Thursday, June 25, 2009

MJ Dalam kenangan


Aku berusia 7 tahun bila MJ mula meletup dengan album Thriller. masa yang tepat untuk aku kenal muzik pop antarabangsa.

Alunan muzik catchy berserta dengan gerakan tarian yang disulam dengan video horror (Thriller) , fantasy (Billie Jean) dan juga violence (Beat It) mudah meresapkan kedalam jiwa budak sekecil aku/kami ini. Dan ada juga masa-masanya aku terkinja-kinja mengikut alunan muziknya itu. Pernah juga aku beli buku kecil tarian moonwalk nya dan mencuba dirumah. Sambil memakai sarung tangan yang dibuat dari sampul surat.

Dia dan video clipnya adalah yang paling hebat pernah dihasilkan oleh MTV, kata mereka. Catchy muzik + video clip=Satu kombinasi perniagaan dan strategi business yang baik. Maka tak mustahillah Thriller menjadi satu-satunya album yang berjaya dijual 38 juta unit sehingga kini. dan didalam zaman download ini, kita boleh katakan MJ membawa rekod itu bersama-samanya kedalam kubur.

Tak ada yang sehebat lelaki Afrikan Amerikan ini. Dunia dibawah tapak kakinya.

Kalau orang kulit putih ada Elvis Presly, African American ada Michael jackson.
kalau melayu ada sudirman, Afrikan Amerikan ada Michael jackson.
Takde MJ takde Justin Timberlake
Takde moonwalk, takde shuffle.
Takde MJ, Eminem takde oranng nak diperolok-olokkan.
Aku juga belajar perkataan Inggeris yang terawal dari lagu-lagu MJ.......
.
........"Beat it tu apa?"Tanya aku pada kawan sekelas awal 80an.
"Beat it tu maksud pukul dia" kata kawan ku confident.
.
Takde MJ Thriller takde YouTube's Geli Mat. Lihatlah betapa berpengaruhnya MJ dalam kehidupan kita.

83 adalah antara tahun yang hebat buat muzik Amerika, terutamanya Grammy Award. Selain. Budak baya aku mana yang tak pernah terpengaruh dengan kaset the best of Grammy. lagu2 dari Stevie Wonder "I just called To Say I Love U" , The Police "Every Breath U Take" , Sheena Easton "Telephone" , Eurythmic "Sweet Dream" dan banyak lagu mudah menjadi siulan.
Tahun dimana MTV mula mendapat tempat didunia dan juga di Malaysia. paparan muzik2 yang aneh dan innovasi dari barat itu lantas menjadi perhatian budak2 muda seperti aku yang dahagakan idea2 baru yang pelik yang jarang kami lihat di tv tempatan.
dengan itu, mudah untuk kami hadam muzik-muzik luar itu.

Tapi minat aku pada MJ tak lama. Bila aku semakin membesar, minat aku pada MJ semakin pudar dan digantikan dengan hero2 lain yang berkulit putih. Aku bagai kacang lupakan kulit. MJ bagi aku hanya seorang lelaki pelik yang terperangkap dengan dunia glmaournya. malu nak mnegaku MJ adalah influence awal aku dalam muzik Pop.

Dan hari ini MJ meninggal dunia. Terkejut juga buat seketika kerana dia dikira masih muda usianya. baru 50 tahun. Lagi 5 tahun nak pencen. Berita ini lebih mengejutkan dari berita pasukan bola sepak US mengalahkan Juara Eropah Sepanyol. Kematiannya juga menenggelamkan kematian simbol sex tahun 70, poster girl Farah Fawcett buat seketika.

Sebenarnya kematian MJ yang mengejutkan ini adalah satu tamparan kepada sesiapa sahaja (American or Un American) yang selalu mengejek MJ dahulu dengan lawak punch line mereka. termasuklah aku. Aku ketawa bila mendegar lawak jenaka/teka teki seperti ini "

"Apa dia yang masa dia kecik berwarna hitam, tapi bila dia dah besar dia warna putih?"

