Tuesday, October 27, 2009

Kevin Carter dan The Vulture Picture(1993)



Aku ada hobi baru ;Fotografi.


Semuanya bermula bila aku menonton filem Dokumentari bertajuk Genius of Photography terbitan BBC. Dokumentari selama 6 jam.


Tapi tak semua the best shot of photography ada dalam dokumentari itu.ya ianya bercerita tentang Magnum, Man Ray, Japanese Photography, Post War Photography and Post Modern photography, namun begitu ada satu photograpy yang ia terlepas dari huraian doku tersebut. Photo yang mengejutkan dunia. Photo yang menang Pulitzer tahun 1994. photography yang bagi aku beyond words; kesan, implikasi, effect dan proses itself...is beyond words. Satu photo yang mempersoalkan tentang humaniti lebih dari yang boleh kita bangktikan.




Gambar ini dirakam oleh Kevin carter, seorang jurufoto dari Afrika Selatan dalam kumpulang bang bang club. Sebelum ini kevin Carter sudah dulu terkenal kerana memaparkan kekejaman apartheid yang menghukum pesalah negro dengan teknik necklacing.

namun begitu photography yang membuatkan Kevin Carter terkenal adalah The Vulture Picture.


Ini adalah rentetan dari peristiwa tersebut yang berlaku pada Mac 1993;


In March 1993 Carter made a trip to southern Sudan. The sound of soft, high-pitched whimpering near the village of Ayod attracted Carter to an emaciated Sudanese toddler. The girl had stopped to rest while struggling to a feeding center, whereupon a vulture had landed nearby. He said that he waited about 20 minutes, hoping that the vulture would spread its wings. It didn't. Carter snapped the haunting photograph and chased the vulture away. However, he also came under heavy criticism for just photographing — and not helping — the little girl:
"The man adjusting his lens to take just the right frame of her suffering might just as well be a predator, another vulture on the scene."


The photograph was sold to
The New York Times where it appeared for the first time on March 26, 1993. Practically overnight hundreds of people contacted the newspaper to ask whether the child had survived, leading the newspaper to run a special editor's note saying the girl had enough strength to walk away from the vulture, but that her ultimate fate was unknown."


Tiada siapa yang tahu nasib bayi perempuan itu. Its very likely dia dimakan oleh burung Vulture tersebut. who knows. Not even Kevin carter. But thats what makes this fotography so horrifying.the fate of man (child) in the hands of the nature (vulture)



On April 2, 1994 Nancy Buirski, a foreign New York Times picture editor, phoned Carter to inform him he had won the most coveted prize for photojournalism. Carter was awarded the Pulitzer Prize for Feature Photography on May 23, 1994 at Columbia University's Low Memorial Library. (sumber wikipedia , apa lagi)



Ini pula versi sahabatnya, Joao Silva tentang apa sebenar yangberlaku pada hari itu.
Again according to Silva, Carter was quite shocked as it was the first time that he had seen a famine situation and so he took many shots of the children suffering from famine. Silva also started to take photos of children on the ground as if crying, which were not published. The parents of the children were busy taking food from the plane so they had left their children only briefly while they collected the food. This was the situation for the girl in the photo taken by Carter. A vulture landed behind the girl. To get the two in focus, Carter approached the scene very slowly so as not to scare the vulture away and took a photo from approximately 10 metres. He took a few more photos and then the vulture flew off.



Pada 27 Julai 1994, Kevin carter gassed himself to death.
For some it’s the effect of the picture. The same picture that make him famous is the same that kills him.

Ini sebahagian dari nota bunuh dirinya;
"I am depressed ... without phone ... money for rent ... money for child support ... money for debts ... money!!! ... I am haunted by the vivid memories of killings and corpses and anger and pain ... of starving or wounded children, of trigger-happy madmen, often police, of killer executioners...I have gone to join Ken if I am that lucky."



.Tiada siapa tahu nasib bayi itu ditangan burung ereng itu. Tidak juga Kevin Carter. So far I dont have any more horrifying than this photography. It question man's (and in this case its the baby) fate in the hands of nature. God bless us all.

Does picture have to be this shocking to have its full impact on us?

Friday, October 23, 2009

Inglorious Bastard

Ketika ini kita patut tahu yang element pop reference dalam karya Quentin Tarantino bukan sahaja disembur melalui dialognya, tetapi ianya semakin jelas dengan babak-babak yang boleh dibaca secara terselindung dalam filem-filem post Pulp Fictionnya. Dalam Reservoir Dogs ada influence Hong Kong movies, Kubric’s The Killing, lain-lain filem B grade movie dan termasuklah Home Improvement!. Begitu juga dengan Pulp Fiction, Jackie Brown, Kill Bill dan filem terbarunya Inglorious Bastard. Kini pop reference dalam karya tidak lagi tertumpu pada Madonna and teori Like a Virginnya, mahu juga bukan lagi Royale with Cheese and Big Kahuna Burger, pop reference dalam filem2 QT kini tersembunyi dalam babak-babak filem kegemarannya yang menghantui Tarantino.

