Thursday, July 31, 2008

JUMAAT BLUES

S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara meninggal dunia semalam. jadi hari ini aku expect berita kematiannya akan terpampang di suratkhabar utama hari ni. Tapi takpe, cuma berita tentang Wan Azizah resign. Dalam hati kecil aku memberontak . dan juga marah, pada mulanya. I mean hes Sasterawan Negara, it should be on front page.
Tapi kemudiannya bila berfikir secara rasional, aku tarik balik marah aku itu. kematian adalah sesuatu yang terlalu personal, dan tak perlu diungkit lagi. Mungkin arwah sendiri dulunya tak pernah minta untuk digembar-gemburkan tentang berita seperti ini, siapa tahu?
Atau mungkin berita tentang kematiannya dah keluar suratkhabar semalam?

Sasterawan negara yang sempat aku ziarah rumahnya selepas kematian beliau adalah SN Usman Awang. Ketika itu aku diopis tengah lepak-lepak. Pagi. Normah Nordin yang bagitahu aku.Dia ajak aku pergi kerumah arwah dan aku cakap why not. Its my last tribute to the great man. kami naik kereta Tharuwat ke rumahnya di PJ.

Bila aku sampai,orang ramai mula datang dan pergi.Ada yang bersembang ditepi pintu, tapi rata-ratanya diam tak terkata. Di tepi pintu aku nampak Lim Swee Tim terjenguk-jenguk kedalam rumah.Dia serba tak kena. Wajahnya penuh dengan kesedihan. Kukira dia menangis.Yang lain-lain aku tak kenal. Tapi aku tahu yang mereka samada sasterawan, ataupun kenalan, atau cuma peminat Usmang Awang seperti aku.
Ada beberapa jambangan bunga besar diletakkan dipintu rumah. Kebanyakannya dihantar oleh kedutaan China.
Aku sempat masuk kerumah beliau. Puisi terkenalnya kekasih yang berilustrasikan pantai tergantung dalam frame yang cantik ditepi dinding. Dalam hati kecil aku berkata, oh ini rupanya rumah Sasterawan agung ini. Kalau diberi kesempatan memang aku teringin tak tengok bilik dimana dia berkarya.

Sejam kemudian kami pun pulang.

Monday, July 7, 2008

THE STRANGER/THE OUTSIDER: 1942


Aku akan sentiasa ingat The Outsider /The Stranger sebagai buku yang paling influence aku. tanyalah aku seratus tahun lagi insyallah dan aku akan namakan buku ini sebagai buku yang menggerakkan minat aku pada sastera berat.
dan sejak itu aku cuba mencari kalau-kalau ada buku lain yang meninggalkan kesan pada aku seperti buku ini buat tetapi takde. Tak ada yang lebih jahanam dari buku ini.
ianya berlaku pada awal tahun 2000. Ketika itu aku baru je graduate dari fine art dan aku jobless. bagi mengisi masa lapang aku, aku menaiki motorsikal buruk dari Tapah ke Teluk Intan hanya untuk meminjam buku-buku dilibrary sana. Ada satu buku nipis yang menarik perhatian aku. ianya buku The Stranger oleh Albert camus tetapi dialih bahasa ke bahasa Melayu dengan tajuk Orang Terasing (rasanyalah). Sebab buku tu nipis dan sebab itu buku alihbahasa maka ianya menarik perhatian aku untuk meminjam buku itu jeng jeng jeng. Tambah lagi perenggan pertamanya merentap jantung aku .."Ibu meninggal dunia hari ini" pergh! Ayat pertama buku itu sudah cukup untuk membuatkan lutut aku longgar.
Sebelum ini penulis kegemaran aku hanyalah Khalil Gibran dengan puisi-puisi romatis sedihnya .Dan juga muzik yang aku dengar ketika itu semuanya muzik yang mempunyai lirik-lirik yang lara seperti The Smith, radiohead, Nirvana dan lain-lain lagi. maka dengan mudahlah permulaan The Outsider itu membuatkan aku goyang dan bergetar hati.
Maka aku pun baca The Outsider atau the Stranger ini. habis sahaja bahagian yang pertama aku pergi berjalan-jalan dipasar malam dipekan tapah. And i said to myself "Fuck! What has this book done to me! I feel like an idiot. I feel like i have sinned and i feel so empty. Damn this book!" ye memang aku bercakap dalam hati dan aku bercakap dalam bahasa Inggeris (pergh gempakkan?) atau dalam alihabasa melayunya : lahanat! Cilake apa yang dah buku ni buat pada aku? aku rasa kosong gila! rasa macam sial!"
ketika itulah aku betul-betul faham bagaimana ayat, perkataan atau bahasa itu dikatakan lebih tajam dari mata pedang. Dan dengan The Outsider ini, perkataan perenggan pertamanya itu betul-betul menghiris hati aku. Damn!

