the raw sounds of Gurnge and try new different style of music.yes like Robert Zimmerman said "those who not busy being born are busy dying" means we must move. And kamal has progess alot asince that summer of 1995.

Theres is nothing kamal wont try to experiment. video experimental, sound experimental, poligamy, mud wrestling, psychoanalysis, Primal scream, Yoko Ono Minimalist style, suicide bomb and food not bomb. And yes Rahmat Haroun the hippies poet is his friend....long before he get tatooed !
And the latest result is here..he called it as experimental electro acoustic soundscape. And the name of the band is Space Gambus Experiment.

Space Gambus Experiment's are:
Zulkifli Ramli - Gambus/Oud
Kamal Sabran - Electroacoustic

Heres are tracks list;
TRACKS:
1)Pengembara Cahaya
2)Dari Dalam Kalbu
3)7 Ruang Kosong
4)Penawar
5)Sonik al-Kosmik
6)Gerhana
7)Pulang Kakanda Bulan

This is no ordinary music.The sound is taken from orbit. Yes u read me right. + the track contains real signals from outer space (Jupiter's radio wave)captured by the artist with tremendous helps by a group of scientist in National Space Agency Malaysia.

Kamal always have interested with cosmic idea and Einsten relativity. For him science and art is one thing while sex and pornography is another thing. a silence is not a silence. Theres always music in between. And in this case, it could comes from outer space. And when a signal is blend with music, heres what you got. With influence from Portishead, Bjork, Radiohead’s Kid A, Sigur Ros and even Lori Anderson, Space gambus Experiment brought another new dimension to its kind of music.
So its not too much if to say that this music collaboration he produce is like science meets traditional. Or science meets the ..gambus. As I said, this is no ordinary music. So when u listen to this music and u caught a glimpse of an alien voice trying to contact us, that’s not accident. it could happening. And this is not science fiction, the music is real.
Of course Kamal is no Jean Michel Jarre or even say Vangelis. But his one of few local artist that are not afraid to expermient with things and hes eager for your opinion. Kamal is like a tiger in a cage waiting to leap onto you. Or in this case..hes like the orbit sound from space that waiting to be heard (pergh! Gila ah ayat aku untuk ko ni Kamal)
Listen it with open heart. feels the ambience surrounding u. feels the enigma of unending space. A space that is lighter than a light and space that revolve around us. The Quantum leap of metaphysical that opens the mystery of human kind....
A good listen either u BN member or PKR member or Komunist or Socialist or Capitalist. (finally)

This music sounds good when u doing your charity with Human Right movement or giving soup to homeless person on a Sunday Morning.

If u want to listen to the songs, clik to Kamal Sabran’s blog. The link? Oh he’ll be the first one to comment here. Clik to his blog. Its free.

Wednesday, April 22, 2009

sessi bersama penulis Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Tak salahkan kalau sekali sekala aku promote diri aku? (oh shut up!)

Sessi bersama penulis di gerai DBP akan berlansung di sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Sessi bersama aku adalah pada 26 April 2009 (Ahad) bersama penulis Mohd Nasarudin Dasuki .

U know what this means? This means im gonna miss Melody at TV3. means I will miss tayangan Gambar Melayu on 3pm. But I only go there after I browse the whole Amcorp Mall. As usual.
The second q is… where should I park my car? will anybody listen? Will anybody come? hell even my own students didnt show up when i set up a meeting with them ....Simple things that give me headache.

aku tak tau macamana plannya actually. Is there a talk? or just a book signing.

But if theres a book singing? what if nobody came? So this is when i need your help (have I ever ask for your favour before?) . Really really need your help. I want tu to go to the gerai DBP on that date, buy my book, and give it to me to sign ok. Then later i'll give u back your money. Deal? Good plan huh?

Few basic question that they would ask me, but I dont think I prepare for the answer yet ;
1) Why u want to be a writer , or why we write?
2) What inspire u to write this book
3) How u get an idea to write this book
4) Apa harapan pada pembaca?

Ini soalan basic yang aku akui aku memang takde jawapannya. Aku kena perah otak untuk menjawab soalan2 macam tu.

Lupakan tentang itu. Berikut adalah beberapa perkara yang aku ingin katakan kalau aku diberi peluang ;
1) I don’t want to be the greatest writer of all, I just want to be the most good looking of all. fair?
2) I don’t know what I write. I just write ok.
3) Im not satisfy with my writing.I wish I had more time to rewrite the book.
4) I don’t like the cover. Next time let me do my own cover book.
5) This is not really the book that I want to write…

6) Wait for my play to be publish

But then I think….its not a good idea, not a good idea at all to say all that.…Not fair for them.
So im not going to say anything. Atau mungkin aku hanya akan mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana menjemput aku kemari.....Terima kasih!