Dalam art itu bukanlah satu peniruan. Kita ada nama lain dalam art untuk itu. Ianya digelar sebagai pop art.

Seperti kata Picasso juga, Good artist copy, Great artist steal. Well.....

Dalam IB (bukan Istana Budaya ya) , terdapat cubaan yang mudah untuk menggabungkan teknik western movie (cowboys) dan juga war movies (like Peckinpah’s Cross of Iron who he really adore ). Babak pertama sahaja dengan mudah kita boleh rujuk dengan babak awal dalam The Good, The Bad and The Ugly dimana watak mangsa menyuruh anaknya masuk kedalam rumah kerana penjahat dilihat dari jauh sedang menghampiri rumahnya.
Babak anaknya mengambil air dari kincir air juga tak ubah dengan mesin kincir dalam filem ketiga dalam Dollar trilogi itu.
Begitu juga dengan babak akhir. Dimana ianya hampir sama dengan babak ending The Goods, The Bads....dimana The Goods( Eastwood/ Brad Piit) berjaya melarikan diri ) The Bads mati (Van Cleef/ Hitler mati) dan The Ugly (Eli Wallach/ Lando ditipu)
Selain dari itu muzik yang digunakan memang jelas influence dari western Spaghetti, seolah-olah ada cantuman period antara dua zaman ini bila muzik itu dimainkan.
some of the music will reminds u to Kill Bill part one. Influence muzik retro 70an masih lagi kuat dalam filem2 QT. Dan tidak keterlaluan sekiranya QT terus membuat filem dimasa hadapan dia akan terus stick dengan muzik in that time period.

Inglorius Bastard adalah mungkin cubaan QT untuk "menakluk Eropah” . Ini sukar untuk dinafikan kerana melalui Reservoir Dogs , Pulp Fiction dan Jackie Brown dia lebih kepada American. Kill Bills pula adalah usaha (ataupun love letter) QT pada Asia dan filem-filem kungfu dan Samurai.
Jika ini diambil kira,Maka Inglorius Bastard ini adalah a tribute QT untuk World War 2 dan bangsa Eropah. Ini jelas dengan pengucapan 3 bahasa besar Eropah seperti France, Italy dan juga Inggeris.

Memang banyak subtext, semiotic ataupun metafora dalam Inglorious Gampang ini….rajin-rajinlah kita fikir mesej yang tersembunyinya bila kita menontonnya. Samada ianya terhasil dari kebetulan sahaja ataupun memang atas dasar sedar. Yang paling nyata dan mudah bagi aku adalah imej terawal dalam filem itu bila Maxim berjaya lari dari bawah kolong rumah dari tembakan askar2 German pemburu Yahudi , ianya dengan mudah dapat diungkaikan sebagai….

1) Seorang Yahudi yang berjaya menyelamatkan diri dari holocaust(pembunuhan German) kini menjadi tuan punya pawagam(as entertainer, businessman or just plain creative film director) yang berjaya di France/Eropah/ Centre of the World (baca; Spielberg, Lucas, Larry Daid and Seinfeld, The whole Dreamworks team, pengusaha terawal Hollywood dan mungkin juga Dustin Hoffman, Richard Dreyfurst, Adam Sandler ataupun Borat!)

Ini tak masuk lain dengan imej filem yang dibakar dalam pawagam.
(The death of cinema in the hands of Jews? Tapi kerana tak mahu terbabit dalam proses itu mereka menggunakan orang lain untuk melaksanakan tugasnya? A Negro perhaps?)

‘Baca’lah lagi Inglorius Bastard ini kalau larat….aku cuma nak layan pikir kenapa Brad Pitt dikatakan hot. (baca Hidup Johnny Depp!! Hidup Johnny Depp!!)

Next post: Why Brad Pitt is the most overrated actor in Hollywood ever!

Boleh?