Aku janji aku takkan ketawa lagi dengan lawak-lawak macam tu...

Sunday, June 21, 2009

Filem Ayah-Anak Kegemaran (sempena hari Bapa Sedunia)


Sempena hari bapa sedunia, aku turunkan 10 filem kegemaran tentang hubungan ayah dan anak...Maaf kalau ada antara filem terbaik tentang subjek berikut yang aku tertinggal. Senarai ini dibuat sekilas pandang sepantas lalu.
.
.
10) FINDING NEMO- subject like this should be included byany Disney or Pixar movie. I pick this one just for the short term memory lost fish. Hillarious.

9)FATHER AND SON- Aleksandr Sokurov’s. father and Son Russian style . If u like this movie wathc his other movie on related subject …title Mother and Son. Im not kidding.
8) RAISING ARIZONA- Tho its not Nic cage real son.

7) KRAMER VS KRAMER – Streep and that jew guy, how can u resist it.

6) PURSUIT OF HAPPYNESS- Sleeping in the toilet is what makes this movie got into this list.

5)BASIKAL THIEF - Scorsece cried watching this movie. Kawan aku pula nangis bila Italy kalah bola dengan Egypt.

4) AFTER THIS OUR EXILE – Not just because it’s a Hong Kong movies that shot locally, but its one of heartbreaking father and son story in a coming of age story.

3) THE ROAD -even tho I haven’t watch the movie, but I have read the book. Just for the first page actually haha. But father and son in apocalypse world sounds like a cool movie to me.

2) ANAK BAPAK- How can I ignore this movie. P Ramle have a hands at every genre that have…(yes thats even Sci Fi and horror)... . a classic example of a thought they dont make movie like that anymore. Brillaint performance by Tompel too.

1)EMPIRE STRIKES BACK- Star wars is many things…it could be a story between Master and their servant (Solo and Chewie) Human and robot, and effect and sound and many many more. (dammit that Jewish is genius eh?) But for some I always remember Empire Strikes Back as father and son relationship movie with this dialogue (oh u know which scene are this) ...
“Obi Wan never told u what happen to your father”
.
“He told me enough. U killed him”
.
“No. I am your father”
.
Luke Scream “No!!”
.
“Search your feeling Luke, u know its true. Come join me. We could combine our strengh. Together we can rule the universe like father and son”…….
.
.....I repeat "Together we can rule this universe like father and son” that’s the best and the most ambitious mantra for a father and son relationship one could think of. Instead of together we can control this town or this country or Malaysia or even earth, they go for Universive, thats a huge leap for a realtionship and conquer. ..like father and son..theres nobosy else, only just the two of us..father and son. Not even mother. Just fathers and son.
maybe someday I'll said it to my son.....but first I have to be in dark side first heh just kiddio.
.
happy fathers day!

Thursday, June 18, 2009

Negative Effect (2009)


A light and easy, true to life documentary, with the storyline implying a group of the youngsters being obsessed and determined in film/lomo photography, yet they are now living in this new age digital world. For them, it was the greatest joy being untied together to the journey of their dream-freestyle in photographer.

Negative Effect adalah sebuah dokumentari tentang perjalanan dan pengalaman penggiat kamera LOMOASIA dalam merakam kehidupan sehari-harian masyarakat Penang pada tahun 2008. Ianya diarahkan oleh Dick Chua.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang filem ini, sila clik;

http://lomodocumentary.blogspot.com/

untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang LOMO pula, clik;

http://www.lomographyasia.com/home/ atau

http://www.lomography.com/


Cuba cari aku duduk kat mana...

Neutral Milk Hotel



Neutral Milk Hotel
In the Aeroplane Over The Sea

Tuesday, June 16, 2009

RAM Video Centre ( I miss u)


Dulu kat kampung aku (Teluk Ensen) ada 2 kedai video major. Satu RAM Video Centre dan satu lagi Maju Intan Video centre. So kalau kau ada VCR dalam tahun 80an dan duduk di Teluk Ensen, samada kau melanggan dengan Ram Video Centre ataupun dengan Maju Intan Video Centre. Ram Video Centre adalah kepunyaan seorang benggali dan Maju Intan adalah kepunyaan Melayu.