Sunday, April 19, 2009

The Cool 70s.

Ada beberapa scene dalam Tiada Esok Bagimu (No Tomorrow) yang menarik perhatian aku.
Yang paling hype adalah scene ketika didisko, pada majlis tari menari muda mudi selepas Sharifah Aini dan carefro…Opps carefree menyanyi. If u notice, kebanyakan filem tahun 70an mesti ada scene menari didisko. Why? Samada kerana filem itu diarahkan oleh orang yang sama, atau kerana mesej ygn hendak disampaikan keitka itu semuanya akan merujuk kepada secen itu ataupun memang itulah babak yang paling hangat boleh dipaparkan didalam filem.

For me, ianya melambangkan zaman 70an yang dikatakan cool. In a movie or maybe in a real life, altogether, 19070an dilabel sebagai cool. Kalau nak dibandingkan dengan filem pada tahun 1940 hingga ke 1990an dan sekarang. 1970an dikira sebagai zaman cool. Ini telahpun dinyatakan dialam magazine film British NEON.(dalam membicarakan whats missing in the 1990s cinema. Dia membandingkan betapa coolnya tahun 1970an itu berbanding dengan era lain) Aku setuju dengan kenyataan ini. Dan persoalannya sekarang, apa bukti yang aku boleh berikan jika pengamatan pada filem tempatan diambil kira.

Hence come the dance sequence….
Dan cuba bandingkannya dengan dance sequence pada filem before 70s.
Sebagai contoh, one of the famous dance sequence in local film is in Nasib Do Re Mi (u know the one where Mahmud June menari bagai nak rak? haha) . dan ironiknya, orang yang menari dalam filem itu adalah pelakon yang sama muncul dalam Tiada Esok Bagimu ini (No Tomorrow)
, iaitu tak lain tidak bukan- Mahmud June!

Dalam Nasib Do Re Mi, kita melihat Mahmud June menari bagai nak rak. Influence of LSD? Pengaruh muzik itu sendiri yang rancak.-pop yeh yeh? Dan mungkin kerana pengaruh daripada influence muzik boomb pada waktu itu yang menyebabkan Mahmud June dan penghayati muzik pada masa itu menari terkinja-kinja. 1960s- The beatles, Rolling Stones, Rock n Roll, Jeffrydin dan banyak lagi.
And in the 1970s, disco mula mengambil tempat bagi dance hall music?
Sementara in the 70s pula, Mahmud June hanya duduk rileks (symbol of cool?) hanya memerhatikan anak-anak muda yang lain menari rileks. Factor usia? Maybe.Influence of the music? Maybe. Pengaruh dressing white blazer? Mungkin juga. But for me, that’s what 70s all about. Its about cool. The dance, The mirroball, the acting, the costume and all of that.
But what is cool dan bagaimana ianya boleh refleck the whole community of people? Kalau aku tak boleh buktikan ini semua hipotisis aku adalah salah. Sudah tentu penjelasan yang paling mudah.
1960s crowd we can pint point to the hippies culture. Yes it was loosely baesd statement ,tapi kita tak boleh deny pengaruhnya yang besar terhadap muda mudi ketika itu. (termausklah local youth?) In the 60s, dadah yang diambil oleh hippies adalah LSD. LSD only makes chaose hallucination. Effectnya yang kuat dan boleh membikin pemngambilnya jadi tak tentu hala aka menggelabah
Sementara pada awal 1970an pula, cocaine mula mendapat tempat pada muda-mudi dibarat. Semua pelakon Hollywood mengambil cocaine. Termausklah muka-muka nerd macam Dreyfuss dan sebagainya. Effect Cocaine pula, as we all know, akan membuatkan pengambil lentuk dan stim habis hence the birth of cool. J

Memang definasi the cool 70s tu datangnya dari barat. Especially dari Amerika dan ianya bila membicarakan tentang pelakon dan filem itu sendiri. Samada counter culture ataupun tidak, kesannya pasti akan wujud pada budaya dan muda mudi kita. sedikit sebanayak tempelan dan budaya pada zaman itu meresap kebudaya kita. Kalau tidak, takkan ahli Carefree berambut afro, bukan?
Tapi sudah tentu 1970s movie tidak diconsider sebagai cool hanya kepada hedonism sahaja, penghayatan terhadap dadah dan pil khayal semata-mata. Muzik, costume, politik dan lain-lain turut menyumbang kepada coolness of the decade.Satu lagi penyumbang besar adalah kesedaran yang hippies telah mati juga membangkitkan satu era baru yang lebih bersahaja.