Wednesday, October 21, 2009

1 Billion untuk Seribu Tahun

Tahun ni paling slow dalam menulis.
Kenapa? Mudah sahaja....Takde motivasi.
Dulu ada dateline. Siapa yang tetapkan dateline? Peraturan pertandingan. Adakah hanya menulis untuk pertandingan? Ya, penulis yang baru nak mencuba nasib seperti aku ini, mana tempat lagi nak hantar karya kalau bukan dari pertandingan2 menulis seperti itu.
Tapi pada 2009 tak ada pertandingan besar yang ada diluar sana, maka ‘kegagahan’ aku untuk bersengkang mata dan mengadap mesin taip (computer sebenarnya) dah hilang.
. Bila diri sendiri jadi boss,bila sendiri yang tetapkan dateline...inilah jadinya.

Azizi Haji Abdullah kata tak salah kalau menulis untuk pertandingan. Itu satu motivasi. Ya kenapa tidak?

Aku Pernah bersembang dengan salah seorang Pensyarah Teater di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik tentang skrip pentas Melayu. Aku tanya kenapa bila pertandingan teater kebangsaan mesti ada skrip tahun 70 dan 80an? Adakah penulis zaman itu lebih bagus daripada penulis zaman sekarang?
Jawapnnya mudah sahaja. Dia setuju yang period itu memang period baru terbuka kepada gaya baru seperti absurd dan muzikal.jadi banyak karya2 segar berkenaan genre-genre seperti itu mula keluar dan diterokai.
Dan yang kedua,yang paling utama adalah skrip-skrip tahun itu banyak dibukukan dan mudah didapati diperpustakaan seluruh negara, baik perpustakaan daerah, negeri mahupun sekolah-sekolah. Ini kerana banyak skrip tahun 70an dan 80an adalah lahir dari pertandingan menulis yang dianjurkan oleh DBP.
Dekad 90an dan 2000 ini banyak juga penulis2 baru yang baik. Tak perlu sebut nama.tapi kebanyakkan tak diterbitkan atas alasan.....takde publisher. Bila skrip pentas ini tak diterbitkan dalam buku bagaimana budak sekolah di Seri Perak teluk Intan atau budak sekolah di Johor Bharu nak baca karya2 Namron, Mark Teh, Syahrulfikri dan lain-lain lagi?
Buku skrip pentas di Malaysia ini jika diterbitkan ianya bergantung sepenuhnya kepada atas usaha dan kerja Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini fakta. Di luar, negara maju terutama US atau England, buku2 skrip masih diterbitkan atas nama komersil dan harganya dijual seperti harga novel dan masih laris dijual. Penulis skrip pentas masih boleh cari makan dan bergantung sepenuhnya pada penulisan pentas. Disini koleksi buku2 pentas hanya boleh jual kalau ianya menang pertandingan penulisan.

Jadi kesimpulannya dengan kata mudah, kalau nak perbanyakkan skrip pentas, kena ada banyak pertandingan penulisan skrip.

Bukan sahaja skrip pentas, tetapi novel yang klasik juga banyak dilahirkan dari skima pertandingan ini. Salina, Sandera, Seorang Tua di kaki Gunung, Iman dan banyak lagi. Ini termasuklah skrip2 pentas seperti Alang Rentak Seribu, mayat, Syyy...dan Allahuakbar banyak lagi.jadi kenapa tidak dijadikan pertandingan menulis atau sayembara penulis ini sebagai acara tahunan. Kalau seni catan ada Bakat Muda Sezaman, bidang penulisan juga perlu ada pertandingan menulis tahunan. Hanya dengan cara ini kita dapat menggalakkan penulisan tempatan yang baik dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang penulisan kreatif.

So this is the idea. Apa salahnya kerajaan spend RM 1 billion untuk pertandingan sastera tempatan. Untuk menjana kegiatan dalam mengeluarkan karya-karya terbaik sastera
Setahun hanya perlu diperuntukkan sebanyak RM100,000.00 untuk hadiah2 pertandingan menulis ini
(RM40 ribu untuk hadiah novel pertama,
RM 30 ribu hadiah novel tempat kedua
RM 20 ribu hadiah novel tempat ketiga
dan,
RM 10 ribu untuk hadiah skrip pentas. Itu dah cukup)
Mungkin jumlah itu tidaklah banyak dan boleh dipandang sebelah mata bagi penulis karya pop yang mendapat royalti berpuluh ribu untuk satu bukunya, tetapi bagi para pelajar yang struggle to meet ends meet contohnya (dan juga aku) jumlah itu amat banyak.Cukup untuk makan selama setahun!

Kalau 1 billion kerajaan spend untuk hadiah penulisan sastera, dalam masa seribu tahun (1000 tahun) insyallah negara ini akan ada karya-karya sastera yang baik. Dan juga nama-nama penulis baru akan muncul serta hasil tulisan mereka bleh dibaca dan dikaji oleh generasi-generasi bawah.