Aku dan keluarga melanggan di Ram Video Centre kerana Maju Intan punya VHS semuanya cetakan dari cinema copy.

Aku suka semua tentang kedai video itu. Aku suka baunya. Aku suka tengok VHS yang disusun bersebelahan satu sama lain dialmari besarnya. Aku suka tengok poster filem dididinding nya. Aku suka bila dia mainkan sedikit antara babak dalam VHS yang disewa orang .Ah tengok bilboard Ram Video centre pun dah buat aku suka.

Selalunya aku pergi sorang je sewa video. Bila aku nak sewa, aku mintak mak aku RM2.00. Cukuplah dapat satu video dan tengok ulang-ulang selama seminggu. Biasa orang sewa 10 video dalam satu masa, aku cuma sewa satu je. Cukuplah nak lepas gian. thrill masuk kedalam kedai video tu sebenarnya memang layan. Dapat tengok gambar poster ditepi dinding itu pun dah cukup memberi kepuasan kepada aku.

Ketika itu Ram Video centre dijaga oleh dua awek hot chicks. Seorang India dan seorang Melayu. kedua2 bercakap Inggeris bila bersembang antara satu sama lain.

Aku akan naik kedai mereka ditngkat atas ,dan mata aku mula meliau mencari mana2 poster filem yang best.

Biasanya setelah aku bagitahu video apa yang aku nak sewa, mereka berdua akan melihat sesama sendiri, confuse, keliru dan seperti rasa bersalah.

"Boleh ke dia tengok filem ni? " kata salah seorang dari mereka cemas. "can he watch this movie?" katanya lagi.

Bila mereka cemas aku pun jadi cemas. berdosakah tengok video yang aku mintak tu? Aku bukan mintak Salo atau Tinto Brass ok.

"hes the one who wants to see it. Kan? adik yang nak tengok filem ni kan?'
Aku mengangguk macam budak nerd. Mereka takut aku tengok filem yang tak senonoh. Tapi sebenarnya filem yang aku minta tu adalah aku dapat dari iklan2 di suratkhabar, sudah tentu ianya tak jadi masalah untuk aku tengok kan?

Biasanya begitulah yang berlaku. kadang2 mereka membenarkan aku tengok VHS yang aku mintak itu dan kadang2 mereka sendiri akan mencadangkan filem apa yang harus aku tonton. tapi biasanya aku dapat apa yang aku nak hehehe. dari filem orang Putih ke filem Indon ke filem Hindustan.
Satu hari aku rasa macam nak tengok filem Police Story.

Aku pergi ke Ram Video centre dan lepas aku mendongak tengok poster2 filem kat dinding itu, aku cakap kat awek hot chick tu

"Bagi Police Story" kata aku yang sememangnya dah lama tertarik dengan filem Jackie Chan itu.

" Police Story? Ok wait eh" katanya sambil membelek-belek video dalam rak itu dan mengambil satu antara banyak.

Aku tengok title yang diambil dan aku mengeluh. itu bukanlah yang aku nak. filem apa2 ntah dia bagi kat aku.

" Bukan2 ni. Police Story."

"This is police story"katanya konfident.

Bukan. Jackie Chan Police Story" kata aku membetulkan dia. Sejak bila dia ingat aku speaking orang putih dengan dia?Budak jujur macam aku ni.....aku minta mengikut title ok. Pirates of the Caribbean:The Curse of the Black Pearl-penuh aku sebut semua tajuk kalau sekarang.

Akhirnya dia bagi juga video yang aku nak : Police Story. Naisb baik aku tak mintak Toy Story. Kalau tak entah filem apa2 yang dia bagi kat aku.

Itu jelah pengalaman aku bercakap dengan penjaga kedai video itu. Dan sekarang semua ni dah takde. Ram entah kemana. Tak ada lagi Ram Video Centre dan Maju Intan. Tak ada juga Ram DVD Centre. Atau Ram DVD pirates Video Centre sekalipun. Penjual DVD haram hanya nak untung cepat sekarang....dunia oh dunia....