Filem ini dibuat pada tahun 1978 ( dikeluarkan pada 1979) Zaman awal pergerakan Islam mulai bertapak diseluruh dunia dengan kembalinya Khomeini ke Iran. Tanda kebangkitan revolusi Sialm diseluruh Negara. (a fact for me because it is reported that in the1970s, di ITM, pelajar perempuan yang memaki tudung di hanyalah seorang sahaja dari beratus-ratus pelajar perempuan! Smenetara pada pertengahan 80s pula, pelajar perempuan yang berpakaian tudung adalah hampir 70% disekolah-sekolah menengah. )
Imej Noor Kumalasari betudung putih dibabak akhir file mini (babak kemuncak) resemble peradaban masyarakat melayu Islam yang mulai berubah pada masa itu. Lebih Islamik. A sign, welcome to the Revolution of Islam as the beginning of the 1980s (or is it?) Since I like to look at things in a positive ways, I think it is.

Thursday, April 16, 2009

Tiada Esok Bagimu (No Tomorrow)


Ada beberapa benda yang buat excited this weeks. Apart from ManU menang atas Porto (ye aku support English team) , apart from book signing di Pesta Buku KL di PWTC on 26th April ini, apart from aku hampir (sekali lagi aku gunakan perkataan hampir) berjaya menamatkan translate Brechts play …ianya adalah kerana Jins Shamsudin movie will be shown at TV this 19 April Sunday 9 pm kat Astro. Tiada Esok Bagimu. Atau dalam bahasa Inggerisnya bertajuk..No Tomorrow (James Bond Brosnan ciplak tajuk filem ini dan namakan filemnya Tomorrow never Dies). The best of all Esok trilogy. For a personal reason, Yeah ini filem melodrama feveret aku. (tak percaya sudah!)

Aku rasa mungkin hampir 10 tahun sejak kali terakhir aku menonton filem ini. dan sekarang aku tak sabar-sabar nak duduk depan TV. Dan sekarang RTM takde tayangan gambar pada malam Jumaat untuk menayangkan filem2 Melayu lama. Harapan aku untuk menonton filem-filem melayu klasik hanyalah pada tayangan gambar pada hari Ahad di TV3. yang ni aku selalu miss jugak sebab aku sibuk berjalan-jalan di Amcorp Mall ketika itu. So bila sekali sekala filem seperti ini ditayangkan di TV, aku tiada pilihan lain kecuali….. (awal-awal aku dah bagitahu Jaja tentang date dan waktunya supaya tak berebut TV dgn dia nanti hehe)

Pada anak-anak yang lahir pada tahun 80an dan 90an. Kalau yang belum menonton filem ini,cubalah tengok Tiada Esok Bagimu ini untuk merasakan gegar gempitanya kehappening Malaysia pada akhir 70an itu.. Kalau tak minat ceritanya takpe,layan set dan interior filemnya pun dah cukup memberahikan. Kalau itu pun, layan spek besar Noor Kumalasari tu dan fikir mana aku nak beli spek macam itu. Kalau itu pun tak membuatkan kamu ghairah, tengok Mahmud June berlakon dihotel sambil memujuk Noor Kumalasari.Atau...layan Yusof Haslam yang melakonkan karakter seorang abang yang baik.
Kalau itupun tak mampu membuatkan kamu seronok, tengok jambang Jins Shamsudin yang ditrim cantik itu.
Kalau itu pun tak mampu menarik perhatian kamu semua, layanlah lagu Salamiah Hassah yang mendayu-dayu ini.
Kalau itu pun tak menarik minat, tak tahulah aku..(pelik juga kalau Melayu tak suka dengan melodrama? Bukanlah seisi hidup melayu itu sendiri penuh dengan unsur-unsur mellow? Hehe aku pernah terdengar seseorang berkata begini)

Aku tak nak analysed film ini. Itu tak penting bagi aku. Filem-filem begini aku harus layan tanpa ada kritikal analisis padanya. Tak adil bagi aku.

Bila manusia perlu merasa untuk berperasaan, dia tidak perlu bertanya untuk apa dan dari mana perasaan itu datang
- somebody

Enough said. Or in another words, malam Ahad ni....gua nak layan nangis ok.

Tuesday, April 14, 2009

To translate Brecht's Caucasian Chalk Circle.....


Setelah bertungkus lumus (Aku pilih perkataan tungkus lumus sengaja nak menunjukkan elemen yang lebih dramatik padahal takdelah 'tungkus lumus' sangat... ok) siang dan malam..antara kekalahan Liverpool dan mamai-mamai tak cukup tidur ....Aku hampir berjaya menamatkan translation ENGLISH-BM Brecht's Caucasion Chalk Circle.