Lu tau RM1 Billion tu boleh tahan berapa lama kalau pakai RM100 ribu je sebulan? 1000 tahun ok! RM1 billion akan dapat menjana karya tempatan yang baik selama seribu tahun? Gila tak gilalah lamanya!
Ini projek yang lebih jauh dari wawasan 2020!
RM 1 billion cukup untuk seribu tahun.

RM 1 Billion satu jumlah yang besar? Berapa kerajaan spend untuk bayar bonus penjawatan awam? Tahun depan tak payah bagilah bonus…bukannya diaorang mengundi pun heh…

Kau mahu revolusi? Aku bagi kau satu revolusi….

Thursday, October 15, 2009

HSB


Ada Pepatah terkenal yang aku nak pakai disini; Its not what u wear, its how u wear what u wear. Kata mereka.
Dan dalam filem /teater aku boleh katakan sebagai; its not the movie u see, its HOW u watch the movie u see.
Masa telah membuktikan. Aku sendiri mengalaminya dan.ianya hanya tinggal legenda sekarang tetapi pada tahun itu, Dengan filem2 Melayu seperti Pernikahan Berdarah, Riang Tirana,Isabella, Fenomena dan lain-lain lagi .or in another way to put it, filem yang bodoh pun akan jadi fun kalau kita ‘pandai layan”


Itulah yang aku rasa ketika aku menonton filem ini. Wait a minute, bukan niat aku nak cakap papadom ni filem bodoh..Listen to this ok….

Maka pergilah aku menonton PAPADOM dicineplex berhampiran, Pengalaman beratur nak beli tiket sudah cukup menyeronokkan aku.
Berderet makcik2 yang berpakaian songket cantik, perempuan diantara umur 40 ke 50an semuanya nak tengok PAPADOM
Adakah mereka lari dari mesyuarat agung UMNO?
Tidak mungkin dari PWTC mereka mengelat sampai ke Bukit Raja?
Pedulikan mereka dari mana dan lari dari apa. Hari itu sebaris panggung wayang itu penuh dengan makcik2 tua.
This gonna fun ,I said to myself.
Aku suka dengan situasi ini. Sudah tentunya meriah dengan gelak ketawa makcik2 ini fikir aku. Boleh juga aku mintak popcorn pada mereka tengah file mini nanti, fikir aku lagi.
Ketika aku duduk seorang, menceha 3 orang awek Cina melepasi aku. Wah! Awek Cina pun tonton filem Melayu sekarang? Ini dah bagus. Sudah tentu mereka bukan datang menonton kerana nak tengok Harun Salim bachik fikir aku lagi. Ah aku nak racial remarks aku. …

So itulah pengalaman aku menonton PAPADOM. Aku dikelilingi jejaka sunti dikelilingi oleh makcik2 anggun berdandan dan awek Cina yang cun. Mana filem ni jadi tak best? Ketawa mereka yang kuat je dah cukup membahagiakan aku. Nasib baik takde gigi palsu yang melayang kedepan stage…..

PAPADOM…………
Namanya mudah saja untuk diteka. asal dari gabungan PAPA dan SAADOM. Satu yang Mia suka dan tak boleh dipisahkan sejak dari kecil.
Tapi kenapa sebagai melayu, Saadom berjaya kaya sebagai penjual gerai makan? Kenapa bukan bukak kedai motor atau repair air cond?

Mudah sahaja….sebagai lelaki overnight apa yang attract Afdlin selain dari food? (hey This is not racist jokes ok cause I myself consider as fat heh) maka filem ini pun revolve around food.

Kenapa di Penang?
1) Papadom banyak dijual di Penang(berasal?)
2) Penang ada view yang cantik rumah2 kedai yang lama (walau tak banyak dipaparkan)
3) Untuk selaraskan dengan boria yang digunakan sebagai intro dalam filem (manalah produksi dapat budak2 ni?)
4) Nak bagitahu yang org prefer masuk UiTM dari USM (haha just kidding )

Well anyway ,just like one review question “kalau Mia dapat 20 A kenapa dia memilih filem untukfurther study?” dan bagi aku pula (untuk berlaku lebih kejam) kalau Mia dapat 20 A kenapa dia pilih masuk UiTM?Bukankah UiTM hanya penuh dengan pelajar second grade? (orang yang cakap ok bukan aku yang cakap) Heh…But well, if u question that, then the answer would be easy. (back to the basic storyline)Cause Mia wants to get away from his father and UiTM is the best way.

