Monday, October 27, 2008

NAMA AKU MOHD SAAD?


bercakap tentang nama anak ni ada satu cerita paling best aku nak cerita kat korang semua. ya ianya tentang nama. ianya tentang aku. Actually this is my best shot. The best story yang aku pernah ada...kalau aku nak impress orang dengan kisah2 silam aku, aku ceritakan kisah yang ini....Dan bila aku dedahkan ini semua pada korang semua, it seems like i lost all my great aset. ianya berlaku pada awal tahun 1983.


nama aku Mohd Saad bin Omar. tapi aku hanya tahu yang itu nama betul aku pada hari pertama aku disekolah rendah. Januari 1983. Sebelum ini aku hanya dikenali dengan Amir. Semua panggil aku Amir. mak aku panggil aku Amir. Ayah aku panggil aku Amir. kakak aku, tok guru agama aku, kawan baik aku. tak pernah terlintas lansung difikiran aku yang aku ada nama lagi. nama Sah. nama kad pengenalan.


Suatu hari aku dikejut pada waktu pagi untuk bersekolah. Sebab aku tak pergi kindergarten, inilah pengalaman pertama aku kesekolah. Aku sekolah jauh ditengah pekan. sebelum masuk ke pagar besi itu ayah akau berkata "Bila cikgu tu sebut nama MOhd Saad kau menyahut ok"

"Huh?" jawab aku. keliru-keliru cute.

Ayah aku ulang apa yang dia cakap tadi.

"kenapa Mohd Saad?" tanya aku "nama saya Amir" jawab aku, lebih kurang.

"Bukan, nama kau Mohd Saad" jawab ayah aku lagi penuh sabar. Bukan senang dia nak menjelaskan hal itu kepada aku.

Aku makin keliru. Siapa Mohd Saad sebelum ini? kenapa dia tiba-tiba muncul dalam hidup aku?

I need an explenation, dad..kata hati aku.

Aku menjadi semakin risau. Apa akan jadi kalau aku tak boleh perform pada hari pertama aku disekolah? apa akan jadi kalau aku gagal mengangkat tangan bila cikgu memanggil nama aku Mohd Saad?Adakah ini akan effect SPM aku? Aku menghafal nama baru aku itu..Mohd Saad, Mohd Saad, aku Mohd Saad, Aku Mohd Saad...kalau cikgu panggil Mohd Saad bin Omar aku akan angkat tangan.....


tapi kekeliruan ini tak habis disini....

Didalam kelas, seperti yang ayah jangkakan cikgu kelas akan memanggil kesemua murid yang mendaftar dikelas itu, satu demi satu.

dalam hati aku menyebut nama Mohd Saad berkali-kali seolah-olah menghafalnya..Mohd Saad, Mohd Saad, kalau cikgu panggil Mohd Saad aku menyahut.

tapi disebabkan cikgu Cina itu pelat, nama aku yang ditulis Mohd Sa'ad itu disebut Mohd Said...

So dia panggil Mohd Said beberapa kali. "Mohd Said!" Mohd Said!" Aku tak juga menjawab kerana Mohd Said bukannya Mohd Saad...

Seorang rakan bangsa cina yang duduk dihadapan aku yang pandai membaca bercakap dengan aku "hey! Awaklah Mohd Saad!" Bila dia melihat tanda tulis Mohd Sa'ad dipoket aku.

Aku balas baik, aku cakap "Eh bukan lah! bapak aku cakap nama aku Mohd Saad bukan Mohd Said!" kata aku, walaupun sebenarnya aku dah cuak yang mana satu betul. mana tahu ayah aku juga salah eja nama aku....hehe.

Akhirnya cikgu tu macam dah nak gila bila tiada student bernama Mohd Said yang mengangkat tangan, dia pun memeriksa setiap seorang murid...Bila dia memeriksa aku, maka aku pun kantoi. "haiyya! U lah Mohd Said!"jerit dia.

"Mohd Saad!" balas aku balik berani tak hengat.

"U Mohd Said lah" katanya lagi tak puas hati.

yelah aku Mohd Said....kata aku dalam hati. Dan disekolah rendah mereka memanggil aku dengan nama Mohd Said sehingga aku darjah 4.


so basically thats my early confuses crisis. So in away, up until now aku pun confuse samada aku Amir ataupun Saad...bagi kawan2 yg kenal aku sejak dari kampung, aku adalah Amir kepada mereka. Kawan2 yg kenal aku dari sekolah dan sehingga kini, aku adalah Saad. Amir for me represent my early youth, full of wisdom, hope, fun, healthy, ahtletes..while Saad is the begining of my corruption but more matured.

and whats with the story behind Amir's name and Saad? About Amir..my mom couldnt explain further. its always a mystery to me until these days. and Mohd Saad...its simple story. After aku dilahirkan...Mak dan ayah aku tak tahu nak namakan aku apa. So nurse yang ada kat klinik tu cakap "why not namakan dia Saad. Sebba dia lahir hari Jumaat" U dont believe this dont u? so am i? But thats what my mom said. An unknown nurse named me Mohd Saad and they just use it....For those about to rock, i salute u.
Now i have tell u this i dont have anything else to say.. :)

10 comments:

rage said...

nice one amir.. :p now i knw why i called ya amir.. hahaha. yeah wa salute lu gak!!

saat omar said...

eh lajunya seman komen hehe...tak kerja ke?

razin salleh said...

hahaha aku pernah dgr cite ko ni... first time aku dgr lagi best penuh dramatic...

Anonymous said...

Lahai, cian dia... Nanti nama anak tuh letak bebaik, jgn panggil nama lelain plak. Hehe.

l.i.f.e said...

owhh...ke ko sakit masa kecik2 dulu saat. mcm encik suami pun, nama yg family panggil lain sgt dr nama betul. mak dia kata masa kecik2 selalu sakit. mcm nama dia tu tak sesuai. dah besar baru boleh guna his real name

saat omar said...

:) Ajin..

:) C...

:) anga...ok i will

:) Shila..bukan sebab sakit kot. Entahlah.

Sweety Cutielady said...

Ok pe dipanggil Amir tapi nama betul Mohd Saad... hehehee..

Aku said...

Sama cam kes aku. Tapi aku lagi laaa, dari kecik sampai besar org panggil kakchik, satu kg, satu sekolah panggil kakchik, sesetengah tu langsung tak tahu nama betul aku. Masuk uni barula pakai nama betul. heheheh

IRA said...

saadamirsaid?

coooooool...(sebut mcm sivaji)

hrmk said...

ahaks...
gito rupanya ko dapat nama...