Seperti yang semua maklum, The Caucasian Chalk Circle (CCC) adalah berdasarkan cerita pendek Bertold Brech, Der Augsburger Kreidekreis dan asalnya disadurkan dari persembahan China abad ke 14, Circle of Chalk oleh Li Xingdao.CCC adalah teater terakhir yang ditulis oleh Brecht sebelum dia mengehembuskan nafas terakhirnya. Ianya dipentaskan kali pertama pada tahun 1948 Carleton College, Minnesota (karya penulis agung pun boleh didebut oleh pelajar kolej. Isnt that cute?) CCC is consider as one of Brechts most staged play. The most famous.

Brecht dengan konsep dan idea Epic Teaternya. And this Epic Theatre is not easy to define with words alone ...the whole concpet of Epic Theatre will be fully utilzed if u can understand how theathre works actually. Or in another way to say it...u must watch a lot of theatre to not just understand what is Epic Theatre but also to enjoy it.
. Bagi aku Brecht's idea is like german football, full of technical. means Epic Theatre is technical And technical theatre always consider as difficult and complex (would u agree on this?) . Thats why, if i have a choice to read play, Brecht's play is the last choice for me to pick for me. I mean Galileo? sounds like a whole trip to science class back in form 4 right? not!

Yes its easy to categorise Brechts work as complex... walaupun sebenarnya aim Brecht mudah sahaja (kalau buat teater tanpa fun, why bother at all? is one of his famous statement) And the truth is his play is very.... direct. Some people say its all about men in rugs lol (which i sometimes tend to agree)

Epic Theatre is nothing new. Its been done before in the mould of Greek Tragedy and so on. Brecht only popularized it. Give a new name, new technique and with a fresh play, anti war alike...boomb! epic Theatre is born and gave meryl Streep her charachter to perform in Broadway.

To translate CCC is not like to read Ulysses. Not so hard to translate this play..not like most modern play like the one by Albee, Genet and others. Prof Chess Skinner give me freedom to translate it my own way. Make it more local taste, he said. But i'll keep most of the real names nad places. After all, CCC is baesd from a classic Chinese play , he said. Sounds like a true gentleman. Sounds like he wants me to having fun in this process.

CCC Story is about a women, an ordinary kitchen maid named Grusha, who in turmoil of war and chaos, kidnap gabenors baby and treat the baby as her own, through bad times and good times. running mountains and danger..... Then came back the mother to take away the baby. A court is conduct by a drunken Azkad, for he the one who decide which women should take care of the baby by putting the baby in the circle and let the one who can grab the baby be a winner thus legally adopt the child.
For Chess, CCC is about ownership. Thats what attrackt him for the play. For me its just about a love relationship between mother and son; subject that i love to cover.

This story, at this hour and this times seems all coming back to me. In another word: how ironic it is for me to do this kind of story at the same time im starting to enjoy having a relationship with my own son.

Grusha maybe my mom holding Naufal, while me and my wife going to work. Or maybe Grusha is my own wife while she busy trying to make the boy sleep while im at the other room playing with my own computer. Or maybe I am Grusha, trying to learn how to love my own boy.

Dan bila aku alihbahasakan skrip ini, ada kalanya aku mengintai melihat Naufal dihadapan sedang bermain. Now it all makes sense to me why im the one who need to transfer this script.

Now another not so difficult task for me before I finally finish it.To rename the play. According to Indonesian translation, Its Lingkaran Kapur Putih. I may should find another title for this translation.
I suggest GRUSHA. or GRUSHA (Caucasion Chal Circle) Simple as that. Like Salina is a rename after..(gosh i forgot the original title of Salina)
Theres a reason to it. apart from easy to pronounce, I just want it to continue a long tradition of play thats been staged under Diploma Showcase that resemble struggle of a women. Somehow, feminism and FTKA is like....isi dan kulit. Eceh. First dip showcase, back in 2002 is a partly monologue title Wanita Oh Wanita. then we had Salina in 2004 I think. Then we made Medea in 2006 and some other titles that gave a what latest pop bruvado as girls power (?) . all about feminist ..women in the verge of a nervous breakdown or something like that. So i think i'll go for GRUSHA...or maybe others i have no idea yet.We'll discuss it later with the director and the production. maybe we'll gave it another new name. Or maybe we'll stick with Lingkaran Kapur Putih. The most important thing is for people to know that its a Brecht's were doing.
The first Brecht play by FTKA.....

Sunday, April 12, 2009

JB Trip dan Jamal Abdillah's trip....


Aku ditempatkan di JB untuk interview student baru.
Aku excited dgn perkembangan logistic ini kerana aku belum pernah sampai JB lagi. Dan bila aku ke JB, maka cukuplah complete satu Malaysia aku menjejakkan kaki disetiap negeri.