Tak perlu aku tulis synopsis filem ini. Basically, Papadom is…worth watching . Compare to Sumo, papadom is a good effort.
And the end, dalam senarai filem Afdlin Shauki, its either u love Baik Punya Cilok or Papadom.
Still, for a fan of silly jokes like me the star of the movie is Harun Salim Bachik. Just like Obama, the man appear just for little time with effect that last long. Somebody please write a good single character movie for him.
Liyana Jasmay . Aku suka dia di KAMI dan aku juga suka dia di Papadom. is a good talent and I hope to see more from her.
Scha memang menjadi.


So far PAPADOM tidaklah mengecewakan. Sekurang-kurangnya bukan SUMO.
kembali kepada persoalan yang lebih besar. Adakah filem ini patut menang best film 2008? Sejujur-jujurnya? Bagi aku tidak. Aku pun puzzle kenapa filem ni menang best filem.
While is not a bad movie, I dotn think the movie deserve the title.
For PAPADOM win the best film, its like a comedy by Adam Sandler won Oscar.
Atau mungkin aku harus mengambil jalan yang singkat dan lebih berwibawa; Pengadil festival filem ini tentunya lebih berpengalaman dari aku dalam menilai filem yang baik…..Kan? (salah)

Thursday, October 8, 2009

Promo Teater Brecht's Lingkaran Kapur

Tajuk Teater: LINGKARAN KAPUR (adaptasi dari Caucasian Chalk Circle oleh Bertold Brecht)
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2009. 8.30 malam
Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.
Harga tiket: RM10(free buku program)
Arahan: Prof. Ches J. Skinner , a Canadian gentleman
Adaptasi ke Bahasa Melayu: Aku

Basically, Caucasian Chalk Circle ke Lingkaran Kapur adalah sebuah adapatasi yang direct . Kebanyakannya aku cuma ubah sebijik-sebijik. Ni karya tokoh teater besar. Takut jugak kalau aku nak tambah memandai2, Takut lari subtext.
Atau dalam kata lain, aku bukannya mengadaptasi naskah ini, tapi sebaliknya hanya translate sahaja. (tukar dari Bahasa Orang Putih ke Bahasa Melayu) Mungkin aku tambah dua tiga lawak bodoh dalam skrip veri Bahasa Melayu ini kerana seperti yang sedia maklum penonton Melayu mudah dihiburkan dengan….lawak bodoh dan lawak ringan, so…..

Pada mulanya Prof Hatta (big boss)memberikan aku naksah adaptasi dari Indon yang bertajuk Buluh Runcing…..just kidding2. tajuknya Lingkaran Kapur Putih. Tapi seperti yang semua sedia maklum.buku Indon sebenarnya lebih susah nak dibaca dari tulisan Inggeris. Maka aku pun terpaksa mencari buku Cuacation Chalk Circle versi orang putih ini.
Ada beberapa versi Caucation Chalk Circle ini. Tapi kebanyakannya tak banyak sangat berbeza. Ada yang compact dan ada yang very direct.

Versi asal Caucation Chalk Circle seperti yang kita tahu adalah disadurkan dari sebuah karya klasik China. Ada juga aku mencari naskah original itu untuk membuat perbandingan dengan versi Brecht ini tetapi tak ketemu. Di Amazon takde so consider.......takdelah. Lupakan ajelah.

Aku takde sentimental value dalam adaptasi ini. Contohnya baru2 ini Pengarah telah memasukkan beberapa dialog dan loghat tempatan dalam cerita ini. Dan juga dialog dalam bahasa Tamil. No problem bagi aku.Aku tak anggap ni karya aku. Aku cuma tukang alihbahasa sahaja.

Proses Translate CCC ini tidaklah sesukar Liverpool nak menang liga EPL. Tak sampai sebulan je aku dah siap first draft. Dibaut antara makan, tengok tv, tengok dvd dan menghayun buaian anak.


Pada mulanya tajuk yang aku cadangkan adalah Grusha. Kalau CCC tidak mengangkat Grusha sebagai hero yang unggul (kerana diakhir cerita ianyalah lebih mengagkat Azdak sebagai hero peguam) Aku mahu skrip ini lebih tertumpu kepada watak perempuan pembantu rumah ini. Girls Power.

Aku ada alasan aku sendiri.