Apa yang aku cuba maksudkan ialah..... aku rindu nak sewa VHS. sekarang mana ada entertainment yang boleh disewa lagi, semua kena beli.

Sunday, June 14, 2009

Trauma dan Drag Me To Hell...

Musim result keluar dah bermula.

Masa inilah aku menjadi orang yang paling dibenci.
Biasanya inilah yang berlaku setiap semester. Dan situasinya sama sahaja bagi setiap batch:
pada penghujung semester, pelajar2 part 3 nampak mesra dan friendly dengan aku. Jumpa bagi salam, jabat tangan, senyum-senyum gurau-gurau dan tanya khabar.
Tapi bila masuk semester 4, muka semua macam cuka bila jumpa aku. Muka macam nenek tua dalam Drag Me To Hell.
Tapi tak semua...ada juga yang baik seperti biasa.
Tapi kebanyakan memang tak puas hati....Adat orang belajar.


Well one thing for sure pasal markah. Since aku pun student dahulu, aku tahu perasaanya bagaimana bila dapat result .perasaan tak puas hati pasti akan berlaku atas beberapa sebab;

1) semua tak akan puas hati kalau tak dapat A+. And the turth is semua tak akan boleh dapat A+. First tak logik. Dan memang tak layak pun. Kalau satu kelas dapat A+, kes ini mungkin akan dibangkitkan di parlimen.
2) Bukannya mudah untuk memuakan hati semua orang. Kerana masing2 merasakan yang mereka telah melakukan dengan baik, padahal work /kerja.assignment mereka tak deserve markah yang tinggi/ yang mereka mahukan
3) Ataupun....sebagai pensyarah atau sesiapa sahaja, memang bukan tugas mudah untuk menilai manusia lain. Terutama melalui markah, grade. Pasti akan berlaku tidak adil atau berat sebelah. Walau macamana ISO sekalipun prinsip dan kategori diletakkan untuk menilai markah pelajar berdasarkan subjektiviti,pasti akan berlaku kekurangan dan rasa tidak puas hati.

Sepanjang aku kerja, ini saat2 paling ngeri...banyak jugak pelajar (terutama perempuan, sebab lelaki dia tak kisah berapa grade dia dapat janji dia lulus) jumpa aku sambil menangis2 pasal tak puas hati dengan result.. Aku dah le tak boleh tengok perempuan menangis.
Ada juga yang nak rasanya macam nak pukul aku pun ada.
Ada yang bertelefon- pun nangis-nangis,
Ada juga yang maki2 pun ada....

Yang paling tak tahan bila involve parents.
Dan yang paling teruk lagi ada yang telefon Ketua Program.
Maka Ketua Program (yang bukan Ketua Program aku pun) telefon aku membebel2. Pelik pulak aku sejak bila dia caring pasal students ni? Entah.

Dan sekarang kesannya aku rasa aku mulai fobia nak bagi markah kat students. Trauma.
Dan bagi menghilangkan trauma itu, aku cadang pada next semester, semua pelajar yang dibawah aku aku nak bagi A+ !
Work cun ke tak cun ke , work ada research or takde research.,samada yang hantar awal atau yang lambat hantar atau yang tak hantar lansung semua aku nak bagi A+.

Boleh?

Thursday, June 11, 2009

Too Err Is Human, Capitol Teluk Intan (1988)


"U Melayu ka Cina?" tanya lelaki berumur 40an itu dengan rambut kemas disikat itu.

Ini mungkin kali pertama orang keliru bangsa aku. Tapi aku rasa sweet jugak sebab ada orang confuse aku Melayu ke Cina.

Aku pun berterus terang "Melayu" jawap aku. Walaupun pada awalnya aku berasa cuak dia tanya sampai macam tu sekali. Apa salah aku? aku silap parking basikal atau apa?

"Ok masuk-masuk" katanya mengibas-ngibas tangan menyuruh aku masuk kedalam panggung wayang yang terbuka itu bila dilihatnya line clear.