Lagi satu yg buat aku excited sebab aku percaya JB dan negeri Johor banyak melahirkan
seniman(thats a fact dont u ever try to deny it)…Amy Search, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Zainal Abidin, Herman Tino, Yasmin Ahmad, Hamzah Tahir,Dan..pergh…. banyak lagilah lagi. So bila aku diberitahu aku ditempatkan di JB, aku pikir aku akan bertemu dengan banyak new talent yang bagus2. Good for the faculty. jadi aku cukup ghairah dengan this whole temuduga in JB thing.

Aku ke JB naik kereta universiti. Driver kami bawak kereta laju nak mampus. Ada juga masa-masanya aku terasa nak tutup mata. Ada masa-masanya aku berpegang kuat pada pemegang.Kalau ikutkan hati aku nak je aku cakap kat brother tu "eh brother, rileks ah sikit. Slow sikit. saya baru khawin ni" taapi sebab aku control macho maka aku tak cakap camtu. Aku pura-pura rileks sambil sesekali beristighfar dalam hati. . Dia seorang Kelantan yang manis mukanya. Aku rasa dia takde kena mengena dengan rusuhan peminat bola di Stadium Kelantan hari itu. Bukan dia yang terbalikkan lori polis tempoh hari.

Aku ditempatkan di sebuah hotel yang teramat senyap sunyi. Aku rasa hanya aku dan colleague aku sajalah tetamu hotel itu pada malam minggu itu. This makes sense sebab ketika aku bersarapan pagi, hanya ada aku dan seorang lagi rakan sekerja di dining hall itu yang terbongkok-bongkok menghabiskan scrumble egg itu. JB tak ubah macam KL aku rasa, terlalu banyak hotel.

Lepas je check in dan hantar beg kebilik, macam biasa aku akan keluar dan ‘usha' sekeliling aku. Hotel tu rupa-rupanya jauh dari pusat Bandar. Jauh dari orang. Malam itu aku hanya sempat duduk digerai berdekatan dan makan malam nasi ayam penyetnya. Its very nice. pengalaman Makan nasi ayam penyet itu adalah saat-saat paling manis ketika aku berada di JB. Dihujung sana aku nampak Singapore melambai-lambai aku.

Pagi2 kami bangun dan terus ke kampus cawangan JB. Banyak yang tak tahu tentang kewujudan kampus cawangan ini. Kawan yang duduk kat Kampung Majidi pun tak tahu dimana letaknya bangunan ini. Bila sampai disana barulah aku tahu kenapa;sebab ianya terletak dikawasan perumah dan masuk keceruk dalam. baru setahun beroperasi.


Driver JB kami adalah seorang yang kelakar. Pernah kenal dia dulu ketika di Shah Alam dan sekarang ditempatkan di sana. Dia bercerita bagaimana perubahan jalan baru telah membuatkan kebanyakan kedai perniagaan di pusat bandar JB tutup dan gulung tikar. JB dah berubah, dah tak macam dulu katanya lagi. Barang pun mahal. Dia memang kelakar orangnya. Aku terasa nak suggest dia masuk Sinaran Paspot kegemilangan atau Raja Lawak, tetapi aku terlupa nak cakap kat dia tentang itu kerana aku sibuk melayan pemandangan dikiri dan kanan aku.

Sampai disana ramai pelajar baru telah sedia menunggu untuk diinterview. penuh kawasan bangunan itu dengan anak-anak muda yang dari tali lehernya kita tahu mereka hanya memakai tali leher itu sekali setahun. Tapi mereka bukannya datang untuk temuduga Fakulti Tek Kreatif dan Artistik sebaliknya datang untuk interview Art n Design, FSPU dan masscom.
Pelajar yang datang untuk interview FTKA adalah 2-3 kerat orang. Teringin juga aku kalau yang beratur untuk ditemuduga oleh fakulti ini beratus orang ramainya.Tapi setakat ini ianya masih belum menjadi kenyataan lagi. Aku masih lagi menemuduga calon-calon yang keliru dengan pilihan mereka sendiri.
Kenapa demand untuk application ke FTKA tak banyak? I thought everbody wants glamour. Aku rasa semua orang nak jadi pelakon. Aku rasa semua orang mahu jadi pengarah filem.Bukanlah semua orang nak jadi penulis? Tapi sebaliknya..semua sibuk nak masuk masscom, nak masuk Art N Design macamlah takde cabang lain nak berkarya….hehe (jangan marah lecturer AD kalau terbaca ni ok)
Tengok Que Haidar dapat kawin dengan Linda Jasmin. Que Haidar tu sape? pelukis? Journalist? bukan! Dia pelakon ok!! (lol) Nak aku cerita Nabil tu sape pulak?