Kalau dilihatkan progress Diploma Showcase PA (atau sekarang lebih dikenali dengan nama TEKA) banyak pementasan Diploma Showcasenya berkisarkan tema feminisme seperti Wanita oh Wanita( Dip Showcase pertama batch Kartika Sugirah dan Faizal Oda) Kemudian kita mementaskan Salina, Medea dan banyak lagi. Aku nampak ada kesinambungan disitu. Ada perjuangan wanita yang kuat dalam persembahan ini .Dan aku harap Grusha adalah kesinambungan tema-terma sebegitu.
Tapi tak berjaya mempengaruhi director untuk mengarah kearah situ.
Akhirnya Tajuknya menjadi Lingkaran Kapur.Dan fokus cerita sebenarnya lebih daripada sebuah watak. Ianya sebuah lembah sebuah tanah yang harus dijaga untuk generasi akan datang. Dan juga berkenaan tentang siapa yang paling berbakti pada tanah itu, maka dialah yang berhak menjaganya. (subtext: Persoalan propaganda politik Ketuanan Melayu pun ada jugak disini)

watak Grusha pada mulanya aku cadangkan adalah seorang perempuan pembatu rumah beketurunan Indonesia. (ni sebelum kes Ganyang Malaysia, which I think makes the idea very cute) Dengan loghat daerahnya yang ganjil bunyinya sudah tentu menampakkan karakter ini lebih 1Malaysia dan multi charachter seperti yang diingin-inginkan oleh direktor. Pada mulanya semua seakan bersetuju dengan idea itu. Tapi kerana kepayahan mencari perempuan Indon untuk membantu proses mengubah dialog itu untuk menjadi lebih ”Jakartarian” maka idea itu tinggal idea. menonton Ada Apa Dengan Cinta berkali-kali pun tak membantu kepada perkembangan idea itu....so....lupakan jelah. Grusha is typical Malay yang takde facebook.

As German, idea Brecht dalam teater pun macam pasukan bola sepak German juga. Which is very technical. Dan mungkin sebab itu aku rasa German adalah pasukan bolasepak Eropah paling berjaya didunia selepas Italy.Dan sudah tentulah seperti nama-nama besar falsafah dunia yang banyak berasal dari German, sudah tentulah dalam teater mereka ada tokoh ulung mereka sendiri. Bertold Brecht muncul sebagai nama paling besar dalam teater dunia.
Tapi sebenarnya idea Brecht ni bukanlah sukar sangat untuk kita faham. Teorinya adalah apa yang telah dilakukan oleh penggiat2 teater sebelumnya. Untuk faham Brecht adalah untuk faham Shakespeare, idola yang paling dikaguminya. Bukan sahaja melalui tulisan Shakepeare, Brecht kagum Shakespeare sebenarnya sebagai seorang penggiat teater yang dianggap sebagai one man show dalam persembahannya. Dialah stage manager, dialah pengarah dialah pelakon dialah tukang sapu sampah dan segala-galanya Shakespeare. Means dia hormat Shakepare sebagai orang yang menumpukan sepenuh dedikasi sebagai peggiat teater yang total. Means sometimes Brecht could be very old fashioned in his approaches, I think.
Yes Epic Theatre adalah gabungan idea lama dan baru dalam persembahan pentas. Dan ini memungkinkan idea-idea post morden dicuba dan digayakan dalam gaya persembahan Epic Theatre ini atau lebih jelas dengan nama Brechtian.

Well anyway, masa semakin runcing. Semua pelakon sudah tentu dalam keadaan excited dan juga cuak. Gundah gulana dan juga tak sabar-sabar nak perform. Ada yang rasa nak terkencing , ada jugak yang rasa ghairah. Semua ada. Itu yang best tentang teater.....rasa seram sejuk sebab show dah nak dekat.
fauziah Ghous dan Diana Daniele tak pernah rasa macam ni....

So go get em lads! The night is yours!

Bak kata isteri Tom Brulin..."We dont say good luck, we just say break the leg". So break em legs lads!
Wooohoooo..!!

Tuesday, October 6, 2009

Feveret Duel in Malay Film


Duel means pertarungan. Actually some of the list of movie here is not really duel. At least not with swords and knife or any other weapons. it just two men swearing or berpantun with each other.
Dont take this list seriously it just for fun. I might have mising some scenes tho please forgive me if I did. But here it goes....my favourite duel scene in malay Movie......roll the drum please!

1) Eman Manan dan Samad Salleh dalam Tsu Feh Sofiah.-

The best tricky shot dalam filem Melayu. Kita lihat Eman tertunduk sepanjang Samad Salleh torture dia tentang tarik balik penghinaan restorannya. Samad Salleh dengan use body lsanguage dan misai language dalam babak ni memang berjaya membuatkan aku ghairah melihatnya. Dia Cuma muncul dalam beberapa saat, tetapai bagi aku sudah cukup untuk kasi dia award sebagai pelakon pembantu terbaik (lebih terar dari Anthony Hopkins dalam Silence of the Lamgb). Kita ingat Eman Manan yang berbalut kepala yang kena tetak dengan Samad salleh, rupa-rupanya Samad Salleh yang hampir koma dihospital.
-fuckin genius!