Aku pun duduk macam raja dihadapan layar perak itu macam VIP.

Ianya berlaku pada penghujung tahun 80an, mungkin 1988. Ianya berlaku di Capitol Teluk Intan. Dan tayangan filem pada waktu itu adalah filem Hong Kong To Err Is Human, lakonan Samo Hung. funny story, not bad. Ada scene baling-baling durian.

Sedang syiok aku seronok menonton di pertengahan filem, tiba-tiba aku sedar ada tangan menepuk bahu aku. Bila aku berpaling, lelaki Cina tersebut seakan tengah mengendap dari belakang tempat duduk. Dia menghulur tangan mintak aku seringgit- sebab bagi aku masuk tengok wayang free. Ketika itu barulah aku faham kenapa dia bagi aku masuk free. Selama ini mungkin dia memang sudah perasan kelibat aku yang selalu menonton wayang disitu setiap petang. Ok aku pun ambik duit seringgit dari kocek aku dan bagi dia. Seringgit apalah sangat. Dari tiket wayang RM1.50.

Lepas itu aku terus sambung tengok filem itu dan ketawa bersama penonton-penonton bangsa Cina yang lain. Hari tu aku balik senang hati kerana aku dah tahu sedikit rahsia Capitol,Teluk Intan.

Tapi aku tak jadikan tengok free itu sebagai habit (baik jugak aku ni sebenarnya) kerana selepas itu, walaupun aku nampak lelaki yang sama menjaga tiket, tapi aku tak mengambil peluang itu dengan berkomplot dengannya. Selepas itu dan hari2 yang berikutnya aku terus menonton wayang dengan beratur dikaunter seperti biasa, bayar duit tiket seperti biasa dan hulurkan kepada penjaga wayang itu untuk dikerat tiketnya.

Beberapa bulan kemudian, aku tak lagi melihat lelaki Cina itu lagi. Mungkin dia kantoi dan dipecat dari kerjanya. God bless him.

Tapi bila diingatkan balik. Tentu 'mewah' kalau aku dapat menjalinkan persahabatan dengan lelaki Cina itu. Nak tengok wayang je just masuk dalam panggung macam wayang tu bapak aku yang punya. macam menang grand untuk tengok wayang free selama setahun cathay Cineleisure. Dulu aku menolaknya mungkin kerana tiket murah. jadi aku tak kisah.Tapi sekarang.....siapa tahu.Well, Peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup kata orang-orang tua. Kalau kita lepaskan ianya tak akan berlaku sekali lagi.

Dan begitu juga dengan tiket wayang yang berharga RM1.50.

Thursday, June 4, 2009

"Mereka semua baca buku, encik Saat!"

Rasanya tak salah kalau sekali sekala aku masalah kerja aku disini. Mungkin apa yang aku rasa kau pernah merasainya atau mungkin kau juga ada beberapa idea yang boleh dikongsi bersama. Atau mungkin kau tak setuju dengan beberaap kenyataan aku.


Aku cuba membuat perbandingan dengan Art n design semasa aku menjadi pelajar disana beberapa tahun dahulu dengan situasi yang berlaku di TEKA ketika ini. Aku cuba menacari apa kelebihan pelajar Art n Design dan apa pula kelebihan pelajar TEKA (sebenarnya aku lebih suka menggunakan FSP sahaja) Aku cuba menilai;
1) cara mengajar.
2) kemudahan asasi
3) Pergaulan
4) Kelas dan persekitaran.


dari segi kemudahan pengajaran sudah tentu banyak bezanya. Library Puncak Perdana berapa kerat buku tentang teater? Ruang lingkup berdasarkan studio based, ini memudahkan pelajar untuk berkumpul dan membincangkan idea2 dan teori seni. Bukan sahaja dengan pelajar sekelas tetapi dengan pelajar senior yang sudah tentunya memberi banyak pengalaman.