I don’t understand u people, kat aku dalam hatiku lagi. Marilah masuk fakulti aku ni oi!! jerit aku lagi macam penjual sayur dipasar pagi Ahad. Macam-macam ada kat sini! Belajor menari, belajor menyanyi, belajor berlakon, belajor buat wayang,belajor pasang lampu, belajor melukis pun ada...dan macam-macam lagi.
fakulti kurang promosi? i dont think so...Aku rasa mereka yang bertanggungjawab untuk promosi fakulti dah cuba membuat yang terbaik untuk memperkenalkan fakaulti ini diluar. semua tahu Farid Kamil dari mana. Semua tahu PM Razak bekerja dimana. Semua tahu dimana Hassan Mutalib bekerja. Semua tahu Hamzah Tahir mengajar dimana. Mek Nab kat mana....Tetapi permohonan untuk masuk kefakulti ini masih ditahap kurang memberansangkan. Fakulti kurang happening? oh please...
Fakulti kurang akademik? oh come on...kami ada banyak prof madya ok :D

Pernah semester lepas, aku turun naik KL Central, turun naik KLIA, naik teksi ke Alor Setar then ke Sg Petani then balik ke ALor Setar. Pastu naik kapal terbang dari Alor setar ke KLIA ..then naik teksi balik ke Shah Alam hanya untuk interview hanya seorang candidate!

Dari 5 orang yang aku interview hari itu…Kalau ikutkan hanya seorang dua je yang betul-betul layak. Yang lain diterima hanya kerana nak cukupkan kuota sahaja. AKu boleh tahu muka2 mana yang akan ponteng kelas bila belajar di Puncak Perdana nanti. Yang mana akan jadi virus. Yang mana akan repeat psychology. yang mana akan tidur ketika kelas mereka berjalan. Yang mana akan datang kelas pukul 10 pagi walau kelas bermula pukul 9.30. ye kita akan terus menjadi second class.
Tapi apa boleh buat……kena ambil juga calon-calon yang kurang memberansangkan ni. Kalau tak…tak cukup kuota. Kalau satu kelas Cuma ada 5 orang je student, fakulti akan tutup. Dan bila fakulti tutup, pensyarah takde kerja. Bila pensyarah takde kerja…..
Tu yang jadi darurat macam kat Thailand tu.

Memang kalau ikutkan aku boleh kata budak2 yang apply untuk FTKA ini bukanlah pilihan pertama mereka. ..banyak yang tak tahu apa yang mereka pohon.
teater sepatutunya bukannya asing dalam kelas form 1 hingga ke form 5 sekolah menengah Malaysia. Seharusnya mereka kenal dengan sekurang-kurangnya karya-karya penting penulis Malaysia ..Sirih bertepuk Pinang menari, Alang Rentak Seribu, Tok Perak, Di Pulau Sa dan Di, Bukan Bunuh Diri dan lain-lain lagi. …That’s very basic for me. kalau mereka berminat dengan seni (seperti yang diakui oleh kesemua candidate itu , mereka seharusnya sudah arif dengan teks-teks tersebut) Tapi bila aku tanya tentang itu, tentang skrip dan siapa penulisnya, tentang penggiat seni teater tak seorang pun boleh menjawab. Tak ada seorang pun minat dengan perkembangan teater di Malaysia. Bila ditanya siapa pelakon yang mereka suka, sejak dari tahun 2001 hingga sekarang.... .90% akan menjawab Rosyam Noor. takde seorang pun yang menyebut nama Ahmad Yatim, Mazlan Tahir, Hamzah Tahir, Namron ke....tiada. Non ado. so how?

Aku balik sebaik sahaja habis temuduga. Tak sempat nak jalan-jalan. Maybe next timelah aku pi Singapore....

Dan oh ye lagi satu...tentang Jamal Abdillah..... katanya penyannyi yang berasal dari Teluk Intan ini akan dikawal pergerakannya supaya dia tak akan mengambil dadah lagi? Siapa punya idea ni? Yusof tu?PENGASIH ? Duit siapa yang sponsor untuk program ni?. Leave Jamal and his addiction alone ok. Biarlah dia nak hisap dadah kalau dia nak hisap dadah. Duit dia, darah dia nyawa dia.Jamal Abdillah dah 50 tahun. Dah nak pencen kalau kerja dengan gomen. tak payahlah nak kawal dia sampai macam tu sekali.... Sedap hisap dadah ni kita tak tahu....So biarlah dia nak rasa kesedapannya. Dah ketagih nak buat macam mana kan? So tak payahlah kita nak kawal dia sampai macam tu sekali ok. Biarkan dia terus hisap dadah apa salahnya....
Boleh?

Thursday, April 9, 2009

VENUE DI LIBRARY YANG TAK PRAKTIKAL

First things first, library, perpustakaan, khutub khanah adalah tempat meminjam buku dan tempat mentelaah. Itu sesuatu yang kita ketahui sejak zaman berzaman. People have set up the rules and we follow them. Orang-orang yang nak mengulangkaji dan membaca buku perlukan suasana yang aman tenang untuk mengulangkaji.Since when Library oleh jadi tempat function venue talk dialogue yang meriah? It only can happen in Fakulti Seni Persembahan. With fakulti Seni Persembahan, kenduri pun boleh dibuat dilibrary huhu.
so back to the basic title which is...venue di Library tak tak berapa praktikal. But then ..this is just my opinion.