2) Ali Setan dan Jefry dalam Ali Setan-

Dihari jadi Asmidar. Ali tak dijemput tapi nak datang jugak bawak hadiah. Biasanya Ali takut dengan Jeff(twist filem ni) tapi kali ini , dihadapan kawan-kawannya (yang Ali suap untuk escort dia sebab nak belanja sate) Ali melawan arahan Jeff. “Eh kau invitation kad pun takdelah”
AKu datang bukan nak makan . Aku Cuma nak kasi hadiah ni pada Asmidar je tau”.
”Tak perlu!Bawak saja hadiah tu balik”
”eh aku tak terima arahan kau tau” Ali balas balik. (dihadapan kawan-kawannya yang naik motor kapcai, Ali jadi berani)
”Aku bilang sampai 10, kau balik chow!”
”Boleh jalan da!” Cute je Ali melawan balik kata-kata nista Jeff ituew.
”1’ Jeff mula mengira
”2!” Ali sambung, bersemangat nak gaduh dengan Jeff dihari jadi Asmidar.
”3” kata Jeff .
”4!” laju je Ali sambung. Gaduh style tahun 80an macamnilah gayanya.
Sampailah bila Asmidar muncul didepan pintu sebelum sempat Ali sambung 10.
Lepas bagi hadiah Ali dan kawan2nya pergi makan sate. Siapa sangka Ali bagi Asmidar hadiah katak? This film inspire thousands ofyoungster to further study in university.


3) Nordin Ahmad dan M Amin dalam Jebat-

The classic. I will be curse kalau aku tak add babak ini. The Citizen Kane of duel scene in Malay movie. Nordin Ahmad deliver the best male performance e-vah!


4) P Ramlee dan Salleh Kamil dalam Sumpah Orang Minyak-

masa aku kecik dulu, takde effeck yang lebih canggih dalam filem Melayu selain dari scene ini. Dan kerana itu juga babak ini buatkan filem ni menang best effect dulu. Angin yang kuat menambahkan kesan khas yang canggih.Si Bongkok had he best revenge walaupun 2 mayat terpaksa bergelimpangan diakhir duel. Selepas ni baru P Ramlee boleh berlakon pakai spendar.


5) Eman Manan dan Zuklifli Zain dalam Matinya Seorang Patriot-

Gambar dia bergasak dengan Zulkifli Zain sudah cukup untuk masuk dalam list ini. Debut filem dari Eman Manan yang promise him to be one of our best male performance.How to end one of the most ruthless killing movie in Malay film history? by two brothers fighting each other over Noor Kumalasari.


6) P Ramlee dan Sarip Dol dalam Musang Berjanggut-

Partly sebab P Ramlee dah kasi panas Sarip Dol ketika Sarip Dol dan rombongan bapanya (Pinangan Sarip Dol ditolak sebba menurut bapanya, misai keluarga Sarip Dol macam misai kucing) dengan pantun prvoke yang paling hebat dalam seni Melayu.
”Cis! Harimau dihutan aku boleh jinakkan inikan pula kucing peliharaan!” Sarip Dol berpantun sambil tangannya menyisip keris dipinggangnya.

Apa pantun P Ramlee balas aku dah lupa....Tapi memang kasi Sarip Dol panaslah sampai berkerut misai kucing palsunya.
Kemudian Sarip Dol jawab balik ”Siapkan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum bah” balas Sarip Dol.
”Perahu sudahku siapkan, Payung juga sudah kusediakan. Hanya menunggu hujan turun” Gila panas pantun P Ramlee sampai Kemat Hassan merenyam mulutnya.
Melihat babak ini aku tahu apa yang missing dalam budaya Melayu, filem Melayu. Pantun provoke. Tak perlu nak bergasak teruk, cukup hanya dengan berpantun.

7) M Nasir dan Alex Komang dalam Putri Gunung Ledang-

Dengan babak2 berlawan ala kungfu terbang2 masakan babak ini tak masuk dalam senarai aku. Nak ganyang Malaysia? Lawan M Nasir dulu. Tapi M Nasir actually Singaporean..so konflik tu tak boleh kira dalam babak ni ok.


8) Nordin Hassan dan Pak Malau dalam Seri Mersing-

Actually bukan sahaja Pak Malau tapi whole Pak Malau crew. Especially Mahmud June dalam orlenya paling menarik sebagai antagonist.


9) Bujang Lapok dan Whole Zombie Askar Jepun dalam Pendekar Bujang Lapuk-

This scene or the famous penambang scene antara Pendekar Mustard an Kemat hassan dengan Sudarmaji. That’s classic.