Pelajar AD juga mudah untuk bekarya. Dan terdapat banyak pertandingan seni Catan untuk mereka menyertai dan berpeluang untuk menang dengan hadiah yang agak lumayan. Mereka juga berkesempatan untuk menyertai mana-mana exhibition seni catan yang selalu dan kerap diadakan baik di galeri swasta mahupun galeri tempatan. sementara pelajar TEKA memerlukan persiapan yang rapi dan memakan masa untuk mementaskan sebuah persembahan. Dan juga sudah tentu duit dan tenaga. Tapi Alhamdulillah, rekod pelajar dan kalaulah kemenangan di pertandingan boleh menjadi ukuran kehebatan pelajar teater TEKA, rekod kemenangan di festival teater Kebangsaan amat memberangsangkan.

Pensyarah di AD pula sudah tentulah lebih berpengalaman, kerana factor umur dan juga mereka adalah pensyarah2 yang belajar dari guru2 generasi kedua dan ketiga perkembangan seni catan tempatan, seperti Sulaiman Esa, Ponirin Amin dan banyak lagi. Tapi itu bukan sahaja faktornya kenapa mereka boleh dekat dengan pelajar dengan lebih baik dan berkesan.. Pertamanya kerana permasalahan mereka dalam lecturing adalah lebih focus dan tertumpu. Sejak dari semester awal lagi pelajar tahu bagaimana final work mereka akan dipersembahkan, jadi pelajar ada bertahun2 untuk develop pengalaman dan pengetahuan mereka. Sementara pelajar-pelajar TEKA tak tahu naskah apa yang akan dipersembahkan mereka nanti atau portfolio apa yang harus mereka lakukan ketika final nanti (Diploma Showcase).
Kalau diikutkan pelajar di TEKA mendapat pensyarah yang lebih mesra pelajar berbanding di TEKA (berdasarkan pengamatan saya sahaja)
Atau adakah mesra pelajar di TEKA itu sebenarnya membuatkan pelajar lebih lalai lagi dalam pelajaran mereka?

Namun begitu pada pendapat saya, TEKA bagus kerana ada percampuran pensyarah dari pelbagai universiti ie 'scholl of thought' yang berbeza. Ada yang dari USM, ada yang UKN, UM UiTM dan juga dari kolej swasta.Ini termasuklah dari pensyarah2 yang menyambung pelajaran di luar negeri. Ini memberikan banyak. Semeentara Art and Design pula kebanyakan pensyarah generasi baru adalah graduate dari UiTM sendiri. Tapi adakah ini bermaksud acuan mereka adalah sama, itu memang sukar untuk dibuktikan.


Namum begitu TEKA ada kelebihannya. Mereka lebih banyak bekerja secara kumpulan. Dapat menyelesaikan masalah. Teamwork TEKA lebih menyerlah.
Sementara pelajar AD lebih individual . (kalau kau tak siapkan work kau itu masalah kau)
Dari bekerja secara kumpulan. Ini kelebihan pelajar TEKA, kerana sejak dari mula mereka dah disesuaikan untuk belajar menerima arahan dan memberi arahan. Samada konsep itu akhirnya dapat diaplikasi dengan baik oleh pelajar, itu bergantung kepada mereka sendiri.

I must admit, skill lecturer dan mengajar takes time to master.Ponirin Amin, pensyarah yang aku kagum juga katanya dia mengambil masa 20 tahun untuk menjadi mahir sepertinya. Dan jika tiada sempadan masa untuk terus belajar dan belajar, begitu juga dengan kaedah dan skill menjadi tenaga pengajar yang baik...its never ending lesson.
And that’s my struggle. But then agaian, is it the job of teacher to make the subject interesting? Maybe that’s only work in school (to make students interested with the subject) but in universities, its not part of the lecturer anymore.

