
1) So far Mohd Saat Omar tak pernah beraya diperantauan...and not attend to be.
2) awal tahun 80an dahulu, orang yang bagi duit raya paling banyak ialah yang bernilai 50 sen. Semua budak-budak berebut nak pergi rumah orang itu. Orang itu ialah Megat Junib bekas menteri kabinet :).
3) Mohd Saat Omar masih berumur awal belasan tahun bila mercun mula diharamkan. So dia pernah lah merasa main mercun kejadah semua ni. One of his feveret smell is carbaid.
4)Pengalaman menonton wayang di hari raya yang paling meriah adalah filem Pernikahan Berdarah (cuba refer post lama). Dan pada tahun keesokannya, 1989, dia cuba mengulang kemeriahan yang sama tetapi panggung Rex ketika itu terus sunyi sepi tanpa penonton. Filem yang ditayangkan adalah Harry Boy :(
5) Mohd Saat Omar prefer lemang dari ketupat. rumah dia tak pernah ada ketupat kecuali kalau orang bagi. Biasanya pagi raya lepas bangun tidur dia terus makan lemang atas meja dulu.
6)kad raya pertama yang bertulis 'Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas' diterima dari sepupunya sendiri. Ketika itu Mohd Saat Omar merasakan pantun itu sungguh kreatif sekali. Dan dia membalas kad raya itu dengan menulis 'pen merah pen biru, u marah i love u'
7) Majalah yang mesti dibeli ketika kecil menjelang raya adalah Gila-Gila.itu hadiah raya paling best buatnya.
8) walaupun hari raya adalah hari paling sesuai untuk bertandang kerumah awek...tapi Mohd Saat Omar tak pernah sempat pi rumah awek. Rumah yang dia bertandang hanyalah rumah balak sahaja.
9) Semakin Mohd Saat Omar tua, semakin kurang jumlah rumah yang dia bertandang. Satu hari dia bercadang taknak pergi rumah sesiapapun. tapi rumah yang wajib dia pergi adalah rumah saudaranya di permatang Pelanduk, kampung Gajah dan rumah mak mentua of courselah that goes without saying lah.
10) walau macamana busy pun Mohd saat Omar, ada satu tempat yang harus dilawatinya setiap kali raya...tempat itu ialah pekan Teluk Intan. dan supermarket yang dia akan naik adalah Supermarket Sungei Perak.
11) Sebab susah nak jumpa kawan-kawan lama, kerana semua dah berkeluarga dan beranak pinak, Mohd Saat Omar hanya meluangkan masanya dirumah pada hari raya dengan menonton DVD. Miss them tho..taknak admit je.