Filem nombor sepuluh seharusnya dari filem2 pendekar Ed Osmera bila dia bertarung dengan Latif Borgiba dalam filem yang aku pun dah lupa tajuknya.

Sunday, October 4, 2009

Pengalaman Bersama Radiohead: KID A


PENGALAMAN BERSAMA RADIOHEAD’S KID A (Bahagian 3 dari 6)


Selepas graduate, aku menganggur selama setahun. Kerja apa yang boleh on and off. Ketika itu aku hanya tunggu Seinfeld setiap Rabu. Itu sahaja yang aku tahu., That’s the highlight of the weeks, of the day of the month. Dan juga bercita-cita untuk menjadi penulis skrip bagi sitcom. (aku pikir kalau sitcom bodoh macam Buddies ni boleh keluar tv, kenapa tidak skrip ciptaan aku? Heh) Ketika itu aku memang jadi reclusive dari dunia luar. yang lain, tentang muzik aku memang lost dari berita luar.

Aku dah lupa bagaimana aku mula mendengar KID A secara penuh. Yang aku ingat ilaah bila aku bertenggek kat Tower Records (yang di KL Plaza) aku mendengar album itu secara senyap-senyap melalui free listeningnya. Dan kerana masa itu aku masih lagi obses dengan Ok Computer, aku dapati KID A lack of emotion berbadning album sebelumnya. Tak sama lansung macam. The whole album is tyoo minimal. Man how I was wrong.

Yes it took time for a regular Radiohead fan to accept Kid A. mula mendengar Kid A melalui .
KidA menamatkan period emo Radiohead dan nyanyian yang mendayu2 dari Thom Yorke.
Experimental . Minimalist. Tapi somehow mudah dihadam oleh peminat setianya (kecuali aku).

Kalau OK Comnp dan The Bends ada high and low, Kid A hampir static. Tetapi masih ada masanya ianya menggegarkan. Kalau Ok Cpmp is a soundtrackt for a modern life, Kid A pula ada lah soundtrack untuk dunia yang tida horizontal. Thom Yorke menyanyi terlalu sempurna-seakan-akan dia robot. Robot yang tak ada perasaan.

Kid A sebenarnya akan jadi lebih make sense kalau kita tahu jalan ceritanya. Yes the whole album is a concept. Much morew detail and( tapi sudah tentulah masih tak dapat menyaingi Dark Side of The Moon. Album Pink Floyd ini adalah the best concept aka Prog Album ever)
Aku pada mulanya memang tak tahu lansung tentang ‘cerita’ album ini. Sehinggalah bila aku terbaca review dalam amazon.com. Now it all makes more sense. Now it all much more clearer to me. Dan bila aku faham ceritanya, aku semakin boleh menghayati album ini.
Ada 9 lagu dalam Kid A. Seakan-akan ada turutan cerita. Tapi tak berkait. Boleh juga dipisdahkan dan dibentuk maksud yang tersendiri.

Album pertama yang dapat no 1 di US.
Kid A gain a new fan for Radiohead. On the same par with .
But with Kid A they make a respectable records.
KID a is a hard to get into records. Not easy to embrace on first listening.
. It’s a wise decision cause Probably because they know they cant top Ok Comp or The Bends or make another Creep

Ianya bukanlah album yang mudah untuk dibuat. They try 100s song to fit into the album but most didn’t make it.

Ini review aku untuk album ini di Amazon.com pada 4 Jun 2005


Where U park Your Car?
June 4,2005

Minimalist. Sophisticated. Clean sounding. Lack of emotion-the thing of which i love so much about Radiohead.U really have to know the story to know what its all about, to enjoy the album. Its not easy to listen either but i have to be very optimistic cause all the songs, seems like everything in its right place. takes time for it to grows on you. And now i cant stop playing it. Thom sings as if he wants to be a robot, a machine, a ghost sometimes. Not a fun album.Perhaps radiohead's most serious album.Is this a work of a genius? I dunno. I just cant stop playing it.When i reach home after days job, i think this album first to be played at home and the first one too at the morning bell.W. Axl Rose likes this album so much he danced salsa to the tune of National Anthem in limbo......just kidding, and thats what this album's been missing. humour. But who needs humour when the centre story is about a genetic (?) kid A.I wish i could stop playing this but i just cant make it dissapear completely.But dont be an idiotique,listen to this on headphone if u cant 'get' it.This could be your own soundtrack of your own life's motion picture.


I dont mention the Tressfinger cause i'm not sure if I really like that song.


well anyway,what else can I say... KID A is a great record. You'll be surpirse how u going to be addicted to it once you 'get ' it.