In Art n design or fine art specifically its easy cause the work mudah to present. For example, for a new students, part one student akan ditunjukkan dengan karya2 terbaik pelajar senior supaya mereka boleh menilai sendiri tahap pencapaian mereka. But in theatre? Have we show them the best works of past students? No. Maybe once a while we show Dip Showcase to them, but basically its not enough.
Dan harapkan mereka untuk menonton teater? Maybe once a semester. Itupun bila diwajibkan.Kalau tidak….They have no idea what form of theatre actually.
While art students they can go to the library and pick a job and just spend hours there looking at international works and be inspire by it.
And in thetre, hard to do that. Tambahan di perpustakaan tiada koleksi DVD persemebahan yang boleh ditonton. Jadi tidak hairanlah kalau ada student teater yang sehingga ke semester 6 yang tidak pernah menonton teater. Ini tak pernah berlaku tapi tak mustahil untuk berlaku.

Tapi bagaimana pun kita cuba menghuraikan kelebihan dan kekurangannya, akhirnya ianya berbalik semula kepada para pelajar itu sendiri. Half of student acting (lebih dari setengah kukira)sebenarnya tidak berminat lansung dengan kursus yang mereka pilih.

Bermula dengan interview. Berapa kerat pelajar yang betul2 berminat untuk masuk ke Teater Program, Acting program even Skrin sendiri pun.
Tak banyak. Ive been interview students for 7 years dan masih tak ada peningkatan pengambilan pelajar sejak dari dahulu.
It odds for me cause teater diajar disekolah menengah.Maka sekurang-kurangnya mereka tahu sedikit sebanyak tentang itu. Dan jika itupun tak cukup, jika pelajar berminat , mereka sudah pastilah membuat research mereka sendiri.
Memang ada pelajar yang menyerlah selepas 3 tahun belajar teater walaupun pada mula-mulanya mereka tak tahu lansung tentang cabang seni ini ataupu; tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Dan bila pelajar tak berminat dengan kursus yang mereka pohon, mereka Cuma gradute hanya utnuk cukup syarat sahaja. Cita2 fakulti atau negara untuk melahirkan satu lagi P Ramlee, Mustapha Noor, Syed Alwi, Nordin Hassan, Faridah Merican dan lain-lain nama besar dalam teater masih lagi tinggal cita-cita.

Fakulti mencuba berbagai cara untuk menarik perhatian pelajar. Tindakan yang paling drastik adalah menukar nama fakulti dari fakulti Persembahan kepada Fakulti.Teknolgi Kreatif dan Artistik. Tapi masih gagal menarik pelajar yang baik kesini.

AM i saying our students not excellent enough ? Sounds like it but hey I cant proof that cause the latest gradution of Theatre Program, half of student Acting dapat CGPA 3 pointer above. Hows that? SO dimana buktinya pelajar kita (aku) tak bagus? Then I’ll bring another question to ponder……

Are the 3 pointer CGPA students really deserve the marks?

An acting students yang tak kenal siapa Marlon Brando is like fine art student yang tak kenal Picasso. Ataupun pemain bola yang tak kenal siapa maradona. But the fact is memang banyak pelajar pelakon masih tak kenal siapa itu marlon Brando .I know some of them didn’t know I ask them once. Kalau Ahmad yatim tak mennjadi tenaga pengajar di TEKA sudah tentu ada diantara mereka yang tak kenal siapa dia.

They not interested with their subject, they not inspire to be an actress, and most of all they don’t read books..but in the end they graduate with more than 3 pointer.
Dan bila mereka melanjutkan pelajran ke fakulti lain, melihat pelajar yang rajin membaca bagaikan satu kejutan budaya kepada mereka.
So I ask them,hows the new school?
“Susahlah encik Saat”
Susah macamana?”
“Mereka menjawab “Semua student sana lainlah cik Saat”
Lain macam mana pulak?”Tanya aku pun pelik.
Mereka semua baca buku, cik Saat!”

Huh?macamana kamu boleh score markah yang cantik kalau kamu sebenarnya tak berminat untuk membaca buku sebelum ini?

Wednesday, June 3, 2009

Menonton Terminator 2: Judgement Days di Rex, Teluk Intan (1991)


Bila kau sudah tua seperti aku, kau hanya akan meluangkan masa berhargamu dengan terduduk diatas kerusi malas dan mengingati zaman kegemilanganmu ketika kau masih lagi sihat, young and dangerous.