And actually I have nothing against it. Yeah we suppose to be creative right?
What I object is the process of cleaning up the space yang memang meletihkan. Tolak meja kesana tolak meja kesini. Dahlah pening nak pikir mana nak susun meja satu hal. Nak perah tenaga pulak nak angkat meja tu balik satu hal. Tak praktikal. Then it makes the whole idea tak praktikal lansung. Dah susun meja untuk mulakan majlis , kemudian kena susun balik ketempat asalnya bila majlis tamat. Hamba abdi di mesir feudal bertungkus lumus membuat Piramid , tapi jasa mereka sampai sekarang orang kenang kerana kagum melihat binaanPiramid. Tapi meja-meja yang disusun di library? Penat lelah pelajar yang mengerah segala tenaganya siapa yang tahu?

Kenapa mesti terus membuat function di Library ? Bukankah kita dah ada bilik Panca delima yang complete segalanya? Kerusi cukup, projector ada. Apa lagi yang tak cukup? Panca Delima takde aircond? Tak happening?
Nak nampak exclusive kat library? Letak je bunga rose kat Panca Delima pun dah cukup Boleh hias sikit no problem..letak gambar Sultan, Perdana Menteri kat dinding dan kita akan nampak bilik itu lebih friendly dan 'exclusive" right? Kalau nak kasi nampak macam libray gak no problem....beli je buku-buku dan letak kat rak tepi. very academic!
But still mereka berkeras kepala nak buat di library....Why oh why?
Nak menarik pelajar luar untuk datang menonton function kita?Oh as a promosi eh? Takde pelajar luar pun yang berminat. Malahan function kita disitu pun dilihat hanya menganggu mereka nak study dan mentelaah sahaja (atapun melayan facebook dan YM)
So why oh why must must we continue buat function kat library?. Saje nak tunjuk kat pustakawan tu yg kita ada function?

Apa yang aku takutkan ini nanti akan menjadi trend. Oh nak buat talk? Nak buat kat mana? Mana lagi kalau bukan kat Library? Siapa yang nak menyusun kerusi, menangkut projector, slide semua pejadah?Sape nak buat semua benda tu? Itu kerja student! Kerahkan lah mereka semua..... kenapa tak buat kat Panca Delima?Oh Takut nanti orang taknak datang. Takut takde style. Takut tak happening. takut tak cun. Takut tak nampak akademik. Siapa pula yang nak menyusun kerusi meja? Itu semua kerja student! Student mana? Seorang pun tak dapat menjawab. ....
Dan akhirnya student FTKA, student FTCA, student FSP hanya pandai mengangkat kerusi bila dah grade nanti. Dalam interview nak kerja selepas graduate dari UiTM dia pun mengadap tukang temuduganya “Oh apa skill yang awak ada?" . “Saya pandai susun kerusi Library encik” “Itu sahaja yang awak pandai buat?” “ya encik itu sahaja yang saya pandai buat”
Spend 3 tahun di pengajian tinggi hanya pandai susun kerusi, susun meja, bawak trolley.....

This is a trend yang melemaukan. Now everybdy think its cool to have a big function in Library tapi tak ada siapa yang betul-betul prepare to handle that.

Dan audience….
Mana part 6 teater? Sorang pun tak nampak.
Mana part 1 seni lakon? Sorang pun tak hadirkan diri walau aku nak suruh datang hari itu.
Mana part 2? Pi function kat DBP?
Mana part 3? Tidur? Kalau function screen tayangan filem Yasmin Ahmad laju je pergi..screening pukul 8 pukul 2.30 dah terpancul kat DSB. Inilah yang dikatakan oleh Ajami sebagai..monyet dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan….heheh. Program Skrin diutamakan, sanggup jadi usher semua, tapi program teater hanya dipandang sebelah mata.
Kalau pensyarah orang luar tak mampu menarik perhatian pelajar sini untuk datang mengikuti talknya, aku tak tahu nak letak sape lagi untuk bagi talk agar semua datang. All and all it just makes me wonder what the hell are they doing here? Student acting tak minat mengikuti program acting.Eh lu orang kat sini nak belajar ke nak ape? Habis tu lu orang buat apa kat sini? Mengabiskan duit mak bapak? Banyak ah duit mak bapak kau korang nak habiskan... Kau tak tahu mak bapak kau pun dah bankrup! kecik-kecik taknak mati, dah besar nak masuk UiTM.