Buku ini terus hidup dalam jiwa itu. A guilty Pleasure. Aku tahu existensial adalah falsafah yang songsang. dan aku sebagai orang Islam tak boleh sangat dekat dengan falsafah ini. tetapi yang aku tak boleh deny adalah kekuatan buku ini yang banyak mempengaruhi hidup aku. ya ianya memberi kekuatan kepada aku untuk menjadi penulis. Dan Albert camus kini adalah penulis yang aku minat.
Shahnon Ahmad dalam tulisannya beberapa kali telah menyelar Albert camus dan juga fahamannya. tetapi aku juga sedar yang setiap kali Sasterawan negara seperti Muhamad haji Salleh berucap, nama Albert camus pastinya disebut sebagai antara penulis besar. A Samad Said dalam buku Warkah Eropahnya pun dikatakan begitu kagum dengan Albert camus sehingga sanggup pergi bertemu anak perempuannya dan juga bergambar diatas kubur Albert Camus ini.
Ya fahaman existensial itu memang sesat tetapi penulis tak mampu menolak buku ini yang kuat impactnya.
pernah dulu aku pergi ke kedai buku Thor Khar Hong di brickfield dan aku lihat dia memakai t shirt dengan cover buku itu . Bila Thor Khar Hong tanya aku ada apa-apa lagi(buku) yang aku nak beli? aku kata aku nak beli baju T Shirt dia. hehe.
dan satu lagi pengalaman berkenaan buku ini adalah ketika bertemu dengan awek Peranchis dalam satu perasmian galeri dihujung kota. Aku dan kawan aku (Ajin) pergi makan A&W kat PJ dengan dia. Bila aku cakap yang aku minat dengan Albert camus (yang juga penulis kegemarannya) dia cakap no way. Aku cakap way. dan kemudian, nak buktikan yang aku memang suka buku itu aku lafazkan perenggan pertama buku itu..'Mother died today' sampai habis. Saja aku nak tunjuk skill kat dia, sekurang-kurangnya dia tahu yang orang Malaysia ni pun tahu dan kenal dengan sasterawan luar.

Mungkin dilain masa kalau sempat aku akan cuba buat analisa tentang perenggan pertama The Outsider itu. Terima kasih.
akhir kata, find book, movie dan music that you love and stick to it and live with it. seni adalah satu tanda kebesaran tuhan dan kita seniman adalah penghubung antara dua.

Tuesday, July 1, 2008

PERKATAAN


Perkataan
bagaimana harus aku pilih
Untuk melengkapkan sebuah penyataan
tentang satu kenyataan
yang aku gembira, atau
sepotong ayat
untuk sepotong luka
Bila malam tiba
Ketika aku masih belum lena
Dan mimpiku nanti tentang hari
Dan juga sebuah matahari
Bilaku tanya seni itu yang mana
Mereka menjawab yang mana satu bukan


Dan bilaku bangun esoknya
Kufikirkan lagi
Sebuah perkataan
Untuk menggambarkan semuanya
Tentang semua yang ada dan apa yang aku rasa
Melihat dunia dengan mata yang terbuka
Pada angin yang menampar dimuka
Dan hujan yang menitis dikepala
Bila kutanya seni itu yang mana
Picasso menjawab yang mana satu bukan