Bila Terminator Salvation kembali ke layar perak aku teringat saat-saat aku menonton Terminator 2 di Teluk Intan, Perak.

Ketika itu tahun 1991 kukira. Ianya berlaku dipawagam yang kedua paling happening di Teluk Intan, iaitu Rex.

Tayangan berlansung pada pagi Ahad. Aku dan kawan-kawan, antara yang aku ingat, Fadhil, Wan dan mungkin Czar dan sape entah lagi memang menjadikan filem ini sebagai event of the week kami.

Dan seperti yang dijangkakan Pawagam Rex pada pagi itu penuh sesak dengan manusia. Tapi kami bernasib baik kerana dalam kekalutan kami berjaya mendapatkan tiket. Arnold here I come baby!

Abang Fadhil ,Che Wa datang lambat. dan bila dia berjaya mendapatkan satu tiket untuknya, dia duduk dikerusi sesuka hatinya iaitu dibelakang kami..Pada tahun-tahun itu,duduk sesuka hati tanpa melihat nombor kerusi adalah satu kelaziman bagi pengunjung pawagam, terutama yang di bandar kecil seperti ini. Ini kerana jumlah kerusinya yang banyak dan juga kerana tak ramai penonton. maka tak hairanlah kalau hari itu semua, termasuklah kami dan Abang Fadhil duduk kerusi yang asal boleh. tapi kerana sambutan terhadap filem baru James cameron yang luar biasa itu,..maka berlakukan sedikit masaelah antara penonton dan juga pekerja panggung wayang Rex itu.

Che Wa disuruh pindah tempat. tapi kerana sesak, dijangkakan satu panggung, semua orang akan berubah tempat nanti. So bayangkan! Sampai petang tak akan habis nak susun semula tempat duduk.

Dan che Wa disuruh bertukar tempat kerana lelaki yang sepatutnya duduk ditempat dia mengadu kepada penjaga panggung wayang itu seorang lelaki India berumur dan berkepala botak. Mereka terus berdolak dalih. masing-masing keras kepala dan tak mahu mengalah. Akhirnya Che Wa menjerit " tempat sudah penuh apa. mana boleh tukar. Bodoh punya botak!" jerit Che Wa yang never say no to a brawl kind of guy. badannya kecil tapi tumbukannya kuat kata orang.

Aku mulai cuak kerana ada unsur-unsur pergaduhan akan berlaku. tetapi bila Fadhil dan kawan-kawannya terus mengetawakan penjaga wayang botak itu, aku pun turut menyertai mereka semua dengan mancaci lelaki itu. ha ha ha. Dan sudah tentu, jauh disudut hati aku, aku amat bersimpati dengannya kerana menjadi lauk kami yang nakal macam cilake .


selepas itu bila suasana kembali aman,wayang pun bermula. dakam gegak gempita penonton yang bising kami ternganga dengan semua effect yang dihidangkan. Dan memang effectnya ketika itu (hingga sekarang pun filem itu filem itu bagi aku masih grand) mengagumkan. Diselang seli dengan lawak jenaka, risau( about the end of the world) dan juga sedih (bila Arnold terminate himself) Up until now, for me T2 is one of the best action ever produce by Hollywood.

We had a good time with the movie that we watch it again on Monday after. (as in we'll be back-lah and we did)

Dan seperti yang kamu tahu sekarang Rex Teluk Intan pun sudah diruntuhkan pada tahun 2008. Kalau kamu berkesempatan menonton filem After This Our Exile lakonan Aaron Kwok, ada satu babak dilakonkan dihadapan pawagam Rex ini. Check it out. A nice movie too.

Kepada penjaga pawagam botak yang aku tak tahu namanya, aku bagi pihak kawan2 aku memohon maaf diatas keterlanjuran kami pada hari itu. :( Dan bila aku bayangkan peristiwa itu, aku terbayangkan penjaga panggung botak itu berkata "I'll be back" dalam gelap seperti Arnold dalam T2, untuk membalas dendam pada kami.