I suggest leave the library alone.
jangan kacau student luar nak membaca, mentelaah (dan layan facebook dan YM)
Kita ada Panca Delima hiaslah seadanya....
But I know they wouldn’t listen to me.
Once they start this urban myth that only library can full their lust..thats it. No other place can replace it.
So for the next session in Puncak Perdana Library, simpatilah kepada sesiapa sahaja yang bertungkus lumus menyusun meja (termasuklah aku kalau aku ada) mengemas semua untuk membuat program yang sebenarnya takde siapa pun peduli.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar degree Management dan Teater yang tertungkus lumus menyusun kerusi dan pelbagai lagi. Kalau takde korang pasti fakulti dah kena banned dari membuat function di Library kemudian hari (yang aku memang berharap pun hehehe) Semoga semuanya belajar sesuatu daripada program ini.

Tuesday, April 7, 2009

Hargailah Kenangan ini....


Maka tamatlah Mimpi.

Setelah berbulan-bulan lamanya, para pelakon bertungkus lumus mendapatkan gerak dan rentak sementara para pengurusan bertungkus lumus mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, mimpi akhirnya berlansung seperti yang dirancang.

Setelah hampir 7 tahun mengikuti perkembangan dan melihat tawa tangis pada malam terakhir pementasan diploma showcase, kali ini aku tertinggal saat-saat genting itu. Ianya satu moment yang paling penting, menyayat hati pada bukan sahaja produksi diploma showcase program teater tetapi setiap produksi teater amnya. The defining moment, the moment that should makes u realise that penat lelah berbulan-bulan akhirnya berbaloi, and how lucky u are to be part of this production. And defining moment that u are a part of art cultured (Tonight Im actor in this stage and whole audience been watching me this) . Kalau malam terakhir seperti ini tidak membuatkan kau jatuh cinta pada teater, pada persembahan lansung, check your heart.

Aku suka pada malam2 terakhir ini. Melihat.anak-anak muda menyapu air mata berpelukan sesama sendiri gembira akhirnya semua tamat,dan juga sedih dalam masa yang sama kerana akhirnya semua ini tamat. Sebagai pelajar diinsitusi seni mungkin tidak ada moment yang lebih .....( i just couldnt find the word for it lol) dari ini. This is a thing people from outside of theatre world wont understand. How theatre makes people tight and close to each other, just like how close Kelantanese boys are when they come to KL. Tapi untuk malam terakhir MIMPI i wasnt there. Im going to miss the monet just like i missed the monutes naufal coming out of his womb. This is just exaggerated example but its fine.

Pernah aku menyatakan kepada salah seorang pelajar “kalau tak sekalipun kau menangis sepanjang kau dalam pelajaran,samada tangis gembira atau tangis kesedihan, kau sebenarnya tak belajar apa-apa” Aku rasa ianya sesuaut yang benar dan nyata.
Aku cemburu sebenarnya pada fakulti ini, pada produksi ini. Kerana pengalaman dan penghargaan yang mereka dapat semasa dalam pengajaran adalah sesuatu yang aku tak dapat ketika aku belajar dahulu. Memang kami adalah anak-anak murid yang gah dahulu (mid 90s hehe..see im not that old kan?) Ada masa-masanya kami rasakan fakulti art and design dahulu itu adalah milik kami. Walaupun hakikat sebenarnya kami semua ubkanlah pelajar yang mantap ilmunya. Kami rasakan kami yang paling terbaik. Kami rasakan pengalaman kamilah yang palingmenginsafkan, paling memberi semangat, tapi semua itu terpadam bila aku mula berada disini.
Di Art n Design, kami sebenarnya lebih bersikap individualist. (Atau adakah itu memang cara dan gayanya untuk menjadi seorang seniman pelukis?) jarang kami .kalau ada pun bila nak buat kajian sejarah seni Tempatan dan juga ETR hehe. Selain ndari itu, kehidupan kami hanya tertumpu pada masalah . Masalah penyelesaian karya adalah masalah peribadi. Yes we close as friend, we hang out together as seksyen 2 but we never built a huge project that can be share with other audience. Tidak seperti apa yang berlaku pada kamu semua.

Jadi , hargailah segala susah payah kamu berkongsi makan, berkongsi idea berkongsi penat ketika dalam latihan. Hargailah saat-saat kamu semua membuat persembahan bila lampu spotlight menyuluh muka kamu dan semua mata memandang kamu , bila kamu take a bow to the audience yang bertepuk dengan penuh gemuruh. Feel the energy. Use it. And spread it to others. Tell them how good it is to be on stage and be a performer.
Ini mungkin hanya akan berlaku sekali seumur hidup kamu. Hargailah pengalaman ini kerana ini semua hanya terjadi pada pelakon-pelakon/ penggiat……teater